You are on page 1of 31

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0

Pengenalan

Bahasa Melayu boleh dinobatkan sebagai satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan mengangkat martabat bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia, malahan bahasa pengantar pendidikan, telah menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dan rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikanpertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, hasil pembelajaran, dan pengisian kurikulum. Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat kurikulum bahasa Melayu pula adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi murid sekolah menengah pula, pada akhir pembelajaran, mereka dapat melahirkan idea dan pendapat dalam dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang mantap.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Manakala menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Oleh itu, dalam memenuhi tuntutan tugas kursus ini iaitu menunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan sintaksis serta menganalisis penggunaan penanda wacana dalam sesebuah karangan, saya akan membincangkan serba-sedikit mengenai aspek-aspek tersebut.

1.1

Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ajaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

i. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi Kata asli bahasa Melayu kata pinjaman bahasa Melayu

ii. Bentuk kata Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

iii. Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah : Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. iv. Golongan kata Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas

1.2

Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: i. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, 4

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

iii. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, iv. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, v. Binaan dan proses penerbitan ayat : vi. Ayat dasar; Ayat tunggal; dan Ayat terbitan atau ayat majmuk. Aspek tanda baca

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003)

1.3

Penanda wacana Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut: a. Tambaha : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping b. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya c. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan d. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai e. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata f. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

g.

Waktu

: apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

h.

Sebab dan kesan

: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

i.

Bandingan

: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

j.

Pertentangan

: tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walaubagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

k.

Pengesahan

: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu untuk menunjukkan pertautan dari segi kronologi, memperjitu organisasi penulisan dan menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain. Sementara fungsi penanda wacana pula ialah untuk menunjukkan maksud tambahan, untuk menunjukkan maksud sebaliknya, untuk menunjukkan sebab dan untuk menunjukkan ketika.

2.0

Analisis Kesalahan Karangan Murid

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah turut menekankan kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Dalam tugasan ini, saya akan member tumpuan kepada kemahiran menulis. Berdasarkan Sukatan Pelajaran bahasa Melayu KBSR, Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. Penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada komponen penting dalam UPSR. Terdapat tiga bahagian yang perlu dijawab oleh calon. Bahagian A memerlukan murid membina 5 ayat berdasarkan gambar yang diberi. Bahagian B pula memerlukan murid menulis satu karangan daripada tiga soalan yang disediakan. Sementara bahagian C pula memerlukan murid membuat satu rumusan berdasarkan petikan yang diberi. Murid perlu mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan dan menghasilkan rumusan dalam satu petikan tidak melebihi 50 patah perkataan. Tugasan ini memerlukan saya mengkaji kesalahan tatabahasa daripada aspek morfologi dan sintaksis serta aspek penanda wacana yang terdapat dalam karangan murid. Oleh itu, saya menggunakan garis panduan untuk memeriksa ujian penulisan yang telah ditetapkan dan panduan pemarkahan item bahagian B kertas penulisan untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut. Untuk tujuan ini juga, saya telah memeriksa 10 buah karangan bahagian B murid-murid tahun 5. Bagi kesalahan penanda wacana, saya menekankan kesalahan murid daripada aspek fungsi penanda wacana yang menunujukan maksud. Analisis data kesalahan-kesalahan murid daripada aspek tatabahasa ini akan dimasukkan ke dalam jadual kekerapan agar ia kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Seterusnya, cadangan pembetulan untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid juga ditunjukkan dalam bentuk jadual.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.1

Garis panduan memeriksa Kertas Penulisan Bahasa Melayu

2.1.1 Panduan dan Cara Memeriksa Kertas a. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan. b. Isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah. 2.1.2 Langkah-langkah Memeriksa Kertas

a. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan. b. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tandatanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran. c. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi. d. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan. e. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

f. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan

pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya. g. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan muridmurid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayatayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain-lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak. h. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan muridmurid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. i. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan muridmurid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilainilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.2

