You are on page 1of 34

EDU 3106 2013

PENDAHULUAN Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi.Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan.Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris.Pada masa itu, jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah mewujudkan jurang antara kaum pendekatan divide & rules bertujuan mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan

rakyat.Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara.Sekolahsekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi.Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi

penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat.Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan.Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran.Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.Hal ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar.Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Pendemokrasian yang berasal daripada perkataan demokrasi mempunyai beberapa definisi dan membawa pengertian yang amat luas.Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang,tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat.Manakala pendidikan pula yang dikaitkan dengan satu usaha adalah merupakan satu proses mendidik atau dididik (the act or process of educating or being educated) untuk memanusiakan manusia.

EDU 3106 2013


Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan.Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar

Konsep Pendemokrasian Pendidikan. Pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan.Konsep pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.Dengan lain perkataan, tidak harus wujud sebarang perbezaan dan diskriminasi di mana-mana peringkat masyarakat dari segi peluang dan mutu dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara.Oleh yang demikian, sistem pendidikan haruslah memastikan tidak ada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir dari memperolehi peluang untuk mendapat pendidikan yang bermutu kerana jika keadaan sedemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita kecapi pada tahun 2020 nanti pastinya menjadi pincang.

Kepentingan Pendemokrasian Pendidikan. Secara umumnya, isu pendemokrasian pendidikan adalah penting kepada semua lapisan masyarakat baik mereka yang terlibat secara langsung mahupun mereka yang berada di luar sistem pendidikan. Kepada para pengurus pendidikan: isu ini penting untuk dijadikan asas dan sandaran dalam membuat perancangan. Para pengurus atau pentadbir pendidikan perlu merancang bagaimana matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai.

EDU 3106 2013


Dalam hal ini matlamat pendidikan adalah jelas iaitu mestilah berlandaskan kepada apa yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perancangan dan penyelenggaraan sumber-sumber secara berkesan dan saksama akan memastikan agenda pendemokrasian pendidikan diteruskan seadilnya dari segi peluang dan pendidikan mutu di semua peringkat pendidikan. Kepada masyarakat umum : isu ini penting dalam memberi kesedaran tentang kepentingan dan keperluan pendidikan terutamanya dalam aspek pendemokrasian. Ini bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka Kepada seluruh warga pendidikan : khususnya mereka yang berada di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah. Golongan inilah sebenarnya merupakan barisan hadapan di dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu perancangan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadan-sempadan geograf ataupun perbezaan politik.

Terdapat tiga golongan utama yang dititikberatkan dalam proses pendemokrasian pendidikan di Malaysia iaitu murid orang asli, murid pribumi (indigenous) dan murid di pedalaman.

Orang Asli Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di mana sama kedudukannya dengan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai

EDU 3106 2013


hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini. Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan.Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi,Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum.Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Indigenous/Pribumi Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi.Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional. Indigenous juga merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak .Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal,ekonomi, sosial dan budaya.Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei.Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.

EDU 3106 2013


Pedalaman Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang.Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang.Tidak ada akses untuk ICT.Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. ..merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar banda ;jurang di antara yang miskin dengan yang kaya;jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas;agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya tertumpu di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi.Ssekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman pula, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

EDU 3106 2013


PROGRAM-PROGRAM PENDEMOKRASIAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Pengenalan Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini.Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan. Di antara program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah seperti berikut ; 1) Pendidikan Khas 2) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 3) Program Pendidikan Orang Asli dan Penan 4) Program Pemulihan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) murid Tahun 4 Rintis 2007 5) Program Bimbingan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROBIM) peringkat sekolah menengah. 6) 7) 8) Perluasan sekolah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M) Elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan (EKMLTK)

9) Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM) 10) Penubuhan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli 11) Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9)

