You are on page 1of 17

BPME 1013

ASAS KEUSAHAWANAN

TUGASAN INDIVIDU (15%)

TOPIK :

SOALAN B (KEUSAHAWANAN SOSIAL)

DISEDIAKAN UNTUK :

DR. KHAIROL ANUAR BIN ISHAK

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA SUARDI BIN NAIN


NO. MATRIK 291031
PUSAT PACE KOTA KINABALU
TARIKH 25.09.2022
HANTAR
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)


BPME1013 - ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH
NO Penilaian Markah yang Markah yang
diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 5
2 Huraian, perbincangan dan 20
cadangan
3 Kesimpulan 5
4 Rujukan dan lampiran 5
5 Kualiti Penulisan 5

Jumlah markah 40 markah

Komen:________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa: ________________________


Nama Pemeriksa : _________________________
Tarikh : _________________________

1
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 Skema Markah 1
2 Senarai Kandungan 2
3 1.0 Pengenalan 3
4 2.0 Perkembangan Keusahawanan Sosial 4-12
3.0 Cabaran Keusahawanan Sosial
4.0 Faktor-Faktor Pendorong Keusahawanan Sosial
5.0 Masa Hadapan Keusahawanan Sosial
6.0 Usahawan Sosial yang Berjaya
5 7.0 Kesimpulan 12
6 Rujukan 14
7 Lampiran 15-18

2
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

1.0 PENGENALAN

Keusahawanan Sosial ini didefinisikan sebagai suatu cara penyelesaian isu


sosial terhadap kumpulan sasaran menerusi elemen ekonomi yang
menggabungkan kerja sosial dan inovasi sosial. Keusahawanan sosial
memerlukan penggabungan antara misi sosial yang mamaparkan perniagaan
yang berdisiplin, inovasi dan penemuan keputusan yang baru dalam
perniagaan. Pendekatan keusahawanan sosial ini amat bersesuaian dengan
keperluan masa kini dalam menangani masalah sosial. Hal ini disebabkan
daripada beberapa institusi bidang sosial masa kini yang lebih kepada
pengurusan yang tidak cekap, tidak berkesan dan tidak bertanggungjawab.
Majoriti orang menganggap bahawa keusahawanan sosial ini adalah
satu bidang yang baru namun sebenarnya keusahawanan sosial ini telah
lama bermula sejak dahulu lagi. Menurut pandangan yang dikeluarkan oleh
Dees (2001), keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial
dengan imej perniagaan seperti inovasi, penentuan dan disiplin. Dapat
disimpulkan bahawa keusahawanan sosial ini menggunakan pendekatan
yang sama seperti perniagaan lain untuk mengenal pasti masalah sosial yang
berlaku dan menyelesaikan dengan cara yang memberikan manfaat kepada
pihak-pihak yang terlibat.
Keusahawanan sosial merupakan sebuah entiti perniagaan yang
berdaftar di bawah undang-undang bertulis yang mempunyai kewangan yang
baik sekaligus dapat memberi impak kepada sosial dan juga alam sekitar.
Menurut Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), perusahaan
sosial di Malaysia mempunyai peluang yang besar untuk dijadikan sebagai
pekerjaan yang stabil, dan dalam masa yang sama dapat menyatukan semua
lapisan masyarakat termasuklah komuniti terpinggir. Hal ini sekaligus dapat
memberikan impak yang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Ia
juga merupakan salah satu aspek dalam Teras Strategik dan komponen
penting dalam Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030). Secara
keseluruhan, seseorang dapat mengkategorikan objektif utama
keusahawanan adalah untuk memacu ekonomi sedangkan keusahawanan
sosial bermaksud menekankan petikan 'menjadikan alam semesta sebagai
tempat yang lebih baik' dan untuk merangsang modal sosial.

