You are on page 1of 4

7/27/2021 Untitled

PLAY THE REAL U.S. POWERBALL

$186 MILLION GET TICKETS


06:36:12
UNTIL PLAY CLOSES

 
TAJUK:  Cadangkan cara-cara
memupuk integrasi  etnik di Sekolah

1.0 Pendahuluan

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu
cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara
etnik. Sebagaimana
yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag
mana kebanyakannya  semua kaum atau
etnik  berada dalam satu
bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari
nilai-nilai murni sesuatu kaum dan
sterusnya menghayati proses sosialisasi
secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan
sebagaimana yang
diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

 Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari


ini bagi mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak
kemajuan
dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih
banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses
integrasi ini. Cabaran-cabaran
dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat
sekolah perlu dikemaskini
dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan
yang lebih konkrit bagi mencapai objektif  integrasi antara etnik
di sekolah. Ia
hendaklah  bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. 

 Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang
ada,  integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan.
Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan
lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses
integrasi yang berlaku
pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika
tidak diatasi boleh melambatkan
proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai
rancangan dan dasar  haruslah difikir dan dikaji bagi  menjadikan
sekolah sebagai pusat
integrasi antara etnik yang terbaik.

2.0 Definisi  Integrasi dan Etnik

Etnik atau etnos dalam bahasa  asal Greek membawa makna 


kumpulan  manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri
seseorang
ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang  keturunan  nenek
moyang  yang sama. Mereka mempunyai  keturunan 
dari segi
sejarah, negara  asal,  bahasa, tradisi, budaya, struktur dan 
sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada
sesuatu kaum
atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi
di bawah sistem politik yang sama.

Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik


atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya
kepada satu bentuk lain
yang tersendiri. Mengikut  Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula
merupakan proses menyatupadukan secara
budaya dan sosial kelompok-kelompok
sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang
umum dan tersendiri.
Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang
diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba
menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai  kaum dan mewujudkan
pula pembentukkan  kebudayaan kebangsaan atau nasional
yang tersendiri
dikalangan mereka.

3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah

3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara


etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang menggunakan
sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan
guru dan bahasa penghantar
yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran 
Pendidikan  Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar
pelajar dapat
memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan
kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik.  Pelajar-pelajar
juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan
kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar
dalam kelas.
Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk  guru  memupuk
semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan
memahami antara
satu dengan lain. 

Sebahagian daripada dasar  dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan 


dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar
penggunaan 
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan,
sekurang-kurangnya telah
mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih
komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana
di
waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara
etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar
Pendidikan Kebangsaan 
membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan
bahasa Melayu di semua
sebagai alat integrasi tercapai.

Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan
terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk
perpaduan negara. Sebagai
contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi
ialah dengan penggunaa
bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama,
pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih
saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem
pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..

  Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan


untuk menggantikan kelemahan-kelemahan  yang terdapat dalam
kurikulum 
yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi
antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana
Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah
teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai
daengan kehendak semasa
haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di
peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.

3.2 Menjadikan sekolah  sebagai alat perpaduan

 Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut


bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat
memainkan peranannya
yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar.
Usaha-usaha yang gigih harus
diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan
dan pemisahan yang sengaja diadakan.

 Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan


Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk
https://tuanmat.tripod.com/pupuk.html 1/4
7/27/2021 Untitled
membentuk satu generasi
baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan
kumpulan-kumpulan etnik
lain  untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan
masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya.
Perubahan ini
hendaklah dilakukan secara  saksama dan adil. Perubahan-perubahan
ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan
kepentingan
masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan
lain.

 Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan


penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu  pelu
diperkayakan
sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf
bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat
membantu merapatkan hubungan
antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai
alat untuk berinteraksi
dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan
pelajar yang berbilang etnik.

 Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya


boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang
berlainan
etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih
sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu,
berbudi bahasa, cintakan
keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui
ko-kurikulum pula pelajar-
pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha
digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
di
sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu
dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun
berlainan etnik.

