You are on page 1of 22

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

PENGGUNAAN TELEFON PINTAR OLEH GOLONGAN PELAJAR DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai

ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit

biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di

dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows

Phone. Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem pengendalian yang

menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga

korporat dan ahli perniagaan yang berjaya,tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki

oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Melalui telefon pintar, pelajar boleh menghubungi ibu

bapa, rakan-rakan dan pensyarah di samping mendengar suara, melihat wajah dan

akses kepada pelbagai maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan

tugasan. Telefon pintar merupakan salah satu gajet telefon yang terkenal di seluruh

dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju dan membangun sudah

mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar kerana harganya semakin

murah. Terdapat empat jenama atau aplikasi telefon pintar yang ada di pasaran iaitu

Android, iPhone, Blackberry dan Windows. Setiap jenama utama telefon pintar ini,

menawarkan aplikasi yang berbeza dalam pelbagai bentuk, jenis dan citarasa.

1
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Jenama "telefon pintar" ini mempunyai bermacam jenis fungsi dan kemudahan

yang dicipta untuk penggunanya di mana keupayaan telefon pintar ini bukan sahaja

terletak pada fungsi tradisional iaitu membuat dan menerima panggilan sebaliknya telah

dipelbagaikan sesuai dengan selera pengguna. Antara fungsinya ialah akses kepada

maklumat yang pantas seluruh dunia, pembaikan atau peningkatan telefon secara

automatik, penghantaran data, penerimaan data, inframerah telefon ke telefon,

keupayaan input abjad, terbina dalam permainan dan utiliti. Justeru, set telefon yang

lebih canggih yang dijangka berfungsi untuk telefon pintar yang sebenar adalah lebih

besar daripada telefon mudah alih yang lama yang sudah menjadi kebiasaan kita.

Bagi memahami asal-usul telefon pintar moden, kita mesti memahami evolusi

bahasa-bahasa yang telah dicipta. Pada mulanya, satu-satunya bahasa untuk telefon

bimbit dikenali sebagai “peranti thehandhled bahasa tambahan (HDML)”. Kini,

peningkatan telah mengubah bahasa ini ke dalam “WML-the Markup Language

Wireless”. Selain itu, di Jepun, NTT DoCoMo telah menawarkan perkhidmatan yang

sangat berjaya dikenali sebagai “i-mode” berdasarkan “bahasa chtml (padat HTML)”.

Peningkatan pengguna telefon bimbit di Malaysia ini terdiri dari seluruh lapis

masyarakat di negara tersebut. Golongan belia tidak ketinggalan dalam penggunaan

media baru ini, malah mereka merupakan golongan yang mahir dan cekap dalam

penggunaan internet. Diana Owen (2006:20) menyatakan bahawa golongan belia

sangat pakar dalam mengadaptasi penggunaan gajet baru ini dalam mengaplikasi

penggunaannya dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana di usia yang muda

mereka adalah lebih cekap mempelajari teknologi baru ini.

2
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Penggunaan telefon pintar kebanyakkannya digunakan oleh golongan muda.

Pew Research Center (2003) menyatakan bahawa bukti menunjukkan bahawa

golongan muda atau belia lebih cenderung dalam penggunaan internet berbanding

golongan tua terutamanya dalam menjalankan kajian dan mendapat maklumat

mengenai internet, termasuk semasa kempen pilihan raya. Hal ini terbukti bahawa

terdapatnya penglibatan belia menerusi penggunaan internet di telefon bimbit pintar.


.

2.0 KENYATAAN MASALAH

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengetahui penggunaan telefon pintar

terhadap pelajar di Malaysia, mengetahui kekerapan penggunaan telefon pintar dalam

pengajian dan meneroka tahap kepentingan telefon pintar terhadap pelajar.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kaitan penggunaan

telefon bimbit di kalangan pelajar terhadap prestasi akademik mereka. Selain itu, kajian

ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah sampingan penggunaan telefon

bimbit dan cara untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan tegar di

kalangan para pelajar. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pelajar

untuk mengetahui kesan penggunaan telefon bimbit terhadappelajaran mereka. Kajian

ini juga dapat membantu pihak sekolah menangani salah laku penggunaan telefon

bimbit pada waktu P&P. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan untuk pihak tertentu