3
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

2.0 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN SOSIAL

2.1 Perkembangan Global


Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor
(GEM) pada tahun 2015 melaporkan secara keseluruhannya, keusahawanan
sosial ini masih di tahap yang rendah berbanding dengan perniagaan
komersial di peringkat global. Laporan yang dijalankan oleh GEM ini
mendapati keusahawanan sosial dalam kalangan individu yang bekerja hanya
sebanyak 5.8% sahaja di 58 negara yang terlibat dalam tinjauan seperti
Canada, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Peru, Vietnam dan banyak lagi.
Pada tahun 2015, benua Afrika mencatatkan 4% individu yang terlibat dalam
keusahawanan sosial. Selain itu, tinjauan yang dijalankan mendapati benua
Asia mencatatkan 6% individu yang bekerja dalam bidang keusahawan sosial
ini manakala Eropah dan Amerika pula mencatakan jumlah yang tertinggi iaitu
sebanyak 8%.

2.2 Perkembangan di Malaysia


Tidak dinafikan bahawa perkembangan keusahawanan sosial di Malaysia
masih di peringkat yang awal. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato Ismail
Sabri Yaakob berkata bahawa banyak elemen penting dalam keusahawanan
sosial seperti jaringan keselamatan kewangan, kerangka awal selia dan
infrastruktur kewangan masih belum berada di tahap bersedia.
Walaubagaimanapun, beliau berkata Malaysia mempunyai potensi yang
sangat besar dalam melakukan pembangunan kepada lebih banyak
perusahaan sosial tempatan serta melahirkan usahawan-usahawan sosial
yang akan membantu kerajaan dalam menangani masalah sosial meskipun
berdepan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh perusahaan sosial di
Malaysia . Oleh itu, pihak kerajaan telah bergiat aktif dalam mencari
penyelesaian dan alternatif terbaik bagi menjanjikan peningkatan status
ekonomi Malaysia menerusi penglibatan keusahawanan sosial ini.
Global Outreach Malaysia atau lebih dikenali sebagai (GOM) telah
ditubuhkan secara rasmi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
tidak berasaskan keuntungan di Malaysia. Perkhidmatan utama

4
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

pertubuhan GOM ini adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan ibu


tunggal di Malaysia serta pelarian-pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Selain itu,
terdapat juga beberapa lagi perusahaan sosial yang ditubuhkan di Malaysia
seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) dan sekolah-sekolah Islam yang dibina secara persendirian
sebagai alternatif yang menggabungkan konsep keusahawanan dan
pembangunan sosial.
Kerajaan Malaysia juga menubuhkan Pusat Inovasi dan Kreativiti
Global Malaysia (MaGIC) pada tahun 2014. MaGIC telah memberikan
peruntukan sebanyak RM20 juta untuk tujuan mewujudkan Unit
Keusahawanan Sosial untuk meningkatkan lagi pembangunan sektor bidang
perusahaan sosial di negara ini. Unit Keusahawanan Sosial ini adalah
sebagai pusat setempat usahawan-usahawan sosial di Malaysia memberi
inspirasi dan contoh kepada masyarakat terutamanya belia-belia supaya
menjadi masyarakat yang proaktif dan aktif, selain meningkatkan lagi
usahawan sosial sedia ada termasuk memberikan kemudahan pendanaan
dan kemahiran bagi mewujudkan usahawan muda dalam bidang itu.
Satu pelan tindakan tiga tahun yang terdapat dalam Blueprint
Enterprise Social Malaysia 2015-2018 yang baru dilancarkan pada tahun
2015 ada menggambarkan kaedah dan strategi yang diperlukan untuk
membolehkan pertumbuhan sektor keusahawanan sosial ini dengan cepat.
Dalam pelan tindakan itu juga menganggarkan sebanyak 100 perusahaan
sosial yang akan beroperasi secara aktif di Malaysia. Perusahaan sosial ini
majoritinya berfokus dalam aspek kemiskinan, pendidikan, kemampanan
alam sekitar, pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan bagi golongan
belia negara, keagamaan, wanita dan banyak lagi.

