You are on page 1of 10

7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

More
Create Blog
Sign In

Friday, 13 March 2015 About Me

Unknown
TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
View my complete profile

Kamus


Kamus BM-BI/BM-BM

Carian DBP

Hadith

Hadith Pilihan
.
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus
RA daripada Nabi SAW sabdanya,
Orang yang bijak itu ialah mereka
PENGENALAN yang mengambil berat tentang dirinya
dan beramal untuk selepas mati.
ISU
DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
Manakala orang yang lemah itu ialah
mereka yang menurutkan hawa
nafsunya sedangkan dia bercita-cita
untuk menjadi hamba Allah yang
Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan
kepada aspek pendidikan. Ini diredhai.

adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi


sesebuah negara untuk membangun dan mencapai

kemajuan dan kecemerlangan.


Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan

kepada pendidikan ini


melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard

Sekolah Rendah
(KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan
Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar- Sumber teks Hadis dari sesawang;
http://www.islam.gov.my/e-hadith
dasar ini
kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran
ini
[Get This Widget Code Here]
adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga
faktor
perubahan yang begitu pantas di peringkat global. .

Guru
sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai
cabaran
freedjit
dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian
budaya, pengaruh
TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited,
berdedikasi dan mampu
berhadapan dengan semua cabaran tersebut.
Clock

INTERGRASI NASIONAL 1klik

Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu


proses atau pun matlamat di mana
semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu
hidup bersama selama-lamanya dan saling
menghormati tanpa mengira agama,
perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi
pengalaman, latar belakang,
sejarah dan nilai.”

Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk


Melayu, Bumiputera, Cina dan
India. Komposisi populasi sebegini telah
menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa,
seni, kebudayaan, dan kepercayaan
dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 1/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
bagi kerajaan untuk
menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May
1969
jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di
negara
kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan
untuk mewujudkan
integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang
sosio ekonomi antara kumpulan
etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang
harmoni dan bersatu di kalangan rakyat,
kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi
Pendidikan Kebangsaan, dan
Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi
tersebut dapat meningkatkan
kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia.
Rukun Negara
tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).

Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai


di negara kita, kerajaan
mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:
·                    
Perbezaan dalam agama dan budaya
·                    
Polisi pecah perintah British
·                    
Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang
berbeza di sekolah
·                    
Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik .

·                    
Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber
pendapatan kumpulan etnik
·                    
Parti politik berdasarkan kumpulan etnik CALENDER
        Cara-Cara Menangani
Isu-Isu Integrasi Nasional
Calendar

      Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik
di
negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara
holistik dari
segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan
matlamat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah
diambil oleh Kementerian Pelajaran
untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif
dan bersatu untuk menjadikan
Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang
dimaksudkan adalah seperti
berikut:
  

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan


penilaian yang
sama di semua sekolah.
·                                       
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat
bersatu dalam
kalangan kumpulan etnik yang berbeza.
·                    
Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai
moral dan seni dalam semua
mata pelajaran.
·                    
Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di
sekolah rendah dan
Blog Archive
sekolah menengah pada tahun 2003.
·                    
Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan. ▼ 
2015
(6)
▼ 

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ▼ 


March
(6)
▼ 

TAJUK 1: ISU DAN CABARAN


PENDIDIKAN SEMASA
     Tiga jenis
sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan
ini.
Objektif pelan ini adalah: TAJUK 2 : GURU DAN PERUNDANGAN
TAJUK 3: TEKANAN EMOSI DALAM
·                    
    Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari
ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan KALANGAN MURID
dalam aktiviti-aktiviti khas. TAJUK 4: TEKANAN EMOSI DALAM
·                    
   Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama,
muhibah dan toleransi pelajar KALANGAN GURU
daripada tiga jenis sekolah TAJUK 5: INOVASI DAN PERUBAHAN
DALAM PENDIDIKAN
·                    
   Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis
sekolah bersama-sama secara
maksimum. TAJUK 6: PENGURUSAN INOVASI DAN
PERUBAHAN PENDIDIKAN
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada
aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam
modul yang merangkumi aspek-aspek yang
disenaraikan di bawah:

HIT
·                    
Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik
·                    
Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
3d Printing Marketplace
·                    
Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
·                    
Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial
·                    
Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik
Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri


Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun
Razak. Ini adalah salah satu langkah yang
paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri
untuk memupuk perpaduan negara
dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua
kumpulan etnik di Malaysia
termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi
Perdana Menteri, 1
Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi
memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020
tercapai
sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan
diamalkan oleh seluruh Follow by Email
masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang
ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi
destinasi akhir, maka 1 Malaysia
adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu. Email Submit

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 2/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1


Malaysia, iaitu budaya
cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Nilai penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling
penting dalam
pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti
dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju
dengan semua
perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana
semua rakyat Malaysia
perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada
membina amanah untuk meningkatkan
hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza.
Meritokrasi merupakan satu elemen penting
bagi sebuah negara demokratik di mana
semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam
mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni
terpupuk di
kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas
pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam
mengintegrasi dan
menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN 

Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan


peluang untuk semua orang yang
mana melibatkan peruntukan kewangan dan
bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan
pembangunan dasar yang direka untuk
mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan
ekonomi, di samping
mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan
pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur
pemilihan yang
sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih
tinggi (Kiyau, 1981). Menurut
Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna
peluang yang disediakan untuk semua
orang untuk berjaya dalam pendidikan dan
menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk
berjaya dalam hidup dan
menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan

Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian


Pelajaran untuk memastikan bahawa
semua orang di negara ini mempunyai peluang
pendidikan yang berkualiti secara percuma.
Pada masa yang sama, kerajaan juga
perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang
upaya juga diajar
berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal.
Usaha
kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di
dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk
sekolah rendah
dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular
(SJK Cina dan SJK Tamil),
sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan
sekolah pendidikan khas. Sekolah
kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi
keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan
terpencil. Dalam usaha untuk
menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan
pengajian mereka ke
peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas
talian,
kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim
Bantuan
Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah
dilaksanakan untuk
membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah
supaya mereka terus kekal dalam
sistem pendidikan dan sentiasa sihat.

Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam


melaksanakan pendemokrasian
pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa
pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-
pelajar tanpa mengira latar
belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-
pelajar dari
sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan
infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari
sekolah-sekolah
luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan
berkualiti bagi memudahkan mereka
untuk pencapaian akademik yang cemerlang.

Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan

Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian


pendidikan dengan
memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar
tanpa mengira etnik, jantina,
status sosioekonomi, latar belakang budaya,
agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat
memperkembangkan potensi mereka
secara maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam
akademik. Pada masa yang sama,
guru-guru perlu adil dan saksama dalam semua aspek
apabila berinteraksi dengan
pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO)


adalah salah satu agensi
Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk
membawa keamanan, keselamatan
dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan
kerjasama dalam bidang pendidikan,
sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan
seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang
perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar
ialah: 

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 3/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
·                    
belajar untuk mengetahui
·                    
belajar untuk melakukan
·                    
belajar untuk menjadi apa
·                    
belajar untuk hidup bersama

Belajar Untuk Mengetahui

Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting


dalam proses pembelajaran. Ia
adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti
memperoleh untuk memahami kerumitan
persekitaran dan seterusnya memaksimumkan
potensi kecemerlangan. Belajar untuk
mengetahui juga sebagai keperluan asas
yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa
depan. Seseorang juga mesti
mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan
interaksi yang mana
akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar
untuk
mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan,
kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan,
memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka
untuk
mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga
perlu
memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh
pengetahuan
yang baru.