3
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

khasnya kaunselor untuk membantu para pelajar dalam mengadakan program-program

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Hasil kajian ini juga dapat membantu

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya untuk mengelakkan kesan negatif penggunaan telefon bimbit di kalangan

pelajar dan memurnikan penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pendidikan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang akan dijalankan di dalam kajian ini ialah seperti yang

disenaraikan di bawah ini iaitu:

1) Mengenalpasti keperluan pelajar menggunakan telefon pintar bagi tujuan

pembelajaran

2) Mengenalpasti keberkesanan larangan penggunaan telefon pintar semasa

pembelajaran.

3) Mengenalpasti kesan penggunaan telefon pintar terhadap prestasi akademik

pelajar

4) Mengenalpasti hubungan taraf akademik ibu bapa pelajar dengan pemilikan

telefon pintar pelajar

5) Mengenalpasti hubungan taraf ekonomi ibu bapa pelajar dengan pemilikan

telefon pintar oleh pelajar

6) Mengenalpasti corak penggunaan telefon pintar di kalangan pelajar di Malaysia

4
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

7) Menganalisa kesan daripada kekerapan penggunaan telefon pintar di kalangan

pelajar.

8) Melihat minat dan pengetahuan pelajar menerusi penggunaan telefon pintar.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Wujud beberapa faktor yang mendorong kajian ini untuk dilakukan. Malahan

kajian ini turut dijalankan berikutan masih ramai lagi golongan masyarakat yang tidak

menyedari bahawa fenomena ini semakin hari semakin meningkat dan penting dalam

kehidupan golongan belia. Oleh yang demikian, dapatan daripada kajian yang diterima

ini diharap akan dapat membantu dalam memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas

mengenai peranan internet terhadap sosialisasi politik golongan belia.

Dalam menjalankan kajian ini, hasil yang diperolehi akan dapat memberikan

pendedahan dan juga kesedaran kepada para pelajar khususnya mahasiswa UNIMAS

mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya terlalu kerap menggunakan

telefon bimbit tanpa kawalan. Kajian ini juga sedikit sebanyak pengetahuan kepada diri

sendiri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan telefon bimbit yang berupaya

memudaratkan dan menjejaskan mental, emosi dan banyak lagi aspek yang boleh

diambilkira. Selain itu juga, pengkaji akan berupaya untuk mendapatkan kepastian dan

5
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

kebenaran di sebalik punca-punca pelajar menggunakan telefon bimbit sehingga tidak

langsung menjejaskan diri sendiri dan orang lain di persekitarannya. Pada masa yang

sama, pengkaji akan dapat mengetahui sejauh manakah tindakan yang diambil oleh

pihak-pihak tersebut dalam usaha mengatasi masalah ini berjaya memberikan kesan

yang diingini terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit. Kajian ini juga

membolehkan para pelajar mengelakkan diri mereka daripada menggunakan telefon

bimbit dengan kerap tidak kira semasa pembelajaran ataupun di luar waktu

pembelajaran kerana kedua-dua kawasan tersebut tidak mengubah kesan-kesan yang

akan dialami oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar juga dapat mengawal kadar

penggunaan telefon bimbit dengan teratur dan terancang dalam menggunakan telefon

bimbit untuk tujuan-tujuan tertentu.

6.0 HIPOTESIS

Terdapat perhubungan di antara kekerapan masa penggunaan telefon bimbit

pintar dengan kesan kepada pembelajaran pelajar.

7.0 HASIL KAJIAN LEPAS

Kajian lepas yang telah dijalankan bukannya tidak mengambil kira

keseluruhannya mengenai kemunculan telefon pintar, tetapi jarang menyentuh secara

menyeluruh terhadap peranan yang dimainkan oleh telefon pintar terhadap pelajar

masa kini. Hal ini kerana peranan yang dimainkan oleh telefon pintar agak baru di

dalam pergerakan ruang informasi dan teknologi maklumat atau pun ICT (Information

6
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

and communication technology). Sebuah kajian yang dilakukan oleh ahli akademik di

Amerika Syarikat mendapati bahawa golongan pelajar tidak mampu menggunakan

telefon dan belajar dengan serentak.