5
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

3.0 CABARAN KEUSAHAWANAN SOSIAL


Perbezaan utama antara perusahaan sosial dan perniagaan konvensional
adalah misinya bertumpu kepada perniagaan perusahaan sosial, dan
penjanaan pendapatan memainkan peranan sokongan yang penting, tetapi
bukan menjadi matlamat utama. Usahawan sosial berusaha untuk
melaksanakan idea yang inovatif dan kreatif bagi menyelesaikan masalah
sosial pada skala yang besar dengan cara yang mampan. Sesebuah
perusahaan sosial berhadapan dengan isu yang sama seperti yang dihadapi
oleh mana-mana perniagaan konvesional dalam pertumbuhan dan
operasinya. Namun usahawan sosial juga menghadapi cabaran yang unik
dalam memberikan nilai sosial, pulangan sosial atau kesan sosial perusahaan
di samping nilai komersial.

3.1 Pembiayaan / Pendanaan


Cabaran yang pertama adalah pembiayaan atau pendanaan.
Perusahaan sosial ini boleh dijalankan sebagai perniagaan yang
berorientasikan keuntungan atau bukan keuntungan. Sesetengah organisasi
mampu menjana pendapatan mereka menerusi penjualan barangan atau
perkhidmatan yang bermanfaat sosial, namun majoriti perusahaan sosial ini
tidak mampu berbuat demikian. Perusahaan sosial juga sukar mendapatkan
modal permulaan untuk menubuhkan perusahaan. Memandangkan majoriti
keusahawaan sosial ini terdiri daripada entiti individu maka sukar untuk
mendapatkan dana yang mencukupi untuk menubuhkan perusahaan.
Meskipun, perusahaan sosial ini boleh medapatakan biaya dan dana dari
sumber lain seperti bank kerajaan, sumbangan dan pelaburan korporat
namun, sumber ini agak terhad jika dibandingkan dengan perniagaan
komersial.
Perusahaan sosial sukar mendapat sumber dana daripada pelabur
korporat disebabkan pelabur korporat beranggapan perusahaan sosial ini
lebih berorientasikan bukan keuntungan dan berkemungkinan tidak mampu
memberikan pulangan yang munasabah untuk mereka. Selain itu, ramai
penyumbang umum juga mempunyai perasaan was-was dan sangsi untuk
menyumbang kepada perusahaan sosial disebabkan kebimbangan

6
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

penyalahgunaan wang terhadap penjanaan kekayaan dan terlalu sedikit


terhadap nilai sosial. Oleh itu, usahawan sosial ini bergelut untuk mengumpul
modal yang diperlukan dan majoriti daripada mereka melaburkan simpanan
mereka sendiri untuk menangani masalah ini.

3.2 Halangan Membawa Perubahan Kepada Masyarakat


Cabaran yang kedua ialah, perusahaan sosial ini mepunyai halangan
dalam membawa perubahan kepada masyarakat khususnya. Usahawan
sosial kadang kala perlu mengubah pola pemikiran dan tingkah laku
masyarakat bagi menghasilkan impak sosial yang kuat. Melakukan
perubahan dalam aspek perilaku masyarakat merupakan sesuatu yang
sangat mencabar. Perusahaan sosial ini bertujuan untuk melakukan
perubahan terhadap satu amalan lama atau memperkenalkan satu
pembaharuan yang dapat mengubah amalan sedia ada atau pendekatan
sedia ada. Proses perubahan ini mengambil masa yang agak lama dan sulit
yang menjadi kenyataan. Di samping itu, masyarakat tidak mudah percaya
kepada perkara atau perubahan yang baru melainkan mereka mengalaminya
sendiri. Pembaharuan secara besar-besaran juga memerlukan sistem
konvensional untuk berubah dan ianya sangat sukar untuk dicapai jika ia tidak
difahami secara menyeluruh. Jelaslah bahawa perusahaan sosial ini
mempunyai halangan yang sangat sukar untuk membuat perubahan dalam
kalangan masyarakat disebabkan majoriti daripada masyarakat itu sendiri
belum bersedia untuk menerima perubahan yang dilakukan.

