You are on page 1of 25

MENELUSURI ISU, CABARAN DAN HARAPAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN

ORANG ASLI
Raja Mohd Salahuddin bin Raja Mamat, Mohd Mahzan bin Awang,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia


e-mail: rajasalahuddin@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kertas kerja konsep yang bertujuan membincangkan aspek-aspek
pendidikan Orang Asli meliputi isu, cabaran dan juga harapan untuk melihat masyarakat Orang Asli
maju dalam bidang pendidikan. Isu-isu seperti keciciran anak Orang Asli dalam pelajaran, isu
penguasaan Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan mereka dan isu budaya dan serta cara
hidup yang masih membelenggu kehidupan Orang asli sering mendapat perhatian penyelidik di
negara kita. Pelbagai cabaran timbul dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan Orang
Asli misalnya mengubah persepsi Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan. Kesedaran dalam
kalangan anak-anak orang asli ini telah lama wujud tetapi pengaruh budaya telah menyempitkan
mentaliti mereka untuk mengubah cara hidup. Terdapat cabaran dalam meningkatkan kehadiran
murid Orang Asli ke sekolah dan kesukaran murid Orang Asli berinteraksi dengan rakan sekelas
daripada kaum lain di Malaysia. Harapan agar kompetensi murid orang asli meningkat seiring
dengan aspirasi transformasi kurikulum yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
iaitu memberi perhatian dan mengambil kira penglibatan kaum minoriti termasuk murid Orang Asli.
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
diharap mempergiatkan usaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli.

Kata kunci: Orang Asli, masalah dan cabaran, isu dalam pendidikan, keciciran
1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan, Penan, Orang Asli dan lain-lain. Antara kaum yang dikelaskan sebagai komuniti
terpinggir adalah orang asli. Mereka telah hidup secara terasing dan kurang mendapat
perkhidmatan sempurna terutama akses kepada pendidikan dan kesihatan. Kedudukan geografi
yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran dalam kalangan masyarakat orang
asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan,
terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menamatkan
persekolahan di peringkat sekolah menengah (Utusan Malaysia, Mei 2007). Bagi kebanyakan
ibubapa pelajar-pelajar Orang Asli yang mempunyai taraf pendidikan rendah, mereka tidak
mampu membantu anak-anak mereka dalam pelajaran. Keadaan ini mendorong mereka
menghantar anak-anak belajar di pekan atau bandar dan menyerahkan segala tanggungjawab
mendidik kepada pihak sekolah sepenuhnya.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia amat komited


melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.
Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita termasuk
Orang Asli dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang
dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha untuk bersaing dengan negara maju di dunia,
sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu
berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya
berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di
negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara, agar
mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga dan negara, serta berupaya
mengharungi dan mengatasi cabaran (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025).
Justeru, mereka harus merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan menjadikan
pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang. Masyarakat Orang Asli berupaya keluar dari
kepompong kemiskinan dengan menyertai pelbagai sektor pekerjaan seandainya mereka berusaha
memperolehi kelulusan pendidikan yang tinggi. Tidak ramai dalam kalangan Orang Asli yang
sedar akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Berbagai isu berkaitan pendidikan

1
masyarakat Orang Asli serta cabaran memajukan diri mereka telah didedahkan oleh ahli akademik
setelah melakukan kajian secara empirikal.

2.0 PERSOALAN KAJIAN

Kementerian Pendidikan Malaysia di bantu oleh UNICEF berusaha membangunkan


pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak Orang Asli. Walaupun lebih 50 tahun negara
Malaysia merdeka, kejayaan murid Orang Asli dalam bidang pendidikan jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan rata-rata rakyat di negara ini. Sungguhpun seramai 117 pelajar Orang Asli
telah berjaya menempatkan diri di institusi pengajian tinggi awam, angka ini masih kecil
berbanding dengan jumlah mereka yang melebihi 150 000 orang (Hassan Mat Noor, 1998).
Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik keadaan ini?

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di bawah strategi ketiga (TS3) iaitu
‘Meneruskan Dasar Keadilan Sosial’ masyarakat orang asli dibantu melalui program pembasmian
kemiskinan dan memajukan taraf pendidikan, tetapi mengapa situasi yang berlaku pada hari ini
adalah sebaliknya? (Mohd Ayop, 2013).

Bagi meneruskan agenda memajukan kaum minoriti, Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli
(2011-2015) telah dirangka dengan menetapkan enam teras untuk dicapai. Ia merangkumi
pembangunan modal insan, menggerakkan ekonomi, memperluaskan akses prasarana,
meningkatkan kualiti hidup, melestarikan seni warisan orang asli dan memantapkan sistem tadbir
urus organisasi (Mohd Ayop, 2013). Adakah teras pertama dalam pelan strategik ini iaitu
pembangunan modal insan tercapai jika tahap pendidikan mereka masih rendah?

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menyebut sebanyak 4.4% murid sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran
3M termasuklah murid-murid Orang Asli. Oleh itu Program Transformasi Pendidikan Orang Asli
(2013-2017) dirangka bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat dinikmati
oleh semua warganegara serta dapat melonjakkan mutu pendidikan murid Orang Asli ke taraf lebih
baik. Sejauh manakah keberkesanan Program Transformasi Pendidikan Orang Asli sehingga ke
hari ini? Hakikatnya, masih ramai kanak-kanak orang asli tercicir dalam pelajaran. Doris et al.
(2012) dalam Mazdi Marzuki (2014) menjelaskan kumpulan minoriti ini masih jauh ketinggalan

2
dan mempunyai kadar keciciran yang tinggi dalam pelajaran di semua peringkat pendidikan
bermula dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Masyarakat Orang Asli terus terpinggir dan kurang peluang bergaul dengan masyarakat
arus perdana walaupun peruntukan yang disediakan untuk pembangunan pendidikan terus
bertambah saban tahun. Antara penyebab utama yang menjadi punca kepada berlakunya keadaan
sedemikian ialah kerana sikap masyarakat Orang Asli yang gagal menerima secara positif dan
efektif sistem pendidikan negara sedangkan pendidikan itu sendiri berupaya mengangkat martabat
dan harga diri mereka.

Penempatan orang asli adalah berpusat di kawasan pedalaman. Merujuk kepada kajian
yang dibuat oleh Steve Nettleton (2007) dalam Mohamad Johdi, et.al. (2009), kedudukan geografi
penempatan mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran kebanyakan
masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Dalam kajian Nettleton juga, Noor Hayati Bt Husin, seorang penyelia daripada KEMAS
berkata, “Kami dapati ibubapa di dalam masyarakat ini mempunyai hanya sedikit kemahiran
keibubapaan”. Kurang kemahiran dalam ilmu keibubapaan di kalangan masyarakat orang asli
dikenalpasti sebagai faktor lain yang boleh membantutkan perkembangan minda anak-anak.
Sedangkan, ilmu keibubapaan adalah sangat penting untuk membantu pekembangan pendidikan
anak-anak.

