You are on page 1of 26

1.

1|KETAKSAMAAN

PELUANG

PENDIDIKAN

DI

MALAYSIA DAN

BAB

1:

PENGENALAN

KEPADA

KEPELBAGAIAN

BUDAYA

KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.0 Pendahuluan Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai budaya. Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagaibagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dandaya (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan 2. 2|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Mengikut Kamus Dewan (2005)

edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, etnik dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005:1). 1.1 Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan Maksud

Ketidaksamaan menurut Kamus Dewan edisi ke-3 , boleh dikaitkan dengan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Menurut Noran Fauziah Yaakub ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama.Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan, perbezaan darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang. Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain yang memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa 3. 3|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Maka, jelasnya pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Oleh itu, pendidikan secara

jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, ia berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 menyebutkan tentang Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh

warganegaranya iaitu hak mendapatkan pendidikan. Ia boleh dilihat melalui konsep demokrasi yang mana demokrasi ini membawa maksud peluang, tindakan atau proses berdasarkan defines mengikut kamus Dewan. Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkannya. Justeru secara tuntasnya maksud ketaksamaan peluang pendidikan menerusi buku Budaya dan Pembelajaran yang ditulis oleh Noriati A. Rashid,Boon Pong Yong, Sharifah fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.Majid mendefinisikan Ketaksmaan peluang pendidikan merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Jadi kesimpulanya ketaksamaan dalam 4. 4|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang atau sesuatu etnik untuk mengembangkan potensinya. 5. 5|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAB 2 : ISU ISU UTAMA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 2.0 Pengenalan Terdapat tiga isu utama yang dikenalpasti menjadi punca ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia iaitu isu isu ketaksamaan peluang pendidikan murid orang asli, pribumi dan murid di pedalaman. 2.1 Orang Asli Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di mana sama kedudukannya dengan

orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini. Orang Asli Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa 6. 6|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA iaitu Senoi,Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai keperkampungan orang Asli. Bagi isu yang pertama yang dikenalpasti iaitu isu kurangnya infrastruktur dan prasarana. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan infrastruktur dan prasarana di sekolah pedalaman. Dari apa yang dipetik di Utusan

Online bertarikh 7 Mac 2010, kerajaan akan melaburkan sebanyak RM150 juta untuk meningkatkan prasarana penempatan Orang Asli. Di dalam peruntukan yang dinyatakan ini, kerajaan akan membuat penempatan-penempatan baru kepada masyarakat Orang Asli. Penempatan-penempatan ini akan dibina berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung. Selain penempatan, kerajaan juga berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk 7. 7|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Kedua ialah berkenaan taraf sosioekonomi mereka yang agak rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian. Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %).Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan. Isu ketiga ialah berkenaan persepsi dan amalan Ibu-bapa orang Asli. Amalan hidup yang memburu, masuk ke

hutan dan lain lain membantutkan pembelajaran murid murid. Ibu-bapa Orang Asli juga tidak boleh sesuka hati membawa keluar anak mereka dari sekolah untuk mencari hasil hutan sepanjang waktu persekolahan kerana ini mengganggu tumpuan dan minat anak-anak belajar walaupun tidak dapat dinafikan bahawa mereka hidup di bawah paras kemiskinan dan terpaksa meneruskan kehidupan. Untuk itu, infrastruktur pendidikan, sistem serta model pembelajaran khusus, kemudahan asas dan bantuan kewangan yang 8. 8|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA sewajarnya juga perlu disediakan dengan sempurna bagi membolehkan kanak- kanak Orang Asli mudah dalam pembelajaran dan mempunyai akses ke sekolah 2.2 Indigenous/Pribumi Indigenous merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat danetnik yang tinggal jauh di pendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional. Isu pertama ialah kurangnya infrastruktur dan prasarana di sekolah- sekolah pedalaman. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan

elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan 9. 9|KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakatmasyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Seterusnya adalah isu berkenaan kurangnya tenaga pengajar. Isu ketaksamaan peluang pendidikan yang jelas adalah berkenaan kurangnya guru terlatih. Antaranya terdapat kurangnya guru dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif. Isu ketiga ialah berkenaan ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman

dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan 10. 10 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru. Guru harus cuba mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disamping meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah,kaum jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid,penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciranmurid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan- kemudahan negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu.Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.Sikap ibu bapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