Belajar Untuk Melakukan

Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat


melengkapkan seseorang dengan
kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan
seseorang itu terus hidup dan
mengambil bahagian dalam dunia global secara
berkesan. Potensi seseorang akan digilap
dalam proses pembelajaran sehingga
seseorang dapat melakukannya perubahan kepada
persekitarannya pada masa
hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk
mencipta inovasi
berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan
profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja
berpasukan dan
kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting
dalam menentukan Belajar
Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam
Belajar Untuk Melakukan adalah untuk
meningkatkan inisiatif individu dalam
penyertaan pembangunan masa depan mereka yang
berasaskan pengetahuan teoritikal
dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk
memastikan pelajar
dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang
terbaik.

Belajar Untuk Menjadi Apa

Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan


seharusnya mampu untuk
membangunkan seseorang secara holistik dari segi
fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik
seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti
menyediakan peluang untuk
seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh
berfikir dan menilai
secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil
tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya
bertanggungjawab ke
atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan
adalah untuk memastikan bahawa
semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir,
membuat pertimbangan yang wajar,
kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk
membangunkan bakat mereka dan
seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran
yang dihadapi oleh guru adalah untuk
memastikan bahawa semua pelajar sentiasa
dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan
alat intelektual yang diperlukan
untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia
yang
bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja
berkumpulan,
pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan
projek.

Belajar Untuk Hidup Bersama

Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting


erana tiada siapa yang boleh
hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu
menyedarkan individu tentang kepentingan
kedamaian di dunia. Individu mesti
diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia,
prinsip-prinsip
demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi
dan
memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa
mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam
keadaan aman
dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan
para pelajar untuk
mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara
yang aman. Dua elemen yang
perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses
Belajar Untuk Hidup adalah untuk
memahami perbezaan individu dan bekerjasama
dengan orang lain ke arah matlamat yang
sama.

Cabaran kepada guru

Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan


seperti mana yang digariskan
dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi
cabaran yang besar kerana mereka perlu
memastikan bahawa proses pendidikan
dapat memberikan peluang kepada individu untuk
meneroka, bergaul dan
berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 4/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan
jantina, etnik,
status sosio-ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.

Cara guru menangani cabaran

Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan


bekerjasama dengan orang lain demi
mencapai keamanan dan keharmonian dalam
kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan
juga harus membangunkan
individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan
yang
membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 

Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan


pelaburan untuk
beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pembatalan
kawal selia dan peningkatan komunikasi secara
berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut
Financial Time Lexicon (2013),
globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan
negara, masyarakat
dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan
global,
komunikasi, imigresen dan pengangkutan.

Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa,
kaum, warna
kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana
bidang.
Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam
banyak aspek kehidupan
kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan
adalah salah satu bidang yang banyak
dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh
dunia.

Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan

Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:

·                    
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa.
·                    
Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana
universiti-universiti asing
dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di
sini.
·                                       
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan
meningkat apabila
banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
·                    
Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi
komunikasi maklumat (TMK)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·                    
Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
·                    
Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
·                    
Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja
pentadbiran.
·                    
Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh
global.
·                    
Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
·                                       
Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang
pembelajaran yang
disediakan.
·                    
Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil
kajian yang dilakukan di
seluruh dunia.
·                    
Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan
apabila setiap orang
diberi peluang pendidikan.

Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses


pelaksanaan sistem pendidikan di
Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri
dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat
antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
·                    
Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
·                    
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
·                    
Pentadbiran pendidikan
·                    
Pembangunan identiti pelajar
·                    
Kualiti Guru
·                    
Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang
globalisasi
·                    
Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam
aspek penggunaan
ICT dalam proses pengajaran
·                    
Peningkatan dalam beban kerja
·                    
Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
·                    
Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
·                    
Pengaruh negatif kepada identiti pelajar
·                    
Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara
global
Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 5/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan
pelajar-pelajar yang mampu
untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar
perlu mengamalkan budaya pembelajaran
sepanjang hayat dan pembelajaran yang
berterusan bagi membolehkan mereka terus berada
dalam perubahan yang pesat ini.
Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan
untuk berkomunikasi
secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa
antarabangsa
seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di
peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu
menguasai
kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
Sekolah dan guru-guru
perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan
pelajar menguasai kemahiran
kognitif yang berguna dalam menyelesaikan
tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di
samping menyelesaikan masalah serta
menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu,
adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari
kesan
negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang


kaum,
ataupun masyarakat majmuk, yang terdiridaripada bangsa utama iaitu bangsa
Melayu, Cina dan
India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian
adat dan budaya dalam
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan
kaum. Stavenhagen (1986)
berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman
dari pelbagai aspek yang meliputi
budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang
mengarah kepada kecenderungan dan memberi
kefahaman di antara sesama kaum.

Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada


kepelbagaian yang
wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada
tiga perspektif seperti
berikut:

·                                       
Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap
masyarakat secara
universal)
·                    
Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap
etnik)
·                    
Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik
mengekspresikan budaya
mereka).
Isu Pendidikan Semasa

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa
pelbagai
implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, khasnya kepada
pelajar.

Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :

Positif 
·                    
Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya 
·                    
Membentuk interaksi sosial yang baik 
·                    
Memperkembangkan bakat 
Negatif 
·                    
Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan 
·                    
Masalah komunikasi dan bahasa 
·                    
Sukar mewujudkan persefahaman 
·                    
Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

Cabaran Kepada Guru

Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang
mendalam ketika
melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian
budaya yang dianjurkan
oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh
menjadi role model kepada para
murid di sekolah.

Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah
ialah
meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam
pemikiran pelajar
berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :

i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).

iii. menghargai keunikan budaya.

iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.

v. bersekutu memajukan bangsa.

Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya


dengan
Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti
pati kepada keperluan

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 6/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada
Husein Ahmad (2000) dan Zakaria
Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi
nasional sebagai sesebuah masyarakat yang
bersatu padu yang bercirikan
persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara
kaum, memahami
serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah
merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk
identiti
bangsa Malaysia.

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah
kepelbagaian
budaya adalah seperti berikut :

·                    
Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk
menunjukkan kemesraan
·                    
Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut
kebolehan dan sifat mereka
yang berlainan.
·                    
Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio
budaya
·                    
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
·                    
Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua
murid
·                    
Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid
·                    
Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak

mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam


bidang

pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran


dan

pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik


pedagogi guru.
Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik
pengajaran guru, kaedah murid belajar
dan secara keseluruhannya cara pendidikan
dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Isu Pendidikan Semasa

Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan


perisian telah tersedia di
sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan
berlaku secara automatik adalah kurang
tepat kerana salah satu penentu utama
kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah
guru. Sejauh manakah guru
masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan
teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan
kepada pelajar tentang
pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti
perpustakaan maya selain buku teks atau
mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar
dididik untuk menggunakan internet secara berkesan,
para guru berupaya
melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi
dengan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

Cabaran Kepada Guru

Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan


teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada
kesediaan guru yang meliputi tiga aspek
iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan
sikap.

Kemahiran
Teknologi Maklumat Guru

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal


insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu,
penguasaan teknologi maklumat dalam
kalangan guru adalah dituntut. Ia penting
bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran
malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Oleh itu,
langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat
dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi
maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.

Sikap
Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk


kepada kecenderungan untuk
berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain.
Beberapa tinjauan literatur
lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat
antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah
(Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al.,
2007). Oleh itu,
guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa
perlu mengubah sikap terhadap
perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan
TMK dalam bilik darjah.

Perisian
Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap


sebagai satu alat yang dapat
membantu guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al.
maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 7/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
(2003), seseorang guru yang
kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas
menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian
pangkalan data,
perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan
teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi.
Tetapi sejauh
manakah guru-guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas
tersebut?

Mendidik
Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan

Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap


guru, guru juga menghadapi
cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda
menggunakan internet secara berkesan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada
pengaruh negatif internet.

Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu


pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, persembahan, pangkalan data dan
Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke
arah kemahiran lain seperti
kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet,
pembinaan laman web
dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan
pengajaran
subjek.
Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk
menyebatikan kemahiran-kemahiran
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana matlamat kita adalah untuk
menggunakan teknologi komputer dalam
pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan
pembelajaran secara khusus. Namun
begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan
alat bantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan
kedudukan guru
dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan
masa
hadapan.

Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi

Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para


guru tidak dibudayakan sepenuhnya
akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman
di negara maju menunjukkan lima
keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran
ingin meningkatkan pendedahan dan
penerimaan guru kepada teknologi maklumat dan
komunikasi. Keperluan itu ialah:
·                    
sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk
berubah.
·                    
prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap
dan mencukupi.
·                                       
tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan
teknologi maklumat
mestilah mahir.
·                    
peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan
TMK.
·                    
hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

GEJALA SOSIAL

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan


budaya yang melanda golongan
remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu
berdepan dengan satu siri krisis identiti
iaitu pembentukan dan pengembangan
identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu
membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis
kekeliruan yang menguasai diri remaja
jika tidak dibendung dan di atasi boleh
menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan
salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara
dalam jangka masa
panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja
harus
dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
pembangunan dan kemajuan negara.

Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai


tingkah laku negatif di dalam anggota
masyarakat yang tidak memberikan faedah
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan oleh sesuatu
masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong
remaja pada masa
kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim
(2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada
beberapa faktor;
antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu
dari aspek perkembangan personaliti,
kegagalan fungsi institusi keluarga dan
juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004)
pula menyatakan pengaruh
persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di
kalangan
remaja.

Isu Pendidikan Semasa

Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja


khususnya semakin mencabar
dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam
kalangan pelajar sekolah digambarkan
menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan
luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana,
penagihan dadah, pembakaran
sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan
remaja dalam
masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor
dalaman dan luaran, antaranya ialah:
·                    
Faktor Ekologi Keluarga
·                    
Faktor Ekologi Sekolah
·                    
Rakan Sebaya
·                    
Media massa/Internet
·                    
Modenisasi.

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 8/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA
Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia
sudah menjadi kudis yang semakin
bernanah dalam masyarakat. Jika tidak
ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi
semakin sukar untuk
diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial
ini.
Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan
anak-
anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan
negara.

Cabaran Kepada Guru

Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala


sosial di kalangan anak murid
mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar
mereka daripada melakukan gejala sosial.
Secara dekat para guru perlu
mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan
mereka. Para guru harus
peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan
kepada pelajar
mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan
dan
berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah
perlu
diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu
ditingkatkan. Pihak
sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar
yang bermasalah agar pelajar
tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua
usaha yang disebutkan di atas bukanlah
perkara yang mudah untuk dilakukan
tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang
amat tinggi daripada insan
yang digelar guru.

Cara Menangani Isu Gejala Sosial

Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat


dirumuskan seperti berikut:

Peranan Ibu Bapa


·                    
mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang
betul
·                    
meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka
·                    
mengamalkan nilai-nilai agama
Peranan Guru
·                    
merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan
individu pelajar
·                                       
mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
supaya menarik minat murid
·                    
mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan
dengan murid yang
bermasalah
·                    
memupuk nilai-nilai murni
Peranan Rakan Sebaya
·                    
menjadi role model
·                    
memberi motivasi
·                    
medengar dan memberi sokongan
Peranan Diri Sendiri
·                    
mengubah sikap negatif
·                    
yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan
·                    
dekatkan diri dengan Tuhan
Peranan Polis
·                    
penguatkuasaan undang-undang

Posted by
Unknown
at
08:06

No comments:
Post a Comment

Enter your comment...

Comment as:
680-16-mohd@ Sign out

Publish Preview
Notify me

Newer Post Home

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 9/10
7/26/2021 EDU3093: Guru Dan Cabaran Semasa: TAJUK 1: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

STRESS

How to make stress your friend | Kelly McGonigal

Simple theme. Powered by Blogger.

maddermela.blogspot.com/2015/03/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html 10/10

You might also like