Seandainya situasi seperti di atas berterusan sehingga ke hari ini, adakah peruntukan
kerajaan sebanyak RM 300 juta dalam Belanjawan tahun 2016 untuk memajukan dan
membangunkan masyarakat Orang Asli di Malaysia mencapai sasaran?

Berdasarkan isu dan permasalahan serta perbincangan kajian-kajian terdahulu, ia


merperlihatkan perlunya satu kajian dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat terperinci dan
input terkini berkaitan isu-isu dalam pendidikan masyarakat Orang Asli, cabaran dalam mengatasi
isu tersebut. Kerajaan dan pihak berwajib terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli amat
berharap masyarakat orang asli bergerak maju ke hadapan selaras dengan era nano teknologi dan
modernisasi negara Malaysia sekaligus memenuhi kehendak pasaran ekonomi global. Diharapkan
penulisan ini dapat menyumbang idea dan maklumat terkini dalam merangka pelbagai program
untuk memodenkan masyarakat orang asli dari segi politik, ekonomi dan sosial.

3
3.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan dalam pelbagai aspek


pendidikan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Semenjak itu, banyak kemajuan yang
telah dicapai dalam pencapaian akademik pelajar termasuk peningkatan dalam penyertaan dan
pengurangan keciciran pada semua peringkat pendidikan, peningkatan pencapaian tahap
pendidikan, dan peningkatan prestasi pencapaian pendidikan. Walau bagaimanapun, sehingga
kini, masih terdapat jurang yang nyata dalam pencapaian akademik antara pelajar Bumiputera
termasuk Orang Asli dan bukan Bumiputera (BPPDP 2001). Kajian-kajian yang lepas
menunjukkan pelbagai isu dan masalah berkaitan pendidikan orang asli masih berterusan sehingga
ke hari ini.

Berdasarkan kajian Zainah (2003) dan Mohamad Johdi, et.al., (2009) gaya keibubapaan
Orang Asli yang permisif menyebabkan anak membesar menjadi tidak matang, tidak dapat
mengawal diri, toleransi yang rendah terhadap kemarahan, terlalu mendesak, bergantung kepada
orang dewasa, rendah kegigihan apabila disuruh melakukan sesuatu yang merekati dak ingin atau
tidak mahu. Selain itu anak-anak juga akan membesar dengan salah laku dan lalai serta kurang
minat untuk bergaul dengan orang lain tidak terkecuali pergaulan di dalam bilik darjah di sekolah.

Pelajar Bumiputera masih belum setanding dengan pelajar bukan Bumiputera, khususnya
kaum Cina dari segi kuantiti mahupun kualiti. Salah satu isu utama adalah perkaitan antara
kemiskinan dengan pendidikan. Ketidakseimbangan sosioekonomi dan wujudnya golongan
miskin mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar antara kaum dan lokasi. Faktor
kemiskinan, keluarga dan pelajar banyak mempengaruhi kelemahan pelajar Bumiputera terutama
dalam aspek bahasa, angka, pembelajaran dan perkembangan minda. Fenomena kemiskinan
merupakan masalah besar kepada negara . Lazimnya, golongan ini yang tercicir dalam menikmati
arus pembangunan negara.

Kajian berkaitan sosioekonomi rakyat termiskin dan pembangunan desa pula sering
menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong 1991, Chamhuri 2001).
Antara 65-92 peratus ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan hanya 1-16 peratus
tamat sekolah menengah rendah (Chamhuri 2001). Ahli isi rumah termiskin juga mempunyai tahap
pendidikan yang rendah iaitu antara 29-77 peratus tamat sekolah rendah. Keluarga miskin ini

4
adalah dalam kalangan orang Melayu dan Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di desa dan
pedalaman (Chamhuri, 2001).

Menurut Muhammad Bukhori bin Alias, Setiausaha Agong PKPIM (2007), statistik terbaru
menunjukkan 34.31 peratus atau 1,322 daripada 3,853 pelajar orang asli yang tamat tahun enam
gagal untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu pada tahun 2006. Gejala ini perlu diberi
perhatian. Beberapa faktor dikaitkan dengan berlakunya perkara ini antaranya desakan ibu-bapa
pelajar orang asli yang mahu anak mereka membantu menambah pendapatan keluarga (Mohamad
Johdi, et.al.,2009)

Begitu juga kajian Rosmizawati (2003) di sekolah Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan
Kudong, Segamat, Johor yang mendapati antara tahun 1995 hingga tahun 2001 tidak pernah ada
pelajar yang memperolehi 5A atau 4A dalam peperiksaan UPSR. Keadaan ini menunjukan
rendahnya prestasi dan mereka terus tercicir dalam arus pembangunan. Sebenarnya pelajar Orang
Asli yang mendaftar darjah satu antara tahun 1971 sehingga 1990 ialah 47 667 tetapi hanya 18 048
orang sahaja yang belajar sehingga darjah enam. Ini bererti sebanyak 62.14 peratus daripada
pelajar yang berdaftar telah tercicir. Sejumlah 94 peratus daripada mereka yang bersekolah gagal
sampai ke tingkatan lima.

Hassan 2000, Wahid 2007, Wan Afizi 2009, Mustaffa Omar, Hood Salleh & N.Z. Fatanah
2012 turut menjelaskan walaupun kadar keciciran anak-anak Orang Asli di sekolah rendah telah
turun daripada 80 peratus pada tahun 1995 kepada 28.8 peratus pada tahun 2007, hanya seramai
189 orang sahaja yang berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Faktor yang menjadi punca
keciciran banyak berhubung kait dengan masalah infrastruktur, kemiskinan dan ketidakcekapan
agensi penyeliaan. Selepas 51 tahun merdeka, masyarakat Orang Asli kurang menikmati
kemajuan, mereka kurang dididik dan dibekalkan ilmu untuk berdikari. Tujuan kertas kerja ini
mengenalpasti isu-isu pendidikan orang asli beserta cabaran untuk meningkatkannya disamping
harapan untuk melihat orang asli memperolehi kejayaan.

Hassan (2006) dan Khan, (1987) pula menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli
mempunyai hak dan peranan dalam mengisi wawasan negara. Kedudukan dan peranan mereka
dalam menyumbang tenaga sangat diperlukan dalam pembangunan negara dimana kejayaan
mereka meletakkan diri dalam pembangunan negara akan dapat meningkatkan taraf hidup dan
mengurangkan jurang kedudukan mereka dengan masyarakat lain Menunding jari menyalahkan

5
pihak-pihak tertentu di atas masalah ini bukan langkah yang bijak. Menerusi Laporan Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli 2009, peruntukan bagi program untuk memajukan tahap pendidikan anak-anak
Orang Asli melibatkan peruntukkan sebanyak RM 3,476,585.00.

