You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang


merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan
pendengar atau penulis dan pembaca. Pragmatik juga merupakan suatu ilmu
penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan
linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya (linguistik dan bukan
liguistik). Dalam kamus Linguistik (1997:192) pula, pragmatik yang terdapat dalam
semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh
manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Dalam linguistik moden,
pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat,
kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan
kesan penggunaan bahasa ke atas peserta laim dalam melakukan komunikasi.

Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek dan mengandungi


pengajaran. Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap dari segi bentuk dan
makna, dan tidak boleh diubah kepada bentuk lain. Peribahasa membawa satu makna
sahaja walaupun terbentuk daripada dua tau lebih perkataan. Maknanya diambil
daripada penggabungan perkataan secara keseluruhan, yang bersifat tersembunyi
atau tidak berterus terang. Penciptaan peribahasa terhasil daripada pengalaman hidup
masyarakat. Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang bijak, yang selalunya
bercakap ringkas tetapi tepat dan dalam maknanya, dan bentuk berkenaan ditiru atau
dikuti oleh orang lain. Peribahasa juga dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
peribahasa bererti selapis seperti bidalan atau pepatah dan peribahasa bererti dua
lapis seperti simpulan bahasa dan perumpamaan. Pemasukan unsur haiwan ke dalam
peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwan yang
mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya.
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya
simpulan bahasa terdiri daripada dua atau tiga perkataan yang membawa maksud
yang tepat dan padat. Simpulan bahasa juga mempunyai makna yang berlainan sama
sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa ialah kata - kata
ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang
membawa tertentu. Maksudnya didapati daripada apa yang tersirat atau tersembunyi
bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan
daripada perkataan yang digunakan untuk belajar.

Terdapat dua jenis simpulan bahasa iaitu simpulan bahasa yang mempunyai
dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
Simpulan bahasa mempunyai beberapa bentuk atau ciri. Ciri yang pertama ialah
simpulan bahasa terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya, anak
buah dan buah tangan. Kedua, terbentuk dari penggunaan kata kerja seperti ajak -
ajak ayam dan pasang telinga. Ketiga, terbentuk dari penggunaan kata adjektif iaitu
besar kepala dan kecik hati. Selain itu, terbentuk daripada penggunaan kata nama
khas. Contohnya, Abu Jahal dan Mat Jenin. Akhir sekali, terbentuk daripada nilai
kepercayaan seperti air pinang dan makan bulan.

Secara rasionalnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengekalkan


penggunaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar.
1.2 Defini Konsep

Menurut George Yule (1997:3) pula pragmatik ialah kajian makna yang
melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar
atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan
menyampaikan maklumat sama ada menjelaskan atau mengkritik sesuatu kepada
pendengar manakala pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab
membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, frasa, klausa dan ayat atau
membuat analisis maklumat berasaskan data yang didengarnya daripada orang lain
yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara
tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibacanya.

Menurut Izani Daud (2001), peribahasa merupakan gambaran secara berkias


dan berseni tentang sesuatu keadaan dan berupaya mengisahkan ciri-ciri negatif
masyarakat Melayu. Mohd Tajuddin Hj.Abdul Rahman ( 1984 ) menyatakan bahawa,
peribahasa terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti
oleh masyarakat Melayu lama. Beberapa elemen positif diberikan penekanan dalam
melestarikan pengajaran dan pembelajaran peribahasa.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

i. Mengenal pasti dan menyenaraikan aimpulan bahasa berunsur haiwan dalam buku
peribahsa
ii. Mengkategorikan unsur haiwan mengikut pengelasan haiwan seperti mamalia, ikan,
amfibia, reptilia dan burung
iii. Menghuraikan penggunaan simpulan bahasa berunsur haiwan pada

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

i. Dijadikan untuk dokumentasi simpulan bahsa berunsur haiwan


ii. Dijadikan sebagai sumber rujukan kepada yang ingin mendalami simpulan bahasa
iii. Dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

4.0 SKOP KAJIAN

Pengkaji akan mengkaji tentang penggunaan kosa kata simpulan bahasa dalam buku
Peribahasa Melayu Untuk Pelajar. Buku ini disusun oleh Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman.
Buku ini mempunyai 268 muka surat dan buku ini mempunyai 1 bahagian.
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji hanya terbatas kepada simpulan bahasa yang terdapat
dalam buku peribahasa ini sahaja. Kajian hanya berfokus daripada muka surat 5 hingga muka
surat 215. Kajian ini hanya terbatas kepada 1 bahagian.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pemperolehan data dan kaedah penganalisian data akan
dihuraikan.

6.1 Pemerolehan Data

6.1.1 Kaedah Analisi Teks / Kandungan


i. Teks Moden – Peribahasa Melayu Untuk Pelajar

6.2 Penganalisian Data

Pengkaji telah mengumpulkan simpulan bahasa yang terdapat dalam buku Peribahasa
Untuk Pelajar. Seterusnya, data tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk jadual
berdasarkan kekerapan yang dianalisis oleh pengkaji

You might also like