You are on page 1of 18

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,


KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI


TAMAN KEMPAS , POKOK SENA , KEDAH

NAMA : NUR ‘ULYA SALIMA BINTI MOKHTAR


NO IC : 070516 - 02 - 0904
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PN. ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 21 OKTOBER 2021
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. KAWASAN KAJIAN

5. KAEDAH KAJIAN

6. HASIL KAJIAN

7. RUMUSAN

8. RUJUKAN

9. LAMPIRAN
PENGHARGaan
Pertama sekali syukur kepada Allah SWT kerana limpah izin dan
rahmatnya dapatlah saya menyiapakn Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2 pada akhir bulan bulan ini.

Sekalung budi dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan
Pengetua Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton Binti Ismail yang
telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja
lapangan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Guru Geografi saya ,Puan Arhamni Binti Robian .Beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta panduan kepada saya
serta rakan-rakan yang lain selama tempoh kerja lapangan ini
dijalankan

Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada kedua ibu bapa yang dikasihi saya iaitu Mokhtar Bin Ahmad
dan Noor Faizah Binti Shahbudin yang telah memberi dorongan dan
bantuan sama ada dari segi moral ataupun sokongan dan sebagainya.

Akhir sekali, penghargaan ini juga saya tunjukkan kepada respondent


yang telah memberikan kerja sama dan tidak lupa juga kepada rakan-
rakan sekelas.
Pendahuluan

Saya Nur ‘Ulya Salima Binti Mokhtar selaku pelajar Maktab Mahmud
Alor Setar telah diberikan tajuk untuk kerja lapangan ini oleh guru
subjek Geografi, Puan Arhamni Binti Robian iaitu “Kajian
Penggunaan Alat Telekomunikasi” di Kawasan Taman Kempas .Hal
ini demikian kerana alat-alat telekomunikasi dikatakan dapat
memudahkan urusan sekaligus memberi banyak kemudahan kepada
penduduk setempat.

Saya memilih kawasan ini kerana tempat ini merupakan tempat


tinggal saya. Oleh itu, adalah lebih mudah untuk saya menjalakan
kajian di sini. Saya juga mendapati penduduk di Kawasan ini sering
menggunakan alat telekomunikasi terutamanya untuk berinteraksi
antara satu sama lain. Perkara ini membolehkan saya membuat
pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk
menyempurnakan tugasan ini.

Tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan kerja lapangan ini


ialah selama sebulan. Bagi saya ,tempoh yang diberikan bersesuaian
untuk saya menyiapkan kerja lapangan ini dengan sempurna bagi
mencari maklumat dan bahan tentang kerja lapangan ini,

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan


manfaat khususnya kepada saya dan masyarakat di kawasan kajian
iaitu Taman Kempas.
Objektif kajian

Saya melakukan kerja lapangan bertajuk “Kajian Tentang Alat


Telekomunikasi” di kawasan Taman Kempas,Alor Setar ,Kedah.
Kajian ini merangkumi objektih-objektihf yang berikut :

~ Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.

~ Melukiskan peta lakar Kawasan Kajian.

~ Menghuraikan tiga jenis alat telekomunikasi yang


digunakan di kawasan kajian.

~ Menjelaskan tiga kesan negatif penggunaan alat


telekomunikasi di kawasan kajian.

~ Mencadangkan tiga langkah penggunaan alat


telekomunikasi secara beretika.
kawasan kajian

Latar belakang kawasan kajian :

Kawasan kajian saya ialah Taman Kempas. Kawasan kajian ini


terletak di Pokok Sena , Kedah .Terdapat beberapa ciri pandang darat
fizikal dan budaya.

Antara ciri-ciri pandang darat fizikal yang ada di kawasan kajian


adalah kawasan tanah pamah yang rata dan hutan.

Seterusya, ciri-ciri pandang darat budaya adalah seperti masjid


,sekolah,ladang kelapa sawit, kebun ,restoran dan balai bomba.
Kawasan kajian

Peta lakar Taman Kempas Pokok Sena >


Kaedah kajian

Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah kajian yang sesuai


antaranya:

PEMERHATIAN :

Saya telah membuat pemerhatian kajian untuk mengenal pasti


ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian.

TEMUBUAL :

Saya telah menemubual 10 responden untuk mengetahui jenis


alat telekomunikasi ,kesan negatif alat telekomunikasi dan cara
unutk menggunakannya dengan beretika.

RUJUKAN :

Saya merujuk buku teks dan laman sesawang internet untuk


mengetahui konsep telekomunikasi.
Hasil kajian

KONSEP DAN TAKRIFAN ALAT TELEKOMUNIKASI

Menurut buku teks geografi tingkatan dua ,perkataan


telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek .Tele bermaksud
sabgat jauh manakala komunikasi bermaksud proses untuk
menghantar informasi masyarakat.Oleh itu, telekomunikasi
bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jaraj yang jauh antara
penyampai dan penerima.

JENIS-JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DI


KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan ,berikut adalan jenis


alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian.

>Telefon pintar
>Televisyen
>Komputer riba
Hasil kajian

KESAN-KESAN NEGATIF ALAT TELEKOMUNIKASI

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat


antaranya :

PEMBAZIRAN MASA
Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter,
dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan
seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara
adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari
internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar.
Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka
melayari internet.

JENAYAH SIBER
Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah
siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti
penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan
sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu
menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang
boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.
Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar
kepada pembeli atau penjual.
Hasil kajian

LAMAN SESAWANG YANG TIDAK BERMORAL


Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman
sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng
agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini,
generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang
tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.
HASIL Kajian

ETIKA PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI

1.Menggunakan pengaruh laman web rangkaian sosial popular ialah


untuk tujuan kebaikan seperti mengumpul derma/dana.

2.Patuhi larangan telefon bimbit di tempat awam.Bercakap dengan


perlahan.Pastikan jarak yang wajar dari orang di sekeliling.Jaga
perbualan peribadi.Hormati peraturan telefon berkamera.

3.Tidak memajukan e-mel mengandungi virus berbahaya kepada


rakan dan tidak menulis mesej yang “tidak jelas” yang boleh
membawa kepada salah tafsir.

4.Menggunakan sumber yang dikongsi iaitu alat atau maklumat pada


komputer yang boleh diakses dari jauh daripada komputer lain atau
mengakses folder,fail,peranti perisian,e-mel dan lain-lain yang
dikongsi menerusi rangkaian setempat atau internet secara berhemah
dan tidak menyalahguna.
RUMUSAN

Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan


positif terhadap penggunannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca
daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan
pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras.

Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap


kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.
LAMPIRAN
Lampiran
LAMPIRAN
Rujukan

BUKU
Zulkipli bin Ismail , Rajaderan Subramaniam dan Kang Chai
Yeong,2017.Geografi Tingkatan 2. Johor Bharu:
IMS Books Trading Sdn. Bhd.

INTERNET
https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatif-
teknologi.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Etika_dalam_teknologi

https://haikallegend.home.blog/2018/09/21/etika-penggunaan-
peralatan-komunikasi-dan-kerjasama-digital/

You might also like