Hassan (2006) sekali lagi menjelaskan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak ketinggalan
dalam menyediakan kemudahan bagi meningkatkan pencapaian Orang Asli. Bantuan pendidikan
yang disalurkan adalah meliputi pakaian seragam, tambang pengangkutan, yuran persekolahan,
alat tulis, makanan waktu pagi dan petang bagi sekolah pedalaman, keperluan diri dan biasiswa
Melihat kepada peruntukan dan pelbagai kemudahan yang diberikan, masalah berkaitan dengan
keciciran dan prestasi akdemik dalam kalangan Orang Asli sewajarnya tidak berlaku secara serius.
Enrolmen pada tahun 2003 telah menyaksikan jumlah teramai anak-anak Orang Asli ke sekolah
rendah iaitu seramai 23,607 orang (Ma'rof & Sarjit, 2008). Namun berdasarkan perangkaan, murid
Orang Asli yang mengikuti sekolah menengah bermula pada tahun 2004 adalah sungguh
mendukacitakan.

Manakala William-Hunt (1998) telah menyebut masalah kegagalan pendidikan murid


Orang Asli sering dikaitkan dengan kekurangan kemudahan dan pembangunan infrastruktur. Hal
ini turut diakui oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (2003), kemudahan asas pendidikan yang
tidak lengkap akan menjejaskan prestasi pelajar. Bancian yang dilakukan pada tahun 1998
menunjukkan daripada 18949 keluarga Orang Asli hanya 47 peratus yang menikmati bekalan air
dan 50.6 peratus menikmati kemudahan bekalan elektrik (JHEAO 2007). Masyarakat Orang Asli
di pedalaman dan di perkampungan orang Melayu turut mengalami masalah sama. Ketiadaan
infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan menyukarkan perhubungan Orang Asli dengan
dunia luar. Keadaan ini secara tidak lansung turut menjejaskan peluang pendidikan yang diperolehi
oleh Orang Asli terbabit.

Berdasarkan isu dan permasalahan daripada kajian-kajian terdahulu, jelas sekali perlunya
satu kajian untuk mendapatkan maklumat terperinci dan input terkini berkaitan isu-isu dalam
pendidikan Orang Asli dan cabaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid masyarakat
Orang Asli. Diharap kertas kerja konsep ini dapat memberi informasi berguna bagi pembentukan
model alternatif dalam pembangunan pendidikan dan kerjaya murid Orang Asli di Malaysia.

6
4.0 ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN ORANG ASLI

4.1 Isu Keciciran Murid Orang Asli Dalam Pelajaran

Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar
Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Tiga
elemen utama yang mempengaruhi tahap aksesibiliti seseorang untuk bergerak, iaitu pengaruh
pengangkutan, pengaruh ruangan serta elemen masa dan jarak yang diambil untuk sampai ke
sesuatu tempat yang dituju.

Manakala konsep aksesibiliti yang merujuk kepada nilai numerik pula berkait dengan
aspek masa, panjang perjalanan dan kos yang digunakan untuk sampai ke destinasi yang dituju
(Geur & Wee, 2004).

Mazdi Marzuki et.al., (2014) dalam kajian tentang keciciran pelajar ke sekolah di SMK
Seri Tapah dan SMK Tapah, Perak mendapati bahawa lokasi petempatan pelajar Orang Asli adalah
berselerak dan kebanyakannya terletak jauh di pedalaman menyebabkan darjah aksesibiliti mereka
kepada kemudahan pendidikan agak rendah. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),
31.7 peratus perkampungan Orang Asli terletak di pedalaman, 61.45 peratus di pinggir bandar dan
1.38 peratus di bandar (Zainal Abidin, 2004). Ketiadaan operasi perkhidmatan pengangkutan
awam yang melalui kawasan pedalaman turut menyukarkan perjalanan pelajar Orang Asli untuk
mendapatkan pendidikan. Peratusan pelajar Orang Asli di kedua-dua sekolah masing-masing
mencatatkan 63 peratus daripada 800 pelajar di SMK Seri Tapah manakala 50 peratus daripada
400 orang pelajar di SMK Tapah. Kebanyakan Orang Asli di daerah ini daripada rumpun bangsa
Senoi, iaitu suku kaum Semai (Juli, 2006). Pada tahun 2011, bilangan Orang Asli di Negeri Perak
ialah 53,299 orang, iaitu negeri yang kedua paling ramai bilangan Orang Asli selepas Negeri
Pahang.

Kajian yang dilakukan oleh SUHAKAM (2010) mendapati bahawa ibu bapa menyatakan
punca anak-anak mereka tidak ke sekolah adalah kerana masalah pengangkutan dan ketiadaan
jalan perhubungan yang sempurna yang menghubungkan antara kampung dengan sekolah.
Kedudukan yang jauh terpencil di pedalaman menyebabkan mereka sukar menikmati kemudahan
awam seperti pengangkutan awam, perpustakaan, alat perhubungan, iaitu jalan raya dan alat
komunikasi (Mohamad Johdi & Abdul Razak, 2009).

7
Sungguhpun terdapat pengangkutan awam yang beroperasi di kawasan ini iaitu bas
berhenti-henti daripada Syarikat Regal Bus, bas sekolah oleh JAKOA dan trak oleh Pasukan Gerak
Am (PGA), namun masalah yang sering membelenggu pelajar berpunca daripada perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan. Khususnya bas memerlukan masa perjalanan yang panjang kerana
perlu mengambil pelajar yang ramai. Mod pengangkutan yang disediakan oleh JAKOA iaitu bas
dan trak oleh PGA pula masih tidak mencukupi. Kekurangan trak untuk membawa pelajar ke
sekolah disebabkan oleh penggunaannya untuk operasi PGA di luar kawasan. Akibatnya hampir
20 peratus pelajar tidak hadir ke sekolah di SMK Tapah. Temu bual yang dilakukan terhadap
kaunselor di SMK Seri Tapah menjelaskan ada kalanya bas sekolah yang membawa pelajar Orang
Asli rosak, menyebabkan pelajar tidak dapat hadir ke sekolah dalam tempoh antara dua hingga
tiga hari kerana masa untuk membaiki kenderaan agak lama (Mazdi Marzuki, et. al., (2014).

SUHAKAM (2010) juga menerangkan seringkali ibu bapa tidak dimaklumkan mengenai
kerosakan pengangkutan. Jadi mereka tidak menyediakan alternatif lain untuk menghantar anak
ke sekolah. Keadaan pengangkutan yang disediakan oleh JAKAO khususnya bas masih kurang
sempurna kerana bentuk fizikal yang usang dan kerap rosak. Hasil pemerhatian terhadap bas yang
digunakan oleh pelajar Orang Asli di SMK Seri Tapah mendapati bas yang digunakan tidak
mencukupi kerana bilangan pelajar yang ramai. Keadaan ini menyebabkan pelajar bersesak-sesak,
berhimpit-himpit dan ada yang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah.
Keadaan ini amat menyusahkan pelajar memandangkan jarak rumah dan sekolah adalah jauh
ditambah pula dengan jalan raya yang berliku-liku, bengkang-bengkok dan tidak rata.