11. 11 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A 2.3 Pedalaman merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 ) Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi. Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Isu pertama ialah isu tentang kekurangan guru terlatih dimana kekurangan guru terlatih masih wujud di sekolah rendah di kawasan pedalaman dan luar bandar. Antaranya, terdapat kekurngan guru terlatih dalam bidang - bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain dari kekurangan guru dalam bidang kritikal,kekurangan guru guru Pendidikan Khas, guru guru lelaki mengikut opsyen dan bilangan guru sandaran yang tidak terlatih yang masih ramai menjadi punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku. 12. 12 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A Isu kedua ialah isu berkenaan kekurangan Infrastruktur. Sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%) buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan. Terdapat 5,951 (78.3%) sekolah

rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. (P elan Induk Pembangunan Pendidikan, 20062010). Isu ketiga ialah isu berkaiatan ketidaksamarataan daripada segi penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang

disediakan.Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598 orang gurudi sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran. TidakTerlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara. KPM menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal dikawasan luar bandar dan pedalaman. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010) Isu keempat ialah jurang digital yang merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran dalam kalangan pelajar dan guru. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buahsekolah 13. 13 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh dipedalaman. Isu kelima ialah berkenaan dengan kekurangan motivasi untuk belajar dantiada daya saing kerana bilangan pelajar yang sedikit. Ini ditokok tambah dengan taraf sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan rengah

tidak mampu menyediakan kelengkapan asas untuk anak anak mereka. Juga, murid murid di pedalaman kurang minat belajar kerana ibu bapa mereka tidak menekankan kepentingan belajar dalam diri anak anak. Oleh itu, kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyrakat bandar dengan luar bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan dengan adil dan saksama. 14. 14 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A BAB 3: PERANAN GURU MENANGANI ISU ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 3.0 Pengenalan Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya. kelancaran dan penyampaian P & P yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan untuk kelancaran sesuatu p&p. 3.1 Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai Guru haruslah memahami budaya orang Asli, peribumi dan masyarakat pedalaman. hal ini demikian kerana gaya pembelajaran meraka adalah berbeza daripada masyrakat bandar dan budaya lain. Sekiranya guru silap dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, hal ini akan menjadi piunca murid murid ini kurang berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka. Aspek aspek seperti kurikulum yang tudak mesra budaya , ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran guru yang tinggi menyebabkan murid

15. 15 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A menghadapi masalah pembelajaran, Maka, guur haruslah mendalami gaya pembelajaran dan kognitif murid murid orang Asli, pribumi dan murid pedalaman supaya meraka dapat mengajar dengan lebih berkesan. Guru juga perlu berusaha menangani masalah komunikasi dalam bahasa ibunda murid dan belajar adat resam mereka bagi memastikan salah paham sehingga menimbulkan persepsi tidak baik pada pandangan mereka berlaku. Kepekaan guru terhadap kepaercayan murid dengan alam semulajadi, keagamaan dan kerohanian adalah amat penting. Justeru guru haruslah mengunakan kaedah pembelajaran yang interaktif serta relerven dengan asyrakat orang Asli dan masyrakat pribumi. Menurut Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. hal ini demikian kerana masyrakat orang Asli dan pribumi sangat suka bercerita kontekstual tentang amat peristiwa berkesan lampau mereka. justeru itu,

pembelajaran

secara

dilaksanakan.

Selain

pembelajaran seperti koperatif dan kerja projek secara berkumpulan dalam persekitan yang agak bebas mampu menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian kerana murid orang asli dan pribumi ini tidak suka akan kongkongan dan biasa hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan mereka seharian. Untuk murid murid orang asli yang kinestetik, pembelajaran holistik amat berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan dengan aktiviti sedia ada murid. Pendekatan ini mampu merangsnag kreativiti dengan penggunaan visual ruang dan sentuhan. walaubagaimanapun, mereka tudak suka bersaing. 16. 16 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A Secara kesimpulanya, guru haruslah memahami tentang pedagogi pribumi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik yang terdiri daripada

orang Asli dan lain lain kaum pribumi Sabah dan Serawak. Guru jugak harus menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya

pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dapat diterima oleh murid murid orang asli dan pribumi. 3.2 Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti agama Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara. Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan menerima 17. 17 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang perbezaan sosial yang ketara. Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru dapat

meminimumkan kesilapan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. 3.3 Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi kefahaman konsep

Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka. 18. 18 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan. 3.4 Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain. Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya

murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu 19. 19 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri setelah murid-murid dewasa kelak. 3.5 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej

negara. Jadi, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses 20. 20 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang. 3.6 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah. 21. 21 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A 3.7 Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Murid Gaya pembelajaran murid haruslah dikenalpasti bagi mengetahui kecenderungan mereka. Guru haruslah mengesan gaya pembelajaran mereka dengan mentadbir ujian untuk membantu murid

mengenalpasti jenis pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya, cara ini amat bersesuaian untuk memastikan kesesuaian gaya pembelajaran murid dengan strategi dan kaedah pengajaran guru. Tinjauan literatur (Rasmussen et al., 2004) telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang Asli mempunyai kebolehan visualruang kerana cara hidup, latar belakang dan persekitaran di tempat mereka berada. Di samping itu, murid murid orang Asli lebih cenderung terhadap pembelajaran interaktif dan kinestetik dalam modaliti visual, kerja kumpulan dan suka bekerjasama. Masyarakat pedalaman dan masyarakat indigenous serta masyarakat orang asli tinggal di kawasan pedalaman dan mereka harus mengimbas dan mengingat maklumat visual ruang untuk meninjau persekitaran selain berburu di dalam hutan. . 22. 22 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A BAB 4: AMALAN AMALAN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 4.0 Pengenalan Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagi sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadah pendidikan ianya akan melahirkan manusia berilmu yang pasti beriman dan beramal dengan didikan yang diperolehinya. Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 telah merangka satu pelan serta bertungkus lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam mempersiap negara kita untuk menjadi Negara maju pada tahun 2020. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi.