3.3 Isu Ketidakpercayaan


Cabaran ketiga ialah perusahaan sosial ini sering menghadapi
masalah ketidakpercayaan. Masyarakat sering mempersoalkan niat
perusahaan sosial ini. Bagi mereka, perusahaan - perusahaan sosial ini cuma
ingin mengambil kesempatan dengan meraih simpati dari mereka.
Masyarakat juga sering menunjukkan kebimbangan mereka terhadap
penyalahgunaan duit sumbangan yang diperolehi perusahaan-perusahaan
sosial ini. Mereka beranggapan perusahaan sosial menggunakan duit
sumbangan untuk kegunaan peribadi bukannya untuk aktiviti-aktiviti sosial.
Selain itu, terdapat juga media yang kurang membuat liputan tentang

7
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

perusahaan sosial ini jika dibandingkan dengan perniagaan komersial. Media


menganggap organisasi sosial ini akan gagal bertahan dalam industri
perniagaan. Oleh itu, perusahaan sosial ini perlulah menyelesaikan masalah
ketidakpercayaan masyarakat ini dengan membuktikan bahawa perusahaan
sosial ini merupakan satu organisasi yang boleh dipercayai dan juga
organisasi yang layak untuk dijadikan pelaburan.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG KEUSAHAWANAN SOSIAL

4.1 Pendekatan Pembangunan Sosial Komuniti


Individu yang terlibat dalam keusahawanan sosial ini berpendapat bahawa
faktor pendorong keusahawanan sosial ini adalah disebabkan mereka
percaya organisasi ini merupakan pendekatan pembangunan sosial komuniti
masakini. Keusahawanan sosial ini mampu menjadi salah satu alternatif
dalam menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan komuniti yang masih
belum mampu ditangani oleh mekanisme atau penyelesaaian yang sedia ada.
Masalah-masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat
khusunsnya dapat diselesaikan dengan adanya peranan keusahawanan
sosial ini yang dijangka dapat melengkapkan mekanisme pembangunan yang
holistik dan lebih dekat dengan masyarakat. Sifat inovatif pada modus operasi
yang digunakan dalam keusahawanan sosial ini berupaya menawarkan
penyelesaian kepada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan
masyarakat.

4.2 Empati
Menurut Mair dan Noboa (2006), faktor empati merupakan salah satu aspek
yang dicadangkan sebagai proksi untuk sikap individu terhadap tingkah laku
yang menyumbang kepada pendorong keusahawanan sosial. Demikian juga,
faktor empati menjadi simbolik kepada elemen pertama dalam teori tingkah
laku terancang yang diperkenalkan oleh Ajzen (1991). Azien berpendapat
bahawa faktor empati ini adalah refleksi daripada teori Aizen. Menurut
Sclaegel & Koeing (2014), teori Aizen ini mencerminkan kesedaran individu
mengenai hasil tingkah laku dan sejauh mana individu mempunyai penilaian
yang memuaskan untuk melakukan tingkah laku.

8
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Dalam konteks keusahawanan sosial, empati kognitif yang ingin


dibincangkan adalah empati kognitif (keupayaan menilai keadaan emosi
orang lain) dan empati afektif (kecenderungan untukbertindak balas kepada
keadaan emosi orang lain). Satu sub elemen empati afektif adalah "bersikap
empati" (Zahn-Waxler & Radke-Yarrow 1990) yang ditakrifkan sebagai "tindak
balas emosi tentang belas kasihan dan kebimbangan yang disebabkan oleh
penyaksian situasi orang lain yang memerlukan" (Niezink, Siero, Dijkstra,
Buunk & Barelds 2012). Oleh itu, empati dalam artikel ini merujuk kepada
penilaian individu untuk bertindak balas secara sukarela dalam persekitaran
sosial dengan mempengaruhi pendorongan keusahawanan social