Artikel oleh BBC News itu berkata kajian dibuat di tiga buah universiti iaitu

Universiti Ohio, Universiti Illinois State dan Universiti Nebraska adalah bagi melihat

adakah pelajar benar-benar dapat menangkap apa yang diajar gurunya ketika dalam

masa yang sama menggunakan beberapa gajet pintar.

Sebanyak 145 mahasiswa telah menjalani ujian dalam kajian yang dinamakan ‘Mobile

Phones in the Classroom: Examining the Effects of Texting, Twitter, and Message

Content on Student Learning’ ini.

Pensyarah dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Universiti

Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Mansor Abu Talib turut bersetuju dengan

kajian tersebut dan menyatakan bahawa keadaan itu juga akan menyebabkan

perhatian pelajar kurang di dalam kelas.

Melalui pengalaman dan refleksi pelajar dalam kelas, beliau bersetuju kepada kajian

tersebut dan sememangnya tumpuan pelajar akan terjejas sekiranya banyak masa

digunakan bagi melayari laman web tertentu, menjawab email atau pun berSMS.

Malahan ia juga mampu mengalih fokus rakan yang duduk berhampiran dan juga rakan

sekelas yang lain. Pensyarah juga akan terjejas fokusnya akibat gangguan ini dan

perhatian yang diberikan oleh pelajar kepadanya. Kesimpulan yang dapat dilakukan

daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan mengenai peranan penggunaan

telefon pintar kebanyakannya menyentuh mengenai impak terhadap pembelajaran

golongan pelajar.

7
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

8.0 METOD KAJIAN

Metodologi kajian adalah merupakan elemen yang menjadi pemain utama dalam

setiap kajian yang dijalankan. Hal ini kerana metodologi kajian akan menentukan hala

tuju kajian yang dijalankan. Bukan itu sahaja, metodologi kajian juga akan menjadi

faktor terpenting dalam memastikan data dapat dikumpulkan dengan sewajarnya.

Dalam bahagian ini metodologi kajian dan kaedah yang digunakan dalam menjayakan

kajian yang dilakukan akan dibentangkan. Aspek persampelan juga akan turut

dibentangkan dalam bahagian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan

menajdikan soal selidik sebagai instrumen. Pembinaan soalan adalah berdasarkan

kepada objektif kajian yang telah dipersetujui. Borang soal selidik diedarkan di kawasan

kampus melibatkan 50 responden pelajar yang terdiri daripada Fakulti Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan

Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Eletronik dan

Kejuruteraan Komputer. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS dan

ditunjukkan dalam bentuk statistik. Semua responden memiliki sekurang-kurangnya

sebuah telefon pintar peribadi. Antara jenama yang digunakan oleh responden kami

8
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

ialah Iphone, Asus, Samsung dan Oppo.

9.0 LOKASI KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini mengambil tempat di Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) yang merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di

Malaysia. Kawasan ini dipilih sebagai lapangan kajian kerana mahasiswa UNIMAS

terdiri daripada golongan belia yang berusia dalam lingkungan 18-35 tahun. Selain itu,

lokasi ini dipilih oleh pengkaji kerana di UNIMAS golongan belianya terdiri daripada

pelbagai bidang pengkhususan.

10.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk penyelidikan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah dari segi

kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan

maklumat dan pengumpulan data dari responden. Kajian ini akan menggunakan

kaedah kuantitatif. Metodologi kuantitatif digunakan dalam melihat pecahan demografi

9
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

di mana umur, jantina, taraf pendidikan, status sebagai penundi berdaftar dan beberapa

lagi perkara yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Metodologi ini juga dipilih

berikutan bagi menyediakan data empirikal yang dapat dijadikan sebagai bukti dan

sandaran kepada kajian yang dijalankan.

11.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian yang akan dijalankan ini beberapa kaedah pengumpulan data akan

diguna pakai. Kepelbagaian penggunaan kaedah pengumpulan maklumat ini dilakukan

memadangkan wujudnya maklumat yang hanya boleh diperolehi dengan menggunakan

kaedah yang tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaan kepelbagaian kaedah juga dapat

membantu dalam meneliti semula setiap maklumat yang dimiliki di mana ia dapat

membantu dalam memastikan tahap kebolehpercayaan dan kebergantungan yang

dimiliki sesuatu maklumat.

