You are on page 1of 16

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan bermaruah sentiasa
peka kepada cabaran dan sentiasa mendekati cabaran supaya kemerdekaan itu diisi dengan
satu pencapaian yang diiktiraf secara universal sebagai inti kepada peradaban dan kemajuan
sejagat. Wadah perjuangan yang diutarakan oleh YAB Tun Sri Mahathir Mohamad dalam
Wawasan 2020 itu merupakan satu lagi bentuk pengisian dalam perjalanan bagi menjadikan
Malaysia negara agung (Abu Bakar Nordin, 1994). Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957, terdapat beberapa cabaran dan di antara yang paling mendesak ialah
perpaduan, pembinaan identiti negara dalam bidang sosial dan ekonomi. Cabaran-cabaran ini
telah dihadapi melalui beberapa pendekatan termasuk pendidikan. Penyata Razak 1956 dan
Akta Pendidikan 1961 merupakan satu tindakan yang amat berkesan bagi mewujudkan dan
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Tambah Abu Bakar Nordin
(1994), bagi menjayakan perubahan pendidikan, asas yang kukuh telah dicari dan matlamat
yang mantap telah dikenal pasti. Akhirnya dapat dibanggakan bahawa sistem pendidikan
benar-benar melalui satu era reformasi yang berasaskan kepada unsur-unsur dan
pertimbangan-pertimbangan yang wajar dan menuju kepada satu matlamat yang mampu
menjamin kesejahteraan individu, keharmonian masyarakatnya dan kemajuan serta
keagungan negaranya.

Perkataan pendidikan merupakan kata terbitan daripada perkataan didik. Menurut


Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), didik bererti pelihara, jaga (dengan hati-hati), dan ajar.
Pendidikan pula bermaksud perihal mendidik. Mendidik pula ialah menjaga ( memelihara dan
sebagainya) dan melatih (mengajar dan lain-lain) baik-baik. Pendidikan ialah proses
mengubah seseorang bagi membolehkan dia menyesuaikan dirinya daripada segi fizikal,
mental, emosional, moral dan kerohanian kepada keadaan semasa dan setempat, dan juga
bagi membolehkan dia menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang, sosial, ekonomi, politik
dan sebagainya. Pendidikan ialah proses pembudayaan yang menjadi asas kepada
ketamadunan bangsa yang harus tegak dalam arus perkembangan tamadun dunia.

Menurut Mior Khairul Azrin (2011), sistem pendidikan melalui sistem persekolahan,
merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah
membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan
bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan

1
ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah
perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang
kaum demi mencapai perpaduan. Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem
pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak
hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di
institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga
ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Pendidikan
pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik di mana ia
dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah
Sidin, 1994).

Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk individu yang berakhlak
mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula, pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan
dan bermula dari masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semulajadi lahir
dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi (Mok Soon Sang, 2000:xvi).
Masyarakat dan pendidikan adalah bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan
membentuk insan.

2
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

i. Sebelum kemerdekaan
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), sebelum mencapai kemerdekaan
daripada pemerintahan kolonial British pada tahun 1957, terdapat ketiadaan keseragaman
dalam penyediaan pendidikan formal dalam Malaya. Terdapat sekolah-sekolah yang
berasingan dengan media pengajaran yang berbeza, kurikulum, dan kaedah pengajaran
untuk kanak-kanak daripada pelbagai kumpulan kumpulan etnik, iaitu bangsa Melayu,
Cina dan India. Sewaktu zaman penjajahan British, mereka telah melaksanakan sistem
pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran
Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi
cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat
Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini pula
ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat kemasukan
pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika
orang-orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris
tergugat (Sufean Hussin,2002). Hanya pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas
atasan sahaja yang diberi peluang untuk belajar di sekolah Inggeris. Kewujudan sekolah
vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut
sistem persekolahan; dan menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Sekolah
vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk
kaum tertentu, iaitu sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina
untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.
Mengikut laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke
arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah-sekolah
vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu
jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Tetapi masyarakat Cina merasa kedudukan
mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri, juga kerana terhasilnya Laporan
Fenn-Wu 1951, berusaha dan bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan
masyarakat Cina. Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak
rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Ordinan
Pelajaran 1952 telah ditubuhkan, impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 dan
Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat untuk dicapai.