4.3 Sokongan Sosial


Efikasi kendiri merujuk kepada penghargaan individu terhadap keupayaan
mereka sendiri untuk menjayakan sesuatu tingkah laku yang dimaksudkan
(Bandura 1977). Tambahan pula, model Mairdan Noboa (2006) merangkumi
efikasi kendiri sebagai pengukuran untuk kawalan tingkah laku dalaman yang
dijelaskan dalam kajian sebagai penentu kecenderungan individu, di mana ia
bersesuaian dengan model Ajzen (1991). Berdasarkan kajian lepas, efikasi
kendiri dikenal pasti sebagai penyebab utama perilaku pro-sosial seperti
pendermaan darah (Giles, McClenahan, Cairns& Mallet 2004) serta tingkah
laku keusahawanan (Zhao, Seibert & Hills 2005).
Memandangkan banyak cabaran sosial agak mengusarkan pada masa
kini, tidak dinafikan bahawa keyakinan diri yang positif dalam kebolehan
seseorang individu telah banyak dijadikan sebagai peramal dalam pelbagai
kajian sains sosial, khususnya kepada kecenderungan keusahawanan sosial
(Mair & Noboa 2006; Smith & Woodworth 2012). Justeru melalui artikel ini,
efikasi kendiri dalam keusahawanan sosial difahami sebagai kepercayaan
individu untuk menyumbangkan sesuatu kearah menyelesaikan masalah
sosial yang dihadapi dalam kalangan masyarakat.

9
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

5.0 MASA HADAPAN KEUSAHAWANAN SOSIAL


Umumnya, walaupun keusahawanan sosial ini masih di tahap yang rendah
jika dibandingkan dengan perniagaan komersial di peringkat dunia termasuk
Malaysia sendiri, namun tidak dapat dinafikan bahawa keusahawanan sosial
ini juga salah satu pemacu ekonomi dalam sesebuah negara dan harus
diambil berat. Perniagaan keusahawanan sosial pada waktu kini
menggabungkan objektif keusahawanan yang berasaskan keuntungan
bersama, usaha untuk memberikan perhatian kepada masyarakat dengan
lebih baik dan fokus kepada golongan yang tidak mampu atau mengalami
masalah. Kejayaan beberapa syarikat yang menggunakan konsep
keushawanan sosial ini semakin hangat diperkatakan dalam komuniti. Hal ini
tidak hanya dipandang sebagai syarikat berasaskan komitmen sivik yang
tinggi dan kesukarelawan semata-mata namun juga sebagai syarikat yang
dapat membantu sosioekonomi dalam sesebuah negara.
Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak negara yang mulai mencari
alternatif untuk meningkatkan lagi keusahawanan sosial di negara masing-
masing kerana keusahawan sosial ini terbukti mempunyai potensi yang cukup
besar untuk tersenarai dalam salah satu faktor pemesatan ekonomi baharu di
dunia pada masa hadapan. Kerajaan perlu mengenal pasti strategi yang
bersesuaian untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti keusahawanan sosial ini.
Masa hadapan keusahawanan sosial ini bergantung kepada usaha kerajaan
untuk memastikan kelangsungan keusahawanan sosial ini.
Sebagai contoh, kerajaan Malaysia menyedari potensi dan peranan
penting keusahawanan sosial ini dalam memacu pertumbuhan ekonomi
negara. Walaupun Malaysia masih dalam peringkat awal dalam bidang ini,
namun kerajaan yakin dengan potensi bidang ini di masa hadapan khususnya
membantu sosioekonomi negara. Oleh itu, Rangka Tindakan Keusahawanan
sosial 2030 atau SEMY2030 ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memberikan panduan dan hala tuju
nasional baharu kepada proses pembangunan keusahawanan sosial di
Malaysia. Antara objektif utama penubuhan ini ialah untuk membangunkan
kerangka awal dan tadbir urus yang berkesan untuk membolehkan

10
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

perusahaan sosial di Malaysia mempunyai akauntabiliti dan tanggungjawab


selain mendapatkan kepercayaan sektor swasta dan rakyat terhadap
perusahaan sosial ini.

