You are on page 1of 55

BMM 3101 2013

PENDAHULUAN

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional.Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan, serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan.Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum pendidikan prasekolah, rendah dan menengah.Terdapat dua dokumen penting yang saling melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Definisi Sukatan Pelajaran. Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu.Sukatan pelajaran dibina

berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian (www.edsnet.na/ Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm). Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan.

BMM 3101 2013


Huraian Sukatan Pelajaran. Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandungan sukatan pelajaran.Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran,dan dibezakan antara HSP SK dan SJK. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan.Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Maka terhasilnya kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR .Kurikulum baru ini menggunakan dua dokumen penting iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru.Berasaskan pemahaman dan analisis tentang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini,guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

BMM 3101 2013


SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH (KBSR) Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,rohani,emosi,dan jasmani selaras dengan hasrat.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini,Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Kemahiran-kemahiran bahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis.Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

BMM 3101 2013


PERINCIAN ORGANISASI KANDUNGAN KBSR `
PENGISIAN KURIKULUM

SISTEM BAHASA

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM KBSR

KEMAHIRAN BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Pecahan Organisasi Kandungan KBSR

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Mendengar

Bertutur

KEMAHIRAN BAHASA
Membaca Menulis
4

BMM 3101 2013

Kemahiran Mendengar

Keupayaan murid mendengar dengan teliti. Memahami perkara yang didengar. Beri respon.

Kemahiran Bertutur

Keupayaan murid berbual dan menyampaikan maklumat. Penekanan di beri kpd penggunaan pengucapan yg menggunakan tatabahasa yg sesuai.

Kemahiran Membaca

Keupayaan murid membaca ayat dengan lancar . Penekanan diberi kpd aspek pemahaman dan penaakulan bahan secara kritis.

Kemahiran Menulis

Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan

Kemahiran-kemahiran Bahasa

BMM 3101 2013


Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran.

Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,

Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran

Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa dan menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa serta disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
6

BMM 3101 2013


Sistem Bahasa

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

Tatabahasa Ejaan Peribahasa

Kosa kata

Sistem Bahasa Bahasa Melayu Baku

Sebutan & Intonasi

Pecahan Sistem Bahasa Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa.Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

TATABAHASA

Morfologi yang mengkaji Struktur, bentuk kata & penggolongan kata.

Sintaksis bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, & binaan ayat.

BMM 3101 2013


Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i. kata asli bahasa Melayu

ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata

i. kata tunggal

ii. kata terbitan

iii. kata majmuk

iv. kata ganda

Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan

BMM 3101 2013


Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata

i. kata nama

ii. kata kerja

iii. kata adjektif

iv. kata tugas

Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat.Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan, c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang, e. binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal

BMM 3101 2013


iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. aspek tanda baca
Sebutan dan Intonasi.

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat.Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

i. Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: a. Jenis ayat i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat seruan iv. ayat perintah b. Susunan ayat i ayat biasa ii. ayat songsang c. Ragam ayat i ayat aktif ii. ayat pasif

Nota: * Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan

10

BMM 3101 2013


yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. * Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran

Sistem Ejaan

Pola keselarasan huruf vokal

Ejaan kata pinjaman

Ejaan kata dasar & Kata terbitan

Kosa Kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

Umum

istilah

Kosa kata

Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah
11

BMM 3101 2013


mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Simpulan bahasa Bahasa kiasan Pepatah

Peribahasa
Kata-kata hikmah Bidalan

perbilangan

Perumpamaan

Cabang-cabang Peribahasa

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
12

BMM 3101 2013


kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

ILMU

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

NILAI

PENGISIAN KURIKULUM

PERATURAN SOSIOBUDAYA

KEWARGANEGARAAN

Pecahan Pengisian Kurikulum

1.0 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin.Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh

dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

13

BMM 3101 2013

2.0 Nilai

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung.Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

14

BMM 3101 2013


5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

KEMAHIRAN BERFIKIR

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

KAJIAN MASA DEPAN KECERDASAN PELBAGAI

Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.

15

BMM 3101 2013


Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.Penguasaan kemahiran ini membolehkaN murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

16

BMM 3101 2013

Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.Oleh itu, guru perlu

mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

17

BMM 3101 2013

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

18

BMM 3101 2013


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan Berpusatkan Murid

Bacaan Luas STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepelbagaian Teknik

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Pendekatan Berpusatkan Murid.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.Oleh itu, murid dapat membina dan memantapkan keyakinan berbahasa.

19

BMM 3101 2013


Kepelbagaian Teknik.

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar.Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif berkomunikasi dan berinteraksi.

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang Tepat Pendidikan Bahasa Melayu, sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengiut kemampuan murid.Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. . Bacaan Luas Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat membaca.Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa melayu dengan

20

BMM 3101 2013


menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera.Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan melalui penyerapan.