Justeru, guru-guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain. 23. 23 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A 4.1 Menambahbaik infrastruktur dan prasarana sekolah yang sedia ada Bagi langkah yang pertama, iaitu menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat- masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Di Malaysia, sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah kurang murid (SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang. Kebanyakan sekolah sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman seperti sekolah orang asli dan sekolah pedalaman

di Sarawak. Kewujudan sekolah bersaiz kecil ini sangat diperlukan terutamanya untuk menyempurnakan tuntutan dan tanggung jawab sosial kerajaan yang perlu 24. 24 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma tanpa mengira perbezaan taraf ekonomi, sosial, politik dan kaum Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman situasi sebenar di peringkat akar umbi serta pengumpulan sumber adalah elemen yang perlu dalam menangani masalah jurang digital. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p, melatih guru bagi 25. 25 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p dan melatih pentadbir

sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video

teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman. 4.2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96.0 peratus bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus bagi sekolah menengah atas. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan 26. 26 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A kadar penyertaan di sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan kaum minoriti. Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006,

program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan sepanjang tempoh RMKe-8. Walau bagaimanapun, data yang ada menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah KPM sahaja. Data tidak mengambil kira pelajar yang telah menyambung persekolahan di sekolah-sekolah di luar KPM seperti di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke luar negara. KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya yang terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan, pendengaran dan

pembelajaran. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah kognitif ringan, masalah tingkah laku, autisme, sindrom down, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran khususnya disleksia. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah 27. 27 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi. Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak- kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu pada peringkat prasekolah jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. 4.3 Memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pendidikan pada tahap tertinggi. Kerajaan haruslah memberi peluang pelajar mengikuti program program pembelajaran pada tahap yang tertinggi. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan telah berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Strategi sebegini adalah usaha 28. 28 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A yang baik dan harus dikekalkan dan mungkin perlu diperluaskan untuk sekolah sekolah pedalaman yang lain dengan lebih meluas. 4.4 Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif. Pada pendapat saya, pihak kerajaan harus mewajibka guru baru berkhidmat di kawasan peadalaman. Hal ini demikian adalah supaya guru tersebut diberi pendedahan awal terhadap masalah masalah pendidikan yang berlaku di sekolah pedalaman. Pengalaman ini penting

bagi guru guru baru memantapkan lagi pengetahuan baru dalam opsyen mereka dari semasa ke semasa. Disebabkan guru baru ini baru sahaja keluar dari institusi pendidikan maka, ilmu yang mereka pelajari semasa belajar adalah baru dan terkini. Justeru adalah sangat sesuai bagi mereka mempraktikan segala ilmu yang dipelajari disekolah di pedalaman. Selain itu, guru guru sedia ada haruslah diberi khusus tertentu bagi memperkaya ilmu berkenaan opsyen mereka. Hal ini adalah penting kerana setiap 29. 29 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A beberapa tahun kemungkinan terdapat penambahan dalam pengisian sesuatu mata pelajaran. Bagi menarik minat dan keselesaan guru yang mengajar di pedalaman, pihak kerajaan haruslah menyediakan rumah guru yang mempunyai kemudahan yang sempurna. hal ini dalah kerana tidak semua guru mampu menyesuaikan diri dalam situasi tertentu. Keperluan keperluan asas seperti bekalan air, eletrik dan kemudahan internet wajar disediakan. Hal ini adalah untuk guru sentiasa berhubung dengan dunia luar dan boleh mencari maklumat terkini untuk disajikan kepada murid murid mereka yang sangat kekurangan ilmu. 4.5 Mempertingkatkan kemahiran ICT guru Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam

pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan 30. 30 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Secara logiknya, guru haruslah mempelajari serta menguasai kemahiran ICT dalam p&p. Hal ini adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luar bandar. Apabila guru mahir dalam penggunaan ICT, hal ini mampu memberi peluang kepada murid pedalaman atau luar bandar berkenaan isu isu semasa dan meningkatkan daya pemikiran murid kearah yang lebih urban dan meluas. Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Selain hanya tahu menggunakan computer dan ICT, guru perlu memahirkan diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih berkesan. Selain itu, guru mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih seronok belajar dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan beberapa halangan yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK) Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-masyarakat peribumi untuk mereka berfikir

untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini, golongan-golongan peribumi yang telah berjaya 31. 31 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A perlu memberikan motivasi dan bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paloin penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan. 32. 32 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A 5.0 PENUTUP ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang. Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam kita memajukan golongan ini. Anak- anak ini adalah asset negara pada masaakan datang. Jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada majunya

golongan muda-mudinya. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif tidak tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun2020

You might also like