You are on page 1of 21

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

(BTPSE)

SEPTEMBER/2020

HBEF 2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM


PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 971202036303001


NO. KAD PENGNEALAN : 971202036303
NO. TELEFON : 0186657166
E-MEL : mohdizzat367@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


i Isi Kandungan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kepentingan Teknologi Maklumat dalam PdP 3

3.0 Penyediaan Persembahan Elektronik


3.1 Kerangka Persembahan Papan Cerita 7

3.2 Prinsip Susun Atur 10

3.3 Kelebihan 12

4.0 Persembahan Elektronik 13

5.0 Kesimpulan 16

6.0 Rujukan 17

i
1.0 PENGENALAN

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai
bentuk sama ada dalam bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual,
pergerakan atau dalam bit. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini telah menguasai global ini dengan berleluasa.
Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi ini jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.
Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan
negara. Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan
serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan
kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam
meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur
(A.Razak Ahmad, 2011). Kewujudan teknologi maklumat ini telah memudahkan segala urusan
tidak kira dalam apa jua bidang sperti bidang pentadbiran, pengurusan, penyiaran dan media,
telekomunikasi, perhubungan dan segala bidang yang ada. Bidang pendidikan turut tidak
ketinggalan.

Kewujudan ICT telah membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekaligus mewujudkan sekolah bestari.
Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau
projek- projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan
generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan
pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar
pintar dan celik Informasi Teknologi tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini
melahirkan lebih ramai cendekiawan (A.Razak Ahmad, 2011). Melalui integrasi ICT beberapa
perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah
perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang berpusatkan
pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi focus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan
kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme (Rusmini
Ku Ahmad, 2012). Oleh itu dalam artikel ini integrasi teknologi maklumat dan komunikasi

1
dalam bidang pendidikan dibincangkan. Untuk mendalami topik ini, antara isu-isu yang akan
dibincangkan adalah maksud teknologi maklumat serta integrasi, keperluan penggunaan
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan, strategi mengintegrasi teknologi maklumat
dalam pendidikan serta masalah yang dihadapi dalam mengintegrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dibincangkan.

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk


pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala
aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Haliza,
Nenly & Aidah,2012). Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram dan
sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat tiga asas penting
dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertamanya, teknologi maklumat adalah untuk
mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh
dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Keduanya, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej dan ketiganya
ialah ia digunakkan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada
penerima (Haliza, Nenly & Aidah,2012).

Manakala dalam satu terbitan Universiti Teknologi Malaysia, teknologi maklumat


digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran,
telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan
komputer, perisian komputer dan komunikasi data. Teknologi maklumat terhasil daripada
gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan
penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada
pengguna secara elektronik (FSKSM,UTM, 2010). Dengan itu dapat di simpulkan bahawa
teknologi maklumat dan komunikasi dapat memproses apa jua data, menyimpan serta
menyampaikan data bersama bunyi,serta imej yang amat berguna untuk mendalami semua
bidang kerja yang wujud kini.