Panduan pemarkahan item Bahagian B bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan Peringkat Markah 24 30 Cemerlang (27 30) Tinggi (24 26) Rendah 17 23 Baik (20 23) Tinggi (17 19) Rendah 11 16 Memuaskan (14 16) Tinggi (11 13) Rendah Ukuran Pencapaian (Kriteria) a. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca. b. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. c. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema atau soalan. d. Pengunaan ejaan dan tanda baca yang betul. a. Penggunaan ayat masih gramatis dan bertepatan dengan tema atau soalan. b. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema atau soalan. c. Pengolahan idea yang baik, jelas dan menarik d. Terdapat beberapa kesilapan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. a. Menggunakan ayat yang kurang gramatis b. Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian idea yang kurang menarik c. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad. d. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma) serta terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca dalam karangan. a. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami jalan ceritanya. b. Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatis c. Tidak menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca dalam ayat atau penulisan. d. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan. e. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.

1 10 Pencapaian Tahap Minimum (6 10) Tinggi (1 5) Rendah

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

10

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.3

Simbol-simbol untuk menyemak kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karangan murid.

Simbol

Keterangan Isi

( )

Kesalahan idea/fakta Kesalahan struktur ayat (sekurang-kurangnya 2 kesalahan perkataan) Kesalahan penggunaan kata/ kosa kata/ imbuhan Kesalahan berulang penggunaan kata/ kosa kata/ imbuhan Kesalahan tanda baca Kesalahan tanda baca berulang

/ //

Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan berulang

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

11

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.4

Jadual analisis kesalahan tatabahasa dalam 10 buah karangan murid, kekerapan kesalahan dan cadangan pembetulan untuk setiap kesalahan. a. Kesalahan Morfologi i. Kesalahan dalam karangan murid : Kesalahan No. Karangan 1. Struktur Kata yag magsa tida mujurlah ambulances semua Bentuk Kata lebut Pembentukan kata perpatah kejadian Golongan kata tah kekampung sedang yang dengan terjumpa kesana sudah pun sudah (2) kerumah Banyak yang (tidak ditulis) di timpa dikampung yang (tidak ditulis-2) oleh (tidak ditulis) mahu kepada

2. 3.

perjalan menggunakan dijalan

4.

Ambulen menagis megayam nak

pusing tengok rasa

5.

peragai suda deng kebangsaan sarikei

menggusik huru-raya

boleh

6.

Kawan kawanya Taman lalu lintas shell

mengetahui mengiku

nya dipuku yang

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

12

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

7.

firdaus

mengumun

dalam nya cikgu sudin ke tapi dalam tentang di pukul

8.

9.

Dia pada dah yunus pada ujan serperti Masa lembam beg dompet megitu Bapa Kata (tidak ditulis) merata

megulang terlihat menyiamkan akhirnya

buli

10.

dibagi mengesal memberi tahu

kesekolah ke kerana Dan di lihat

ii. Kekerapan kesalahan dalam karangan murid : Kesalahan No. Karangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah Struktur Kata 3 1 1 4 3 2 1 7 2 4 28 Bentuk Kata 1 0 0 0 2 2 0 0 0 1 6 Pembentukan kata 2 0 3 3 1 2 1 4 1 3 20 Golongan kata 3 1 7 9 2 3 3 3 3 2 36

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

13

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

iii. Cadangan pembetulan dalam karangan murid : Pembetulan No. Karangan 1. Struktur Kata yang mangsa tidak Bentuk Kata lebat Pembentukan kata berpatah kejadian (tidak perlu ditulis) Golongan kata kelah ke kampung sedang (tidak perlu ditulis) yang (tidak perlu ditulis) oleh sampai ke balai ke sana sudah (tidak perlu ditulis) pun (tidak perlu ditulis) ke rumah Ramai yang menjadi mangsa di kampung yang oleh Mahu (tidak perlu ditulis) daripada mereka dipukul yang (tidak perlu ditulis)

2.

Mujurlah ambulans Seluruh jalan itu perjalanan melalui dilalui

3.

4.

Ambulans menangis meganyam hendak

berpatah melihat berasa

5.