3.4 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik


Pendemokrasian Pendidikan  yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan
adalah untuk memastikan  agar semua kaum atau etnik dapat menikmati
kemudahan yang sama dalam
pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam
bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk
sekolah-
sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang
dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan
oleh  etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan
Sabah.

Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah


di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih
sekolah pilihan
masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan
yang sama. Walaupun
mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan
tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara
berpusat.

Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa 


dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut
dihormati dan diberi
perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara
saksama dan adil. Perubahan-perubahan
ini harus didasrkan di atas keinsafan
bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan
lain. Dengan ini
pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi
antara etnik.

3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan 

 Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk


integrasi   antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan
yang sama  tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah
konep ini, dua atau
tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung
antara satu sama lain.  Matlamat
penubuhan sekolah ini adalah untuk
mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik
dan agama. Ia juga untuk
melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang
tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.

 Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran


yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri
disamping
urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah
masing-masing. Sekolah Wawasan akan
membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan
etnik menggunakan pelbagai kemudahan  secara bersama seperti kantin,
lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa
penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap
sekolah
akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan,
keceriaan dan keselamatan.  Konsep Sekolah
Wawasan ini diharap dapat
merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran
persekolahan

   Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami


pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya
dalam
bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan
konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak
diimbangi dengan betul akan
mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan  yang kini dipraktikkan
adalah satu usaha untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan
negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama
lain,
kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari
dengan hasrat negara.

 Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu
sekolah Cina dan Tamil.  Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah
yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang
sama, akan menemukan
pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik
dengan  cepat. 

3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliran

Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk
integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran
ialah
sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah.
Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah
bahasa Melayu. Pada waktu
ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah
kebangsaan iaitu berbahasa
penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah
kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem
ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di
peringkat sekolah
berjalan agak perlahan dan lambat.

 Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah


penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah
bahasa Cina
dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek
pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja
dari lain-lain etnik yang
berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara
mereka, mereka juga boleh memahami
budaya etnik atau kaum lain. 

Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat
dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar
dan saling
faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini
telah menanam semangat perkauman atau etnik
pelajar sekolah rendah dari
awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat  sekolah menengah
dan Institut Pengajian Tinggi.

Menerusi  sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau


etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. 
https://tuanmat.tripod.com/pupuk.html 2/4
7/27/2021 Untitled
Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih
mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika
timbul sesuatu
masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi
yang jitu antara pelbagai etnik demi masa
depan negara yang makmur dan
harmoni.

4.0 Penutup

 Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses 


integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan
perkembangan ekonomi
yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam
masa yang sama, kita harus terus
mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang
diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi
menjadi alat
perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat
malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan 
dari
sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan
yang dapat memupuk integrasi antara kaum  haruslah disokong
sepenuhnya
oleh setiap rakyat malaysia. 

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak
dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak
bagi memastikan
setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara
etnik di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita


bagi mewujudkan integrasi  di antara etnik. Kegagalan proses
integrasi
di sekolah, khasnya di peringkat rendah  akan menyebabkan juga gagalnya
proses integrasi  peringkat menengah dan seterusnya
universiti. Ini
seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik
tetapi tidak bersatupadu dan berlainan
kefahaman.

 Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi


antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti
konsep
Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan
integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat
bermula segalanya dan ia
harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan
kehendak semasa yang sentiasa
berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku,
sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang
upayanya.  Ini
adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik
atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

Senarai Rujukan

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian  Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum


Books, 

       Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan
Pustaka,

       Kuala Lumpur.

Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, 

       Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor

Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti

      Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah,


Dewan

     Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Dewan Masyarakat, Oktober 2000,  m/s 14-25

Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51

Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

Agama Pendidikan Hiburan Akhbar


& Majalah

 Komputer Poskad Wallpaper  Malaysia


Laman Utama 

https://tuanmat.tripod.com/pupuk.html 3/4
7/27/2021 Untitled

PLAY THE REAL U.S. POWERBALL


TEST
$186 MILLION G
06:35:11
UNTIL PLAY CLOSES

https://tuanmat.tripod.com/pupuk.html 4/4

You might also like