You are on page 1of 14

SEKOLAH AGAMA MENENGAH

SUNGAI MERAB LUAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2 TAHUN 2022

TAJUK :
PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN
(TELEKOMUNIKASI) DI MALAYSIA DI BANDAR
SERI PUTRA, KAJANG, SELANGOR

NAMA : Fawwaz bin Zainuddin


KELAS : 2 Fatonah
NAMA GURU : Cik Norizan binti Ismail
Bil. Kandungan Mura Surat
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Objektif kajian 3
4 Kawasan kajian 4
5 Kaedah kajian 5
6 Hasil kajian 6-10
7 Rumusan 11
8 Rujukan 12

i
1. PENGHARGAAN
Pertama-tama, bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, telah
mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin
berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu, Encik Zainuddin bin Che Seman dan Puan
Asiah binti Abdulrahman kerana telah memberi sokongan sepenuhnya kepada saya ketika
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, iaitu
Encik Mohd Yaziz bin Kasran kerana telah memberi saya peluang untuk menyiapkan tugasan
ini. Tidak lupa juga, terima diucapkan kepada guru mata pelajaran Geografi, iaitu Cik Norizan
binti Ismail, kerana telah mengajarkan saya tentang mata pelajaran Geografi dan memberi
tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama dengan saya bagi
menyiapkan tugasan ini, dan yang telah membantu saya sedikit sebanyak dalam
meyempurnakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada para responden dan semua pihak yang
terlibat dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini.

1
2. PENDAHULUAN
Pada era globalisasi ini, teknologi komunikasi semakin berkembang pesat. Dunia teknologi
dan telekomunikasi telah dicantumkan dan menyebabkan pembangunan teknologi canggih
yang telah membawa dunia ke abad baharu yang berasaskan teknologi maklumat.
Saya telah diberi tangunggjawab untuk menjalankan kajian berkaitan dengan Perkembangan
Sistem Perhubungan (Telekomunikasi) di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Antara
faktor yang membuat saya memilih kawasan ini adalah kerana kawasan ini berhampiran
dengan rumah saya, saya juga telah menetap hampir 10 tahun di kawasan ini. Faktor ini akan
memudahkan urusan saya untuk menjalankan kajian terhadap kawasan ini. Disamping itu
saya juga telah mengenal pasti
Antara tajuk yang saya akan bincangkan ialah konsep dan jenis alat telekomuniksi,
kepentingan telekomunikasi, kesan negatif telekomunikasi dan cadangan untuk
mengurangkan kesan negatif telekomunikasi. Saya telah diberikan masa selama sebulan bagi
menyiapkan tugasan, dalam masa yang telah diberikan saya dapat mengumpulkan maklumat
dan bahan untuk menyempurnakan tugasan ini

2
3. OBJEKTIF KAJIAN
Saya membuat kajian ajian tentang Perkembangan Sistem Perhubungan (Telekomunikasi) di
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Objektif kajian saya ialah :
a) Mentakrifkan dan menghuraikan konsep den jenis atau alat sistem perhubungan
(telekomunikasi)
b) Mencetak dan mentafsirkan peta kawasan kajian
c) Melukis dan membina bahan grafik berkaitan yang sesuai berkaitan perkembangan
sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian
d) Menjelaskan dan menghuraikan kepentingan sistem perhubungan (telekomunikasi) di
kawasan kajian
e) Mengenalpasti dan menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan
(telekomunikasi) di kawasan kajian
f) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem
perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian tersebut

3
4. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya yang saya pilih Bandar Seri Putra berada di daerah Kajang, di negeri
Selangor dan kedudukannya berada di 2°53'09.2"N 101°46'47.5"E. Bandar-bandar yang
terdekat dengan Bandar Seri Putra ialah antaranya Bandar Bukit Mahkota yang berjarak 4.8
km, Bandar Baru Bangi yang berjarak 16.7 km dan Bandar Avenue yang 4.9 km.
Ciri fizikal yang terdapat di Bandar Seri Putra ialah antaranya hutan, belukar dan rumput di
Bandar Seri Putra. Ciri budaya di kawasan ini pula, antaranya adalah lebuh raya, masjid,
sekolah, petempatan dan sekolah. Di Bandar Seri Putra juga terdapat restoran, sekolah,
masjid, balai polis dan klinik kesihatan.
Melalui pemerhatian ini saya, saya dapati kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah
pamah, kawasan ini sangat sesuai dibina petempatan, antara petempatan yang ada di Bandar
Seri Putra iaitu Putra Terrace, Bandar Seri Putra dan sebagainya. Selain itu kawasan ini juga
sesuai untuk membina masjid, sekolah, jalan raya balai polis dan lain-lain. Saya memilih
Bandar Seri Putra sebagai kawasan kajian kerana saya telah menetap di kawasan ini hampir
10 tahun, disebabkan itu saya lebih mudah untuk mencari maklumat dan mengumpulkan data.