6.

perangai sudah dengan Sekolah Kebangsaan Sarikei

mengusik kelamkabut

dibenarkan

Kawan memberitahu kawanya mengikut Taman Lalu Lintas Shell

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

14

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

7.

Firdaus

mengumumkan dalam (tidak perlu ditulis) mereka Cikgu Sudin ke (tidak perlu ditulis) tetapi mengulang melihat menyiapkan Akhirnya belajar yang cemerlang dipukul

8.

9.

dia Pada sudah Yunus Pada ujian seperti semasa lebam

membuli

10.

dompet begitu bapa bak kata

merata-rata

diberi menyesal memberitahu

ke sekolah ke (tidak perlu ditulis) dan Dan (tidak perlu ditulis) dilihat

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

15

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

b. Kesalahan Sintaksis i. Kesalahan dalam karangan murid : No. Karangan 1.

Kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat a. Tempat itu telah banjir lumpur b. Pasukan penyelamat sedang mencari magsa yang ditimpa kejadian itu. c. Kereta perpatah arah kerana jalan raya telah ditutup. a. kejadian tanah runtuh berlaku. b. dan juga banyak orang mati dalam kejadian tanah runtuh. c. Lima buah kereta ambulances yang digunakan untuk membawa orang yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. a. Semua jalan raya dibanjiri dengan air hujan. b. Kami menggunakan jalan selekoh yang tajam. c. Akhirnya kami terjumpa balai polis. d. Lima minit kemudian, pasukan keselamatan sudah tiba. e. Hujan pun berhenti. f. Kami pulang kerumah dan menyaksikan cerita kejadian tanah runtuh. g. Semasa hari hujan kami tidak dibenarkan berjalan pesan ibu dengan kami. a. Kami nyaris ditimpa tanah runtuh, mujur kami pusing balik. b. Kami terus pergi jalan lain untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. c. Kami terus menceritakan kepada atuk dan nenek. d. Kejadian itu tidak saya boleh lupa dan keluarga. e. Mak dan nenek megayam ketupat dan kuih-muih. f. Saya dan adik tidak sabar nak rasa kuih dibuat nenek dan biskut dibuat oleh mak. a. Saya ada seorang kawan namanya ialah Alif. b. Waktu itu suasana huru-hara. c. Semasa itu Abu pengsan. d. Selepas habis merawat Abu, cikgu pun melawat dia tetapi tidak boleh kerana Abu sedang berehat. a. Di sebuah kampung, terdapat dua orang budak nakal. Namanya Abu dan Bakar. b. Semua murid-murid hadir terkecuali Abu dan Bakar. c. Abu dan Bakar sedang menghisap rokok. Malangnya polis sedang meronda di sekitar kampung tersebut. d. Cikgu Siti diminta dating ke balai mengetahui di mana sekolah budak tersebut.

2.

3.

4.

5.

6.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

16

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

7. 8.

a. b. a. b. a. b.

9. c. 10. a. b.

Suatu hari, Ahmad dan Saiful sering mengacau firdaus. Mereka selalu ponteng untuk turun ke sekolah. Zaid juga malas dalam pelajarannya. Serperti pepatah berkata Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian tiada berguna. Mereka berkata Selamat pagi cikgu mereka berkata. Cikgu mereka terus menghukum mereka berdua terus kena hokum rotan 10 kali. Cikgu berkata kalau kamu buat lagi cikgu akan tergesa-gesa akan membuang kamu sekolah. Ramai kalangan guru marah akan sikap ben. Lisa megitu mengesal dengan perbuatan abangnya Ben.

ii. Kekerapan kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat dalam karangan murid :

No. Karangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah

Kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat 3 3 7 6 4 4 2 2 3 2 36

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

17

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

iii. Cadangan pembetulan bentuk, struktur dan binaan ayat dalam karangan murid :

