You are on page 1of 15

PERANCANGAN /JADUAL KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN


1
Pn……..…. memberi taklimat di kelas…..
tentang kajian kes yang akan dijalankan.

2 Mengumpul bahan-bahan rujukan

3
Membuat perancangan dan jadual kerja
4 Membina carta alir

5 Menyiapkan borang soal selidik

6 Menulis rujukan

7 Menulis laporan akhir

8 Konsep dan takrifan penggunaan telefon


bimbit.

9 Faktor dan punca pengunaan telefon


bimbit.

10 Kesan penggunaan telefon bimbit

11 Mencadangkan langkah-langkah
mengurangkan penggunaan telefon
bimbit

12 Rumusan

CARTA ALIR

Terima soalan dan panduan rubrik tugasan

1
Mendengar taklimat dan penerangan oleh guru Geografi SMK Bagan Serai

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menghuraikan konsep penggunaan telefon bimbit.


2. Menghuraikan secara jelas faktor-faktor penyumbang kepada penggunaan telefon
bimbit di Bagan serai Perak
3. Menghuraikan kesan-kesan yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit di Bagan
Serai.
4. Menghuraikan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah penggunaan telefon bimbit di
Bagan Serai Perak

KAEDAH KAJIAN

Di antara kaedah-kaedah yang saya gunakan untuk melaksanakan kajian ini termasuklah :

1. kaedah rujukan - Saya membuat lebih banyak rujukan melalui buku-buku


ilmiah,majalah,jurnal,dan rujukan melalui Internet bagi mendapatkan maklumat yang
meluas tentang penggunaan telefon bimbit.
2. Kaedah pemerhatian - Saya menjalankan kaedah pemerhatian untuk meninjau
sejauhmana masalah penggunaan telefon bimbit yang berlaku di kawasan kajian yang
telah di kenal pasti.
3. Kaedah Temubual - Saya turut mengedarkan borang temubual dan melakukan soal
selidik terhadap penduduk yang berada di sekitar kawasan kajian tentang sejauh mana
penggunaan telefon bimbit berlaku.

BORANG SOAL SELIDIK

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 GEOGRAFI 2017

2
TAJUK : Kajian kes penggunaan gajet telefon bimbit di kawasan Bagan Serai

NAMA ;

UMUR ;

PEKERJAAN :

ALAMAT ;

Sila tanda ( / ) pada pilihan jawapan anda.

 
1) Adakah anda mempunyai telefon bimbit ?

Ya ( ) Tidak  ( )

2) Adakah anda mempunyai akaun sosial seperti facebook, Instagram, tweeter dan lain-lain?

Ya ( ) Tidak  ( )

3) Adakah anda membawa ke mana sahaja  telefon bimbit ?

Ya ( ) Tidak ( )

4) Mengapa perlu telefon bimbit?

o Maklumat diperoleh dengan mudah ( )


o Memudahkan perhubungan ( )
o Menjana pendapatan ( )
o Memudahkan kegiatan seharian ( )

5)  Kesan negatif penggunaan telefon bimbit

o Penyebaran fitnah ( )
o Penipuan mudah berlaku ( )
o Kurangnya interaksi sosial ( )
o Kesihatan terjejas ( )

Soal Selidik Penggunaan Telefon Bimbit

1. Apakah medium yang kerap yang anda gunakan untuk berkomunikasi melalui telefon bimbit
anda? (Sila tanda satu sahaja)

3
Panggilan Telefon
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
Penggunaan panggilan telefon dan SMS yang sama banyak
Lain-lain (Nyatakan) ………………………

2. Apakah bahasa utama yang anda gunakan? (Sila tanda satu sahaja)

Bahasa Melayu (BM)


Bahasa Inggeris (BI)
Penggunaan BM dan BI yang sama banyak
Lain-lain (Nyatakan)………………………

3. Adalah anda pernah menggunakan perkhidmatan tersebut pada telefon bimbit? (Sila tanda
yang berkenaan)

Panggilan Video Melayari Internet


Multimedia Service (MMS) Bluetooth
Menghantar/Membaca Email Infrared

4. Adalah anda mempunyai pengetahuan mengenai perkara berikut?


(1 – Tahu 2 – Kurang Pasti 3 – Tidak Tahu)