3
ii. Selepas merdeka
Menurut Mior Khairul Azrin (2011), Laporan Razak 1956 yang
dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960
menjadi perintis ke arah pengukuhan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.
Selepas merdeka 1957, Malaysia merupakan negara baru dan memulakan zaman
untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat
perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 pula bukti usaha murni yang dilakukan oleh
kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka
memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan
masyarakat Malaysia yang majmuk. Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai
perubahan yang positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara (Abu
Bakar Nordin,1994). Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama
yang diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan
selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan
dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960 yang
telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1961. Menurut Abu
Bakar Nordin (1994), Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa Kementerian
Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh ke arah
reformasi yangp perlu dilaksanakan untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar
pendidikan kebangsaan Malaysia. Kajian semula itu perlu merangkumi beberapa isi
besar yang menjadikan keprihatinan rakyat Malaysia bersama.
Isu pertama yang perlu dikaji melibatkan penyataan Falsafah Matlamat
Pendidikan Negara yang biasanya disebut sebagai Falsafah Pendidikan sahaja.
Falsafah Pendidikan menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan
supaya semua program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip
dan nilai-nilai yang terkandung dalam falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Negara
tidak semestinya sesuatu yang baru. Falsafah tersebut diungkapkan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

4
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”

Isu kedua, sehubungan dengan reformasi pendidikan yang dibawa oleh Anwar
Ibrahim, beliau mengatakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di semua peringkat pendidikan. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris
oleh murid-murid perlu diperkukuh supaya bahasa itu menjadi bahasa kedua yang
berkesan.
Isu bahasa ini berhubungan pula dengan isu ketiga iaitu isu ketiga dalam
reformasi pendidikan kita, iaitu perpaduan. Asas yang telah ditetapkan sejak tahun
1956 yang menekankan soal penyatuan negara dan perpaduan kaum melalui sistem
pendidikan dengan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama, akan tetap
dipertahankan. Walau pada zaman ini, isu bahasa pengantar ini sering dijadikan
polemik sesetengah pihak.
Isu keempat sehubungan dengan reformasi pendidikan negara kita ialah
pendidikan ke arah membentuk insan. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral bertujuan untuk membina masyarakat yang bertakwa,
berdisiplin dan progresif. Namun begitu, strategi pengajaran yang berkesan perlu
diadakan supaya nilai-nilai yang hendak diterapkan benar-benar dapat dihayati dan
diamalkan.
Isu kelima yang berhubungan dengan reformasi pendidikan ialah
pendemokrasian pendidikan daripada segi peluang dan mutu di semua peringkat
pendidikan. Ini memerlukan pengagihan peruntukan secara adil dengan memberikan
tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di Semenanjung, kawasan pedalaman di
Sabah dan di Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin di bandar-
bandar.
Isu keenam dalam reformasi pendidikan berhubungan dengan hasrat
membangun negara dengan lebih pesat menerusi Dasar Pertanian Negara dan Pelan
Induk Perindustrian. Untuk memenuhi hasrat ini, keupayaan generasi muda dalam
bidang sains dan teknologi perlu dipertingkatkan. Dengan itu peluang dan kemudahan
pendidikan vokasional dan teknologi perlu diperbanyak dan diperluas.
Isu yang terakhir sehubungan dengan gerakan reformasi pendidikan ini ialah
pelepasan diri daripada kongkongan pemikiran sempit. Pemikiran sempit kita

5
hendaklah diubah supaya kita dapat melihat gejala dalam persekitaran kita dengan
sikap keterbukaan atau globalisation.