Data dan maklumat kajian akan diperolehi melalui borang soal selidik yang

merangkumi persoalan-persoalan yang terdiri daripada kehendak dan objektif kajian

yang akan diberikan kepada responden yang berkenaan. Borang soal selidik yang akan

diedarkan ini berbentuk soalan-soalan seperti “open-ended” dan “close-ended” yang

terbahagi kepada empat bahagian yang utama iaitu Bahagian A yang terdiri mengenai

maklumat peribadi dan latar belakang responden. Bahagian B pula berkaitan dengan

maklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap telefon pintar

secara umum. Manakala Bahagian C mengenai maklumat penggunaan telefon pintar

10
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

secara umum dan Bahagian D mengenai maklumat penglibatan responden melalui

penggunaan telefon bimbit pintar.

12.0 KAEDAH MEREKOD DATA

Data-data yang telah dikumpul menggunakan borang soal selidik telah

direkodkan ke laman aplikasi ‘Statistical Procedure for Social Sciences’ (SPSS) versi

17.0. Data-data ini penting untuk direkodkan secara konsisten bagi memastikan data

yang dimiliki tidak hilang apabila analisis data hendak dilakukan bagi mendapatkan

dapatan kajian.

13.0 SAMPEL KAJIAN

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, kaedah persampelan stratifikasi secara

rawak atau ‘stratified random sampling’ akan digunakan. Sampel merujuk kepada

sejumlah responden yang digunakan dalam penyelidikan yang dilakukan mewakili satu

populasi yang besar. Dalam penyelidikan kajian ini, populasi kajian yang digunakan

ialah mahasiswa UNIMAS yang terdiri dari golongan belia yang berusia dalam

11
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

lingkungan 16 tahun ke 35 tahun. Bagi kajian ini seramai 48 orang responden daripada

jumlah mahasiswa UNIMAS tersebut akan digunakan.

Responden ini dipilih secara rawak dalam lingkungan 18 tahun ke 35 tahun

dengan menggunakan kaedah persampelan stratifikasi. Daripada kajian yang telah

dijalankan sebanyak 25 orang responden dari lingkungan 18-20 tahun, 13 orang

daripada lingkungan 21-23 tahun, 10 orang daripada linkungan 24-26 tahun dan 2

orang responden dari lingkungan umur 27-29 tahun.

Dalam kajian yang dijalankan sebanyak 6 orang responden dipilih daripada

setiap 8 fakulti yang dipilih. Daripada jumlah 6 orang responden bagi setiap fakulti itu, 3

orang terdiri daripada pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Wajaran 60:40

peratus bagi pilihan responden mengikut pelajar perempuan dan lelaki ini adalah

disebabkan jumlah populasi pelajar IPTA di Malaysia menunjukkan majoriti pelajarnya

didominasi oleh pelajar perempuan.

14.0 SASARAN KAJIAN

Bagi borang kaji selidik yang akan diedarkan, ia disasarkan pada Mahasiswa

UNIMAS. Borang kaji selidik ini akan diedarkan di kawasan di sekitar UNIMAS di mana

ia diedarkan di tujuh daripada lapan Fakulti yang terdapat di UNIMAS.

15.0 DATA

12
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat dua jenis data yang dilibatkan. Data

yang pertama data primer dimiliki melalui pengedaran borang soal selidik dan juga temu

ramah yang dijalankan. Bukan itu sahaja, data primer juga turut melibatkan data yang

dimiliki melalui proses pemerhatian yang dijalankan. Mankala data kedua atau data

sekunder pula adalah merupakan data yang telah sedia ada wujud. Data-data ini

merangkumi buku-buku jurnal-jurnal, kajian dan data simpanan organisasi yang terbabit

dalam kajian yang dijalankan ini.

16.0 ANALISIS DATA

Bagi kaedah soal selidik, data-data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan

SPSS (Statistical Procedure for Social Sciences). Beberapa analisis akan dijalankan ke

atas data yang akan dimasukkan ke dalam perisian ini. Salah satu analisis yang akan

dijalankan ialah analisis frekuensi atau kekerapan yang dilihat amat perlu bagi melihat

corak demografi dan kekerapan perulangan kelakuan.