EDU 3106 2013


1. MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR DAN FRASARANA SEKOLAH. Sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah.Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%) buah sekolah menengah di luar bandar.Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan.Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi.(P elan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010). Infrastruktur dan prasarana di sekolah- sekolah pedalaman mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan bandar.Kemudahan yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik.Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja.Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan,sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu.Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman.Antaranya adalah bekalan air bersih,klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri seperti meja,kerusi,komputer serta bahan-bahan pembelajaran yang terkini untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010.5/14.Strategi

pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah pedalaman.Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh 7 Mac 2010, kerajaan akan melaburkan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan prasarana penempatan Orang Asli.Di dalam peruntukan yang dinyatakan ini, kerajaan akan membuat penempatan-

EDU 3106 2013


penempatan baru kepada masyarakat Orang Asli.Penempatan-penempatan ini akan dibina berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung.Selain penempatan, kerajaan juga berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam.Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh Menteri, Tan Sri Muhyiddin 21 Jun pula,Timbalan Perdana

meluluskan peruntukan RM700,000 bagi membaik pulih dan

menaik taraf enam buah sekolah Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Dari apa yang dipetik di Utusan Online bertarikh Menteri, Tan Sri Muhyiddin 21 Jun pula,Timbalan Perdana

meluluskan peruntukan RM700,000 bagi membaik pulih dan

menaik taraf enam buah sekolah Orang Asli di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Walaupun keperluan untuk penambahan infrastruktur semakin bertambah setiap tahun. apa yang perlu diganti dan ditukar adalah menjadi keutamaan, malah bajet terhadap bidang

pendidikan ,meningkat setiap tahun.Kemudahan seperti bangunan, kerusi, meja dan komputer serta akses jalur lebar terus disalurkan walaupun di sekolah kayu dan uzur.Keratan akhbar pada April 2009 menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan 3 bilion dalam masa dua tahun bagi merapatkan jurang pendidikan di negara kita.Kos tersebut adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (20062010).Jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan yang paling tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dirantau ini. Namun begitu, jika jumlah ini masih tidak mencukupi, pihak kementerian akan menambah peruntukan ini dari semasa ke semasa.

EDU 3106 2013

Keadaan sekolah orang asli yang jauh daripada pembangunan.

EDU 3106 2013


2. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan.Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid.RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia.Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan.Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara.Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid. Objektif RMT adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah terutama mereka yang tinggal di pedalaman dan masyarakat orang asli, secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Di samping itu, RMT juga bertujuan untuk memberi makanan

tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.RMT juga adalah untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung serta mengendalikan tabiat-tabiat sopan santun disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.RMT juga adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah dalam pengelolaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

10

EDU 3106 2013


Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.Ini dapat meningkatkan kualiti kesihatan murid-murid orang asli dan pedalaman. Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul.Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam

masyarakat.Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

3. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK /PRA SEKOLAH

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012.Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009. Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan murid.Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf.Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh.Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah.Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik

11

EDU 3106 2013


huruf.Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun.Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia.Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak. Secara keseluruhan, UNICEF dan KEMAS sedang bekerja bersama-sama untuk melatih lebih kurang 300 orang guru-guru tadika dan juga penyelia-penyelia, untuk mencapai lebih daripada 18,000 orang ibu dan bapa dan juga penjaga-penjaga di kawasan-kawasan pedalaman.Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk masyarakat-masyarakat Orang Asli,yang memberi penekanan terhadap kepentingan galakan kepada perkembangan awal kanak-kanak dan memberi panduan tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran, nutrisi dan juga psikologi kanak-kanak. Terdapat 223 buah Tabika Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan 90% tenaga pengajarnt=ya adalah terdiri daripada orang asli.(Sumber JHEOA,2008)

Penglibatan Ibu Bapa dalam Prasekolah.

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah.Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik terutamanya yang tinggal di pedalaman kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di

12

EDU 3106 2013


persekitaran mereka.Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah.Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima.Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak prasekolah.Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanakkanak.Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketika kanakkanak berada di kelas lapan.Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start, Amerika Syarikat, mendapati bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida, 1994). Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa sangat penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa bagi menyokong kejayaan pendidikan kanak-kanak.Guru dan pengetua perlu menyokong

penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu bapa.Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan.Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah.