SISTEM PENDIDIKAN
I. Prasekolah
Di Malaysia, kebanyakan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun
memulakan pendidikan mereka pada peringkat prasekolah. Tadika telah
dibangunkan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Panduan untuk
sistem pendidikan telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Di antara objektif pendidikan prasekolah ialah memupuk semangat
cinta akan negara, menerapkan nilai-nilai murni dan membina sahsiah yang
murni, membangunkan kemahiran asas berkomunikasi, menghormati bahasa
kebangsaan, memperoleh asas bahasa Inggeris, menggalakkan aktiviti fizikal
sebagai asas untuk kesihatan yang baik dan menyemai kemahiran berfikir
secara kritikal melalui semangat inkuiri dan penggunaan semua deria
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Pada peringkat ini, kurikulumnya
melibatkan proses bersosial, perkembangan personaliti dan lebih bersifat
penyediaan kanak-kanak ke sekolah rendah. Manakala di Jepun, kanak-kanak
seawal usia 3 tahun dan ke atas telah dihantar ke tadika. Tadika-tadika di
Jepun bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dengan asas
untuk menyedarkan mereka tentang dunia sekeliling dan untuk memberi
galakan kepada daya kreativiti intelek mereka melalui bermain, melukis
gambar, membuat projek kraftangan dan sebagainya (Persatuan Maklumat
Pendidikan Antarabangsa, 1989). Kanak-kanak akan terlibat dalam aktiviti
fizikal di atas buai dan papan gelongsor atau dalam aktiviti-aktiviti
menunjukkan bakat seperti menyanyi, menari dan sebagainya,
II. Sekolah rendah
Di Malaysia, sistem persekolahan rendah bermula pada usia 7 tahun dan ia
harus dihabiskan dalam masa antara 5 ke 6 tahun. Terdapat 2 jenis sekolah
rendah berikutan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu,
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah kebangsaan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris
sebagai mata pelajaran wajib dipelajari manakala sekolah jenis kebangsaan
menggunakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

6
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib
dipelajari. Pada peringkat sekolah rendah ini, para pelajar terbahagi kepada
dua tahap, iaitu tahap satu (tahun 1 hingga tahun 3) dan tahap dua (tahun 4
hingga tahun 6). Pada tahap satu, kanak-kanak akan menguasai kemahiran
asas berbahasa seperti mendengar, membaca, menulis dan bercakap. Mereka
juga akan menguasai nombor dan operasi matematik asas seperti campur,
tolak, darab dan bahagi. Selain itu, bagi kanak-kanak Islam, pada tahap ini
mereka akan berupaya membaca ayat-ayat Al-Quran dan kesedaran
memahami norma-norma sosial dan nilai-nilai murni. Pada tahap dua pula,
kanak-kanak akan mengukuhkan lagi kemahiran asas berbahasa dan operasi
asas matematik, memperoleh pengetahuan dan kemahiran lain. Mereka juga
dapat membangunkan kemahiran belajar dan kemhiran berfikir selain dapat
membaca dan memahami ajaran dalam Al-Quran untuk kanak-kanak Islam
dan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2001). Subjek yang diajarkan di peringkat sekolah rendah terbahagi
kepada 3 jenis. Jenis subjek yang pertama ialah subjek teras yang
mengandungi bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan
Islam (bagi yang beragama Islam) dan Pendidikan Moral (bagi yang bukan
beragama Islam) serta bahasa Mandarin atau bahasa Tamil bagi sekolah jenis
kebangsaan. Jenis subjek yang kedua ialah subjek wajib dipelajari iaitu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Muzik. Jenis subjek yang ketiga ialah subjek pilihan atau elektif
yang merangkumi bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Arab di sekolah
kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang mendominasi
masa peruntukan daripada keseluruhannya iaitu sebanyak 50 unit seminggu
yang bersamaan dengan 400 minit seminggu. Menurut Kaori Okano dan
Motonori Tsuchiya (2009), para pelajar Jepun belajar di sekolah rendah selama
6 tahun sejak berusia enam tahun. Sekolah rendah di Jepun mengekalkan
persekitaran pembelajaran yang semuafakat, mendidik dan kreatif di mana
setiap pelajar berada dalam keadaan selesa dan digalakkan menyesuaikan diri
mereka. Pada peringkat ini, hampir tiada pengasingan pelajar berdasarkan
kebolehan dan hanya sedikit pengasingan antara individu. ‘Penyertaan penuh’
setiap pelajar dalam satu aktiviti dititikberatkan (Sato, 1993 dan Cummings,
1980). Pencapaian akademik individu dianggap tidak sepenting pencapaian