17.0 JANGKA MASA KAJIAN

Secara kasar, kajian ini akan mengambil masa selama lima bulan iaitu bermula

pada bulan Julai 2016 hingga November 2016. Jangka masa ini dikira berdasarkan

keupayaan dalam mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan setelah

13
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

mengambil kira limitasi kajian. Selepas data dan maklumat dikumpul, analisis perlu

dilakukan dengan betul dan sistematik dan proses tersebut dijangka akan memakan

masa kerana perlu dilakukan dengan berhati- hati dan teratur supaya hasil kajian ini

boleh dipercayai.

14
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

LAMPIRAN

Universiti Utara Malaysia

Borang soal selidik bagi kajian:

Penggunaan Telefon Pintar oleh Golongan Pelajar Di Malaysia

Kajian Kes: Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak

 Kajian ini mengupas hubungan antara internet dan proses sosialisasi politik golongan
belia di Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada mahasiswa UNIMAS yang menjadi
kajian kes.

 Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian akan digunakan untuk
laporan dalaman sahaja.

 Diharap kerjasama yang diberikan dapat membantu pengkaji mencapai objektif kajian
yang ditetapkan. Terima kasih.
A. Maklumat Demografi.
Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Kumpulan umur 5. Tempat utama penggunaan telefon

18-20 Tahun Rumah


21-23 Tahun Kolej Kediaman

24-26 Tahun Kelas


27-29 Tahun Perpustakaan
30-32 Tahun Lain-lain. Sila nyatakan ______________
33-35 Tahun

2. Jantina 6. Jenis capaian internet

Lelaki Mobile Internet

15
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Perempuan Jalur Lebar (Broadband)


Wi-fi/ Wi-Max
3. Bangsa/ Etnik Lain-lain. Sila nyatakan

____________

Melayu
Cina
India
Iban
Bidayuh
Lain-lain. Sila nyatakan.______________

4. Fakulti di UNIMAS

Fakulti Sains Sosial

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber

Fakulti Sains Komputer dan Informasi Teknologi

B. Maklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap

penggunaan telefon pintar. Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Nyatakan isu atau perkara yang paling penting kepada anda.

Internet Banking Emel


Applikasi Chat Shopping Online
Laman Sosial Waze
Permainan Online Berita

16
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Muat Turun Lagu Buku


Muat Turun Video Tidak tahu

Lain-lain.

Sila nyatakan.__________________________________________________________

2. Berapa kerapkah anda menggunakan applikasi di telefon bimbit pintar?

Selalu

Kadang-kadang

Tidak pernah

3. Jenis telefon bimbit pintar yang digunakan.

Iphone

Asus

Samsung

Oppo

Nokia

Lain-lain. Sila nyatakan.__________________________________________

6. Adakah anda sering menukar telefon bimbit pintar mengikut trend semasa?

17
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Ya
Tidak

C. Maklumat Penggunaan Internet di Telefon Bimbit Secara Umum.


Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.

1. Secara purata di dalam seminggu, berapa jamkah anda meluangkan masa

melayari internet?
<1
1-2
2-3
3-4
4-5
>5

2. Apakah aktiviti yang sering anda lakukan semasa mengakses internet?

Membaca dan membalas E-mel


Mendapatkan berita
Mencari maklumat
Menjalankan transaksi kewangan ‘online’
Berkomunikasi menerusi rangkaian sosial
Bermain permainan ‘online’
Memuat turun lagu dan cerita
Membeli barangan secara ‘online’
Melakukan urusan berhubung pendidikan
Mengakses tanpa tujuan yang spesifik
Lain-lain. Sila nyatakan ________________

3. Senaraikan 3 laman web yang sering anda kunjungi.


i._____________________________________________________________
ii.____________________________________________________________
iii.____________________________________________________________

4. Telefon bimbit pintar adalah keperluan masa kini.


Ya Tidak
Jika ya, sila teruskan ke bahagian D Borang Soal Selidik.

D. Maklumat Penglibatan Responden Melalui Penggunaan Telefon Bimbit

Pintar.
1. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di bawah? Sila tanda [ / ] pada

ruangan yang berkenaan.