PENEKANAN KONSEP 5P

Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

Bahasa

Melayu

menekankan

konsep

penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Fasafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengabungjalinan

Penilaian PENEKANAN KONSEP 5P

Penyerapan

Pemulihan

Pengayaan

a.Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran boleh
21

BMM 3101 2013


digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. b.Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur itlu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. c.Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat.Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d.Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid dan menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan.Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan, maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

22

BMM 3101 2013


e.Penilaian

Penilaian

dianggap

sebagai

sebahagian

daripadda

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan makluma yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlualah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

23

BMM 3101 2013


PERINCIAN ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM KSSR

STRATEGI P&P

PENDEKATAN MODULAR

PENGISIAN KURIKULUM

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM KSSR

SISTEM BAHASA

KEMAHIRAN BAHASA

STANDARD KURIKULUM

Standard Kurikulum Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberi penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid.Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh Pengisian Kurikulum.

24

BMM 3101 2013

STANDARD KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

Standard Kandungan

Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran.

Pernyataan tentang penetapan criteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

25

BMM 3101 2013


Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia adalah sama dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

KEMAHIRAN BAHASA

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

Pendekatan Modular Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikanpenguasaan kecekapan berbahasa yang baik.Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul.Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.Tiga modul yng pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut bagi mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul
Tatabahasa

Modul Kemahiran Membaca

Modul Seni Bahasa

PENDEKATAN MODULAR

Modul Kemahiran Menulis

26

BMM 3101 2013


memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengardalam pelbagai situasi serta dapat memberi respon. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasi untuk MModul Kemahiran menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif Mendengar dan dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul seecara spontan dan bertatasusila. Bertutur Penggunaan tatbahasa yang betul diberi penekanan dalam kemahiran bertutur.

Modul Kemahiran membaca memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca disamping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Modul Kemahiran Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Membaca Melalui kemahiran membaca , murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca

Modul Kemahiran Menulis memfokuskan kemahiran menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Modul Kemahiran Murid digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur Menulis pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Modul Seni Bahasa merujuk kepada kebahasaan, keindahan dan kehalusan yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai gene secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa ini juga menzahirkan pembelajaran menyeronokkan secara didik hibur .

Modul Seni Bahasa

.
Modul tatabahasa merujuk kepada morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajar melalui pengjaran yang terancang dengan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.an teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami d

Modul Tatabahasa

Komponen-komponen Pendekatan Modular


27

BMM 3101 2013


Sistem Bahasa Aspek Sistem Bahasa dalam Organisasi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sama dengan Sistem Bahasa Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Penerangan aspek-aspek tersebut telah diterangkan dalam perbincangan terdahulu iaitu Sistem Bahasa KBSR.

Tatabahasa Peribahasa

Ejaan

Kosa kata

Sistem Bahasa

Sebutan & Intonasi

Komponen-komponen Sistem Bahasa

28

BMM 3101 2013


Pengisian Kurikulum. Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang diserap dalam setiap mata pelajaran.Elemen merentas kurikulum ialah unsure nilai tambah yang diterapkan dalam proses pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.Pengisian kurikulum tersebut adalah seperti rajah di bawah.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

ILMU

NILAI MURNI

KREATIVITI &INOVASI PENGISIAN KURIKULUM

PATRIOTISME &KEWARGANEGA RAAN

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PERATURAN SOSIOBUDAYA

SAINS DAN TEKNOLOGI

KEUSAHAWANAN

Komponen-komponen Pengisian Kurikulum

Terdapat beberapa penambahan unsur-unsur yang terkandung di dalam pengisian kurikulum KSSR berbanding pengisian kurikulum KBSR.Antara unsur- unsur yang di tambah ialah elemen keusahawanan, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Kreativiti dan Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
29

BMM 3101 2013

Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.Peraturan masyarakat Malaysia. sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian

Sains dan Teknologi Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui aktiviti dan bahan atau prasarana.Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid.Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

Kreativiti dan Inovasi Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti itu mengikut keupayaan individu murid.Selain itu kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea pendekatan atau tindakan baharu.Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea , serta kreatif dalam konteks tertentu.Kreativiti dan inovasi perlu digandinkan di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.
30

BMM 3101 2013

Keusahawanan Elemen keusahawanan merentas kurikulum ini merupakan melibatkan suatu pendekatan sikap

membudayakan

keusahawanan.Proses

pembentukan

keusahawanan.Penererapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi suatu budaya dalam kalangan murid.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian.Selain itu guru dan murid mengunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar.Murid juga beljar melalui TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia mempunyai beberapa persamaan dan

perbezaan.Antara perbezaanya ialah wujudnya Pendekatan Tematik.Pendekatan berpusatkan murid, Penekan 5P, dan Kepelbagaian kaedah dan teknik

dikekalkan.Namun begitu terdapat beberapa penambahan kaedah dan teknik yang diperkenalkan antaranya ialah Didik Hibur, Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Akses Kendiri,Pembelajaran Luar Bilik Darjah, dan Pembelajaran Masteri.