7
bukan akademik secar berkumpulan. Tugas utama sekolah rendah adalah
menyediakan pendidikan ‘menyeluruh kepada individu’ (Sato, 1993 dan
Lewis, 1988). Pendidikan moral melalui rutin sekolah dijadikan berkesan
melalui hubungan jangka panjang yang diharap dapat dikembangkan oleh
guru. Kegiatan bukan akademik seperti cara memberi ucap selamat dan cara
mencuci tangan dilaksanakan untuk pendidikan menyeluruh kepada individu
bagi memupuk sikap bekerjasama, bertaggungjawab terhadap kepunyaan
sendiri, kemahiran prosedur asas dan tanggungjawab kumpulan. Kurikulum
biasa (tidak termasuk pendidika moral dan kegiatan tertentu seperti
perjumpaan sukan) merangkumi mata pelajaran bahasa Jepun, kajian sosial,
matematik, sains, muzik, seni, kraf tangan, sains rumah tangga, dan
pendidikan jasmani. Di Jepun, masa yang diperuntukkan untuk bahasa Jepun
adalah kecil berbanding keseluruhan masa pendidikan dan lebih banyak masa
diperuntukkan untuk pendidikan muzik, seni halus dan pendidikan.
III. Sekolah Menengah
Di Malaysia, sekolah menengah menawarkan satu program pendidikan yang
menyeluruh. Kurikulumnya merangkumi pelbagai jenis mata pelajaran
daripada subjek sastera dan sains, mata pelajaran teknik dan vokasional yang
berdasarkan latihan praktikal. Sekolah menengah terbahagi kepada dua iaitu
menengah rendah dan menengah atas. Pada tahap menengah rendah, para
pelajar yang berusia 13 tahun hingga 15 tahun akan menghabiskan sesi
persekolahan mereka selama 3 tahum ( Tingkatan 1 hingga tingkatan 3).
Pelajar dari sekolah rendah kebangsaan akan terus masuk ke tingkatan satu
manakala pelajar dari sekolah jenis kebangsaan perlu masuk ke kelas peralihan
dahulu bagi memastikan pengukuhan mereka terhadap bahasa Melayu telah
kukuh kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah
menengah. Mata pelajaran teras pada peringkat ini ialah bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam (beragama
Islam) dan Pendidikan Moral (bukan beragama Islam). Bagi mata pelajaran
wajib dipelajari pula ialah Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni,
Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala bagi mata
pelajaran tambahan ialah bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab
Komunikasi. Pada usia 16 tahun, para pelajar akan memasuki tahap menengah
atas selama 2 tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Berdasarkan keputusan

8
Penilaian Menengah Rendah (kini dikenali sebagai Pentaksiran Tingkatan 3),
para pelajar akan memilih satu-satu bidang yang diminati dan yang layak
dipelajari berdasarkan keputusan akademik mereka. Berbanding di negara
Jepun, sekolah menengah (gred 7-9) yang berumur 12 hingga 14 tahun untuk
menyempurnakan pendidikan wajib. Pendidikan agak seragam sehingga akhir
sekolah menengah, setidak-tidaknya di sekolah kerajaan, tidak seperti di
sekolah tinggi, iaitu di peringkat seterusnya. Ini adalah waktu peralihan dari
persekitaran sekolah rendah yang penyayang dan pelindung ke pendidikan
sekolah menengah yang bersistem. Sekolah menengah menyediakan pelajar
untuk peperiksaan kemasukan ke sekolah tinggi, titik perubahan paling ketara
dalam alam persekolahan. Pada peringkat ini, kebolehan belum dinilai dan
mata pelajaran pilihan juga belum ditawarkan. Sekolah menengah di Jepun
masih memperuntukkan lebih masa untuk mata pelajaran dan aktiviti bukan
akademik. Pelajar mula menerima pelajaran daripada guru yang mengkhusus
dalam sesuatu mata pelajaran. Guru tidak mengutamakan hubungan erat
jangka panjang seperti di sekolah rendah. Kurikulum sekolah menengah
termasuklah bahasa Jepun, matematik, kajian sosial, sains, bahasa Inggeris,
muzik, seni, pendidikan jasmani, lawatan luar bilik darjah, kelab dan kelas
‘homeroom’. Tidak seperti sekolah rendah, arahan adalah tegas, penuh dengan
fakta dan berdasarkan rutin (Fukuzawa, 1994). Guru mengajar menggunakan
buku teks sepenuhnya kerana banyak tajuk perlu diajar untuk peperiksaan ke
sekolah tinggi dan tidak banyak masa untuk menyentuh tajuk di luar buku
teks. Penilaian oleh rakan sebaya di sekolah rendah diganti dengan
peperiksaan yang menguji penguasaan pelajar tentang kandungan buku teks
(Fukuzawa, 1994). Cara hidup yang teratur dan berdisiplin yang dipelajari di
sekolah menengah membina norma sosial dalam diri pelajar, dan diperlukan
dalam persekitaran pembelajaran di sekolah tinggi. Pelajar contoh di sekolah
menengah berbeza dengan pelajar contoh di sekolah rendah (cergas, bertenaga,
suka bekerjasama, ceria dan penyayang).
A) Sekolah akademik
Kebanyakan sekolah menengah di Malaysia adalah sekolah akademik.
Antara mata pelajaran teras bagi tahap menengah atas ini ialah bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (beragama
Islam), Pendidikan Moran (selain beragama Islam), dan Sains. Manakala