13

EDU 3106 2013


4. KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM. Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti bahawa antara faktor keciciran dalam kalangan pelajar sekolah ialah kemiskinan.Untuk mengatasi masalah itu, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib di bawah seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mulai Januari 2003 yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai tahun satu sekolah rendah. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.Selaras dengan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) maka ia untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah, dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka. Objektif

Kumpulan wang amanah ini memberi bantuan kepada pelajar miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama.Hal ini selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh. Pemilihan Pelajar Pemilihan pelajar dibuat oleh jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar dan disyaratkan sekurang-kurangnya dua ahli,terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

14

EDU 3106 2013


Pendapatan Keluarga

( Sumber KPM,2010) Pelajar miskin yang pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan keluarga tidak melebihi kadar yang ditetapkan seperti rajah di atas.Terdapat beberapa perubahan bermula tahun 2012.(rujuk lampiran 1) Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-

1. Murid miskin warganegara Malaysia; bagi murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran diperlukan.

2. Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan.

3. Murid Orang Asli/Penan yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan (layak menerima bantuan KWAPM secara automatik).

4. Murid miskin yang mana pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan jumlah pendapatan keluarga berada di bawah paras kemiskinan seperti rajah di atas.

15

EDU 3106 2013

Kategori Pelajar yang Layak Menerima KWAPM Pelajar yang layak menerima bantuan KWAPM ditetapkan mengikut kategori seperti berikut:

Kategori 1

Pelajar miskin Tahun 1 yang tercicir daripada sistem persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003

Kategori 2

a) Pelajar miskin tahun dua hingga enam yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya/ di tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur lapan hingga 12 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung.

b) Pelajar sekolah menengah yang tercicir di tengah persekolahan akibat kemiskinan.

Kategori 3

Pelajar miskin tahun 1 - 6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tetapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. Ini termasuk pelajar tahun enam yang akan memasuki tingkatan satu pada tahun berikutnya. Kategori 4

Murid miskin yang terlibat di dalam kes kecemasan seperti bencana alam. kebakaran dan lainlain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejeas.

16

EDU 3106 2013

Tatacara Permohonan Syarat Tambahan bagi Tahun 2010 Bagi tahun 2010, KPM mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM dilaksanakan menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasionalyang dikenali

sebagai eKASIH selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008 dan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil 8/2008 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Ketua Setiausaha Negara(KSN)PADA 8 Ogos 2008.Dalam mesyuarat tersebut memutuskan bahawa semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar.Tindakan menggunakan data eKASIH dalam penyaluran bantuan adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dan pertindihan dalam pemberian bantuan dengan kementerian-kementerian lain. Semua murid yang KIRnya telah berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT), akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. Bagi KIR yang belum mendaftar, permohonan boleh dibuat melalui laman

webhttp://www.ekasih.gov.my.Ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan PGK) Nasional dan belum tersenarai dalam Sistem eKASIHjuga boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh diperoleh di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Senarai nama ini mengandungi maklumat terperinci ibu bapa/penjaga murid yang mana pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti berikut:-

17

EDU 3106 2013

Kadar dan Jenis Bantuan Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada keupayaan dana KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa KWAPM di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM pada bila-bila masa. Kadar Bantuan KWAPM Pelajar Sekolah Rendah : BAP - RM200 bagi setiap seorang murid setahun. BB - RM25/RM50 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.

Pelajar Sekolah Menengah : BAP - RM300 bagi seorang murid setahun BB - RM30/RM60 bagi setiap seorang murid untuk tempoh 10 bulan.

Jenis Bantuan KWAPM 1. Bantuan Am Persekutuan (BAP) - pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan lain; dan 2. Bantuan Bulanan (BB) - wang saku dan perbelanjaan harian lain.