31

BMM 3101 2013

Kepelbagaian kaedah dan teknik

Kepelbagaian Sumber Bahan

Pendekatan Tematik
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan 5P

Pendekatan Berpusatkan Murid

Komponen-komponen Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

Pendekatan Tematik. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema.Melalui pengajaran dan pembelajaran berasaskan tema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadu dan dikukuhkan.Di samping itu ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan.Bagi tujuan ini,perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.Cakupan tema yang ditentukan adalah seperti dalam rajah di bawah

32

BMM 3101 2013

Kemasyarakat an Pertanian dan penternakan Kesihatan dan kebersihan

Alam sekitar dan teknologi hijau

Kekeluargaan

PENDEKATAN TEMATIK

Sains, teknologi dan inovasi

Keselamatan

Jati diri, patriotisme dan kewarganegar aan

Perpaduan Kebudayaan, kesenian dan estetika

33

BMM 3101 2013


Kekeluargaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluatga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan.Temma ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga.

Kemasyarakatan Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama.Tema ini

sesuai diajar kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.

Kesihatan dan Kebersihan Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan social.Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.

Keselamatan Tema keselamatan merujuk kepada keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran.Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan.

34

BMM 3101 2013


Perpaduan Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia.Tema ini sesuai diajarkan kepada muriddalam usaha memupuk semangat perpaduan.

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema jati diri,patriotism dan kewarga negaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insane yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sangup berkorban demi Negara.Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara

Sains, Teknologi dan Inovasi Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu.Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insane yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi

35

BMM 3101 2013


Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tema alam sekitar dan teknologi merujuk keupayaan murid menjana dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia,haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan dating.Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

Pertanian dan Penternakan Tema pertanian dan penternakan member murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden.Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang bidang bioteknologi dan penternakan dalam kehidupan.

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang perniagaan dan

keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan.Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

36

BMM 3101 2013


KESIMPULAN

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

37

BMM 3101 2013


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN TAHUN 2

Fokus Utama: Standard Kandungan: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran: 2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vocal berganding dan konsonaan bergabung dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan: 5.1 Memahami dan menggunakangolongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks.

Standard Prestasi: B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti

38

BMM 3101 2013


Aktiviti 1
1. Murid diminta melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

(Lampiran 1).
2. Ketika slaid sedang ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan mudah kepada

murid untuk menguji tahap kefahaman murid.


3. Setelah selesai melihat slaid secara berpasangan murid diminta untuk

menceritakan tentang slaid yang telah ditunjukkan iaitu berkenaan Habitat Haiwan. Aktiviti 2 1. Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.(Lampiran 2) 2. Secara berkumpulan rmurid membaca ayat dengan kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikutnya. 3. Aktiviti diteruskan dengan guru memilih seorang murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut. 4. Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.

Aktiviti 3 1. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi gambar gambar haiwan dan tiga petak iaitu darat sahaja,air sahaja serta darat dan air.(Lampiran 3) 2. Murid diminta mewarnakan gambar dan seterusnya menggunting dan

melekatkan gambar-gambar tersebut di petak yang betul mengikut kumpulannya.

39

BMM 3101 2013


REFLEKSI

Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3101) ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Subjek dibawah

kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur dalam sukatan pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran serta dalam merangcang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Tuan Hj Rosli Bin Ab. Ghani, melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau amat pemurah dan sangat gigih memberi bimbingan dan input berguna bagi menyiapkan tugasan ini amnya serta secara khususnya menjelaskan kandungan subjek ini.Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat saya katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Pemahaman terhadap sukatan ini amatlah penting bagi seorang guru untuk menjayakan proses pengajaran sebaik mungkin. Hasil daripada pengkajian, pemahaman dan penghayatan tentang Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, ianya dapat membantu guru merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran. Selain itu juga melalui kerja kursus ini, saya dapat menghayati perubahan dan penambahbaikan kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,saya banyak didedahkan dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu.Ini penting bagi memberi gambaran awal sebelum belajar secara lebih mendalam.Walaupun saya telah mempraktikkan komponen-komponen dalam Sukatan Pelajaran selama bertahun-tahun, kursus ini dapat memantapkan lagi ingatan dan menambahkan lagi pengetahuan tentang ilmu yang berkaitan terutama ilmu-ilmu yang seiring dengan peredaran masa. Saya telah menerima tugasan KKBI BMM 3101 pada interaksi kedua dan perlu menyiapkan dan menghantarnya pada interaksi keempat.Tugasan ini memerlukan saya memahami dan mendalami setiap komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan Kurikulum Standard Bahasa Malaysia KSSR.Seterusnya,berdasarkan ilmu