6.0 USAHAWAN SOSIAL YANG BERJAYA

6.1 Professor Muhammad Yunus


Professor Muhammad Yunus merupakan salah satu usahawan sosial yang
yang sangat dikenali dalam dunia keusahawanan sosial. Beliau terkenal
dengan julukan “Banker to the Poor”. Professor Muhammad Yunus dilahirkan
di Chittagong, Bangladesh pada tarikh 28 Jun 1940. Beliau adalah seorang
ahli ekonomi, ahli bank, usahawan sosial dan pemimpin masyarakat awam
Bangladesh. Professor Yunus telah meneruskan pengajian beliau di Universiti
Dhaka, Bangladesh, dan kemudiannya beliau menerima biasiswa Fullbright
yang membolehkan beliau meneruskan lagi pengajian ke Universiti
Vanderbilt. Beliau kemudiannya memperoleh PHD dalam bidang ekonomi
pada tahun 1969 dari Universiti Vanderbilt dan berjaya dilantik sebagai
Professor Madya dalam bidang yang sama di Middle Tennessee State
University. Setelah beliau pulang ke Bangladesh, Prof. Yunus telah dilantik
sebagai Ketua Jabatan Ekonomi di Universiti Chittagong.
Pada tahun 1983, Professor Muhammad Yunus telah menubuhkan
sebuah bank yang dikenali sebagai Bank Grameen di Bangladesh. Beliau
membuka bank ini atas prinsip bahawa berhutang juga merupakan salah satu
dari hak asasi manusia yang tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak.
Objektif penubuhan bank ini adalah untuk memberikan bantuan kepada
golongan miskin untuk keluar dari kehidupan mereka yang miskin. Bank
Grameen ini akan memberikan golongan ini jumlah wang pinjaman yang
sesuai dengan situasi mereka dan mengajar mereka prinsip-prinsip kewangan
dengan baik. Dengan adanya alternatif memberikan pinjaman kecil kepada
golongan miskin ini, Bank Grameen kini telah selanglah ke hadapan bersama-
sama ke aras usaha mengurangkan kemiskinan melaui skim pinjaman mikro
yang kini dilaksanakan di lebih 100 buah negara.
Professor Yunus juga merupakan tokoh yang menerima pelbagai
anugerah di peringkat antarabangsa atas idea-idea dan alternatif beliau untuk

11
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

membantu masyarakat. Antara anugeraj yang beliau peroleh ialah CARE,


USA; World Food Prize (1994), Pingat Tertinggi Bangladesh, Pingat
Kepimpinan Kemanusiaan Raja Hussein (2000),  Roosevelt Institute of The
Netherlands; dan the Seoul Peace Prize (2006), Mohamed Shabdeen Award
for Science (1993), Sri Lanka; Humanitarian Award (1993), dan banyak lagi.

6.2 Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Shah adalah seorang usahawan sosial yang terkenal
dan berjaya di Malaysia. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tarikh 12
Disember 1951. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan usahawan sosial
yang berjaya serta tergolong dalam jutawan terkaya di Malaysia. Beliau
merupakan tokoh korporat yang terkenal kerana beliau mempunyai banyak
sumbangan masyarakat dan juga kepada negara Beliau tergolong antara ahli
usahawan yang terkaya di Malaysia yang berada di peringkat 7 dan
tergolongan dalam 32 usahawan yang terkaya di Rantau Asia Tenggara
dengan jumlah kekayaan beliau sebanyak RM2 Billion. Beliau ialah Pengerusi
Yayasan Al-Bukhary. Beliau mendapat anugerah sebagai Tokoh Maal Hijrah
sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan pada tahun
2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Yayasan Al-Bukhary pada Mac
1996. Yayasan ini berperanan sebagai badan kebajikan yang membantu
golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, menggalakkan
persefahaman persaudaraan antara umat Islam dan memberikan sokongan
serta bantuan kepada perkembangan seni dan budaya Islam di Malaysia.
Objektif penubuhan yayasan Al-Bukhary yang utama adalah untuk membina
persaudaraan sesama umat Islam. Yayasan yang ditubuhkan oleh Tan Sri
Syed Mokhtar ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama akan
melaksanakan pekerjaan amal manakala bahagian kedua akan menguruskan
tentang penyaluraan dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed
Mokhtar ada kepentingan saham dalalmnya. Yayasan ini telah menggunakan
wang lebih dari RM300 juta bagi tujuan pendidikan, kebudayaan dan juga
keagamaan.
Terdapat beberapa aktiviti keusahawanan sosial yang berjaya
dijalankan oleh Tan Sri Syed Mokhtar seperti membiayai kos pengajian