No. Karangan

Pembetulan kesalahan bentuk, struktur dan binaan ayat a. Banjir lumpur berlaku di situ. b. Pasukan penyelamat berusaha mencari magsa yang terlibat dalam kejadian itu. c. Semua kenderaan diarah untuk berpatah balik oleh polis kerana jalan raya ditutup. a. Berlaku kejadian tanah runtuh. b. Ramai mangsa mati dalam kejadian tanah runtuh itu. c. Lima buah ambulans telah digunakan untuk membawa mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu. a. Seluruh jalan raya itu dibanjiri air hujan. b. Kami melalui jalan raya yang berselekoh tajam. c. Akhirnya, kami sampai juga di balai polis. d. Sejurus kemudian, pasukan keselamatan pun tiba. e. Akhirnya, hujan berhenti. f. Apabila sampai di rumah, kami menyaksikan berita kejadian tanah runtuh itu di telivisyen. g. Jangan berjalan semasa hari hujan pesan ibu kepada kami. a. Kami bernasib baik kerana tidak ditimpa runtuhan tanah itu apabila ayah sempat berpatah arah. b. Kami terpaksa menggunakan jalan lain untuk pulang berhari raya di kampung. c. Kami menceritakan peristiwa itu kepada atuk dan nenek apabila sampai di kampung. d. Saya dan keluarga saya tidak boleh melupakan kejadian itu. e. Mak dan nenek meganyam ketupat dan menyediakan kuih-muih untuk berhari raya. f. Saya dan adik tidak sabar hendak merasa kuih-muih dan biskut yang dibuat oleh nenek dan mak. a. Saya ada seorang kawan bernama Alif. b. Suasana di dalam kelas menjadi kelam-kabut seketika. c. Cikgu membawa Abu ke hospital kerana dia pengsan. d. Cikgu hendak melawat Abu selepas doktor selesai merawatnya. Namun dia tidak dibenarkan oleh doktor kerana Abu sedang berehat.

1.

2.

3.

4.

5.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

18

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

6.

7. 8.

9.

10.

a. Di sebuah kampung terdapat dua orang budak nakal bernama Abu dan Bakar. b. Semua murid hadir kecuali Abu dan Bakar. c. Abu dan Bakar sedang menghisap rokok sewaktu polis meronda di sekitar kampung tersebut. d. Cikgu Siti diminta datang ke balai polis untuk membuat pengesahan tentang tempat murid itu bersekolah. a. Suatu hari, Ahmad dan Saiful mengacau Firdaus. b. Mereka selalu ponteng sekolah. a. Zaid juga malas belajar. b. Serperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. a. Selamat pagi cikgu ucap mereka. b. Mereka berdua dihukum rotan 10 kali oleh cikgu. c. Cikgu berkata kalau kamu buat lagi, cikgu tidak akan teragakagak untuk mengenakan tindakan buang sekolah ke atas kamu. a. Ramai guru berasa marah akan sikap Ben itu. b. Lisa berasa marah kerana melihat perbuatan Ben, abangnya itu.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

19

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

c. Kesalahan Penanda Wacana : i. Kesalahan maksud penanda wacana dalam karangan murid : No. Karangan Kesalahan maksud Tambahan a. Tidak lama selepas banjir, b. Tidak lama selepas kejadian tanah runtuh itu, Tidak menulis penanda wacana a. Satu jam kemudian, b. Akhirnya c. Lima minit kemudian, d. Beberapa jam kemudian, Tidak menulis penanda wacana a. Inilah Tidak menulis penanda wacana a. Tapi malangnya, a. Pada masa Tidak menulis penanda wacana a. Seperti, 3 1 1 a. Di dalam kelas, 6 Sebaliknya Sebab Ketika

1.

2.

3.

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jumlah

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

20

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

ii. Kekerapan kesalahan penggunaan maksud penanda wacana dalam karangan murid :

Maksud penanda wacana

Kekerapan kesalahan

Tambahan Sebaliknya Sebab Ketika

3 1 1 6

iii. Cadangan pembetulan kesalahan maksud penanda wacana dalam karangan murid : No. Karangan 1. pembetulan maksud penanda wacana Tambahan a. Selepas itu, b. Sejurus kemudian, a. Selepas itu, Sebaliknya Sebab Ketika

2. 3.

a. Natijahnya, a. Kemudian, b. Setelah beberapa ketika, c. Tidak lama kemudia, d. Selanjutnya,

4.

a. Tanpa berlengah lagi,

a. Semenjak itu, a. Pengajaran daripada kisah ini, a. Sebaliknya, a. Dalam masa yang sama a. Dengan itu,

5.