40

BMM 3101 2013


tersebut saya perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan saya menyediakan tiga aktiviti pengajaran. Untuk menyiapkan tugasan ini,saya perlu membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini.Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Setelah itu, bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai unsur-unsur dalam Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran dan menterjemahkannya dalam bentuk pengurusan grafik yang menarik Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran,terdapat sedikit masalah dalam merangcang aktiviti ini.Permasalah tersebut ialah untuk memilih sukatan pelajaran KBSR atau KSSR.Setelah menbuat analisis dan rujukan saya memilih untuk merancang aktiviti berdasarkan Kurikulum Standard KSSR tahun dua.Setelah itu,saya memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dirancang. Saya membahagikan aras pembelajaran kepada fokus utama dan fokus sampingan.Saya merancang memfokuskan kemahiran bacaan dan merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuai dan dapat menarik minat murid. Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti,saya perlu mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sabagai panduan untuk membuat langkahlangkah pengajaran. Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH saya telah merancang aktiviti pembelajaran dengan berpandukan kepada aras pembelajaran,elemen merentas kurikulum dan menyediakan langkah-langkah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Kesimpulannya, saya telah banyak mendapat pengajaran daripada kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang guru, saya bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru. Dengan itu, ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang gejala sosial

41

BMM 3101 2013


BIBLIOGRAFI BUKU Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd. Kamus Dewan. (1996). Ed. ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Pusat

Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahap Satu. Putrajaya : Pusat Perkembangan Kurikulum Tuan Jah, Faridah. ( 2011). Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

INTERNET

http://www.docstoc.com/docs/20629161/RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-MataPelajaran-Bahasa-Melayu-Kelas http://www.slideshare.net/guest8fbccf/pengajaran-bahasa-melayu http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DANKSSR-2-

42

BMM 3101 2013

Sekapur sireh ..
S
yukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya, mampu untuk menyiapkan tugasan ini walaupun pada mulanya banyak kekangan yang dihadapi.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Tn.Hj. Rosli Bin Ab. Ghani kerana banyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan yang diberi. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekelas yang turut sama membantu menyelesaikan permasalahan yang mendatang dan memberi sedikit sebanyak input tentang tugasan yang diberi.Kerjasama dan bantuan daripada anda semua amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih kerana tidak lokek ilmu. Saya berharap agar tugasan bagi subjek ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana melalui tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi. . Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi idea atau membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih daun keladi, harap boleh bantu lagi di lain hari. Sekian, terima kasih.

43

BMM 3101 2013


ISI KANDUNGAN M/S

HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL ISI KANDUNGAN PERHARGAAN PENDAHULUAN ANALISIS ORGANISASI KANDUNGAN KBSR HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA SISTEM BAHASA PENGISIAN KURIKULUM 1 3

ANALISIS ORGANISASI KANDUNGAN KSSR HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA SISTEM BAHASA PENGISIAN KURIKULUM

24

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN KOLABORASI

38 40

44

BMM 3101 2013

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 3 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3101)

NAMA NO.K.P. KUMPULAN /UNIT PENGKHUSUSAN

: ROZILA BINTI MD RASHID : 760413017970 : PPG FEBRUARI 2012 : PENDIDIDKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

KOD MATA PELAJARAN : BMM 3101 NAMA PENSYARAH : TN.HJ.ROSLI BIN AB. GHANI

45

BMM 3101 2013

46

BMM 3101 2013

47

BMM 3101 2013

48

BMM 3101 2013

C
SUKATAN PELAJARAN (KBSR) KURIKULUM STANDARD (KSSR)

49

BMM 3101 2013

HALAMAN JUDUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

(BMM 3101)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT,TERENGGANU.

50

BMM 3101 2013


Lampiran 1 CONTOH SLAID

51

BMM 3101 2013

52

BMM 3101 2013


Lampiran 3

53

BMM 3101 2013


Warnakan gambar di atas dan tampalkan di petak yang betul.

di darat sahaja

di laut sahaja

di laut dan di darat

54

BMM 3101 2013


Lampiran 2

Burung tinggal di dalam sarang.

Katak boleh tinggal di darat dan di air.

Harimau suka makan daging.

Singa adalah raja di rimba.

Itik suka berenang di dalam kolam.

Ikan akan mati jika tidak tinggal di dalam air.

55

You might also like