- Peta Kawasan Kajian Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor

4
5. KAEDAH KAJIAN
Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian, iaitu :
1) Pemerhatian
- Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan bahan
berkaitan tajuk kajian, iaitu Telekomunikasi di Bandar Seri Putra
2) Rujukan
- Saya melayari beberapa lawan web bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk
kajian, iaitu Telekomunikasi di Bandar Seri Putra

5
6. HASIL KAJIAN

1) Konsep dan jenis atau alat sistem perhubungan (telekomunikasi)


Berdasarkan kajian saya, saya mendapati konsep telekonunikasi menurut buku teks ialah,
perkataan yang berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh” manakal
komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat.
Oleh itu, telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara
penyampai dengan penerima. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula,
telekomunikasi ditakrifkan sebagai sains yg berkaitan dgn penghantaran maklumat melalui
talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit.
Seiring berjalannya waktu, alat telekomunikasi semakin lama semakin berkembang.
Pernyataan ini dibuktikan berdasarkan alat yang telah oleh pihak british pada tahun 1876
untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu yang dinamakan telegraf. Kemudian pada tahun
1891 Tanah Melayu mula menggunkan telefon talian tetap. Lalu, mesin teleks telah
diperkenalkan, ia berfungsi sebagai pengirim pesanan dalam bentuk teks. Mesin faks pula
diperkenalkan setelah mesin teleks, teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk
memindahkan salinan dokumen yang menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan
rangkaian telefon.
Lalu, pada tahun 1980-an, Malaysia diperkenalkan dengan telefon bimbit yang juga dikenali
sebagai telefon selular tau telefon tanpa wayar. Dan sekarang telefon pintar telah
diperkenalkan, merangkumi perisian komputer seperti Global Positioning System(GPS),
kamera digital, bluetooth, internet dan juga apliasi-aplikasi media sosial sperti Facebook,
Instagram dan sebagainya. Kehadiran telefon pintar ini telah memberi banyak manfaat
terhadap para pengguna. Namun, telefon pintar juga memiliki kesan negatif.
LAMPIRAN :

Telegraf Telefon Talian Tetap

6
Mesin Teleks Mesin Faks

Telefon Bimbit Telefon Pintar

7
2) Kepentingan sistem perhubungan (telekomunikasi)
Disaat dunia semakin berkembang dan semakin maju, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
menerapkan aplikasi telekomunikasi dan penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan.
Apabila Malaysia mula menerapkan aplikasi telekomunikasi dan penggunaan ICT, perkara ini
banyak memberi kepentingan atau manfaat kepada penduduk malayisa tak kira tua atau muda.
Pertamanya, kewujudan telekomunikasi di Malaysia telah memudahkan rakyat Malaysia
dapat mengeratkan silaturahim. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakyat Malaysia berada
jauh dari tempat kelahirannya, sama ada dia berada di luar negeri atau luar negara, dapat
berhubung dengan keluarga mereka yang berada di kampung halamannya. Misalnya,
seseorang rakyat Malaysia yang merantau di negeri Selangor, dapat berhubung dengan
keluarganya yang berada di negeri Kelantan.
Keduanya, kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja yang berada di seluruh dunia dengan
mudah. Hal ini berlaku kerana, wujudnya satelit komunikasi yang digunakan untuk tujuan
telekomunikasidan salah satu manfaatnya ialah dapat memudah kita menghubungi sesiapa
sahaja di seluruh dunia. Contohnya, kita dapat berhubung dengan keluarga atau rakan kita
yang merantau ke luar negara, tambahan pula, kita juga berkesempatan untuk memiliki rakan
yang berasal dari negara lain, yang dijuluki ‘Sahabat Pena’

