You are on page 1of 12

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

SEMESTER (3) TAHUN (2020)

HBEF 2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. METRIK : 860226435358001


NO. KAD PENGENALAN : 860226435358
NO. TELEFON : 0133711093
E-MAIL : cikguhidayatul@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT LEARNING CENTRE

1
No. Kandungan Muka
Surat
BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan 3

2.0 Takrifan TMK dalam pendidikan 3-5

3.0 Huraian mengenai peranan elemen-elemen TMK dalam proses pengajaran 5-8
dan pembelajaran di bilik darjah

4.0 Penilaian ke atas aplikasi setiap elemen TMK berdasarkan aktiviti 8-9
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

5.0 Kesimpulan 9-10

BAHAGIAN B

1.0 Tiga Amalan Pengajaran Terbaik 10-11

2.0 Cadangan Penambahbaikkan

RUJUKAN 12

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya mengharungi era globalisasi.


Bermula tahun 1986, TMK telah diguna pakai dalam dasar-dasar yang digubal oleh

2
kerajaan. Dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) TMK dapat dilihat dalam skala
yang besar. Kerajaan telah mengintegrasikan bidang ini dengan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dan penyediaan insrastruktur bagi tujuan pembuatan dan
pengeluaran.
Perkembangan bidang TMK telah membawa perubahan dalam kehidupan
masyarakat. Ledakan informasi dan komunikasi yang memudahkan urusan seharian
adalah faktor kecenderungan masyarakat yang suka berhubung antara satu dengan yang
lain. Dengan sebab demikian wujudnya masyarakat rangkaian (network society)
(Bradbury, Jones, & Le Boutillier , 2011).
Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada gelombang globalisasi yang
memperkasakan TMK. Transformasi sistem pendidikan yang menekankan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK-21) telah mengubah pedagogi pendidikan daripada pembelajaran
berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Dengan perkembangan bidang teknologi semakin pesat, kerajaan telah memberikan
perhatian terhadap pembangunan kemudahan teknologi komputer di sekolah dan institut
pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan swasta (IPTS) bagi melahirkan
generasi muda yang celik teknologi. Hal ini akan menghasilkan generasi muda
berkembangan selaras dengan perkembangan teknologi dan dasar Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan tentang penggunaan teknologi dalam
bidang pendidikan.

2.0 TAKRIFAN TMK DALAM PENDIDIKAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah
teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyampaian, pemprosesan, dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.
Istilah ini telah diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). TMK tidaklah
mempunyai maksud yang tertentu yang boleh diambil daripada sumber yang spesifik
tetapi terdapat pelbagai takrifan dalam sesuatu bidang tersebut. Selain itu TMK juga
dikenali sebagai teknologi informasi yang menekankan tentang peranan gabungan
integrasi komunikasi iaitu telekomunikasi, komputer, storan, dan sistem audia visual.
Selain itu, TMK juga boleh ditakrifkan sebagai satu set teknologi dan sumber yang
digunakan untuk berkomunikasi, mencipta, menyebarkan, menyimpan, dan menguruskan
maklumat (Tinio,2002)

3
Negara yang maju mestilah memiliki masyarakat yang berpengetahuan. Ilmu dan
pendidikan menjadi faktor utama bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.
Dalam konteks ini, pendidikan menjadi elemen penting untuk melahirkan yang
berpengetahuan. Era globalisasi dan teknologi maklumat menjadikan sistem pendidikan
negara melalui zaman perubahan yang holistik dengan tujuan proses pdp akan lebih
bermakna dan berkesan. Penggabungjalinan antara TMK dan pendidikan menghasilkan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) (Umar & Abu Hassan, 2015)

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan penerapan


TMK dalam proses PdP disekolah perlu diselaraskan dengan pengurusan pentadbiran
kerana hal ini merupakan syarat asas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi disamping memastikan kemenjadian murid berhasil (KPM,2013).
Penggunaan TMK dalam bilik darjah, bermula pada peringkat sekolah rendah sehingga
pengajian tinggi. Mata pelajaran TMK diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sebagai matapelajaran pilihan di sekolah menengah pada tahun 1998.
Sejajar dengan itu, Sekolah Bestari ditubuhkan dengan mengintegrasikan teknologi
maklumat interaktif dalam PdP. Matlamat penubuhan ini adalah untuk meningkatkan
minat murid dalam pembelajaran, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan murid melalui
penggunaan TMK dan jaringan seluruh dunia melalui inovasi (Jaafar, How, C. Karuppaya
& Baharom, 2005).

