You are on page 1of 22

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI MERAB LUAR,

SEPANG, SELANGOR.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2

TAJUK:
PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN (TELEKOMUNIKASI)
DI TAMAN TROPIKA 2, KAJANG,
HULU LANGAT, SELANGOR

Disediakan oleh:
Nur Khayra Amniya binti Ramle
Tingkatan 2 Amanah

Guru:
Norizan binti Ismail

SENARAI KANDUNGAN
Bil. kandungan halaman

1 Penghargaan 1

2 Pendahuluan 2

3 Objektif kajian 3

4 Peta kajian 4-5

5 Kaedah kajian 6

6 Hasil kajian 7-11

7 Rumusan 12

8 Rujukan 13

9 Lampiran 14-16
PENGHARGAAN

Pertama sekali syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan


limpah kurniaannya saya masih diberi kesempatan untuk menyiapkan kerja
lapangan geografi yang diamanahkan buat saya. Seterusnya, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan kerja lapangan ini. Ribuan terima kasih
saya ucapkan kepada Tuan Mohd Yaziz bin Kasran selaku pengetua Sekolah
Agama Menengah Sungai Merab Luar kerana telah memberi keizinan kepada
saya untuk menyempurnakan kerja lapangan geografi ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih kepada Guru Geografi saya, Cik Norizan binti Ismail yang
telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan saya bagi
menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada ibu
bapa saya iaitu Encik Ramle bin Alwi dan Puan Halizawati binti Mat Desa yang
telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di
kawasan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga, rakan-rakan saya terutamanya Nur Damia Balqis kerana
telah banyak membantu, memberi pendapat dan berkongsi idea. Tanpa mereka,
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja lapangan Geografi ini.
PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk kajian perkembangan sistem perhubungan


(telekomunikasi). Saya telah memilih kawasan Taman Tropika 2, Kajang, Hulu
Langat, Selangor. Ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat
tinggal saya. Maka, ia lebih mudah untuk saya menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan kepada semua calon bagi menyiapkan kerja kursus ini
bermula September hingga Oktober iaitu selama dua bulan. Bagi saya tempoh
yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik seramai 2 orang responden untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini tentang perkembangan sistem
perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.

Saya bersyukur dan bangga kerana kajian ini boleh dijadikan panduan kepada
saya dalam membantu usaha-usaha bagi mengatasi masalah perkembangan
system perhubungan (telekomunikasi) di taman perumahan saya di masa
hadapan.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk

a) Mentafsir dan menghuraikan konsep dan jenis atau alat sistem perhubungan
(telekomunikasi).

b) Mencetak dan mentafsir peta kawasan kajian.

c) Melukis dan membina bahan grafik berkaitan yang sesuai berkaitan


perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.

d) Menjelaskan dan menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem


perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.

e) Mengenalpasti dan menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem


perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.

f) Mencadangkandan dan menjelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan


negatif perkembangan (telekomunikasi) di kawasan kajian.
PETA KAWASAN KAJIAN TAMAN TROPIKA 2, KAJANG,
HULU LANGAT, SELANGOR.
MENTAFSIR KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian terletak di Taman Tropika 2, Kajang yang merupakan kawasan


perumahan saya. Kawasan ini terletak berdekatan Stesen Komuter UKM Bangi,
Selangor yang mengambil masa 3 minit sahaja menaiki kereta. Universiti
Kebangsaan Malaysia juga berada berdekatan kawasan kajian saya yang
mempunyai jarak sekitar 8 minit.

Bentuk muka bumi kawasan kajian saya yang bertanah pamah dan bertalun
sesuai untuk pembinaan perumahan. Ia juga mempunyai pokok-pokok dan tanah
yang luas untuk penduduk menanam tumbuh-tumbuhan. Selain itu, kawasan
kajian saya mempunyai satu padang dan dua taman permainan.

Melalui pemerhatian saya, lokasi kajian saya merupakan kawasan tanah pamah.
Hal ini dapat membantu untuk membangunkan kemudahan asas dan tempat
tinggal seperti masjid, rumah semi d berkembar dan pra sekolah.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan beberapa kajian seperti:

1) Pemerhatian
Melalui kaedah ini saya membuat pemerhatian di sekitar kawasan Taman
Tropika 2 untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang timbul berkaitan
dengan perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.
.

