You are on page 1of 16

SMK PUNCAK ALAM 3

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2


Kajian Penggunaan Sistem Telekomunikasi Di Bandar
Puncak Alam

Nama:Alisa Melur Bt Zaini


Kelas: 2 Emerald
Nama Guru: Cikgu Siti NorSuhaidah
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Hasil kajian
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru geografi saya iaitu cikgu Siti NorSuhaidah
yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibubapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus ini.
. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar Puncak Alam yang
telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.Hanya Tuhan
sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Penggunaan Sistem Telekomunikasielekomunikasi


di Bandar Puncak Alam.
Saya memilih tempat ini kerana ia berada di kawasan tempat tinggal
saya.Ini membantu saya mendapat maklumat dengan mudah.Tempoh
kajian ini dilaksanakan lebih kurang seminggu.
OBJEKTIF KAJIAN

1.Mentakrif konsep dan jenis sistem perhubungan.


2.Mengenal pasti sistem perhubungan telekomunikasi.
3.Mengenal pasti kebaikan dan keburukan sistem telekomunikasi.
KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Puncak Alam sebagai kawasan kajian saya.Ia terletak mukim
Jeram dalam Daerah Kuala Selangor.Bandar Shah Alam merupakan bandar terdekat
kira-kira 20km atau 30minit perjalanan melalui pengangkutan darat iaitu kemudahan
jalan raya.Bermula sebuah kawasan estet kelapa sawit yang dahulu dikenali sebagai
Bukit Cherakah,bandar ini dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan
Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah
Alam.Bermula daripada 15 Mei 2001, syarikat pemaju hartanah berkenaan telah
bertukar nama kepada Puncak Alam Housing Sdn Bhd dan berpindah operasi serta
membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.
PETA BANDAR
PUNCAK ALAM
KAEDAH KAJIAN

• Pemerhatian
Pandang darat fizikal dan budaya
• Kaji selidik
Mendapat maklumat dengan menggunakan google form.
• Rujukan
. Mendapatkan beberapa bahan rujukan di Internet.
HASIL KAJIAN

1. Konsep Sistem Perhubungan Telekomunikasi


Sistem perhubungan telekomunikasi boleh ditakrifkan sebagai komunikasi
elektronik jarak jauh ,sama ada satu atau dua hala.Contoh sistem telekomunikasi
ialah seperti telefon bimbit, telefon tetap, telefon mudah alih,perkhidmatan
internet,akhbar, radio dan television.

2. Kepentingan Sistem Telekomunikasi


-mengeratkan hubungan
-Dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja
-Data dapat disimpan dengan cepat dan selamat
-Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan melayari internet
3. Kesan Kebaikan Sistem Perhubungan Telekomunikasi
-Dunia tanpa sempadan
-Multimedia interaktif
-Telesidang
-E-perbankan

Saya rasa bertuah kerana sebahagian besar penduduk amat memahami


tentang kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi dalam kehidupan
seharian
4. Kesan Keburukan Sistem Perhubungan Telekomunikasi
-Maklumat berunsur negatif
-Isu pencerobohan maklumat
-Maklumat tidak tepat tersebar di laman sesawang
-Isu cetak rompak

Berdasarkan kesan pengamatan saya, keburukan yang timbul daripada perkembangan


telekomunikasi tidak menjejaskan kualiti hidup penduduk ini.
GRAF
Rumusan
Berdasarkan kajian saya,bahawa perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di Bandar Puncak
Alam berlaku dengan pesat sejajar dengan era telekomunikasi semasa terdapat pelbagai sistem
telekomunikasi seperti telefon tetap, telefon mudah alih, internet, radio, television dan penerbitan bahan
bercetak.Ini bermaksud penduduk mendapat pelbagai manfaat daripadanya dalam meningkatkan
kemudahan pasarana di bandar ini.Seterusnya, dapat meningkatkan kegiatan ekonomi pada masa kini dan
masa hadapan.Responden juga dilihat faham halangan dan masalah yang mereka alami memang wujud.Ia
memerlukan pendekatan seperti usaha meningkatkan kesedaran tentang baik buruknya penggunaan
peralatan telekomunikasi.
. Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian mempunyai pelbagai
kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka saya berharap kemajuan yang ada
di kawasan kajian dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa.
RUJUKAN

www.Wikepedia.com.my
www.googlemap.co.my
LAMPIRAN
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like