Jarak perjalanan juga menentukan tahap aksesibiliti pelajar untuk ke sekolah berdasarkan
mod pengangkutan, lokasi dan masa yang digunakan untuk memulakan pergerakan. Pelajar yang
tinggal di kawasan pedalaman berhadapan dengan masalah aksesibiliti ke sekolah kerana jarak
sekolah yang jauh dari kawasan kediaman. Tambahan pula dengan kualiti jalan raya rendah akibat
tidak sempurna diturap, berselut, separuh berturap dan di setengah tempat masih menggunakan
jalan batu dan tanah merah menyebabkan pelajar ke sekolah dalam keadaan yang tidak selesa.
Doris et al. (2012) dalam kajian terhadap masyarakat orang Asli di Cameron Highlands mendapati
antara alasan yang menyebabkan pelajar orang Asli berhenti sekolah adalah lokasi sekolah terletak
jauh dari rumah.

8
Sekolah yang berfungsi sebagai sarana pemindahan ilmu tidak mampu dimanfaatkan oleh
murid masyarakat Orang Asli kerana kurang aksesibiliti. Jika mereka tercicir dalam pelajaran,
maka sudah tentu amalan tradisi seperti memungut hasil hutan menjadi pilihan kerjaya setelah
dewasa. Dari pandang sisi 5 Tahap Pertumbuhan Ekonomi Rostow (1961), murid Orang Asli
memerlukan pendidikan untuk mengubah persepsi dan amalan tradisi yang diwarisi sebagai
prasyarat untuk keluar dari ruang lingkup masyarakat tradisional menjadi masyarakat berilmu
pengetahuan.

Jadual 1: Masa perjalanan murid Orang Asli di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah ke sekolah pada
2013 [dalam kiraan minit].

Sumber: Mazdi Marzuki, et.al., 2014.

4.2 Isu Tahap Literasi Murid Orang Asli Yang Rendah

Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia, matlamat pendidikan bukan sahaja untuk


membasmi buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Dalam Rancangan
Malaysia ke 2 (1971-1975), salah satu matlamat pendidikan ialah meningkatkan mutu pendidikan
untuk membentuk masyarakat berasaskan sains dan teknologi (Shahril et al.,1999). Untuk
mencapai hasrat kerajaan ini, semua rakyat mesti menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.

Dalam konteks murid Orang Asli, kajian Reganathan. S, Chong. SL (2010) menunjukkan
bahawa amalan literasi kanak-kanak di rumah mereka adalah berbeza daripada apa yang
diharapkan melalui pembelajaran di sekolah. Kajian mereka juga mendapati pengalaman kanak-
kanak di rumah mempengaruhi jenis-jenis kemahiran yang boleh dibangunkan dalam persekitaran

9
pembelajaran formal. Kebanyakan rumah-rumah yang murid Orang Asli tidak mempunyai kerusi
atau meja di mana kanak-kanak boleh membaca buku dan melakukan kerja sekolah mereka.

“Apabila saya melawat rumah Orang Asli, saya sedar bahawa kebanyakan rumah kanak-
kanak itu tidak mempunyai ruangan khas untuk menyimpan barang-barang peribadi kanak-kanak
tersebut seperti buku sekolah dan peralatan menulis agar boleh disimpan kemas. Gambaran ini
menunjukkan wujudnya jurang antara amalan literasi di rumah dan amalan literasi di sekolah
dalam kalangan murid Orang Asli”, ujar Reganathan. S, et. al., (2011).

Menurut Teori Tingkahlaku oleh Albert Bandura yang menekankan hasil hubungan
persekitaran dengan kognitif menjelaskan bahawa persekitaran sememangnya mempengaruhi
tingkah laku murid dan persekitaran yang kurang selesa tidak dapat memberi ransangan yang baik
kepada kognitif dan disebabkan itu murid-murid Orang Asli gagal untuk menguasai kemahiran
literasi. Terdapat gangguan dalam persekitaran murid-murid Orang Asli yang menghalang mereka
untuk menguasai literasi antaranya kekurangan kemudahan pengangkutan dan ketidak selesaan
ruang untuk belajar yang mana kajian ini mengenalpasti satu ruang dirumah murid-murid Orang
Asli dipelbagaikan sebagai tempat tidur, makan dan belajar sekaligus. Keadaan persekitaran ini
akan menyebabkan kognitif murid-murid Orang Asli tidak dapat diransang malahan menyukarkan
sesuatu pembelajaran. Ini kerana secara amnya, perkembangan literasi bagi kanak-kanak yang
membesar dan mempunyai lingkungan persekitaran yang sihat serta akses mudah kepada
prasaranan yang terdapat disekelilingnya akan menyebabkan murid-murid terbiasa dengan
percakapan orang-orang diselilingnya malahan berupaya meggunakan perbendaharaan kata yang
lebih tepat dan luas (Zarif Azreen, 2013).

Di samping itu, murid-murid orang Asli kebanyakkannya mengabaikan amalan pemakanan


bernutrisi. Sebenarnya faktor pemakanan menjadi penyebab murid-murid tidak menguasai literasi.
Hal ini demikian kerana pemakanan murid-murid mempengaruhi pembentukan personalitinya.
Makanan yang seimbang yang disediakan oleh keluarga adalah penting untuk perkembangan
murid-murid secara menyeluruhmalahan pemakanan yang kurang dari segi kuantiti ataupun kualiti
akan melambatkan proses pertumbuhan murid disebabkan pengabaian dari sudut pemakanan
seimbang (Rose Dzidan, 2012).

Tambahan lagi, murid-murid orang Asli yang dikategorikan sebagai murid-murid


bermasalah pembelajaran iaitu murid-murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi

10
mempunyai ciri sikap negatif seperti cuai dan tidak berdisiplin dan memounyai tingkah laku
kurang teliti dalam menjaga barang hak milik mereka. Contohnya alat tulis yang dibekalkan oleh
pihak sekolah tidak dijaga dengan baik dan rapi hingga kehilangan alat tulis tersebut (Nazariyah
Sani, 2014).

Pada hari ini, peluang pendidikan masyarakat Orang Asli terbuka luas seperti kaum lain
walaupun terdapat sedikit halangan misalnya petempatan jauh di pedalaman. Mereka juga diberi
peluang untuk terus bersaing secara sihat demi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Melalui
pendidikan yang diperolehi, jumlah pendapatan yang lumayan dalam kalangan Orang Asli boleh
dinikmati sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka (Nurakhmar, 2007).