2
2.0 KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PDP

Malaysia sebagai salah satu negara membangun telah berjaya menempuh era globalisasi
apabila bidang teknologi maklumat dan komunikasi terlibat secara langsung dalam dasar
pembangunan negara. Sejak tahun 1986, teknologi maklumat dan komunikasi telah mendapat
perhatian dalam dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. Pemerkasaan teknologi maklumat dan
komunikasi berskala besar dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5).
Sepanjang tempoh RMK5, kerajaan Malaysia berusaha untuk mengintegrasikan bidang ini
dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dan penyediaan infrastruktur bagi tujuan pembuatan dan pengeluaran (Kerajaan Malaysia,1986
). Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 600 juta ringgit kepada
agensi dan universiti tempatan untuk tujuan R&D dan 560 juta ringgit bagi
tujuan penambahbaikkan infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (Kerajaan
Malaysia, 1991). Komitmen kerajaan dilihat makin serius dalam RMK7 apabila kerajaan secara
jelasmeletakkan peranan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai penggerak strategik
untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia serta peningkatan kualiti hidup rakyat.
Kemunculan era globalisasi telah menjadikan persaingan antarabangsa sebagai salah satu fokus
kerajaan untuk mencapai status negara maju. Oleh hal yang demikian, teknologi maklumat dan
komunikasi sekali lagi mendapat perhatian dalam membangunkan sosioekonomi negara.
Daripada itu, pelancaran Koridor Raya Multimedia pada tahun 1996 merupakan salah satu
agenda utama untuk memperkasakan bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kejayaan
Silicon Valley dalam mendidikan masyarakat Amerika Syarikat untuk menyambut baik
teknologi maklumat dan komunikasi sebagai agen nilaitambah kualiti hidup telah menjadi
inspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untukmelaksanakan Koridor Raya Multimedia sebagai
landasan fizikal kepada pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.
Koridor Raya Multimedia memainkan peranan dalam transformasi ekonomi Malaysia ke arah
ekonomi berasaskan pengetahuan menjelang tahun 2020 (Habibah Lehar, 2007).

Perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan


dalam kehidupan masyarakat. Kecenderungan masyarakat yang suka berhubung antara satu
sama lain selepas berlakunya transformasi teknologi telah menyebabkan wujudnya masyarakat
rangkaian (Bradbury, Jones, & Le Boutillier, 2011). Ledakan informasidan komunikasi yang

3
memudahkan urusan seharian adalah faktor yang menyebabkan revolusi teknologi maklumat
dan komunikasi telah disambut baik oleh masyarakat. Masyarakat menjadi mudah
untuk berinteraksi antara satu sama lain (Cole, 2005). Hal ini juga turut dibantu oleh
kewujudan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, E-mail, Blog dan sebagainya yang
membenarkan komunikasi secara bersemuka boleh dilakukan (Mitchel, 2005). Di Malaysia,
kadar penebusan jalur lebar kebangsaan mencatatkan 81.5 peratus pada tahun 2016 berbanding
hanya 77.3 peratus pada tahun 2015 telah membuktikan bahawa kebergantungan masyarakat
kepada teknologi maklumat dan komunikasi adalah ketara (Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, 2017).

Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada gelombang globalisasi yang


memperkasakan teknologi maklumat dan komunikasi. Transformasi sistem pendidikan yang
menekankan PembelajaranAbad ke-21 (PAK21) telah mengubah pedagogi pendidikan daripada
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran
berpusatkan guru menggunakan kaedah pembelajaran tradisional iaitu guru memberi
penerangan langkah demi langkah semasa sesi Pengajarandan Pembelajaran (PdP) berlangsung.
Manakala bagi pembelajaran berpusatkan murid menekankan kaedah perantis iaitu guru
memberikan panduan ke arah memudah carakan penyelesaian masalah (Sidin & Mohamad,
2007). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam PdP juga turut menekankan
peranan individu iaitu murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran yang
berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi akan menyebabkan eksplorasi ilmu berlaku
dan secara tidak langsung proses perkembangan ilmu dapat dijana (Ellington, Percival, &
Race,1993).

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan, integrasi


bidang teknologi maklumat dan komunikasi dan pendidikan merupakan satu langkah yang
proaktif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Proses PdP akan menjadi lebih mudah
sekiranya para guru menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai platfom untuk
mengajar. Namun, apa yang menjadi kekangan adalah sikap dan kemahiran guru untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan PdP (Abu Bakar,
Noordin, & Hatib, 2011). Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

4
dengan jelas menerangkan peranan guru sebagai perancang,
pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam PdP yan
g berkesan untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian tahap
optimum secara berterusan (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2017).