9
pendidikan Jasmani dan kesihatan serta pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan menjadi subjek yang wajib dipelajari dan bahasa Cina,
bahasa Tamil dan bahasa Arab sebagai subjek tambahan. Bagi subjek
sains, jika seseorang pelajar sudah mengambil aliran sains tulen, maka
subjek sains tersebut akan digugurkan dan digantikan dengan Biologi,
Kimia dan Fizik sebagai subjek elektifnya. Begitu juga dengan sesiapa
yang mengambil aliran agama, dia tidak perlu mengambil Pendidikan
Islam akan tetapi ia akan digantikan dengan Pengajian Al-Quran dan As-
Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah. Antara subjek-subjek elektif yang
lain antaranya Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan Perdagangan (aliran
sastera gunaan), kesusateraan Melayu, Kesusasteraan bahasa Inggeris,
geografi, pendidikan seni, tasawwur islam dan pendidikan muzik (aliran
kemanusiaan), sains tambahan, teknologi maklumat, bahasa Arab
komunikasi, bahasa Arab Tinggi, bahasa Cina dan matematik tambahan.
B) Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sekolah teknik dan vokasional menawarkan pendidikan pada peringkat
menengah atas sahaja. Sekolah-sekolah ini memainkan peranan yang
signifikan dalam menyediakan pelajar untuk menyambung pengajian
teknik dan vokasional mereka pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi
atau setara dengan universiti sekaligus dalam kerjaya sebagai juruteknik
atau buruh separa mahir. Sekolah teknik umumnya menyediakan
pelajarnya ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah vokasional pula
berorientasikan peluang kerjaya. Semua sekolah teknik dan sekolah
vokasional menawarkan mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif
dalam kombinasi yang berbeza-beza. Sekolah teknik menawarkan subjek
elektif seperti Teknologi Maklumat, Sains Tulen, Sains Tambahan, Sastera
Gunaan, subjek berkaitan teknologi dan subjek elektif vokasional. Sekolah
vokasional pula hanya menawarkan subjek elektif vokasional.
C) Sekolah menengah kebangsaan agama
Pada mulanya sekolah jenis ini hanya menawarkan Pendidikan Agama
Islam dan Pendidikan Arab bagi menyediakan pelajar untuk bekerja dalam
hal ehwal agama Islam, pendidikan dan undang-undang. Namun pada hari
ini, sekolah-sekolah jenis ini telah mengembangkan program mereka
termasuklah dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