4.3 Isu Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Orang Asli

Pendidikan literasi bahasa, khususnya Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama yang
diajar di sekolah seluruh Malaysia perlu dimantapkan lagi bersesuaian dengan kedudukannya
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan).
Jika ditinjau daripada kelulusan peperiksaan dalam kalangan murid-murid Orang Asli, didapati
mereka amat jauh ketinggalan dan boleh dikategorikan sebagai orang-orang yang terpinggir

Masalah utama murid-murid Orang Asli dalam pembelajaran Bahasa Melayu adalah
bahagian Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Puncanya mereka tidak mampu membaca dan
mengeja yang membawa kepada masalah pertuturan bahasa baku. Kebanyakan murid menguasai
kemahiran 3M tetapi 3M mereka ialah main, makan dan menyanyi dan bukannya membaca.
Walaupun terdapat murid yang boleh membaca, mereka tidak memahami makna ayat berkenaan
terutama ayat majmuk.

Dari segi kemahiran menulis pula, sebahagian murid sahaja yang boleh membuat ayat
menggunakan perbendaharaan kata yang mudah. Ayat yang dibina pula tidak banyak
menggunakan imbuhan. Malah dalam penulisan Bahasa Melayu masih lagi terdapat penggunaan
perkataan bahasa ibunda. Di samping itu, dalam penulisan yang dihasilkan hanya menggunakan
kosa kata yang bersifat mudah (Abdull Sukor, et. al., 2011). Dari segi kemahiran bertutur pula,
murid-murid Orang Asli gemar menggunakan bahasa ibunda mereka apabila berkomunikasi
dengan rakan Orang Asli. Samada di rumah atau di sekolah, mereka menjadikan bahasa ibunda

11
misalnya bahasa Semai untuk berinteraksi. Kurang bergaul dengan rakan-rakan daripada kaum
lain menjadikan penguasaan Bahasa Melayu mereka terbatas. Pengetahuan sedia ada yang kurang
ditambah dengan perasaan malu menjadikan mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu
(Abdull Sukor, et. al., 2011).

4.4 Isu Persekitaran dan Budaya


Faktor persekitaran dan budaya mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar Orang Asli.
Umumnya kehidupan Orang Asli amat terikat dengan persekitaran mereka iaitu hutan yang
merupakan sumber rezeki yang utama. Antara faktor persekitaran dan budaya yang dikenalpasti
termasuklah faktor sosioekonomi, tiada tokoh berjaya dan tiada persaingan positif. Kajian
mendapati kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu kepada aktiviti tradisional seperti
mencari hasil hutan dan pertanian saradiri.

Ramai dalam kalangan pelajar ponteng sekolah semata−mata untuk mengikut ibu bapa
mereka mencari hasil hutan. Perkara ini sukar untuk dibendung kerana mencari hasil hutan
merupakan salah satu sumber kewangan kepada mereka untuk perbelanjaan harian mahu pun
persekolahan. Oleh kerana terlalu kerap tidak hadir ke sekolah, mereka banyak ketinggalan
dalam pembelajaran. Komuniti Orang Asli di sini berpuashati apa yang mereka dapat sekarang
berbanding dengan apa yang diperolehi pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, ibu bapa kurang mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Ibu
bapa Oras Asli merasakan pelajaran tidak memberi kemahiran untuk kegunaan dalam kehidupan
sekarang. Keadaan kehidupan mereka tidak memerlukan pendidikan yang tinggi dan tidak wujud
persaingan yang kuat dalam meneruskan kehidupan. Justeru, kehidupan yang dinikmati sekarang
sudah selesa bagi mereka, dengan kata lain mereka berada dalam “zon selesa”.

12
Jadual 2: Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid Orang Asli dalam pelajaran mengikut
pandangan guru di SK Post Broke dan Pos Pulat, Kelantan pada 2009.

Sumber: Wan Afizi, et. al. 2014.

4.5 Cabaran Menyemai Perasaan Minat Belajar

Nazariyah (2014) mendapati cabaran utama guru-guru ialah bagaimana langkah yang
efektif bagi menyemai minat belajar dalam jiwa murid Orang Asli yang sukar dilaksanakan
kerana sikap mereka. Sikap murid-murid Orang Asli yang sambil lewa, enggan hadir ke sekolah,
tidak mahu bergaul dengan rakan sekelas dari kaum lain menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran terjejas.

Faktor sikap boleh dikaitkan dengan Teori Tingkahlaku Albert Bandura yang menerangkan
bahawa murid akan membentuk sikap negatif seperti ponteng sekolah, bersikap cuai dan tidak
berdisiplin terhadap sebarang bentuk pembelajaran disebabkan tiada ransangan dalam
pembelajaran.

Guru juga mengalami kesulitan untuk memupuk perasaan cintakan ilmu dan sesuatu subjek
kerana berhadapan dengan murid-murid yang tahap literasinya rendah akibat tidak memasuki
pendidikan prasekolah. Faktor ini berkemungkinan kerana murid-murid yang tidak melalui
pendidikan prasekolah mempunyai kesukaran bagi memahami pelajaran khususnya kemahiran
berbahasa. Pendidikan prasekolah berupaya memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
secara khususnya termasuk kemahiran literasi. Kemahiran literasi didefinisikan sebagai kemahiran
mengenal huruf (Mahzan Arshad, 2012). Sewaktu pendidikan prasekolah berlangsung, mereka

13
akan dipupuk dengan kemampuan yang minima dari segi kemahiran membaca dan menulis.
Apabila mereka mampu membaca dan menulis, perasaan minat untuk belajar akan timbul dari diri
mereka dan berasa yakin untuk bersaing dengan rakan sebaya di dalam kelas.

Selain itu, model atau tokoh merupakan seorang yang penting untuk menjadi sumber
aspirasi dan boleh mempengaruhi minat seseorang untuk berjaya. Walau bagaimanapun, kurang
terdapat ‘role model’ atau orang yang telah berjaya sebagai contoh untuk mereka jadikan tauladan
dalam mencapai kejayaan.

4.6 Cabaran Mengubah Persepsi Orang Asli Terhadap Pendidikan

Mentaliti masyarakat orang asli yang tidak berubah terhadap pendidikan turut
mempengaruhi pencapaian pelajar. Mereka berpendapat walaupun tidak mempunyai pendidikan
yang tinggi, kehidupan masih lagi boleh diteruskan. Sikap mereka yang hanya menerima apa
sahaja yang ada tanpa ada usaha untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup turut
mempengaruhi mentaliti anak-anak orang asli untuk terus hidup dalam keadaan yang sederhana
(Mohamad Johdi, Abdul Razaq, 2009).

Ibu bapa juga menganggap tugas mendidik adalah tanggung jawab guru. Jadi mereka tidak
menyarankan atau menyuruh anak-anak belajar sewaktu berada di rumah.

Dalam keadaan sedemikian, maka tidak berlaku proses pendidikan atau pembelajaran di
rumah. Ibu bapa juga tidak memberi cadangan khusus untuk meningkatkan pendidikan anak-anak
mereka. Mereka memohon bantuan kewangan daripada kerajaan, tetapi bantuan kewangan itu
bukanlah digunakan untuk pendidikan anak-anak tetapi lebih kepada perbelanjaan harian. Keadaan
ini adalah dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa itu sendiri (Wan Afizi, et. al., 2014).

