You are on page 1of 6

1.

0 PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya untuk menjayakan kajian lapangan geografi tingkatan dua ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 kerana beliau telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja lapangan ini. Selain itu, kepada
guru mata pelajaran geografi saya Cik Nurul Aida binti Che Hasan, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya ______________ dan
bapa saya ________________, mereka telah banyak memberi sokongan dan
dorongan kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada tiga orang
rakan, iaitu ____________, _____________ dan ______________ yang telah
banyak membantu saya dalam mengumpul dan merekod maklumat kajian ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 10 orang responden
yang telah sanggup memberi kerjasama yang baik terhadap saya semasa kajian ini
dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada
secara langsung atau tidak langsung maka kerja kursus ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
2.0 PENDAHULUAN

Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja lapangan Geografi
tingkatan dua tahun 2022. Kajian yang saya jalankan ialah Kajian kes tentang
kesan perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan ______________

Saya memilih tajuk ini kerana saya dapati terdapat faktor, kepentingan, dan kesan
negatif perkembangan sistem telekomunikasi di kawasan kajian. Tempoh masa
yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah 6 jam waktu pdpc. Saya
telah menggunakan minggu yang pertama untuk mengumpul maklumat dan
minggu yang seterusnya untuk proses akhir.

Saya membuat kajian ini untuk mengetahui faktor, kepentingan, dan kesan
negatif perkembangan sistem telekomunikasi yang terdapat di kawasan kajian.
Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan tiga orang rakan saya yang lain.
Kami bekerja keras dan saling membantu dalam mencari data dan maklumat bagi
menyiapkan kerja lapangan ini. Saya menggunakan data dan maklumat yang
diperoleh untuk menulis laporan lengkap secara individu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Rujuk lampiran kertas yang cikgu beri di muka surat 5.

4.0 KAWASAN KAJIAN


 Latar belakang Shah Alam (PRINT OUT GOOGLE MAP KAWASAN SHAH
ALAM)
 Latar belakang kawasan kajian contoh Seksyen 9 (LUKIS PETA LAKAR
KAWASAN KAJIAN
 Ciri fizikal dan ciri budaya
 Jarak dari bandar terdekat. Contoh seksyen 7-> seksyen 9

5.0 KAEDAH KAJIAN LAPANGAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk membantu saya mencatat
maklumat secara terperinci dan sistematik. Kaedah kajian yang digunakan ialah seperti
berikut:
5.1 Pemerhatian
Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian di kawasan___________. Saya
mendapati bahawa masyarakat di sekitar kawasan ini banyak menggunakan telefon
pintar sebagai alat telekomunikasi.

5.2 Temubual
Saya telah menemu bual beberapa orang responden yang tinggal dikawasan kajian
untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan sistem telekomunikasi.

5.3 Soal selidik


Saya telah membuat soal selidik dengan mengedar borang soal selidik kepada 10
orang responden di ..................(tulis kawasan tempat tinggal anda) untuk
mendapatkan maklumat.

5.4 Rujukan Internet dan Buku Rujukan


Saya telah merujuk beberapa pautan di internet dan buku rujukan untuk mengetahui
lebih banyak maklumat berkaitan sistem alat telekomunikasi di kawasan kajian.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM TELEKOMUNIKASI


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sistem bermaksud cara atau kaedah untuk
melakukan sesuatu aturan. Telekomunikasi bermaksud sains atau teknologi
perhubungan telegraf atau telefon yang dipancarkan melalui radio atau talian. Contoh
alat telekomunikasi ialah mesin faks, mesin teleks, telefon, telefon bimbit, telefon pintar
dan lain-lain. Melalui pemerhatian saya, sistem telekomunikasi yang terdapat di
_____________ (kawasan kajian) ialah telefon pintar.
Menurut sumber dari Wikipedia, telekomunikasi merupakan komunikasi elektronik
jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan,
radio, televisyen, telefon dan komputer. Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar
jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data
disebabkan oleh faktor bising dan gangguan. Sistem telekomunikasi merupakan semua
sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat tersebut.
Sistem perhubungan dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh samada
sehala atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan telefon, komputer,
televisyen dan radio. Perhubungan ini berlangsung secara mudah dan cepat. Pelbagai
jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuklah suara serta
muzik, gambar dan video, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf. Jenis-jenis
sistem perhubungan termasuklah telefon, internet, televisyen, radio, telegraf serta
faksimili. Majoriti sistem perhubungan ini adalah dalam bentuk media elektronik