18

EDU 3106 2013


Prosedur Permohonan KWAPM Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM di peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-

a) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri b) Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar c) Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan) d) Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan) e) Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan) Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui mesyuarat jawatankuasa bantuan di peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah.Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan sekolah dan sekurang-kuranganya terdapat dua (2) orang wakil bukan guru daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyemak dan memperakukan murid yang layak menerima bantuan KWAPM. Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan borang rumusan permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang rumusan tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk disemak/disahkan. Jabatan Pelajaran Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke Bahagian Kewangan KPM untuk

diproses.Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan ke akaun sekolah. Pada peringkat ini, Jawatankuasa pengurusan bantuan di peringkat sekolah pula perlu memainkan peranan dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid yang layak.Pihak sekolah boleh mengkreditkan bayaran berupa wang tunai terus ke akaun murid ataupun barangan berdasarkan keperluan persekolahan kepada murid yang layak.

19

EDU 3106 2013


5. PENUBUHAN PUSAT INTELEK PELAJAR ORANG ASLI (PIPOA) Pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman; khususnya pelajar Orang Asli sentiasa diberi keutamaan. 22.5 juta ringgit dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun bagi memberikan pendidikan percuma kepada golongan itu.Satu daripadanya dengan penubuhan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA).Matlamatnya mengurangkan jurang pendidikan masyarakat orang asli dengan masyarakat lain. PIPOA yang pertama diwujudkan pada September 2010 di Pahang dengan kos sebanyak 6.3 juta ringgit. Ia menempatkan pelajar Orang Asli seluruh negeri itu yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Pelbagai bantuan diberikan termasuk tambang pengangkutan, yuran sekolah, wang saku dan tuisyen percuma. Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Minda Dan Pendidikan,Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)En. Zainal Abidin Ali, penubuhan PIPOA merupakan strategi yang berkesan dalam menyahut seruan kerajaan bagi mentranformasikan masyarakat orang asli. Antara objektif utama penubuhan PIPOA ialah untuk mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajar orang asli,memberikan kemudahan pembelajaran yang sempurna kepada mereka disamping ingin meningkatkan tahap pendidikan dikalangan pelajar orang asli di peringkat menengah secara fokus. Dalam tempoh empat bulan selepas penubuhannya, pencapaian pelajar orang asli yang telibat amat memberansangkan.Daripada 37 tersebut pelajar yang mendapat kedudukan pertama hingga 30 - 14 daripadanya adalah pelajar PIPOA.Dalam kedudukan 10 teratas - 6 0rang pelajar PIPOA,dan pelajar yang mendapat tempat ke 2, 5A adalah pelajar PIPOA. Perkembangan positif ini mendorong pembukaan dua lagi PIPOA iaitu di Terengganu dan Negeri Sembilan pada masa akan datang.Apa yang pasti PIPOA menzahirkan strategi yang digariskan Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli; memastikan kadar keciciran masyarakat itu dalam bidang pendidikan dapat dikurangkan sehinga 15-peratus menjelang tahun 2015.(Fokus Pendidikan,Razak Ahmad untuk berita Radio RTM)

20

EDU 3106 2013


CABARAN DAN KEKANGAN MENGURANGKAN JURANG PENDIDIKAN DI PEDALAMAN.

Meningkatkan Infrastruktur dan Frasarana Sekolah. Tidak dinafikan, pembangunan di kawasan pedalaman kadarnya adalah rendah.Kedudukannya yang jauh dan sukar untuk diharungi menyebabkan kos untuk menyediakan infrastruktur adalah tinggi.Sehubungan itu, kerajaan pusat haruslah menyediakan peruntukkan khusus bagi menghubungkan sesuatu kawasan pedalaman.Kini Malaysia sudah pun menikmati