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan prestasi pelajar Orang
Asli ialah pemahaman adat dan budaya Orang Asli. Komuniti Orang Asli memang terkenal dengan
pegangan kuat kepada adat dan budaya mereka. Oleh itu, untuk mengubah pandangan mereka
tentang adat yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan bagi memajukan pendidikan mereka agak
sukar dilakukan. Misalnya tradisi tinggal dalam satu kelompok agar ahli keluarga tidak berpecah

14
menyusahkan anak-anak untuk belajar di tempat lain. Melanggar adat dan budaya adalah ‘taboo’
bagi mereka (Wan Afizi, et. al. 2014).

Tambahan lagi, ibu bapa dan pelajar itu sendiri tidak mengetahui kelebihan orang yang
berpendidikan tinggi dan hasil daripada kejayaan mereka. Kajian mendapati hanya dua peratus
sahaja anak-anak Orang Asli yang bekerja dalam sektor awam, manakala 98.0 peratus bekerja
sendiri sebagai petani dan mengumpul hasil hutan.

Menurut Muhammad Bukhori Bin Alias, Setiausaha Agong PKPIM (2007), statistik
menunjukkan 34.31 peratus atau 1,322 daripada 3,853 pelajar orang asli yang tamat tahun enam
gagal untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu pada tahun 2006. Gejala ini amat perlu
diberikan perhatian. Beberapa faktor dikaitkan dengan berlakunya perkara ini antaranya desakan
ibu-bapa pelajar orang asli yang mahu anak mereka membantu menambah pendapatan keluarga
(Mohamad Johdi, Abdul Razaq, 2009.

Ibu bapa sepatutnya memberi dorongan positif agar anak-anak mementingkan pelajaran
bagi mengharungi kehidupan yang mencabar. Dalam Teori Fungsional, ibu bapa berperanan
sebagai insan pertama mendidik anak di rumah, kemudian tanggung jawab itu diambil alih oleh
guru untuk mentarbiah murid-murid apabila mereka hadir ke sekolah.

4.7 Cabaran Menyesuaikan Sukatan Pelajaran Dengan Tahap Kebolehan Murid Orang Asli

Warga pendidik sebenarnya menghadapi cabaran berkaitan dengan sukatan pelajaran untuk
disesuaikan dengan murid Orang Asli. Masalah ini timbul kerana sukatan pelajaran yang diajar
kepada pelajar Orang Asli adalah sama dengan pelajar di sekolah biasa sedangkan kebolehan
pelajar Orang Asli jauh berbeza dengan murid-murid kaum lain di Malaysia. Pengurusan
kebersihan kendiri pun tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Menurut Wan Badaruddin, Pegawai PPG Gua Musang dalam Wan Afizi, et. al. 2014, tahap
IQ dan kebolehan pelajar Orang Asli jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pelajar Melayu,
Cina dan India. Pelajar merasakan sesuatu perkara yang diajar oleh guru amat asing dan sukar
untuk diterima dalam budaya mereka. Keadaan ini menyebabkan guru sukar untuk mendidik dan

15
memberi kefahaman yang jitu kepada pelajar. Justeru, semua pihak yang bertanggung jawab harus
berusaha meningkatkan kualiti pendidikan Orang Asli di Malaysia.

5.0 CADANGAN DAN HARAPAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN


ORANG ASLI
Kerajaan telah mengambil langkah inisiatif mewujudkan Program LINUS iaitu singkatan
daripada Literacy and Numeracy Screening atau Saringan Literasi dan Numerasi dalam bahasa
Melayu dengan harapan dapat mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran literasi. Program ini
bermula pada 2010 bagi murid-murid Tahun 1 dan merupakan mandat dibawah agenda NKRA
Pendidikan negara iaitu peluasan akses kepada pendidikan berkualiti. Menurut program ini, setiap
murid perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Program LINUS merupakan sebuah program yang
diimplementasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang termaktub dibawah
mandat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada tahun 2010 yang
bermatlamat memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Dengan pelaksanaan Program LINUS, murid-murid orang Asli diberi keutamaan oleh pihak
sekolah untuk menguasai kemahiran literasi. Dalam Program LINUS, guru memperoleh
pengalaman dan strategi yang baharu bagi menangani murid-murid yang ada masalah
pembelajaran menerusi kursus dan modul khas (Nazariyah, 2014).

Selain itu, guru atau pegawai pendidikan yang berkhidmat di kawasan komuniti Orang Asli
perlu diberi kursus dan latihan dalam memahami adat dan budaya mereka. Latihan dan kursus
yang diikuti oleh guru sebaik-baiknya membolehkan guru berbahasa Orang Asli atau sekurang-
kurangnya memahami adat dan budaya mereka. Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh
menyerapkan guru terlatih daripada lepasan Institut Pendidikan Guru atau universiti yang terdiri
daripada kalangan komuniti Orang Asli itu sendiri untuk ditugaskan di sekolah berkenaan.
Menurut Rimen Ali pegawai JHEOA di Kelantan terdapat lebih kurang 15 orang pelajar Orang
Asli sedang mengikuti kursus dalam bidang perguruan. Guru ini boleh dijadikan “role model” atau
tokoh yang telah berjaya dari kalangan komuniti Orang Asli yang lebih tahu dan memahami
budaya dan adat komuniti Orang Asli.

Program motivasi untuk ibu bapa dan pelajar Orang Asli juga perlu diperkemas dan
dilaksanakan sekerap mungkin. Anak-anak Orang Asli perlukan bimbingan dan motivasi untuk

16
memajukan diri mereka serta meyakinkan kemampuan mereka. Semua kemudahan yang
diperlukan telah disediakan oleh pihak kerajaan tetapi mereka hanya perlu bimbingan yang mampu
meyakinkan mereka dengan kepentingan pendidikan supaya pendidikan mereka selari dan
setanding dengan bangsa-bangsa lain di kawasan bandar.

Seterusnya, melalui kempen kesedaran akan kepentingan pendidikan dalam kalangan


Orang Asli boleh diadakan untuk memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya
mengutamakan pendidikan anak mereka. Program sebegini dapat menghapuskan pemikiran
negatif masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan. Seterusnya pelancaran Kelas Dewasa Asli
Penam (KEDAP) yang telah dilancarkan pada tahun 2008 telah mengurangkan kadar buta huruf
dalam kalangan Orang Asli. Malahan kelas itu adalah sebahagian wahana untuk membantu
golongan ibu bapa di dalam pendidikan asas iaitu mengira, menulis dan membaca. Justeru,
program ini perlu diteruskan dan diperbaiki dari masa ke semasa (Wan Afizi, et.al., 2014).