Selain daripada membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, teknologi maklumat
dan komunikasi di lihat mampu merangsang deria-deria pelajar apabila menggunakan pelbagai
media elektronik yang tersedia. Bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara, perkembangan pelajar perlulah seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Justeru, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam PdP
mampu melahirkan generasi yang berketerampilan dan berkualiti. Model Pengajaran Gagne
(1981) menjelaskan terdapat sembilan tahap pengajaran yang boleh diambil kirasemasa
menjalankan PPBK. Antaranya termasuklah mendapatkan perhatian, memaklumkan objektif
kepada pelajar, mengingat kembali pengetahuan sedia ada, menyampaikan maklumat,
membantu pembelajaran, memberi latihan, memberi maklum balas,
menilai pencapaian dan mengingat kembali (Gagne, 1981). Model ini secara tidak langsung
membantu para guru untuk merancang pengajaran yang berkesan. 

Kulik (2003) telah menganalisis dapatan 75 kajian dan laporannya yang bertajuk The

Effects of Using Instructional Technology in Elementary and Secondary Schools: What

Controlled Evaluation Studies Say mendapati bahawa penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi secara selektif boleh memberi impak yang positif kepada pembelajaran murid
(Kulik, 2003). Sebagai contoh, murid yang menggunakan tutorial berkomputer bagi mata
pelajaran Matematik, Sains Tulen dan Sains Sosial mendapat skor ujian lebih tinggi dalam
mata pelajaran berkenaan. Murid sekolah rendah yang menggunakan perisian tutorial
dalam bacaan juga mendapat skor lebih tinggi dalam ujian membaca.
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling (2005) menyatakan PPBK dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru serta pelajar
terhadap pelajaran. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga memberikan peluang

5
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Secara tidak langsung, hal ini akan
meningkatkan motivasi guru dan pelajar lantas membuka ruang pembelajaran. Selain daripada
itu, guru boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi melalui internet kemudian
mengumpul maklumat tersebut dengan sistematik. Pembudayaan teknologi maklumat dan
komunikasi juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar sehinggakan sesuatu yang sukar menjadi mudah. Secara tidak langsung meningkat
daya kreativiti dan imaginasi pelajar serta memberikan peluang kepada mereka untuk lebih
berdikari dengan bimbingan yang minimum (Shiung & Ling, 2005). Sebagai contoh,
pengajaran dengan teknik pembentangan menggunakan Microsoft Power Point dapat
membantu pelajar untuk membuat ulang kaji dengan ulang tayang nota yang dibentangkan oleh
guru.

Penggunaan teknologi makluma dalam pendidikan juga banyak membantu guru semasa
membuat persediaan sebelum mengajar. Umar & Mohd Yusof (2014) menjelaskan penggunaan
internet membantu para guru untuk mencari bahan pengajaran dan saling berkomunikasiantara
rakan sekerja untuk berkongsi maklumat. Perkongsian ini menggunakan aplikasikomunikasi
internet seperti e-mel dan laman sosial seperti Facebook. Selain daripada itu, penggunaan
komputer juga banyak membantu para guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH), menyimpan data pelajar, membuat nota dengan menggunakan perisian seperti Ms
Word, Ms excel dan Ms Power Point.

Sidin & Mohamad (2007) menyatakan “terdapat perbezaan yang signifikan ke


atas pencapaian pelajar. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah
lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi.
Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten
dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan ianya perlu diterapkan semasa
latihan perguruan. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap
keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan teknlogi maklumat dan
komunikasi di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan”.
6
3.0 PENYEDIAAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat


bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang semakin digemari oleh guru-guru di sekolah.
Terdapat pelbagai jenis perisian yang telah diperkenalkan. Banyak perbezaan kaedah
pengajaran sekarang berbanding sekitar 15 tahun yang lalu. Kini komputer menjadi medium
perantaraan serta sangat membantu dalam proses mengajar. Apakah perisian yang dapat
membantu kita untuk menghasilkan persembahan elektronik?. Perisian persembahan elektronik
membantu pembina perisian membuat persembahan dengan menggabung unsur animasi,
grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan
persembahan tidak membosankan.