kemerdekaan selama 56 tahun, sukar untuk diterima masih terdapat kawasan yang ketinggalan dari arus kemodenan di Malaysia ini.Sepatutnya, Malaysia sudah mampu menyediakan segala prasarana yang mencukupi untuk rakyat keseluruhannya.Tiada lagi masalah keciciran kanakkanak dari sistem pendidikan negara. Jurang pendidikan juga sudah semestinya menjadi kecil atau hapus sama sekali. Apa yang menjadi penghalang adalah dana dan bajet.Kini kita mempunyai 15,000 hingga 20,000 bangunan di lebih 10,000 sekolah.Daripada audit yang dilakukan bagi menilai infrastruktur sedia ada, tiga peratus daripada 10,000 sekolah atau 300 sekolah dikategorikan teruk iaitu uzur dan daif.Peruntukan untuk membina satu sekolah adalah RM3 juta, maka keutamaan kita kepada sekolah uzur ini.Namun, peruntukan yang ada terhad. Ada juga sekolah tidak teruk tetapi mahukan bangunan tambahan bagi menampung pelajar.Untuk menyelesaikan masalah ini bukan mudah malah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), mungkin tidak dapat diselesaikan pun, mungkin juga susah diselesaikan dalam RMKe-11.

Jaringan pengangkutan yang sukar untuk menghubungkan pihak-pihak yang mahu memberi bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar.Contohnya sekolah-sekolah di kawasan terpencil di pedalaman Sabah dan Sarawak menyebabkan mereka mengalami masalah untuk berhubung,maka insfrastruktur tidak lengkap sepenuhnya. Penerimaan masyarakat luar bandar terhadap usaha kerajaan bagi memajukan pendidikan di kawasan mereka dianggap membazir wang masyarakat di negara ini.Hal ini kerana masyarakat di kawasan luar bandar terutamanya masyarakat orang asli yang masih mempunyai pemikiran yang sempit. Halangan seterusnya ialah tidak mempunyai wang yang mencukupi disebabkan oleh kemerosotan ekonomi.Hal ini menyebabkan usaha kerajaan hanya mencakupi pembangunan infrastruktur di kawasan bandar sahaja.Hal ini disebabkan oleh belanjanya lebih rendah berbanding di kawasan luar bandar.

21

EDU 3106 2013

Kanak-kanak di pedalaman masih lagi menggunakan jalan air untuk ke sekolah.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Secara umumnya dapat dilihat program RMT mencapai kejayaan dan amat berfaedah.Namun begitun ada juga beberapa rungutan tentang perlaksanaanya.Antara isu yang timbul ialah kualiti makanan yang disediakan kerapkali didapati tidak memuaskan dan menepati menu yang disediakan.Kadangkala makanan didapati basi dan kuantitinya adalah tidak selaras seperti yang disarankan.Pihak yang terlibat sering mengutamakan keuntungan daripada mengambil kira kualiti dan nutrisi yang terkandung dalam makanan yang disediakan.Tahap kebersihan makanan juga tidak memuaskan,akibatnya anak-anak mereka mengalami sakit perut dan ciritbirit. Selain daripada itu,cara pengagihan RMT ini kepada orang asli kerap dipersoalkan oleh ibu bapa mereka.

Prasekolah

Terdapat beberapa masalah berkaitan dengan prasekolah terutama hal penglibatan ibu bapa di prasekolah.Masalah yang pertama berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah.Sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk, persepsi ibu bapa akan pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih banyak ibu bapa yang tidak menyedari kepentingan pendidikan prasekolah (Direktorat Pendidikan Anak

22

EDU 3106 2013


Usia Dini, 2007).Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung kurang menganggap kepentingan pendidikan prasekolah.Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah.Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai kepentingan pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di pendidikan prasekolah juga rendah.Ibu bapa dari kelompok rendah kurang berpartisipasi dalam