Pendekatan belajar melalui aktiviti bermain dilihat satu alternatif bagi para pendidik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid Orang Asli. Hal ini kerana bermain adalah sifat semula
jadi kanak-kanak yang boleh dijadikan perantara dan membantu meningkatkan pembelajaran
kanak-kanak ke tahap yang optimum. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi
instruksional yang efektif dalam pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak. Permainan boleh
diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak
terutama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran. lni kerina pengajaran yang
menggunakan kaedah permainan sebagai medium pengajaran akan menjadikan kanak-kanak
belajar dengan cepat dan mereka akan lebih seronok, Di samping itu, bermain juga dapat
mengelakkan rasa bosan dan menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang
diajar (Haslinda, et.al., 2015).

Sekolah Rimba juga merupakan pendekatan pembelajaran luar bilik darjah yang lebih
bersifat alami dan praktikal dengan menggunakan hutan dan sumbernya sebagai lokasi dan bahan
pembelajaran (O’Brien, 2009; O’Brien & Murray, 2007; Borradaile, 2006; Kirkham, 2006).
Pendekatan Sekolah Rimba di Eropah ini telah terbukti berkesan dalam membuka peluang kepada
kanak-kanak dan golongan muda untuk memperkembangkan keyakinan, estim kendiri dan
pencapaian masing-masing (O’Brien, 2009; O’Brien & Murray, 2007; Borradaile, 2006; Kirkham,
2006). Lamb (2011) menyatakan kanak-kanak akan mendapat pengalaman yang bermakna apabila

17
melibatkan diri dengan aktiviti Sekolah Rimba khasnya dalam empat aspek iaitu psikomotor,
afektif, kognitif dan kepekaan terhadap alam sekitar. Pada aspek psikomotor (kemahiran), Sekolah
Rimba dapat meningkatkan kemahiran sosial, mempelbagaikan kemahiran belajar dan menjana
kebolehan kinestetik. Bagi aspek kognitif (pengetahuan) pula aktiviti yang dijalankan dapat
memperkenalkan individu dengan pembelajaran berasaskan masalah manakala aspek afektif
(sikap) pula melatih individu untuk lebih berdikari, mampu bekerjasama dan berkolaborasi.

Menurut Teori Pembelajaran Sosial N.E. Miller dan Dollard J. (1941), tingkah laku adalah
bersifat kendiri. Jadi murid-murid Orang Asli didapati mudah berasa bosan dan jemu dengan
aktiviti pembelajaran jika mereka kurang minat dengan sesuatu. Menurut Ahmad & Mohd Jelas
(2009) menerusi pengalaman program mentor mantee bersama murid-murid Orang Asli di sekitar
kawasan Selangor mendapati mereka mudah berasa bosan dan hanya boleh memberi tumpuan
selama 15 minit sahaja. Namun begitu, jika aktiviti pembelajaran dijalankan di kawasan terbuka
seperti di tepi sungai atau di bawah pokok, mereka dapat memberi tumpuan selama 30 minit. Ini
mungkin disebabkan sifat semulajadi mereka yang dekat dan cintakan alam sekitar. Hasil dapatan
ini adalah seiring dengan penyataan Ma’rof dan Sarjit (2008) yang menyatakan anak-anak Orang
Asli menyukai pendidikan yang tidak formal khasnya yang menawarkan kebebasan dengan
melakukan aktiviti yang lebih mencabar dengan alam sekeliling. Bagi murid Orang Asli hutan
begitu penting dalam kehidupan mereka. Ini adalah disebabkan aspek kepercayaan Orang Asli
adalah berkaitan dengan alam sekitar (Gregory, 2003).

Sebenarnya, harapan untuk melihat Orang Asli berjaya dalam pendidikan tidak mustahil
kerana terdapat segelintir pelajar Orang Asli telah berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi
Negara serta menjadi graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian. Majoriti pelajar
Orang Asli yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam di peringkat ijazah
pertama adalah pelajar perempuan. Mereka memilih bidang sastera sebagai opsyen pengajian.
Pada tahun 2009 sejumlah 358 orang pelajar Orang Asli sedang belajar di IPTA (JAKOA 2013).
Namum begitu jumlah kemasukan tahunan telah meningkat pada tahun 2011 dan tahun 2012
kepada 216 orang dan 247 orang (Mohd Noor 2012). Laporan ini berdasarkan 81orang respoden
graduan Orang Asli iaitu 19 lelaki dan 62 perempuan yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi tahun 2009.

18
Rajah 6: Jumlah Graduan Orang Asli Mengikut Peringkat Pengajian dan Jantina Tahun 2009.
Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Profil Orang Asli Yang Berjaya oleh Wan Afizi, et. al.
2013).

6.0 KESIMPULAN

Semua pihak harus berganding bahu demi membangunkan pendidikan masyarakat Orang
Asli. Hakikatnya pendidikan Orang Asli masih jauh ketinggalan walaupun negara kita sedang
menuju era nano-teknologi. Walaupun pelbagai isu wujud dalam pendidikan masyarakat Orang
Asli seperti isu keciciran, cabaran sukarnya mengubah persepsi Orang Asli terhadap pendidikan,
dengan kerjasama pihak kerajaan dan agensi swasta sememangnya mampu merapatkan jurang
pendidikan antara murid Orang Asli dengan murid-murid kaum lain di Malaysia. Masih ada
harapan di sebalik cabaran yang merintangi usaha untuk memupuk minat belajar kanak-kanak
Orang Asli. Sikap dan persepsi negatif Orang Asli terhadap pendidikan perlu diubah dalam diri
mereka oleh semua pihak lebih-lebih lagi pihak Jabatan Kemajuan orang Asli (JAKOA). Sifat
peka pihak JAKOA terhadap masalah Orang Asli mampu membantu murid orang Asli lebih
berjaya pada masa akan datang. Tanggung jawab mendidik perlu dipikul oleh ibu bapa mereka di
peringkat prasekolah lagi dalam menyemai rasa cintakan ilmu dalam diri mereka. Hanya
pendidikan mampu mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli ke arah lebih baik umpama kata
pemimpin dan pejuang kemerdekaan Afrika Selatan iaitu Nelson Mendela (1918-2013) yang
berbunyi “education is the most powerful weapon we can use to change the world”.

19
7.0 RUJUKAN

Chamhuri Siwar 2001. Pembangunan Mapan: Strategik Menang-Menang Untuk


Pembasmi kemiskinan Dan Pemulihan Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fong Chan Onn.1991. Dinamo Ekonomi Baru: Struktur Dan Peluang Pelaburan Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia:
Kajian kes di Kelantan Wan Afizi Wan Hanafi , Shaharuddin Ahmad , Noraziah Ali, 2014.
Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122) 107.

