You are on page 1of 1

Persediaan yang perlu dilakukan oleh semua pihak dalam menangani kesan gempa bumiialah melakukan persediaan awal.

Di
lstanbul, merekamencipta rumah terapung prototaipdi Golden Horn sebagai rumah perlindungan ketika gempa bumi.
Seterusnya,memasang alat pengesan gempa bumi. Alat pengesan gempa bumi dapat membantumembuat persediaa awal
sebelum berlakunya gempa bumi.

2. Apakah kesan yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa gempa bumi yangberlaku di negara kita dan juga di negara-
negara lain? (4 Markah)- Kesan yang boleh saya lakukan untuk membantu mangsa gempa bumi yang berlaku dinegara kita dan juga
di negara-negara lain ialah memberikan sumbangan kewangan,memberikan rawatan kesihatan dan kecemasan, bantuan psikologi
dan bantuan membinaprasana.

Pada abad kini, perkembangan dan penumpuan industri komunikasi dan multimedia menyebabkan pembangunan teknologi yang
canggih berasaskan teknologi maklumat. Oleh itu teknologi maklumat dan komunikasi kini di anggap sebagai penting.
Walaubagaimanapun, terdapat pengaruh dalam kehidupan rakyat Malaysia terhadap telekomunikasi yang perlu dibendung
dengan mengamalkan etika komunikasi yang betul.

6.1 Telekomunikasi di Malaysia


1. Komunikasi merupakan proses penghantaran informasi yang melibatkan masyarakat.
2. Juga merupakan sauatu interaksi yang melibatkan jarak antara penyampai dan penerima.
3. Perkembangan telekomunikasi di Malaysia Telegraf Telefon Mesin teleks Mesin faks Telefon bimbit Telefon pintar

6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia


1. Pada 6 April 1970 stesen satelit bumi pertama dibina di Kuantan, Pahang. Kemudian satelit bumi dibina di Alor Gajah, Sematan,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Cyberjaya.
2. Satelit mikro yang pertama ialah TiungSAT-1 yang dilancarkan pada 26 Disember 2000 kemudian, Razaksat dilancarkan pada 14
julai 2009.
3. Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)dilancarkan pada tahun 1996 bermula dengan MEASAT- 1, diikuti MEASAT- 2, MEASAT-3,
MEASAT-3a, dan MEASAT-3b.
4. Pelancaran MEASAT menyebabkan wujudnya sistem televisyen satelit yang pertama, iaitu ALL-Asia Satellite Television and
Radio Operator (ASTRO).
5. Penggunaan kabel fiber optik dan gelombang mikro dapat meningkatkan rangkaian telekomunikasi di Malaysia.
6. Telefon pintar 3G dan 4G mempunyai banyak kemudahan dan menepati kehendak generasi alaf baharu.
7. Telekom Malaysia (TM) memajukan industri komunikasi negara dan menyediakan kemudahan kepada masyarakat seperti
menyediakan telefon talian tetap.
8. Perisian komputer dan jaringan internet berperanan besar dalam teknologi maklumat dan komunikasi ICT. 9. Perkembangan
ICT telah menyebabkan penubuhan MSC di Cyberjaya.
10. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab bagi meluaskan jalur lebar ke setiap pelosok
negara.

6.3 Kepentingan Komunikasi di Malaysia Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia


1. Telekomunikasi amat penting kepada masyarakat dan negara.
2. Berikut merupakan antara kepentingan telekomunikasi di Malaysia: Mengeratkan hubungan silaturahim Mempercepatkan
urusan Dapat memberikan data dengan lebih tepat dan terperinci Membolehkan penonton menyaksikan siaran langsung di
televisyen Maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh Membolehkan pengurusan wang dilakukan dengan lebih efisien di
seluruh dunia Data dapat disimpan dengan selamat dan cepat Peluang pembelajaran lebih luas melalui e-pembelajaran
Pentadbiran dan pengurusan negara lebih sistematik dan teratur Meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum

6.4 Kesan Komunikasi Terhadap Pembangunan Negara


1. Telekomunikasi amat penting kepada masyarakat dan negara.
2. Jadual di bawah menunjukkan kesan positif dan negatif telekomunikasi terhadap pembangunan negara. Kesan Positif Dunia
tanpa sempadan E-dagang E-perbankan Peluang pekerjaan Multimedia interaktif memudahkan pembelajaran Telesidang Tele-
kesihatan
Kesan Negatif Keselamatan negara terancam Penggodaman maklumat Maklumat individu terdedah kepada orang lain
Penyebaran maklumat yang tidak tepat Penyebaran berita yang tidak sesuai untuk murid Maklumat tidak bertapis Penyebaran
maklumat berunsur negatif

6.5 Penggunaan Alat Komunikasi Secara Beretika


1. Semasa menggunakan telekomunikasi terdapat beberapa etika yang perlu diamalkan.
2. Etika penggunaan alat telekomunikasi ialah: Tidak menyentuh isu sensitif Menggunakan telekomunikasi untuk perkara yang
manfaat Tidak melakukan plagiat Berhemah dan bersopan santun sewaktu berkomunikasi Tidak mendedahkan maklumat
peribadi Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Tidak mengganggu sistem komunikasi orang lain Memastikan
kesahihan sesuatu berita

You might also like