BIL JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI BILANGAN RESPONDEN


1 Telefon 5
2 Telefon bimbit 4
3 Telefon pintar 3
4 Mesin faks 0
5 Televisyen 5
6 Komputer 2

Jadual 1: Jenis Alat Telekomunikasi yang digunakan oleh penduduk di kawasan


Seksyen 9
Telefon ialah talian tetap yang mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun
1891 dan menjadi sangat penting kerana permintaan meningkat dengan ketara. Hal ini
demikian kerana berdasarkan hasil kajian saya, seramai lima orang responden di
kawasan kajian saya menggunakan telefon untuk kemudahan mereka.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, telefon bimbit
merupakan telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan
isyarat gelombang. Telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM
tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan
ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet,
permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan
Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service human – MMSH’’) bagi menghantar dan
menerima gambar dan video. Berdasarkan hasil kajian saya, seramai ____ orang
responden di kawasan kajian saya menggunakan telefon bimbit untuk kemudahan
mereka.
Menurut sumber Wikipedia telefon pintar merupakan adalah telefon bimbit yang
mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon
bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di
dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows
Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar
untuk pembina aplikasi. Penggunaan telefon pintar dapat memberi banyak manfaat
kepada pengguna dalam pencarian maklumat dan penggunaan aplikasi terkini seperti
penggunaan e-perbankan, e-dagang, e-pembelajaran dan lain-lain perkhidmatan.
Berdasarkan hasil kajian saya, seramai _____orang responden di kawasan kajian saya
menggunakan telefon pintar untuk kemudahan mereka.

Televisyen pula ialah penyiaran gambar bergerak beserta bunyi menerusi kabel atau
udara atau skrin pada kaca televisyen. Pada masa kini, siaran televisyen yang dapat
diterima dinegara kita ialah TV3, JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI BILANGAN
RESPONDEN Telefon Telefon bimbit Telefon pintar Mesin faks Televisyen Komputer
NTV7, 8TV, TV, TV9 dan ASTRO. Selain itu, siaran radio di negara kita mempunyai
siaran radio tempatan dan juga kebangsaan. Stesen-stesen radio di Malaysia dibina
bagi membolehkan integrasi nasional yang dapat menyampaikan maklumat kepada
seluruh rakyat. Para pendengar juga mendapat hiburan. Contoh-contoh siaran yang
dapat disiar di Bandar Tawau ialah KLASIK.FM(99), MUZIK.FM(94.7),
SABAH.FM(95.75) dan TAWAU.FM(99.9). Berdasarkan hasil kajian saya, seramai ____
orang responden di kawasan kajian saya menggunakan televisyen untuk kemudahan
mereka.

Komputer merupakan sebuah peranti elektronik yang memproses dan


memanipulasikan data bagi mengeluarkan maklumat. Penggunaan komputer amat
penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai perkara
seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai
orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-
mana sahaja. Komputer membolehkan e-pembelajaran,e-perbankan dan lain-lain
perkhidmatan atas talian. Selain itu, melalui komputer kita boleh menonton video,
mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi. Komputer juga
memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan
untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak
langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan hubungan persaudaraan.
Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan
komputer. Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh
itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi dengan
berpuluh-puluh komputer. berdasarkan hasil kajian saya, seramai ________ orang
responden di kawasan kajian saya menggunakan komputer untuk kemudahan mereka.
6.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI DI ___________.

BIL FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN BILANGAN RESPONDEN


TELEKOMUNIKASI
1 Dasar Kerajaan 5
2 Kemajuan Teknologi 4
3 Perkembangan Ekonomi 3
4 Perkembangan Syarikat Telekomunikasi 0

Jadual 2: Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem perkembangan


telekomunikasi di Seskyen 9
Dasar kerajaan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan sistem telekomunikasi di Seksyen 9. Hal ini demikian kerana
pelaksanaan Dasar Telkomunikasi Negara ialah salah satu usaha untuk
membangunkan negara dalam sektor awam atau sektor swasta menggunakan IT
secara meluas sejajar dengan visi dan matlamat Wawasan 2020. Dasar
Telekomunikasi ialah membangunkan aplikasi dan infrastruktur IT dalam program
perkhidmatan awam. Selain itu, dasar ini juga untuk mewujudkan perkongsian pintar
dalam bidang IT antara sektor awam dan sektor swasta. Dasar ini juga menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan kerana kerajaan ingin menjadikan negara Malaysia
maju dalam bidang teknologi maklumat standing negara maju melalui Dasar
Telekomunikasi. Akhir sekali, Dasar Telekomunikasi Negara yang dilancarkan pada 17
Mei 1994 meliputi tempoh 1994-2020. Berdasarkan hasil kajian, seramai _______
responden menyatakan bahawa dasar kerajaan merupakan faktor yang mempengaruhi
perkembangan sistem telekomunikasi di Seksyen 9.
Kemajuan Teknologi juga merupakan faktor yang mempengaruhi sistem
perkembangan telekomunikasi di Seksyen ____. Pada 6 April 1970 stesen satelit yang
pertama dibina di Kuantan, Pahang.

You might also like