Third Generation (3G)


Global Packet Radio Service (GPRS)
Bluetooth
Infrared

RUJUKAN

1. RUJUKAN BUKU
4
 Abd Aziz @ Ahmad Bin Mohd, Mohamad Suhaimi Jaafar dan Haji Abdul
Rhaffor Haji Mahmud (1999).Psikologi Remaja/Pelajar. Seminar
Kebangsaan Tindakan Bersepadu Menangani Gejala Sosial Prosiding. Pusat
Islam Universiti Sains Malaysia.
 Abd. Rahim Abd. Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai. Kuala Lumpur:
Utusan Publication &Distributors Sdn Bhd.Abdullah A.M (2000). Remaja
Muslim Antara Rintangan Dan perjuangan. Kuala Lumpur: Al- Hidayah
Publishers.
 Abdullah Basmeih (2000). Tafsiran Pimpinan kepada Pengertian Al-Quran.
Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
 Abu Fuad Firdaus Ahmad Sanusi (2005). Pedoman Pendidikan Islam.
Pustaka Abu Hurairah.
 Afiq Hanif (2007, 12 September). Tingkat Amalan Dalam Era Digital. Metro:
Halaman 1-3.
 Ainal Akmar Haji Ahmad (2004). Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai
Saluran Komunikasi Di Kalangan Mahasiswa. Universiti Malaya: Tesis dan
Disertasi.
 Alex Wong (2003, 15 Februari). SMS Cinta Popular di kalagan Remaja.
Berita Harian. Halaman 8.
 Azman Che Man (2006, 23 Jan). Larangan guna telefon bimbit diyakini beri
kesan positif. Utusan Malaysia Online.
 Azlah Ismail (2006). Amalan Pengurusan Masa Pelajar Sekolah Menengah
Lughatil Arabiah TangkakTerhadap aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum :
Satu Kajian. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
 Azlina Azmi (2005). Industri Telekomunikasi Dan Tertumbuhan Ekonomi
Malaysia. Universiti Malaya:Tesis dan Disertasi .
 Azran Jaffar dan Nasron Sira Rahim (2006, 22 Jan), Telefon Bimbit Lebih
Memudaratkan Pelajar. Berita Minggu Online.
 Chong, Pui San, (1999). Analisis tahap kesetian dan kepuasan pengguna
terhadap tiga jenama telefon mudah-alih di Taman Ungku Tun Aminah,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Kertas projek (Sarjana Muda
Pengurusan (Teknologi).

5
2. RUJUKAN INTERNET
 Ms.wikipedia.org
 http://brahimnyior.blogspot.my/2010/07/keburukan-penggunaan-telefon-
bimbit.html
 http://www.jejaktrend.com/2013/01/keburukan-penggunaan-telefon-
bimbit/
 http://www.jomria.com/2015/03/kebaikan-telefon-bimbit.html
 http://www.mamapride.com.my/8-sebab-mengapa-anda-perlu-
selamatkan-anak-dari-ketagihan-gajet/
 http://eseipa.com/2015/09/esei-pengajian-am-penggunaan-gajet.html

3. KAMUS DEWAN
 Kamus Dewan Edisi Keempat.(2004).Kuala Lumpur : DBP

4. ORANG SUMBER
 Supiah Bt Husein,44,Guru. No 18,Lorong 8, Taman Serai Permai, 34300,
Bagan Serai,Perak.

PROSES AKHIR / LAPORAN

6
1. KONSEP PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen dalam Sinar Online tahun
2013, Malaysia tidak mahu ketinggalan apabila menjadi pengguna telefon bimbit
yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju lain seperti
Amerika Syarikat dan Eropah. Penangan menjadi negara hampir maju
2020,Malaysia juga tidak mampu menolak tamparan hebat medium yang
membolehkan hampir semua tugas manusia menjadi lebih mudah, cepat dan
teratur.