6. 7.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

21

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

8. 9. 10. a. Oleh itu, a. Justeru itu,

a. Sementara itu, a. Akhirnya a. Sementara itu,

d. Rumusan analisis kesalahan kesalahan daripada aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana Secara keseluruhannya, prestasi murid-murid yang menjawab soalan karangan yang diberikan adalah memuaskan. Daripada aspek sintaksis, murid paling banyak melakukan kesalahan untuk golongan kata. Kesalahan paling sedikit pula adalah bentuk kata. Hal ini mungkin disebabkan oleh aspek golongan kata mempunyai skop yang amat luas dan boleh mengelirukan murid jika tidak difahami dengan teliti. Dalam aspek sintaksis pula, purata kesalahan bagi setiap karangan ialah 3.6 kali. Purata kesalahan ini menggambarkan muridmurid agak mahir dalam membina ayat untuk membentuk perengganperenggan dalam sesebuah karangan. Pencapaian ini juga mungkin disebabkan oleh murid-murid mempunyai pengalaman sedia ada dalam menulis tajuk-tajuk karangan yang diberikan. Aspek penanda wacana memberikan pola analisis kesalahan yang tidak menentu. Terdapat juga murid yang langsung tidak menggunakan sebarabg penanda wacana dalam karangan mereka. Hal ini mungkin disebabkan, lebih ramai murid yang memilih untuk menulis karangan berbentuk cerita.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

22

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.0

Kajian Literatur Kesalahan Penulisan Karangan

Setelah membincangkan analisis jenis-jenis kesalahan tatabahasa oleh murid semasa menulis karangan, seterusnya saya akan cuba membicarakan pula tentang kajiankajian tertentu yang boleh dirujuk dan dijadikan pedoman untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan dalam penulisan karangan oleh murid-murid di sekolah. Dengan meneliti kajian-kajian ini atau bahan-bahan rujukan tertentu, adalah diharapkan kita akan dapat menilai semula strategi dan kaedah-kaedah terbaik untuk meningkatkan mutu penulisan karangan di kalangan murid-murid sekolah. Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Kamariah Abu Bakar, Zakaria Kasa, Aida Suraya Md. Yunus dan Adenan Ayob yang bertajuk Kesan Antara Penggunaan Pemprosesan Kata Dengan Pen, Pensel Dan Kertas Terhadap Pencapaian Serta Kualiti Karangan Murid Tingkatan Empat mendapati bahawa penggunaan Pemprosesan Kata dalam penulisan karangan adalah berkesan kepada murid. Manfaatnya boleh terus menyumbang kepada usaha memupuk keupayaan murid dalam penulisan. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran wajar mengkaji keperluan untuk melengkapkan bilik darjah dengan komputer, termasuk membekalkan kemudahan internet supaya Pemprosesan Kata yang digunakan dalam penulisan karangan adalah menyeluruh. Tujuan makmal bahasa dilengkapkan dengan peralatan komputer, perisian dan internet adalah untuk memberi kemudahan kepada murid supaya dapat menerima faedah daripada arus pembelajaran berasaskan komputer ini. Kelengkapan prasarana ini juga begitu penting untuk memastikan murid sentiasa berminat terhadap pelajaran. Cadangan ini juga adalah berpandukan kadar kejayaan murid yang terlibat dalam penggunaan Pemprosesan Kata. Jika lebih banyak murid yang menggunakan Pemprosesan Kata, kadar kejayaan akan lebih meningkat. Kajian ini amat bermanfaat kepada beberapa pihak, khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meneliti kajian ini secara menyeluruh yang membabitkan pencapaian dan kualiti dalam penulisan karangan untuk menyerapkannya sebagai panduan bagi guru yang khususnya mengajar di sekolah menengah. Kajian ini turut memberikan input sampingan tentang penggunaan