18
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Bil . Kenyataan Setuju Tidak

Setuju
1. Telefon bimbit pintar lebih banyak penapisan
2. Telefon bimbit pintar lebih mudah digunakan

3. Penggunaan telefon bimbit pintar adalah perlu seawal

usia 12 tahun
4. Telefon bimbit biasa hanya menyalurkan komunikasi

sehala berbanding telefon bimbit pintar yang bersifat dua

hala.
5. Penggunaan telefon bimbit pintar menyalurkan informasi

yang terperinci
6. Informasi yang disalurkan di dalam telefon bimbit pintar

boleh dipercayai.

2. Nyatakan sebab utama anda menggunakan telefon bimbit. Sila tanda [ / ]

pada ruangan yang berkenaan.


Mudah dicapai
Mudah digunakan
Tidak memerlukan kos kewangan tinggi
Maklumat yang terkini
Lain-lain.
Sila nyatakan. __________________

- Terima Kasih di Atas Kerjasama Anda -

19
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

RUJUKAN

Andersen. J, 2006. In Hoff.J, 2006. Internet, Governance and Democracy: Democratic

transitions from Asian and European Perspectives, Nordic Institute of

Asian Studies(NIAS), Denmark

Beer, Samuel & Ulan, Adam (1958), Patterns of Government: The Major Political

System of Europe, David McKay Company INC, New York.

Bell.G.F, 2008. Footness to History: The Premier on the American Political Character,

Mercer University Press, Georgia

Browning.G, 2005. Electronic Democracy: Using the Internet to Transform American

Politics. Information Today, Inc. Medford, New Jersey.

Burcher. N, 2011. Facebook usage statistics Dec 31st 2010 vs Dec 31st 2009 vs Dec

31st 2008, Dicapai pada: http://www.nickburcher.com/2011/01/facebook-

usage-statistics-dec-31st-2010.html, akses pada 20 Februari 2011

Doughlas, S.A. 1970. Political Socialization and Student Activism in Indonesia,

University of Illinois Press, Chicago

Facebook, 2011. 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, Dicapai pada:

http://www.facebook.com/NoMegaTower?sk=info, akses pada 21 Mac

2011

Gamer, R.G. 1965. Political Socialization in Three Working Class Neighborhoods of

Singapore, Department of Political Science, University of Singapore,

Singapore

20
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

Gibson et al., 2005 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated

Politics in Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom

Kaila, K. 2008. Youth and Politics: The Disengaged Generation, Dicapai pada:

http://www.youthandpolitics.info, akses pada 10 Oktober 2010.

‘Kaiser Family Foundation and National Public Radio’ in Browning.G, 2005. Electronic

Democracy: Using the Internet to Transform American Politics. Information

Today, Inc. Medford, New Jersey

Kazmee, 2010. Internet Usage among The Youth Today, Dicapai pada:

http://technology.ezinemark.com/internet-usage-among-the-youth-today-

171455f31bc.html, akses pada 12 Mac 2011

Malaysian Communication and Multimedia Commission. 2005. Maklumat

Pengguna Langganan Internet Dial-up, 1998-2004. Diambil daripada :

Ooi, Lee Tan, 2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di

Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Marican, Y. Mansoor (1982), Dasar Ilmu Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merdeka Centre, 2010. “Peninsular Malaysia Voters Opinion Poll Quarter 4 / 2010,

Dicapai pada: http://www.merdeka.org/pages/02_research.html, akses

pada 18 Mac 2011

Nadzri, Muhamad (2009), Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik dalam PRU

2008 dan Kontemporari, Strategic Information and Research Development

Centre (SIRD), Petaling Jaya.

New Straits Times, 2010 . Is political apathy taking root among youth?, Dicapai pada:

http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-

21
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL | 194694

times/mi_8016/is_20101109/political-apathy-root-

youth/ai_n56231752/, akses pada 17 Mac 2011

Norris, 2003 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in

Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom

Ooi, Lee Tan, 2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di Malaysia,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in Uncertain Times,

Polity Press, United Kingdom

Tan,Jun-E & Ibrahim, Zawawi. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia: A New

Civil Society in the Making, Petaling Jaya: Strategic Information and

Research Development Centre (SIRD)

22

You might also like