3.1 KERANGKA PERSEMBAHAN PAPAN CERITA


Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan
dalam aplikasi perisian multimedia. Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar
papan cerita, pembangun perisian perlu mengaplikasikan konsep reka letak. Papan cerita
disediakan di peringkat awal proses reka bentuk. Dengan kata lain, papan cerita merupakan
lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam satu
persembahan perisian multimedia. Antara kelebihan papan cerita ialah:

 Papan cerita membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea


 Pembangun perisian dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat
awal
 Papan cerita membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum
dipindahkan di atas paparan komputer
 Papan cerita membolehkan pembangun perisian merancang dan mengaplikasi
teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah
 Dengan membuat lakaran awal, segala perubahan dapat dilakukan dengan
mudah
 Penggunaan papan cerita menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian

7
 Papan cerita mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang
penting
 Papan cerita membolehkan pembangun perisian mengaplikasikan pelbagai
teknik reka bentuk perisian

Elemen yang diambil kira ketika membina papan cerita ialah seperti berikut:

 Warna latar belakang


 Jenis fon
 Saiz huruf
 Warna huruf
 Format gambar
 Format video
 Format audio
 Format animasi
8
Contoh papan cerita. Papan cerita ini dilukis bersama aliran. Papan cerita ini
menunjukkan lakaran skrin dan pola interaktiviti perisian
9

3.2 PRINSIP SUSUN ATUR

a) Memasukkan Warna
Untuk memasukkan warna latar belakang, pilih butang Format > Background dan pilih
warna yang sesuai.

b) Memasukkan Teks
Memasukkan teks dengan cara klik pada medan Click to add title untuk memasukkan
teks tajuk dan taip tajuknya. Klik medan Click to add subtitle dan taip untuk menambah
Subtitle.

c) Menambah Slide
Boleh menambahkan slaid dengan cara klik pada ikon New Slide atau klik pada Insert
dan pilih New Slide

d) Menyisip Masuk Gambar, Audio dan Video


Bagi menyisip masuk gambar, klik pada Insert, pilih Picture, kemudian pilih Clip Art
(gambar yang berada dalam koleksi Office) atau from File (gambar yang disimpan
dalam fail yang lain). Jika anda memilih from File, anda akan diberi pilihan fail yang
hendak disisip

e) Memasukkan Video
Bagi menyisip masuk video, klik pada Insert Sound and movie, kemudian pilih Movie
from Clip Organizer (tayangan gambar yang berada dalam koleksi Office) atau from
File (tayangan gambar yang disimpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih from
File, anda akan diberi pilihan fail yang hendak disisip. Fail movie atau tayangan gambar
memakan masa untuk diimport. Paparan movie terbentuk di skrin persembahan dan
anda akan diminta membuat pilihan cara movie dimainkan ketika persembahan. Anda
boleh buat pilihan sama ada hendak memainkan movie secara automatik atau menunggu
arahan klik
10
f) Memasukkan Audio
Bagi menyisip masuk audio, klik pada Insert Sound And Movie dan pilih Sound from
Clip Organizer (bunyi yang berada dalam koleksi Office) atau from File (bunyi yang
disimpan dalam fail yang lain). Jika anda memilih from File, anda akan diberi pilihan
fail yang hendak disisip. Anda juga diminta membuat pilihan cara audio hendak
dimainkan iaitu secara automatik atau menunggu arahan klik

g) Menambahkan Kesan Khas kepada Slaid


Bagi menambahkan kesan khas kepada PowerPoint yang dibina, klik pada Slide Show
pada toolbar dan pilih Slide transition. Box slide transition akan terpapar. Dalam Box
Transition anda boleh memilih kesan khas (effect), kelajuan, bunyi, cara perubahan
slaid, dan pilihan penggunaan transition sama ada digunakan sepanjang perubahan slaid
atau pada slaid tertentu sahaja. Anda juga boleh melihat pilihan kesan khas yang anda
pilih dengan mengklik pada butang Play atau Slide Show

h) Memasukkan Gerakan Teks


Bagi memasukkan unsur gerakan teks, klik pada Slide Show kemudian Schema
Animation di mana anda boleh memilih bentuk gerakan teks yang dikehendaki