10
Selain menawarkan subjek-subjek dalam kumpulan teras, sekolah jenis ini
juga menawarkan subjek elektif dalam Sains Tulen, Sastera Gunaan,
Teknologi, Teknologi Maklumat dan bahasa.
D) Pendidikan Khas
Pendidikan khas menyediakan peluang pendidikan untuk pelajar dengan
keperluan istimewa seperti spastik, Orang Kelainan Upaya (OKU), bisu,
pekak dan mereka yang hilang keupayaan belajar. Pelajar-pelajar ini
diberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk menamatkan
persekolahan mereka.
IV. Pra-Universiti/Sekolah Tinggi
Di Malaysia, sistem pra-universiti menawarkan pelbagai pilihan dalam bidang
akademik, bidang teknikal dan bidang vokasional. Antara pilihan-pilihan yang
ada ialah Tingkatan Enam, Matrikulasi, Politeknik, Program Asasi dan kolej
swasta.
a) Tingkatan Enam
Program ini merupakan sambungan daripada pendidikan menengah di
mana para pelajar dianggarkan akan menghabiskan setahun enam bulan
untuk penyediaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Peperiksaan ini akan dijalankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
yang diiktiraf oleh Universiti Cambridge di England. Para pelajar
ditawarkan dalam dua bidang iaitu aliran sains dan aliran kemanusiaan.
b) Matrikulasi
Program matrikulasi adalah satu program pra-universiti yang bertujuan
melahirkan pelajar Bumiputera yang cemerlang dalam bidang profesional
dalam institusi pengajian tinggi. Program matrikulasi ini menawarkan dua
aliran iaitu aliran sains (biologi ,fizik, kimia, teknologi maklumat) dan
aliran sastera gunaan (ekonomi, akaun, perdagangan). Program ini ada
yang menawarkan program selama setahun dan ada juga yang dua tahun.
c) Politeknik
Politeknik menyediakan pendidikan dan latihan menyeluruh ke atas
lepasan sekolah menengah untuk membolehkan mereka mendapat
kemahiran tertentu bagi menjadi juruteknik dan penolong teknikal dalam
pelbagai bidang kejuruteraan. Ia juga akan meningkatkan kolaborasi antara
sektor kerajaan dengan sektor swasta. Program sepenuh masa dalam

11
politeknik adalah dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan, Pelancongan,
Perhotelan dan Katering, Industri Rekagrafik dan Rekaan Fesyen.
d) Asasi
Program asasi merupakan satu program persediaan pelajar untuk ke
universiti yang menawarkan program asasi ini. Program asasi adalah sama
dengan program matrikulasi cuma program matrikulasi berada di bawah
seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia manakalaa program asasi berada
di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi. Mana-mana pelajar yang
terpilih untuk ke program asasi mestilah menyambung pengajian ijazah
mereka ke universiti yang sama jika ditawarkan. Kesemua program asasi
menawarkan tempoh pengajian selama setahun. Antara universiti yang
menawarkan program asasi ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi
MARA dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
e) Kolej-kolej swasta
Kolej-kolej swasta yang berada di Malaysia merupakan hak milik kerajaan
Malaysia dan hakmilik kerajaan luar negara. Kolej-kolej swasta ini
mestilah berdaftart terlebih dahulu termasuk program-program yang ingin
mereka tawarkan kepada pelajar di MQA. Sekiranya program-program di
kolej-kolej swasta ini tidak didaftarkan, berkemungkinan lulusan dari kolej
ini tidak diiktiraf di mana-mana.
Saat kemasukan ke sekolah tinggi menjadi titik perubahan terpenting bagi remaja
Jepun. Pelajar memilih sekolah yang digemari dan menduduki peperiksaan
kemasukan yang diadakan oleh kerajaan tempatan yang mentadbir sekolah dalam
daerah sekolah, atau di sekolah persendirian. Sijil sekolah tinggi tidak lagi
menjadikan kayu pengukur dalam kalangan remaja Jepun. Ciri-ciri dan kedudukan
sesebuah sekolah tinggilah yang mempengaruhi masa depan pelajar. Setiap sekolah
tinggi mempunyai misi yang jelas, khususnya tentang persediaan untuk hala tuju
pelajar selepas alam persekolahan. Oleh itu, setiap sekolah tinggi menekankan budaya
yang berbeza berbanding dengan keseragaman di sekolah menengah. Berikut
merupakan sekolah tinggi yang ada di Jepun. Berbanding dengan Malaysia, negara
Jepun hanya mempunyai lima jenis sekolah tinggi sebelum para pelajar meyambung
pendidikan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
a) Sekolah tinggi akademik elit