12
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

pelajar kurang berkemampuan dari negara ASEAN selain Malaysia seperti


Indonesia, Thailand dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga melaksanakan
dan memberikan tuisyen secara percuma kepada 15 000 orang murid di
seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Beliau juga membina
Muzium Kesenian Islam bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung
dengan kecantikan dan kehebatan seni bina dan barangan sejarah Islam.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, keusahawanan sosial ini adalah satu perniagaan yang tidak
berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi sebagai satu perniagaan
yang membolehkannya membantu mencari penyelesaian kepada isu sosial
dalam kalangan komuniti.Keusahawanan sosial ialah evolusi daripada cabang
keusahawanan umum. Di samping itu, keusahawanan sosial ini juga
mepunyai peluang yang sangat tinggi dalam mempercepatkan pembangunan
ekonomi sesebuah negara melalui penciptaan nilai seperti modal sosial,
pembangunan pekerjaan, inovasi barangan, dan perkhidmatan.
Sekiranya konsep orientasi keusahawanan sosial ini berjaya difahami
dan dihayati, tidak mustahil untuk sesebuah negara itu berjaya melahirkan
lebih ramai pelapis usahawan sosial dengan bermotifkan pembangunan
sosioekonomi negara. Semoga dengan strateg dan alternatifi yang dilakukan
ke atas penambahbaikan terhadap aktiviti-aktiviti yang melibatkan
keusahawanan sosial dari kerajaan dapat memastikan usaha membantu
lapisan masyarakat mencapai objektif kelestarian dalam pembangunan
ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara. Keusahawanan sosial ini
sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi pemacu ekonomi baharu di
sesebuah negara khususnya di Malaysia dengan mengenal pasti kaedah
terbaik dalam penambahbaikan aktiviti keusahawanan sosial yang lestari.

13
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

RUJUKAN

Akrem Abdu & Erik Johansson. (2019). Social Entrepreneurship: A Case


Study of SIFE Umea University. Umea School of Business.
Azira Anuar, Mohd Nashriq Kamaruddin & Radin Siti Aisyah Radin
A.Rahman. (2018). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Model
Kecenderungan Keusahawanan Sosial. Fakuti Pendidikan Ekonomi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Luis F.Hidalgo. (2020). Social Entrepreneurship in Developing Countries: An
Instituitonal Context. Faculy Economy: University Autonoma de
Barcelona
Raudah Mohd Adnan, Wan Fauziah Wan Yusoff, Suhaida Awang &
Dilaeleyana Abu Bakar Sidik. (2021). Social Entrepreneurship
Challenges: The Implications For Malaysian Government Policies.
Multidisciplinary Applied Research dan Innovations 2(1), 172-179.
Paul Miesing. (2018). The Future of Social Entrepreneurship. Albany: New
York
Premelia Mohanlall. (2012). Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pustaka
Perdana
Seelos & Mair.J. (2005). Social Entrepreneurship:Creating New Business
Models to Serve the Poor. Business Horizons, 48(3), 241-246

14
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

LAMPIRAN

Social Entrepreneurship: A Case Study of SIFE Umea University

Social Entrepreneurship Challenges: The Implications For Malaysian


Government Policies.

Social Entrepreneurship

15
BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Model Kecenderungan


Keusahawanan Sosial.

The Future of Social Entrepreneurship.

Social Entrepreneurship in Developing Countries: An Instituitonal Context

Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary.

16

You might also like