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

23

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pemprosesan Kata secara mantap dalam penulisan. Dengan ini, guru dapat menghindarkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, seperti pengetahuan tentang penulisan karangan mengikut panduan yang betul dan tepat. Kajian ini turut dilakukan untuk menyokong usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menggiatkan penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran dalam penulisan karangan yang mempunyai pendekatan bestari dengan berasaskan komputer dan teknologi maklumat. Setakat ini, alat bantu yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berasaskan komputer dan teknologi maklumat masih belum meluas. Walaupun terdapat alat bantu yang seumpama itu, kesannya dari aspek pencapaian dan kualiti tidak diuji dan disesuaikan dengan teori pembelajaran. Justeru, dapatan yang positif daripada kajian ini begitu penting untuk meyakinkan murid dalam menggunakan Pemprosesan Kata bagi penulisan karangan. Kajian ini juga pada umumnya menyumbang kepada perkembangan pendidikan semasa. Secara realitinya, murid mengutamakan penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat. Sehubungan itu, penggunaan Pemprosesan Kata menjadi salah satu daripada keperluan mereka dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran pada alaf baharu ini. Hasil penulisan Bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan kualitinya jika terdapat penggunaan alat bantu yang begitu sesuai dalam memudahkan sesi pengajaran guru. Penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah berlandaskan ciri mesra pengguna, praktikal, mudah dan sistematik. Oleh yang demikian, alat. Kualiti karangan diasaskan pada analisis mengikut kriteria isi, bahasa dan pengolahan, iaitu tahap cemerlang, kepujian, baik, memuaskan dan pencapaian minimum (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2005). Ciri yang terdapat dalam kriteria isi adalah idea, manakala bahasa adalah kata, ayat, ejaan, tanda baca, laras, kosa kata, gaya bahasa dan unsur. Pengolahan pula merangkumi ciri menarik, berkesan, kesesuaian pemerengganan dan wacana. Penganalisisan kualiti isi, bahasa dan pengolahan yang berpandukan tahap-tahap tersebut adalah sesuai dalam analisis teks, seperti teks yang berbentuk karangan (Jamali Ismail, 1997).

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

24

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kajian bertajuk Masalah Penulisan Naratif Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah oleh Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof dan Raja Mohd. Fauzi Raja Musa mendapati kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah penulisan boleh diajar menulis dengan lebih baik sekiranya ada pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang bersesuaian. Jenis dan jumlah sokongan yang perlu diberi adalah bergantung kepada keperluan individu, tahap persekolahan dan jenis penulisan yang bermasalah (Applebee & Langer 1983). Jumlah bantuan yang diberi akan berkurangan setelah pelajar lebih mahir menulis. Di negara-negara barat seperti di Amerika Syarikat, undang-undang pusat dan kerajaan negeri memandatkan bantuan diberi kepada pelajarpelajar yang mengalami masalah penulisan. Guru-guru disyaratkan mematuhi undangundang berkenaan dan memastikan segala usaha dilaksanakan supaya masalah penulisan dapat diatasi dan prestasi pencapaian akademik tidak terjejas. Hak asasi pelajar kurang upaya mesti dipelihara dan guru perlu memastikan peraturan undang-undang dilaksanakan secara praktis di dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang membolehkan pelajar berjaya. Untuk memastikan pelajar boleh berjaya, guru mesti yakin dan percaya bahawa : i. ii. iii. semua pelajar boleh belajar kejayaan membawa kepada lebih banyak kejayaan sekolah mengawal keadaan yang membawa kejayaan (Garcia 1992).