Hassan, F., 2006. Faktor-faktor berkaitan denganPrestasi Akademik di kalangan Pelajar-


pelajar Orang Asli: Kajian Kes di SM Gua Musang, Fakulti Pendidikan , Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hasan Mat Nor. 2000. Pendidikan dan masa depan komuniti Orang Asli. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hassan Mat Nor. 1998. Warga pribumi menghadapi cabaran pembangunan. Dlm Hassan
Ishak: Orang Asli dan cabaran pembangunan masa kini: Usaha dan tindakan yang direncanakan
oleh JHEOA. Hlm.109-110. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halsey. A. H. 1971. Education, Economy and Society. New York: The Free Press.

Haslinda Tahir Shah, Lilia Halim, Zanaton lksan .2015. Kaedah Bermain Dalam
Meningkatkan Minat Murid Orang Asli Terhadap Sains. Prosiding The International Conference
On Langguage, Education and Innovation (ICLEI 2015-62). 16 – 17 Mac 2015 Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli 2009. Kaum Senoi.


http://www.jheoa.gov.my/v2/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=28
&Itemid=131. Akses pada (20/11/15).

20
Jabatan Kemajuan Orang Asli. 2013. Laporan tahunan. http://
www.jakoa.gov.my/laporan tahunan. Akses pada 20/11/2015.

Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b. Memperkasa Pencapaian Akademik Pelajar


Melayu.Kertas kerja yang dibentangkan. (Tidak diterbitkan).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Kajian pengesanan pelaksanaan Program


Rancangan Makanan Tambahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin Kementerian
Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pengajian Tinggi. 2009. Laporan Pengesanan Graduan, (Bab 9)


www.mohe.gov.my ( 20 /03/13).

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, Rosmiza Mohd Zainol (2014) . Mengupas keciciran
pelajar Orang Asli Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Malaysian Journal
of Society and Space 10 issue 2 (189 - 198) 189 © 2014, ISSN 2180-2491

Geur KT, Wee BV (2004) Accessibility evaluation of land-use and transport strategies:
Review and research directions. Journal of Transport Geography 12, 127–140.

Meiji.2008.Orang Asli di Malaysia. Sumber: http://mita85.blogspot.com. Akses pada


21/12/2015.

Mohd Noor Mat Akin. 2012. Pendidikan Orang Asli, Utusan Malaysia: http//Kuala
Lumpur.Homei.net.my/news/Kuala Lumpur.

Mohamad Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Musstafa Omar .2003. Warga Orang Asli menghadapi cabaran pembangunan: satu
analisis demografi daripada Rancangan Penempatan Semula Komuniti Jakun di Mukim Bekok,
Segamat, Johor, dalam Mokhtar Jaafar.2003. (Pnyt) Prosiding Persidangan Kebangsaan, Pusat

21
Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran. “Cabaran Pembangunan Delima Persekitaran”
12-13 September 2003, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mustaffa Omar, Hood Salleh & N.Z. Fatanah. 2012. Memperkasa Pendidikan dan
Pedagogi dalam pendidikan Orang Asli dalam Ramli Abdullah, Mohamad Hafis Amat Simin,
Azlina Abdullah dan Zurina Mansor. 2012.(pnyt) Pendidikan dan Orang Asli dalam Arus Perdana,
Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (Bab 3).

Muhd Yazid Kamarudin. 2001. Masalah Penyesuaian di kalangan Pelajar Tingkatan 2 di


Sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. (Tidak diterbitkan).

Nor Ayob Abdul Latif. 1975. Satu Kajian Kes Sosio ekonomi Orang Asli Di Petempatan
Semula Tun Abdul Razak, Kuala Kubu Baharu, Selangor, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
(Tesis Ijazah).

Norizan Mt Akhir, LAr. Zulkefle Ayob & Siti Syamimi Omar. 2013. Pengekalan Identiti
Melalui Pelestarian Landskap Budaya Orang Asli, dalam Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri
Che Ngah, Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Kamarul Ismail, Zainudin Othman, Mazdi Marzuki,
Hamirdin Ithnin, Fauziah Che Lah, Mohd Faris Dziauddin, Mohd Hairy Ibrahim &
Zuriatunfadzaliah Sahdan. 2013. (Pynt) Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam
Sekitar kali ke 4. Geografi & Alam Sekitar dalam Pembangunan dan Transformasi Negara,239-
244, 5-6 Mac 2013. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009,


Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial,
UMS Sabah.
Rosnani Hashim. 2000. Ekonomi dan pendidikan dari Perspektif Islam. Ampang: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

22
Renganathan S, Chong SL, 2010. Exploring multiliteracies: A case study of the social
practices of the Orang Asli children in Perak. Arts and Social Sciences Journal, Volume 2011:
ASSJ-27

Rosmizawati Saad. 2003. Pencapaian Akademik Komuniti Jakun Di Rancangan


Penempatan semula, Mukim Bekok, Segamat, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Rose Dzidan, “Faktor-faktor Mempengaruhi Aspek Pencapaian Akademik dan Langkah-


langkah Mengatasi” . http://adzidane.blogspot.com/2012/04/faktor-faktor-mempengaruhi-
aspek.html. Akses pada 15/12/2015.

Suki Mee dan Yahaya Ibrahim. 2009. Pembandaran dan Penempatan Semula Komuniti
Orang Asli,dalam Yahaya Ibrahim 2009. (Pnyt) Komuniti Pembangunan Dan Tranformasi, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia (Bab 3).

Tooley. J. 2005 dalam Elliot. G, Chahid Faourali, Sally Issler. 2010. Education and Social
Change: Connecting Local and Global Perspectives. Auckland : MPG Books Group.

Wahid Hashim. 2007. Pendidikan Orang Asli:Sekolah Rintis Khas. Sumber:


http://www.tutor.com.my . Akses pada15/12/2015.

Wan Afizi Wan Hanafi. 2009. Pembangunan Pendidikan Orang Asli: Prestasi Dan
Cabaran. Kajian Kes Di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Dan Sekolah Kebangsaan Pos Pulat,
Gua Musang, Kelantan, Bangi: UKM (Tesis Sarjana).

William Hunt, A. 1998. Orang Asli dan Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala Bil.
8. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin. 1999. Perkaitan Di Antara Faktor Sosioekonomi
dan Pencapaian Akademik Anak. Jurnal Kebajikan Vol. 21 No 2, Dis 1999.
http://www.kempadu.gov.my/jkm/mel/jurnal/dis99-1.htm. Akses pada15/12/2015.

23
Zainal Abidin Hj. Ali. 2012. Pelan Tindakan Pembangunan Orang Asli 2000-2010: Satu
penilaian dalam Ramli Abdullah, Mohamad Hafis Amat Simin, Azlina Abdullah dan Zurina
Mansor. 2012.(pnyt) Pendidikan dan Orang Asli dalam Arus Perdana, Kuala Terengganu:
Universiti Sultan Zainal Abidin (Bab 4).

Zarif Azreen, Perkembangan Bahasa Pada Peringkat Awal Kanak-Kanak. Sumber:


https://www.academia.edu/4098669/perkembangan_bahasa_kanak-kanak. Akses
pada15/12/2015.

24

You might also like