12
Sekolah jenis ini menerima pelajar terbaik dari segi akademik dalam
kumpulan umur tersebut dan menghantar kebanyakan lulusannya ke
universiti terbaik dalam negara. Hampir semua sekolah tinggi akademik
negara terlibat dengan Fakulti Pendidikan universiti negara.
b) Sekolah tinggi akademik bukan elit
Sekolah tinggi jenis ini menitikberatkan persiapan pelajar untuk ke
universiti yang kurang ternama dan kolej rendah tetapi menghantar agak
ramai pelajarnya ke sekolah khas swasta (senshugakko), yang mengajar
mata pelajaran seperti simpan kira, bahasa dan atur cara komputer. Sekolah
ini membentuk majoriti sekolah tinggi akademik.
c) Sekolah tinggi vokasional
Jenis sekolah ini ialah sekolah tinggi vokasional kerajaan atau
persendirian. Terdapat mata pelajaran vokasional dalam perdagangan,
sains rumah tangga, kejururawatan dan perikanan. Kebanyakan sekolah
tinggi vokasional swasta adalah sekolah perdagangan kerana sekolah jenis
lain memerlukan kemudahan yang lebih mahal. Umumnya sekolah tinggi
vokasional lebih rendah, maka lebih mudah diterima masuk berbanding
sekolah tinggi akademik. Sekolah tinggi vokasional mempunyai matlamat
menyediakan pelajar untuk terus bekerja selepas habis belajar. Pemilihan
jurusan vokasional mempunyai kaitan dengan jantina. Pelajar lelaki
menguasai kursus teknikal dan pelajar perempuan menguasai kursus
perdagangan, sains rumah tangga, dan kejururawatan walaupun sekolah
tinggi teknikal kini mengambil lebih ramai pelajar perempuan berbanding
dahulu.
d) Sekolah tinggi malam
Sekolah malam dahulunya mengajar pelajar miskin tetapi bercita-cita
tinggi, berkebolehan dan menyara diri sendiri sambil belajar. Walaupun
pelajar ini masih wujud, kebanyakan mereka belajar di sekolah ini kerana
ketinggalan di sekolah siang. Pengajian empat tahun mesti ditamatkan
untuk mendapatkan sijil sekolah tinggi. Sekolah bermula selepas pukul
5.30 petang setelag pelajar selesai bekerja, walaupun ada yang
mengganggur pada siang hari. Banyak pelajar tidak dapat membaca aksara
Cina dalam buku teks sastera Jepun yang paling mudah diluluskan oleh
Kementerian Pelajaran untuk digunakan di sekolah tinggi.

13
e) Sekolah tinggi gaya pos
Sekolah tinggi jenis ini menawarkan proses persekolahan yang lebih
fleksibel bagi mereka yang tidak ke sekolah tinggi zaman remajanya, yang
kerap tidak dapat hadir ke kelas atas sebab kesihatan dan yang tidak dapat
menyesuaikan diri atau memilih untuk tidak belajar di sekolah biasa pada
waktu siang.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat di sini bahawa kedua-dua negara mempunyai
kelebihan dan kekurangan sistem pendidikan masing-masing. Namun, ada juga beberapa
aspek yang sama dalam kedua-dua negara ini. Dari pihak negara Malaysia, mana-mana pihak
yang bertanggungjawab bolehlah mencuba beberapa kaedah pendidikan Jepun yang menarik
untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan Malaysia.

14
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 1994. Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Cummings & Williams K. 1980. Education and Equality in Japan. New Jersey:
Princeton University Press.

Educational Planning and Research Division. 2001. Education in Malaysia: A Journey to


Excellence. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Fukuzawa & Rebecca E. 1994. Laluan ke Alam Dewasa Mengikut Sekolah Menengah
Jepun. Journal of Japanese Studies. 20 (1) : 61-86

Lewis & Catherine. 1988. Kelas Gred Satu di Jepun: Kesannya terhadap Teori dan
Penyelidikan AS. Comparative Education Review. 32(2) : 72-159

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,
Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika 2011 4(1) : 33-48

Persatuan Maklumat Pendidikan Antarabangsa. 1989. Memahami Jepun : Pendidikan.


Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. 1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sato & Nancy. 1993. Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Jepun:
Konteks untuk Difahami. Peabody Journal of Education (Japanese Teacher Education
Part III). 68(4) : 47-111

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

15
16

You might also like