Kajian itu juga mendapati bahawa,hampir separuh atau 47 peratus daripada


rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon mudah alih.Pada tahun 2014
pula Barometer Pengguna oleh Google.com telah mengeluarkan dapatan kaji
selidik baharu yang menunjukkan Asia mendahului dunia dalam penggunaan
telefon bimbit. Malaysia merupakan satu dari lima tempat di dunia dengan
penggunaan telefon bimbit adalah lebih tinggi berbanding komputer pada paras
51% berbanding 39%.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaporkan


dalam kajian pada tahun 2008 bahawa pengguna utama telefon bimbit adalah
berada dalam kumpulan umur dari 20 hingga 49 tahun. Lebih daripada separuh
(56.4 %) daripada 28,000 responden adalah lelaki dan selebihnya (43.6 %) adalah
perempuan. Apa yang membimbangkan adalah, majoriti pengguna ini tertumpu
kepada golongan remaja yang masih dalam proses pembelajaran.Penggunaan
teknologi yang meluas dan pesat terhadap penduduk Malaysia terutamanya
remaja, merubah landskap sosial kita menjadi ruang komunikasi individu yang
semakin tertutup.

Telefon bimbit telah menjadi sebahagian anggota tubuh manusia. Perbualan


bersemuka menjadi singkat, menghabiskan lebih banyak masa pada skrin telefon
berbanding membaca buku, aktiviti sukan yang menyihatkan ditolak tepi kerana
leka dengan permainan yang lebih interaktif di telefon dan banyak lagi. Ini kerana,
tingkah laku norma sosial dalam banyak hal telah bercanggah dengan aktiviti yang
berlaku dalam telefon bimbit. (Love & Kewley, 2003).

7
Apabila Internet dan teknologi telefon bimbit menjadi semakin maju maka media
sosial berkembang pesat juga. Kini, untuk mengakses Facebook, YouTube ataupun
Twitter boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa hanya dengan
menggunakan telefon bimbit (Luik 2010). Kemampuan untuk mengakses media
sosial melalui aplikasi mudah alih (mobile web) merupakan faktor pendorong
dalam kejayaan media sosial. Hal ini kerana ia memiliki kualiti capaian maklumat
yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar sehingga telefon bimbit
biasa. Perkembangan media sosial yang semakin pesat dengan ragam aplikasi
seperti mengirim mesej, muat naik ataupun muat turun gambar, permainan, chat,
muzik, tayangan video menyebabkan penggunanya sentiasa menghabiskan masa
di hadapan skrin gadget miliknya. Sebahagian besar pengguna media sosial di
dunia ialah golongan generasi muda yang dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau
awal 90-an. Nielsen (2011) melaporkan bahawa pengguna didominasi oleh wanita
dan berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media sosial. Mereka
menggunakan dengan pesat media baru dan teknologi terkini. Mereka berminat
dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan Internet dan
aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri dengan
laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ ataupun YouTube

2. FAKTOR-FAKTOR PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Talian komunikasi tanpa wayar atau telefon bimbit, ialah salah satu alat
perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi gaya hidup masyarakat dunia
masa kini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki telefon bimbit banyak
kelebihannya, mana tidaknya seseorang yang beribu-ribu batu jauhnya di pelosok
dunia sekalipun dapat dihubungi juga. Dengan adanya talian internet kita dapat
mengetahui berita-berita penting dan terkini lebih cepat melalui telefon bimbit.

Alat perhubungan ini yang pada satu ketika dahulunya dianggap barangan
mewah, kini mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat dunia. Malahan,
ada ibu bapa yang mampu menyediakan alat komunikasi ini kepada anak-anak

8
mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi memudahkan mereka
menghubungi anak-anak. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan secara
pantas dan berkesan dan boleh menyimpan pelbagai maklumat juga.

Tidak keterlaluan jika telefon bimbit dikatakan lebih penting daripada komputer
dan internet kerana telefon bimbit tidak memerlukan kuasa elektrik. Rupa
bentuknya yang comel dan praktikal dengan dilengkapi kamera, perakam video,
SMS, GPRS, WAP, WiFi dan kemudahan 3G, Blackberry dan Iphone yang
mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan teknologi terkini kita boleh
melihat wajah siapa-siapa yang kita hubungi. Kini boleh menghubungi talian
Internet juga bagi mengetahui berita yang dilaoprkan di luar Negara. Banyak yang
diperoleh apabila kita dapat menggunakan Internet.