i) Untuk Mengerakkan Tajuk Demi Subtajuk


Pada satu slaid PowerPoint, anda boleh memilih gerakan tajuk dan subtajuk bergerak
masuk ke slaid mengikut pilihan anda (klik pada Slide Show kemudian pilih Custom
Animation). Setelah membuat pilihan, anda boleh melihat gerakan yang anda pilih
dengan mengklik pada butang Play

j) Hyperlink
Untuk menjadikan persembahan lebih interaktif, anda perlu memasukkan hyperlink.
Tandakan medan objek atau perkataan yang hendak dijadikan butang hyperlink. Klik
Insert>Hyperlink. Pilih slaid yang hendak dihyperlink. Selain daripada itu, kita juga
boleh menggunakan butang-butang interaktif yang telah disediakan dalam program bagi
membentuk hyperlink. Klik pada butang interaktif yang dipilih, tekan dan tarik tetikus.
Anda juga akan dipaparkan kotak arah hyperlink yang anda kehendaki

11
3.3 KELEBIHAN
Penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu
persembahan menjadikan persembahan tersebut:
 Menarik minat pengguna
 Memberi motivasi kepada pengguna
 Mudah difahami oleh pengguna

Sifat persembahan elektronik yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan


persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi.
Persembahan elektronik ini biasanya digunakan di peringkat awal sebelum animasi disusun.
Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk menilai gerakan
tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa. Persembahan elektronik juga
mesra pengguna. Butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod
pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yang mesra pengguna boleh
menggabungkan media video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sesuai digunakan
dalam membentuk backdrop persembahan. Selain itu, gabungan media persembahan elektronik
juga bersifat interaktif. Oleh itu, perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta berupaya mengilustrasi
idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar.
12

4.0 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

 Perbezaan antara dua objek iaitu perbezaan fon, saiz dan warna
 Seorang lelaki sedang membuat kera di komputer sambal ditemani haiwan
peliharaannya

13

 Sekumpulan gajah
 Pemandangan matahari terbenam di persisiran pantai

14

 Pengkelasan objek
 Carta pai

15
5.0 KESIMPULAN

Kemajuan dunia yang semakin rancak tidak menjadi penghalang buat sektor pendidikan
untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor-sektor yang lain. Kehadiran
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan telah mengubah proses PdP. Tugas para
guru akan menjadi lebih mudah lantas guru akan memudahkan PdP. Para pelajar juga akan
lebih bermotivasi untuk belajar. Kehadiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan memberikan kesan jangka panjang kepada negara. Keberkesanan amalan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam PdP sememangnya memberi kesan yang positif. Secara tidak
langsung kualiti pendidikan negara akan meningkat. Apa yang diharapkan dalam menempuh
era ‘Dunia Tanpa Sempadan’ ini adalah supaya KPM akan terus istiqamah dalam merencana
dasar dan menggerakkan Tindakan untuk terus memperkasakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan.

Para guru juga diharap dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi mereka agar lebih mudah untuk bekerja dengan bantuan teknologi maklumat dan
komunikasi. Selaku golongan sasaran, para pelajar diharap dapat memanfaatkan amalan ini
demi masa depan yang lebih berkualiti.

16
6.0 RUJUKAN

i. Abu Bakar, Z., Noordin, M., & Hatib, A. (2011). Penguasaan Kemahiran Ict Dalam
KalanganGuru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan. Seminar Serantau Perguruan
Ugama (hlm.30-37). Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

ii. Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah. (2014).
HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia

iii. https://www.academia.edu/36311164/
PERANAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_DAN_KOMUNIKASI_TMK_SEBAGAI
_PENDORONG_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_PdP_YANG_BERKES
AN_docx

iv. http://www.cikgusuhaimin.com/2017/01/peranan-teknologi-maklumat-dan_17.html

v. http://canselorkomunikasi.blogspot.com/2010/10/definisi-teknologi-maklumat.html
17

You might also like