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Menyedari masih ramai masyarakat di negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid yang berkelayakan. Objektif penubuhan tabung KWAPM ini adalah untuk membantu golongan ibu bapa dan murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tujuan pihak KPM menubuhkan tabung KWAPM ini juga adalah untuk mengurangkan jurang peluang pendidikan di anatara bandar dan luar bandar. Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutmya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah. Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula telah menjadi satu masalah besar kepada pengurusan kewangan sekolah apabila telah dilaporkan bahawa terdapat kes penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang berlaku berpunca daripada Guru Besar itu sendiri. Hal ini umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan dalam mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) di mana dilaporkan lapan kes kehilangan dan penyelewengan wang berjumlah RM 196,550 telah dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008. Dua kes melibatkan penyalahgunaan wang oleh guru besar, tiga kes

23

EDU 3106 2013


kehilangan wang oleh guru besar, dua kes kegagalan guru besar menyerahkan wang dan satu kes aduan penyelewengan kewangan oleh guru besar Isu penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata kewangan yang lemah merupakan salah satu punca berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Hal ini mudah berlaku kerana apabila penyata kewangan tidak tetap dan sentiasa mempunyai kesilapn dalam penyata akan memudahkan pihak bertanggungjawab untuk membuat penyelewengan wang sekolah. Penyalahgunaan wang mudah berlaku sekiranya Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Namun, kita sedia maklum tentang laporan Ketua Audit Negara, 2009 telah melaporkan penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh Guru Besar sendiri, maka seharusnya pihak atasan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah ataupun Jabatan Pelajaran Negeri itu sendiri turun padang untuk memantau dan membuat semakan bersama-sama pihak pentadbir untuk memastikan segala pengurusan kewangan di setiap sekolah berjalan dengan lancar. Tahap kesedaran etika yang rendah tentang tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan kepada pihak yang bertanggungjawab merupakan faktor utama berlakunya masalah kehilangan dan penyelewengan mengagihkan bantuan KWAPM. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pihak pengurusan tidak mengetahui ilmu menguruskan kewangan dengan betul (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Guru seharusnya berpengetahuan tentang cara mengurus wang sekolah dengan sebaik mungkin. Segala dokumen yang berkaitan dengan pengurusan kewangan tersebut mesti disediakan dalam bentuk hitam putih supaya menjadi bahan bukti terhadap segala perkara yang dibuat supaya tidak berlakunya kehilangan wang. Dengan adanya dokumen hitam putih ini, sesiapa sahaja tidak boleh mempertikai sekiranya berlaku sebarang masalah kewangan dan kehilangan barang. Walaupun perkara ini dianggap seperti perkara biasa, namun sekiranya tidak diurus dengan betul ianya akan mendatangkan satu masalah yang besar pada masa akan datang. Selain itu juga, kes ini berlaku kerana sikap tidak patuh pihak pengurusan sekolah berkaitan arahan Perbendaharaan 60 yang menyatakan dengan jelas bahawa semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengaku terima wang yang dibayar kepada pihak sekolah (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Walaubagaimanapun, peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan resit semasa pungutan dibuat. Perkara ini berulang setiap tahun dan pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan peraturan kewangan dipatuhi setiap masa. Antara kes-kes yang dimaksudkan adalah bantuan murid per kapita dan wang kedai buku. Seorang penjawat harus sedar tentang pemberian bantuan pelajaran yang diberikan dan pungutan yang dibuat oleh sekolah adalah tujuan tertentu bagi kepentingan murid sahaja. Pihak yang dipertanggungjawabkan haruslah amanah dan memikul tugas yang diberikan dengan cekap dan berhemah. Sekiranya mereka sedar akan tujuan sebenar yang ingin dicapai maka tidak akan berlaku kes kehilangan dan penyelewengan wang bantuan kepada murid.