3) Kesan-kesan negatif perhububungan sistem perhubungan (telekomunkasi)


Walaupun penerapan aplikasi telekomunikasi dan penggunaan ICT di Malaysia banyak
memberikan kepentingan dan manfaat kepada rakyat Malaysia. Namun begitu,telekomunikasi
juga mempunyai kesan negatif yang telah banyak memberi kesan buruk kepada rakyat
Malaysia.
Kesan negatif yang pertama ialah, isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem
pangkalan data secara atas talian. Hal ini tejadi kerana, orang-orang yang melakukan
penipuan selepas mendapat kepercayaan mangsa. Contohnya, ‘Macau Scam’, iaitu sindiket
penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga
mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. 'Macau Scam' didalangi sindiket Taiwan serta China
yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan.
Kesan yang seterusnya ialah, kewujudan laman sesawang yang menyebarkan maklumat yang
tidak sahih dan juga laman sesawang yang berunsurkan perkara-perkara negatif. Hal ini akan
mengakibatkan, rakyat Malaysia akan mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat palsu
dan perkara yang berunsur negatif yang tersebar di lawan sesawang. Contohnya, berita palsu
yang tersebar di internet yang boleh mencetuskan perbalahan dan menyebabkan
kesalahfahaman antara pihak-pihak tertentu.

8
LAMPIRAN :

9
4) Cadangan langkah-langkah mengurangkan Kesan-kesan negatif perhububungan
sistem perhubungan (telekomunkasi)
Berdasarkan kajian saya, saya telah menemukan beberapa langkah untuk mengatasi kesan-
kesan negatif telekomunikasi yang telah saya nyata. Berikut adalah langkah-langkah untuk
mencegak kesan negatif telekomunikasi.
Langkah yang pertama ialah, tidak mudah percaya dengan iklan atau tawaran yang beredar di
internet. Hal ini dikatakan demikian kerana, sindiket penipuan ini akan berusaha sedaya upaya
untuk mendapatkan kepercayaan mangsanya dengan menawarkan sesuatu yang menarik.
Misalnya, tidak mengangkat panggilan dari nombor yang tidak diketahui atau nombor yang
mencurigakan.
Langkah yang seterusnya, tidak tergesa-gesa dalam menyebarkan berita tanpa memeriksa
kebenaran. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak maklumat atau berita palsu yang beredar
di internet. Contohnya, semak dahulu sebarang berita atau maklumat dalam beberapa sumber
yang sahih sebelum menyebarkan berita atau maklumat tersebut.

10
7. RUMUSAN
Sebagai penghias bicara akhir, berdasarkan kajian saya yang telah saya buat dia kawasan
kajian saya, iaitu Bandar Seri Putra, Kajang Selangor ialah dapat mengetahui bentuk muka
bumi kawasan kajian ini, iaitu tanah pamah, bentuk muka ini sangat sesuai untuk dibina
petempatan. Saya juga telah mengenal pasti ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat
budaya di kawasan ini. Konsep dan jenis atau alat telekomunikasi juga telah saya huraikan
dan peta kawasan kajian juga telah saya tampilkan pada halaman-halaman yang lepas.
Di dalam kajian ini juga telah saya menyatakan serta menghuraikan kepentingan
telekomunikasi, kesan negatif telekomunikasi, hatta cadangan bagi mengurangkan kesan
negatif telekomunikasi juga telah saya nyatakan. Saya juga telah menampilkan lampiran-
lampiran bagi mengukuhkan lagi semua keterangan yang telah saya terangkan di dalam kajian
ini. Akhirulkalam, kita haruslah menggunakan teknologi yang semakin berkembang dari masa
ke masa ini dengan sebaik mungkin, agar kita tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal negatif
yang telah beredar melalui teknologi yang semakin berkembang ini.

11
8. RUJUKAN
BUKU :
Kang Chai Yeong, Zulkipli Bin Ismail dan Rajanderan Subramaniam, (2017), Buku Teks
Geografi Tingkatan 2. Johor : IMS Books Trading Sdn Bhd.
INTERNET :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
https://prpm.dbp.gov.my/cari1
https://www.hmetro.com.my/

12

You might also like