Lebih menarik lagi, telefon bimbit dapat menyimpan dan memaklumkan akan
jadual harian. Pendek kata, telefon bimbit dapat menyelesaikan masalah yang
selama ini sukar untuk dibuat. Dalam dunia hari ini anda akan dianggap
ketinggalan zaman sekiranya tidak memiliki telefon bimbit.

3.0 KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

3.1 KESAN POSITIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat
Malaysia.Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam
kehidupan seharian. Telefon  bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita
pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit.

Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat


perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang
berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada

9
pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika
berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel
membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki kenderaan tersebut.

Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari
internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para
peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan
perkhidmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon bimbit, kita boleh
melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi
sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat.

Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat


hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan
rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk
menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit ini juga ada pelbagai
jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi
masa lapang mereka.

Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita


boleh mengambil pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam
komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam
video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita
tidak perlu lagi membeli alat perakam video.

Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan.


Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal
pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk
menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan menggunakan
telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam
kehidupan seharian.

3.2 KESAN NEGATIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT


10
Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang
menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang.
Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat
berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit
mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap pengguna, khususnya pelajar
sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan
mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon bimbit
untuk kegunaan anak-anak. 

Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan


dan kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat
malam. Ini menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu
sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti
menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak
mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar. 

Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah.


Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan
MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video,
menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik
PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih
buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh
mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan.
Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga
diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti
hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes
pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.

Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan


akademik pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut
berbanding mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula
bertapak di dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus
menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang
11
menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun. 

Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar


sekolah yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon
mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup
berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang
lebih. Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga
RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar mereka. Ini tentulah
dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak
penting dan hanya celoteh kosong sahaja. 

Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi


sesetengah ibu bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang
canggih kepada anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan
kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat.
Alangkah baiknya jika wang menukar beli telefon tersebut digunakan untuk
tujuan lain yang lebih berfaedah. 

Telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat


panggilan palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk
kecemasan sering disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak
lain. Mereka harus sedar bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan
dalam tempoh yang lama juga, boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti
peningkatan sel-sel barah. 

Konklusinya, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat


penggunanya. Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi
maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia. 

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SECARA


BERHEMAH TERUTAMA DI KALANGAN REMAJA

12
Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend terutama di kalangan
kalangan remaja. Meskipun telefon bimbit bukanlah alat keperluan mereka,
mereka masih ingin memilikinya kerana pemilikan telefon bimbit akan
melambangkan status. Oleh sebab remaja masih belum matang fikirannya,
penggunaan telefon bimbit kadangkala mungkin menjejaskan kehidupan remaja
itu sendiri kerana leka dengan hantaran khidmat pesanan ringkas (SMS),
permainan internet yang dapat dimuaturunkan kedalam telefon bimbit dan
berborak-borak dengan kawan. Pernah beberapa kali berlaku bil telefon bimbit
remaja yang masih bersekolah telah mencecah ribuan ringgit. Selari dengan risiko
penggunaan telefon bimbit, tindakan yang bijak perlu diambil untuk menangani
penyakit ini sebelum remaja menjadi hamba kepada telefon bimbit ini.

Pada pandangan saya, ibu bapa perlu menggalas kewajipan untuk mendidik
remaja supaya menggunakan telefon bimbit dengan betul. Telefon bimbit tidak
boleh dibawa oleh remaja ke sekolah atau ke pusat tuisyen. Selain mengehadkan
tempat penggunaan telefon bimbit, status pemilikannya perlu juga dibataskan,
umpamanya ibu bapa berkongsi sebuah telefon bimbit dengan remaja. Dengan
usaha ini, ibu bapa dapat memantau penggunaan telefon bimbit tersebut dengan
melihat rekod panggilannya. Tujuan penggunaan telefon bimbit juga perlu
dijelaskan kepada remaja. Penerimaan SMS atau membuat panggilan telefon di
tempat yang tiada kemudahan telefon awam sahaja dibenarkan penggunaannya.
Usaha ini perlu diambil kerana remaja suka menggunakan telefon bimbit untuk
bercerita dan berborak-borak dengan rakan. Keseronokan bersembang menerusi
telefon bimbit dan bersahabat dengan kawan yang tidak pernah ditemui akan
menjejaskan tumpuan remaja terhadap pelajaran dan rutin kehidupan. Begitu
juga dengan kesibukan meladen SMS yang dihantar oleh kawan. Dengan kata lain,
ibu bapa hendaklah mendidik remaja tentang kesesuaian penggunaan telefon
bimbit supaya telefon bimbit tidak disalahgunakan oleh remaja.