24

EDU 3106 2013


Selain itu juga, masalah penyalahgunaan dan penyelewengan wang ini berlaku kerana sikap pihak pentadbir yang yang tidak menguatkuasakan pemantauan terhadap pengurusan wang di sekolah. Pihak pentadbir ini adalah seperti Guru Besar, pihak PPD, JPN dan sebagainya yang terbabit dengan pengurusan wang di sekolah. Jika dilihat berdasarkan laporan yang dibuat, Guru Besar sendiri telah melakukan penyelewengan terhadap bantuan wang KWAPM. Oleh yang demikian, pihak atasan seperti PPD haruslah sentiasa membuat pemantauan terhadap pengurusan kewangan di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan daripada pihak atasan maka pihak yang bertanggungjawab ini akan berani untuk menggelapkan wang sekolah kerana mereka tidak perlu risau kerana pihak atasan tidak akan datang memantau. Namun, individu yang tidak bertanggungjawab ini tetap melakukan kesalan etika seorang penjawat awam dan pengurus kewangan di sekolah. Selain itu juga, terdapat sesetengah pihak pentadbir yang tidak memahami dan masih kurang jelas tentang prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan sendiri. Sebagai contoh, berdasarkan artikel Berita Harian (2008), seorang guru telah ditahan kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu. Di samping itu, terdapat juga pihak pentadbir yang menipu dalam menulis maklumat murid supaya murid mendapat bantuan KWAPM. Berdasarkan artikel Berita Harian (2012), terdapat pihak sekolah yang mencatat angka pendapatan lebih rendah dan menambah bilangan tanggungan daripada yang ditunjukkan dalam borang permohonan murid bagi melayakkan mereka menerima bantuan.

25

EDU 3106 2013


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM.

Peningkatan Mutu Infrastruktur dan Frasarana Sekolah. Menurut sebab yang utama, seharusnya dana awam dilaburkan pada sekolah-sekolah dan program-program pendidikan bagi pelaburan modal insan. Secara tidak langsung ini akan mempromosikan serta memesatkan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik bagi sesebuah negara. Penduduk yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan persekolahan yang sempurna akan menyebabkannya tidak dapat mempunyai peluang untuk mengembangkan maklumat serta meningkatkan taraf kehidupan ssms seperti yang lain.Pendidikan bukanlah hanya suatu hak manusia, bahkan pendidikan juga adalah suatu keperluan sosial. Pelajar-pelajar di kawasan pendalaman yang berpotensi berjaya dalam pendidikan, khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli, disediakan kemudahan asrama supaya mereka dapat belajar dengan tekun tanpa memikirkan pelbagai masalah untuk hadir ke sekolah.

Sesungguhnya, kerajaan haruslah menangguhkan pembinaan projek mega yang memakan belanja berbillion ringgit bermula dari sekarang.Sebaliknya ia dibelanjakan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan di kawasan pedalaman secara komprehensif.Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati hidup yang selesa dan lengkap.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya ialah pihak sekolah disyorkan mengamalkan pendekatan mesra murid terutamanya mengenai agihan RMT di sekolah murid orang asli supaya tidak timbul salah fahan dan rungutan daripada murid dan ibu bapa. Selain daripada itu, mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi.Selain itu,pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.

26

EDU 3106 2013


Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan.Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat.Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT. Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan.Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan.Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali. Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh

disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT.Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi.Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar.Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT. Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah.Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa.Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran. Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi.Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi.Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi. Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan.Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

27

EDU 3106 2013


Kementerian Pendidikan haruslah mengambil perhatian serius dalam menangani masalah itu supaya tidak berterusan dan dalam masa yang sama objektif yang telah ditetapkan akan tercapai dengan jayanya.Oleh itu kementerian berkenaan haruslah mengadakan seliaan dengan lebih kerap ataupun pemeriksaan mengejut terhadap pengusaha kantin.Secara tidak langsung langkah tersebut akan menanam sikap berhati-hati pengusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Kementerian Pendidikan haruslah mengambil perhatian serius dalam menangani masalah itu supaya tidak berterusan dan dalam masa yang sama objektif yang telah ditetapkan akan tercapai dengan jayanya.Oleh itu kementerian berkenaan haruslah mengadakan seliaan dengan lebih kerap ataupun pemeriksaan mengejut terhadap pengusaha kantin.Secara tidak langsung langkah tersebut akan menanam sikap berhati-hati pengusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Perlaksanaan Prasekolah.