2) Temu bual
Melalui kaedah temubual, saya telah menemu bual 2 orang penduduk Taman
Tropika 2 berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan kajian untuk mendapatkan
data dan maklumat tentang perkembangan sistem perhubungan
(telekomunikasi).

3) Rujukan
Saya telah membuat rujukan daripada pelbagai jenis bahan bercetak, media
elektronik dan rujukan guru mata pelajaran. Selain itu, saya juga merujuk rakan-
rakan saya untuk memperoleh idea bagi langkah-langkah mengatasi masalah di
kawasan kajian.
HASIL KAJIAN

I. KONSEP PERHUBUNGAN

Menurut buku teks Geografi tingkatan 2 mukasurat 92, perkataan


telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. “Tele” bermaksud “sangat
jauh” maknakala komunikasi bermaksud proses untuk menhantar informasi
yang melibatkan jarak jauh antara penyampaian dan penerima.

Manakala kamus dewan pula mendefinasikan (telekomunikasi) sains


berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentan optic,
mikrogelombang dan satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Menurut sumber internet pula, telekomunikasi pada dasarnya merupakan


komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala.

Menurut Wikipedia, ini termasuklah komunikasi menggunakan radio,


televisyen, telefon dan komputer. Banyak jenis maklumat boleh dihantar
melalui sistem telekomunikasi termasuk muzik, gambar, gambar boleh
bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
II. JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI

a) Komputer
- Mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan
sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan
logik berdasarkan angka binari.

b) Komputer tablet
- Komputer tablet, dipendekkan kepada tablet, ialah peranti mudah alih,
biasanya dengan sistem operasi mudah alih dan lekapan pemproses paparan
skrin sentuh LCD, dan bateri boleh dicas semula dalam satu pakej nipis yang
rata.

c) Telefon pintar
- Merangkumi perisian komputer seperti GPS, kamera digital, Bluetooth,
internet dan juga aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter, WeChat, WhatsApp, Telegram dan permainan maya.
III. KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dunia semasa, Malaysia tidak


ketinggalan menerapkan aplikasi telekomunikasi dan penggunaan ICT dalam
segenap aspek kehidupan.

a) Mumudahkan perhubungan
-Melalui pemerhatian saya, Rakyat Malaysia boleh berhubung dengan lebih
mudah melalui alat telekomunikasi. Teknologi komunikasi yang terkini dapat
menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Selain itu, penyebaran maklumat
berlaku dengan lebih pantas dalam masa yang sama.

b) Pendidikan
-Melalui pemerhatian saya, teknologi pendidikan dapat dijadikan sebagai
rujukan kepada pelajar di mana-mana sahaja. Seterusnya, ia dapat membantu
mereka untuk memahami sesuatu perkara dari sudut yang lain juga. Selain itu,
mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk
memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbicaraan atau
perbincangan yang menarik di kalangan guru dan murid.

c) Komunikasi yang lebih efektif


-Melalui pemerhatian saya, penggunaan blog, media sosial ( Facebook, Twitter
dan Instagram) dan forum menjadi medium yang popular untuk menyampaikan
maklumat. Oleh itu, golongan muda zaman kini menjadikan laman media sosial
sebagai tempat penyebaran maklumat terkini terutamanya kepada rakan-rakan
mereka. Dengan cara ini, maklumat dan info terkini lebih mudah untuk
disampaikan secara menyeluruh.
IV. KESAN NEGATIF TELEKOMUNIKASI

a) Bahan-bahan yang tidak bermoral


-Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti
gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan
kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada
masyarakat secara umumnya.

b) Terdedah kepada jenayah siber


-Melalui pemerhatian saya, jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian
maklumat dan penggodam. Oleh hal demikian, pelajar akan melakukan jenayah
siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan
oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

c) Pembaziran masa
-Melalui pemerhatian saya, pembaziran masa ini berlaku apabila seorang
individu itu menghadap telefon terlalu lama sehingga lalai untuk membuat kerja
yang perlu dibuat olehnya. Ia juga boleh mendatangkan tekanan kepada mereka
akibat daripada kelalaian mereka dalam penggunaan telefon pintar dengan
terlalu lama hingga menyebabkan penangguhan kerja-kerja.
V. CARA ATASI MASALAH KESAN TELEKOMUNIKASI

a) Peranan ibu bapa dalam menangani kesan negatif telekomunikasi.