Ternyata semua telefon bimbit mengandungi gelombang radioaktif. Bercakap


terlalu lama di telefon bimbit adalah tidak baik kepada kesihatan. Gelombang

13
radioaktif daripada telefon bimbit akan memasuki sel otak semasa percakapan.
Lantaran itu ibu bapa mestilah mengambil tindakan yang wajar demi untuk
"mencegah sebelum parah". Untuk menangani masalah penggunaan telefon
bimbit yang terlampau kerap, ibu bapa perlu bijak dan berhati-hati seperti
"menarik rambut di dalam tepung". Sikap ini wajar diambil agar tidak
menimbulkan sebarang konflik antara remaja dengan ibu bapa. Nasihat yang
lemah lembut dan penerangan tentang mudarat telefon bimbit ke atas kesihatan
perlu dilakukan dengan baik sebelum ibu bapa membelikan remaja telefon
bimbit. Melainkan dalam keadaan terdesak dan terpaksa, remaja tidak boleh di
benarkan membuat panggilan telefon melebihi tempoh masa atau bilangan kali
sehari yang telah ditetapkan oleh ibu bapa.

Disebabkan keghairahan dan keseronokan memiliki telefon bimbit, remaja akan


mencuba segala kemudahan yang disediakan di dalam telefon tersebut. Semakin
mahal telefon bimbit, semakin canggih teknologi dan jumlah fungsi yang dapat
digunakannya. Langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh ibu bapa sebelum
membeli telefon bimbit untuk remaja. Elakkan membeli telefon yang
mengandungi fungsi GPRS yang membolehkan permainan komputer di internet
dimuaturunkan ke dalam telefon bimbit. Jika tidak remaja akan asyik dengan
permainan tersebut sehingga pelajaran di sekolah turut diabaikan. Mereka akan
bermain sehingga ke larut malam dan mengantuk pada siang hari sedangkan ibu
bapa membentak kerana terpaksa menanggung bil yang mahal. Oleh hal yang
demikian, pendirian ibu bapa hendaklah teguh dalam penentuan jenis telefon
bimbit dan juga kenis perkhidmatan yang boleh dimiliki oleh remaja.

Sebagai rumusannya, ibu bapalah yang perlu menyelamatkan remaja daripada


ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu
bapa berhak mengawal penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai masalah
yang tidak diingini akan wujud sebaik sahaja remaja mula menggunakan telefon
bimbitnya. Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi
dan bukanlah sebaliknya.

14
5.0 KESIMPULAN

Telefon bimbit telah menjadi keperluan utama bagi kebanyakan masyarakat.


Telefon bimbit telah menjadi satu daripada medium komunikasi yang terpenting
untuk seluruh masyarakat di dunia masa kini. Telefon bimbit bukan sahaja
digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi malah turut memiliki pelbagai ciri
dan fungsi lain antaranya kegunaan-kegunaan seperti melayari internet,
mendengar muzik, bermain ‘games’, aplikasi kamera, memuat turun video dan
sebagainya. Dengan kelebihan berikut telah menjadikan masyarakat di seluruh
dunia tidak hanya terbatas untuk berinteraksi dalam dan luar negara malah
telefon bimbit boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

Memiliki ‘handphone’ (telefon bimbit) kini bukan lagi satu keperluan tetapi sudah
menjadi trend semasa. Dari pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan, pelajar
kolej hinggalah ke pelajar sekolah menengah dan rendah, sudah ramai yang telah
memiliki telefon bimbit sendiri. Namun begitu, dalam mengejar arus kemodenan,
kecanggihan fungsi telefon bimbit tetap medatangkan kesan positif dan negative
kepada penggunanya.

15

You might also like