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan luar bandar.Pendidikan yang asas di luar bandar boleh dikumpulkan kepada beberapa perkara iaitu pendidikan asas, pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga, pendidikan untuk mengukuhkan komuniti serta pendidikan untuk membina pekerjaan. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meganjurkan siri ceramah yang berunsurkan pendidikan wajib sama ada melalui media massa atau ceramah di kawasan tertentu yang dikenalpasti bermasalah.Perkara ini akan dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat perihal pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka. Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan

28

EDU 3106 2013


akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti. Selain itu,saya berpendapat mentaliti Orang Asli haruslah diubah agar tidak berada di takuk yang lama.Kehidupan yang dijalani sekarang mungkin tidak mengalami perubahan yang positif sekiranya tiada inisiatif daripada mereka sendiri.Program-program motivasi untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan awal perlulah kerap

dilaksanakan.Sewajarnya mereka sama-sama memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihakpihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanakkanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya. Secara tuntasnya, saya berpendapat bahawa pendidikan Orang Asli mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik kerana dasar pendidikan negara yang sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk sama-sama memajukan pendidikan dalam negara terutama guru-guru.Tidak kira di mana mereka ditempatkan sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Kanak-kanak Orang Asli menerima makan tengahari di sekolah tadika berdekatan Gerik, Malaysia.Makanan yang mempunyai nutrisi yang bersesuaian merupakan kunci utama bagi program perkembangan awal kanak-kanak di Malaysia.

29

EDU 3106 2013


Perlaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Jika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan perlu diatasi dengan segera. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri, semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab dapat diatasi. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tujuan penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih dengan kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Dengan wujudnya sistem eKASIH ini, ianya memudahkan dan dapat mengelakkan masalah murid yang tidak layak tetapi menerima bantuan KWAMP. Di samping itu juga, ianya memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru untuk membuat urusan permohonan mendapatkan bantuan kewangan ini. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu penyalahgunaan wang pula, pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap. Pihak pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah. Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004 hingga 2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh Guru Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi. Guru Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan memantaunya di samping sahsiah diri

30

EDU 3106 2013


yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik seharusnya sentiasa mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam pengurusan kewangan organisasi sekolah. Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah.Pihak KPM boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud, Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir. Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, mereka boleh membuat permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan. Ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan diri dengan PIBG di sekolah.Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi memahami isi mensyuarat yang dibincangkan.Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini.Walaubagaimanapun,guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan proses penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan kepada setiap penerima. Akhir sekali, penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranya setiap pihak mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya telah melakukan kesalahan.Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas. Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari terus menular dari hari ke

31

EDU 3106 2013


hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada profesion keguruan, pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa akan datang. Moto Guru Pem bina Negara Bangsa haruslah disemat dalam jiwa setiap insan bergelar guru.

32

EDU 3106 2013


KESIMPULAN

Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan.Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat penting kepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasian pendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan serta masyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.

Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat.Ini membolehkan golongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalah kewangan.Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Dengan itu bukan sahaja dari golongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu, meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan serta bersaing dengan arus

perkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini.

Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif kepada golongan kurang berupaya.Program ini turut tidak melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan, kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak down syndrome juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanak daripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain dan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum.Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya.Oleh itu pelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan.

33

EDU 3106 2013

Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah Contohnya, kemudahankemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran, asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur .Kemudahan-kemudahan ini bukan hanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turut disediakan.Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun dari kawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini.Kemudahan infrastruktur yang lengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Kesimpulannya, pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu program yang memberi maanfaat kepada penduduk rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira status dan kedudukan seseorang.Justeru itu, warga Malaysia haruslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin menimba ilmu.Tambahan pula, Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidak harus cepat berpuas hati.Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan modal kelas pertama. insan minda

34

You might also like