Kebanyakan pengubahsuaian dan modifikasi pengajaran tidak melibatkan perbelanjaan masa dan wang yang banyak, tetapi melibatkan perubahan pandangan kepada situasi yang sama (Gamble 1993). Untuk kebanyakan pelajar yang mengalami masalah penulisan, penyediaan akomodasi yang sesuai adalah satu cara hak asasi dan peluang pembelajaran yang boleh diperolehi oleh kumpulan pelajar ini. Hashim Othman yang bertajuk Penilaian Tahap Penguasaan Dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan

Kajian oleh Kemahiran

Menulis

Kebolehpercayaan Instrumen menjelaskan bahawa kemahiran menulis merupakan

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

25

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan kemahiran menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di Malaysia, khususnya dalam bahasa Melayu. Sebuah kajian khusus tentang literasi kemahiran menulis diperlukan bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya yang lebih tertumpu pada kemahiran membaca, serta dapat dibuat bandingan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis yang telah dijalankan di luar Negara (Purve, 1992). Dapatan kajian akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang kecekapan berkomunikasi murid sekolah rendah di Malaysia, iaitu generasi yang mendukung tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan 2020 ke arah pembinaan negara maju melalui penguasaan ilmu dan teknologi canggih dengan jati diri tempatan. Kajian ini dapat menilai sejauh mana program pendidikan bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berjaya melahirkan murid yang literat, yakni bukan sekadar mengenal huruf dan angka, tetapi dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran bahasa (khususnya menulis) untuk menyelesaikan masalah harian dalam konteks formal dan tidak formal. Secara khusus, dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu pada peringkat pendidikan asas, iaitu bahasa yang mendukung peranan bahasa pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu. Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan. Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi, sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif (Hymes, 1972; Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990) telah dijalankan oleh satu pasukan penye1idik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant Scheme (FRGS) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

26

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengumpulan data adalah meliputi sampel di Semenanjung Malaysia untuk digunakan dalam pembinaan jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Menurut kajian ini lagi, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi setiap versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah .92, menulis asas dengan tatabahasa ialah .93, dan wacana dengan tatabahasa ialah .94, sementara bagi versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah .95, sosiolinguistik dengan tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa ialah .95. Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama, iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap [I peringkat sekolah kebangsaan. Ini merupakan kesahan serentak dalam satu alat, di samping bukti kesahan gagasan secara unitary (Messicks, 1993 &. 1ee4).

Selain kajian-kajian yang dinyatakan di atas, saya turut merujuk dokumen Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2004 dan Laporan Prestasi Terperinci Calon UPSR 2009 yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mengenal pasti dan meneliti kesalahan-kesalahan serta kelemahan-kelemahan pelajar dalam menjawan soalan penulisan. Dokumen tersebut turut memuatkan komentar dan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memperbaiki mutu jawapan pelajar pada masa akan datang. Turut boleh dijadikan rujukan dalam penulisan karangan kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan. Mengikut Jos. Daniel Parera (1987:17) pendekatan merupakan satuaksioma iaitu sesuatu yang baku dan tidak lagi dibantah akan kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412) pula, pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkaraperkara yang mengawal bahasa itu. Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

27

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak. Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif. Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan. Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks. Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan? Berkenaan dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

28

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

4.0

Penutup

Penguasaan dalam kemahiran tatabahasa terutamanya daripada aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana semasa menjalankan sesi pengajaran bahasa akan dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis dalam bahasa melayu. Penggunaan bahasa yang tepat dan betul boleh mencerminkan tahap keilmuan seorang penutur bahasa dalam komunikasi dan juga dapat diterjemahkan dengan menarik dalam bidang penulisan. Dengan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pemahaman tentang masalah-masalah penulisan melalui analisisa, pendapat-pendapat pengkaji dan karyakarya berkaitan akan membolehkan guru memberi perspektif tersendiri dan digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan murid pada tahap cemerlang.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

29

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Rujukan

Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Tanjung Malim: Quantum Books.

Asmah Haji Omar (1993), Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (2008), HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan, Selangor : Open University Malaysia (OUM)

Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi ke 2 Semester III, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti.

Mok Soon Sang (2002), Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan (edisi ke-8), Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Teknologi Pengajaran, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

30

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Lampiran (Soalan Karangan Dan Hasil Karangan Murid)

ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

720806135859002

31

You might also like