Bedasarkan kajian yang saya jalankan, ibu bapa merupakan individu yang boleh
memainkan peranan secara aktif dalam mengatasi kesan negatif
(telekomunikasi) terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menghadkan masa
penggunaan peranti seperti telefon bimbit, komputer, laptop, dan lain-lain. Ibu
bapa boleh menggunakan atau muat turn Google Family Link pada kesemua
peranti bagi mengawal penggunaan peranti dan mengunci peranti pada waktu
tertentu bagi mengawal pengunaan peranti anak-anak. Selain itu, ibu bapa dapat
memantau anak-anak daripada mengakses laman web yang tidak sepatutnya.
Ibubapa perlu memantau aktiviti anak-anak di media sosial seperti Instagram,
Tiktok, Twitter, Wechat, Tumbler dan lain-lain lagi.

b) Pihak kerajaan
Kerajaan perlu mengambil tahu tentang isu-isu yang penting seperti jenayah
siber. Dengan itu, kerajaan juga perlu membuat tindakan seperti menyekat
laman sesawang yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan
pelbagai undang-undang lain. Pihak kerajaan juga boleh melancarkan kempen
bagi mendidik dan melahirkan kesedaran berterusan kepada masyarakat supaya
lebih bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika
melayari internet.

c) Peranan individu
Melalui perhatian saya, menghadkan masa penggunaan telefon itu penting untuk
mengelakkan kelalaian yang akan menimbulkan penangguhan kerja-kerja.
Setiap individu perlulah pandai membahagikan masa mereka agar segala urusan
dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan penangguhan. Selain itu,
janganlah kita membuka laman web yang tidak mendatangkan faedah kepada
diri dan memudaratkan diri sendiri. Seterusnya, disiplin diri juga merupakan
salah satu cara yang terbaik dalam pengurusan masa agar tidak berlaku
penangguhan kerja akibat penggunaan telefon yang terlalu lama.
VI. PETA PEMIKIRAN

Melalui pemerhatian saya, dengan adanya sistem telekomunikasi ini kita


mendapat pelbagai berita sensasi dan maklumat-maklumat dari seluruh dunia
seperti berita peperangan yang berlaku di beberapa negara terlibat juga dapat
membantu mereka dalam pelbagai aspek walaupun hanya di atas talian.
Selain dari berita sensasi global, urusan perniagaan juga dapat dibuat di atas
talian dan menjadikan ianya lebih mudah berbanding membuat pembelian
secara bersemuka. Grab Food dan Food Panda adalah antara kemudahan yang
tersedia ada pada masa kini sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga
Mempromosikan dan menyokong dunia keindustrian negara dapat
menaikkan nama negara ke persada dunia. Oleh yang demikian, Malaysia bakal
dikenali ramai dan dapat memberi peluang cerah kepada semua penggiat seni
tanah air menceburi bakat hingga ke peringkat antarabangsa.

Mendapat
Memudahkan Dapat menaikkan
maklumat dari
urusan perniagaan nama negara
seluruh dunia
RUMUSAN

Saya telah berjaya mencapai objektif kajian saya iaitu menghuraikan


konsep sistem perhubungan telekomunikasi, mengenalpasti dan menghuraikan
amalan kepentingan telekomunikasi dikawasan kajian, menghuraikan kesan
negatif perkembangan telekomunikasi dan menghuraikan langkah atau
cadangan mengatasi kesan negatif perkembangan telekomunikasi di kawasan
kajian.

Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada diri saya, keluarga dan
masyarakat setempat dalam menggunakan medium telekomunikasi secara
berhemah dan beretika. Golongan remaja merupakan individu yang paling
terdedah kepada kesan telekomunikasi. Jadi wajarlah kempen kesedaran
menggunakan medium telekomunikasi dan pendidikan penggunaan
telekomunikasi dalam kalangan remaja.

Oleh yang demikian, kita haruslah menjaga etika dalam menggunakan


medium telekomunikasi. Impak negatif ini boleh memberi kesan kepada
generasi akan datang. Walaubagaimanapun, telekomunikasi menjadi satu
medium dalam pembangunan masyarakat dan negara bagi mengangkat nama
Malaysia ke persada dunia. 
RUJUKAN

1. Buku teks
 Kang Chai Yeong, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam, 2017,
buku teks tingkatan 2. IMS books Tranding Sdn.Bhd

2. Orang sumber
 En. Ramle bin Alwi, 49 tahun, No.45, Jalan Tropika 2/3, Taman Tropika
2, Kajang, Selangor.
 Pn. Halizawati binti Mat Desa, 48 tahun, No.45, Jalan Tropika 2/3,
Taman Tropika 2, Kajang, Selangor

3.Internet
 https://meet.google.com/
 https://prpm.dbp.gov.my/
 https://maps.app.goo.gl/81DhNaN5UsA62yvk8
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
 https://www.sinarharian.com.my/article/124240/SUARA-
SINAR/Analisis-Sinar/Jenayah-siber-bukan-isu-remeh
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet
 https://balebaleblogs.blogspot.com/2020/05/kepentingan-telekomunikasi-
di-malaysia.html
LAMPIRAN

Lampiran 1 : keratan akhbar

Lampiran 2 : peta kawasan


Lampiran 3 : Borang Temubual

BORANG TEMUBUAL 1

Nama : Ramle bin Alwi


Umur : 49 tahun
Perkerjaan : Pegawai bank
Alamat : No.45, Jalan Tropika 2/3, Taman Tropika 2, Kajang, Selangor.

1. Apakah kepentingan sistem (Telekomunikasi) di kawasan kajian?


Telekomunikasi ni merupakan sistem yg amat penting masa kini. Dengan
kepelbagaian teknologi sistem telekomunikasi membantu memudahkan pelbagai
urusan penduduk setempat.

2. Apakah kesan negatif sistem (Telekomunikasi) di kawasan kajian?


Kesan negatif ini bergantung kepada capaian isyarat telekomunikasi tersebut.
Ini kerana, sistem telekomunikasi seperti telefon bimbit contohnya, isyarat
hubung yang kurang lancar menyukarkan penduduk untuk berhubung dengan
orang lain.

3. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah sistem (Telekomunikasi)?


Cadangan saya ialah pihak bertanggungjawab seperti Kerajaan perlu
menitik beratkan jaringan internet dan isyarat hubung bagi setiap
telekomunikasi seragam untuk mengelakkan sebarang kesukaran akan datang.
BORANG TEMUBUAL 2

Nama : Halizawati binti Mat Desa


Umur : 48 tahun
Perkerjaan : Suri rumah
Alamat : No.45, Jalan Tropika 2/3, Taman Tropika 2, Kajang, Selangor.

1. Apakah kepentingan sistem (Telekomunikasi) di kawasan kajian?


Memberi peluang kepada institusi kekeluargaan untuk berkomunikasi antara
satu sama lain ketika berjauhan. Terdapat ramai anak-anak penduduk di sini
yang sedang belajar di luar negara, dengan sistem telekomunikasi yang sedia
ada mereka dapat bertanyakan khabar anak-anak mereka yang tersayang.

2. Apakah kesan negatif sistem (Telekomunikasi) di kawasan kajian?


Berlaku banyak penyebaran berita palsu dan tidak sahih yang menyebabkan
persalahfahaman di antara satu sama lain. Akibat perbuatan ini, ikatan
silaturrahim yang berharga di antara penduduk akan terputus dengan begitu
sahaja. Ini menunjukkan betapa bahayanya apabila kita mempercayai sesuatu
yang disebarkan secara atas talian tanpa menyelidik dengan lebih dalam.

3. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah sistem (Telekomunikasi)?


Saya mencadangkan agar masyarakat lebih berilmu dalam menghadapi
dunia sistem telekomunikasi dan dapat memberikan penjagaan yang lebih ketat
kepada pengguna. Di samping itu, masyarakat juga perlu memastikan akhlak
anak-anak lebih terjaga supaya sistem telekomunikasi hanya digunakan ke arah
kebaikan manusia sejagat. Dengan cara ini, kita dapat membantu generasi yang
akan datang dalam perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi).
Lampiran 4 : Google Meet
JADUAL KERJA
BI TARIKH AKTIVITI CACATAN
L
HARI/MASA

21 September 2021 Menerima taklimat, soalan dan bahan KLGT2 Waktu pdpr
Geografi daripada Cikgu Norizan Ismail yang
Selasa bertajuk: Kajian tentang perkembangan sistem
1 9.30 – 10.30 pagi (Telekomunikasi) di Desa Sntosa Teras
Jernang, Hulu Langat, Selangor.

25 September 2021 Mencari bahan berkaitan perkembangan sistem Luar waktu


perkembangan sistem perhubungan pdpr
2 Sabtu (telekomunikasi) dalam buku teks atau internet.
9.00 – 10.00 malam
28 September 2021 Mendengar taklimat dan bimbingan guru Waktu pdpr
mengenai pendahuluan, penghargaan dan
3 Selasa objektif kajian serta jadual kerja.
9.30 – 10.30 pagi

3 oktober 2021 Menulis penghargaan, pendahuluan dan Luar waktu


4
objektif kajian kajian berdasarkan garis pdpr
Ahad
panduan yang diberikan oleh guru mata
3.30 - 5.30 petang pelajaran.
5 oktober 2021 Mendengar taklimat dan bimbingan guru Waktu pdpr
5
mengenai peta kawasann kajian, huraian
Selasa
kawasan kajian, kaedah kajian, dan hasil kajian.
9.30 – 10.30 pagi
6 oktober 2021 Memuat naik peta kawasan kajian daripada Luar waktu
6
“google maps” huraian kawasan kajian dan pdpr
Sabtu
menulis 3 perenggan huraian kawasan kajian.
2.30 – 4.00 petang
9 oktober 2021 Menulis kaedah kajian berdasarkan garis Luar waktu
7
panduan yang diberikan oleh guru dan menulis pdpr
Sabtu
konsep serta jenis perhubungan
9.30 – 11.30 malam (Telekominikasi).
10 oktober 2021 Mendengar taklimat cara-cara menulis Waktu pdpr
8
kepentingan telekomunikasi, kesan negatif
Selasa
telekomunikasi dan cara-cara mengatasi kesan
9.30 – 10.30 pagi negatif telekomunikasi.
BI TARIKH AKTIVITI CATATAN
L
HARI/MASA

13 oktober 2021 Menulis dan menghuraikan kepentingan serta Luar waktu


kesan negatif telekomunikasi di kawasan pdpr
9. Selasa
kajian.
10.30 - 12.45 malam
15 oktober 2021 Menghuraikan cadangan usaha-usaha cara Luar waktu
untuk mengatasi masalah kesan negatif pdpr
10. Selasa
telekomunikasi di kawasan kajian.
9.30 - 11.30 malam
25 oktober 2021 Membina dan melukis peta pemikiran Luar waktu
berdasarkan hasil kajian. pdpr
11. Selasa
3.00 – 5.50 petang
27 oktober 2021 Mendengar penerangan dan bimbingan guru Waktu pdpr
tentang cara-cara menulis rumusan, rujukan
12. Selasa
dan lampiran.
9.30 – 10.30 pagi
28 oktober 2021 Menulis rumusan dan rujukan berdasarkan Luar waktu
penerangan guru. pdpr
13. Selasa
7.30 – 9.00 malam
30 oktober 2021 Mencari dan melengkapkan lampiran kerja Luar waktu
lapangan serta menyemak semula kerja pdpr
14. Selasa
lapangan sebelum dihantar kepada guru
7.45 – 9.15 malam geografi.

You might also like