TMK melibatkan bidang teknologi yang terdiri daripada peralatan elektronik,


komputer dan sistem pengaturcaraan. Manakala, maklumat dan komunikasi lebih
menjelaskan tentang bidang komunikasi yang lebih meluaskan penggunaan teleon bimbit
dan jalur lebar.

TMK merupakan satu anjakan paradigma untuk merevolusikan pembelajaran,


memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstruktur organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat antara sekolah
dengan masyarakat. Terdapat 3 polisi utama yang dipegang oleh KPM dalam
memperkasakan bidang TMK dalam pendidikan

1. TMK untuk semua pelajar supaya jurang digital antara murid bandar dan luar
bandar dapat dikurangkan.
2. TMK sebagai wahana PdP sama ada diwujudkan sebagai satu subjek baru atau
elemen dalam subjek sedia ada.

4
3. Penggunaan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sistem pengurusan. (Ismail,2008)

Dalam maksud yang mudah TMK ialah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Oleh itu, tiada maksud spesifik bagi TMK
kerana segala yang berkaitan dengan teknologi dan komunikasi merupakan sebahagian
daripada TMK secara amnya.

3.1 HURAIAN MENGENAI PERANAN ELEMEN-ELEMEN TMK DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

Pengaplikasian TMK dalam bilik darjah dan PdP memberi sinergi baru kepada guru
dan pihak sekolah. Kini, terdapat pelbagai aplikasi TMK yang diperkenalkan dalam
pendidikan untuk membantu para guru dan murid menjalani proses PdP dengan lebih
mudah, menarik, dan berkesan. Penggunaan TMK dapat memudahkan teknik pengajaran
para guru malah memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu pengetahuan. (Ali,
Hazman & Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina, 2010).
Melalui TMK telah wujud banyak terma-terma berkaitan teknologi diperkenalkan.
Kerajaan juga mewujudkan pelbagai aplikasi baru yang telah dilaburkan kerajaan bagi
sebuah subjek tersebut. Pelaburan tersebut menghasilkan banyak faedah kepada murid
kerana murid lebih berminat dan berkendiri dalam pembelajaran dan pengajaran harian.
Pelbagai aplikasi yang wujud telah banyak membantu proses PdP didalam dan luar bilik
darjah. Banyak penggunaan kemudahan dan fasiliti yang disediakan kerajaan di sekolah
antaranya perisian komputer dan aplikasi telefon mudah alih.

3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


Penggunaan komputer dalam apa jua bidang akan membawa perubahan besar dalam
bidang tersebut. Konsep Penggunaan komputer sebagai agen penting dalam PdP. Hal ini
dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
1. Perkakasan Komputer (computer hardware)
Contoh perkakasan komputer termasuklah pemancar paparan hablur cecair (liquid
crystal display projector, LCD Projector) yang akan berhubung dengan komputer
untuk memancarkan paparan yang terdapat pada skrin komputer kepada layar
putih. Kebiasannya, alat ini akan digunakan semasa guru membentangkan sesuatu

5
semasa PdP. Penggunaan projektor dalam bilik darjah akan berjaya mencuri
tumpuan murid untuk terus fokus semasa PdP.
2. Perisian Komputer (computer software)
Terdapat banyak perisian yang boleh membantu melancarkan proses PdP.
Antaranya Ms Word membantu pemprosesan perkataan. Dengan adanya perisian
ini penulisan tradisional seperti pen atau mesin taip tidak lagi digunakan. Dengan
ini produktiviti guru dapat dipertingkatkan dalam penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dan tahunan (RPT). Selain daripada itu, terdapat banyak
lagi rangkaian perisian komputer, antaranya Microsoft Excel yang membantu guru
dalam menghasilkan graft dan jalankan operasi matematik. Ms Access pula
berfungsi sebagai pengkalan data. Ms Power Point membantu dalam membuat
pembentangan elektronik, dan banyak lagi. Penggunaan perisian tersebut banyak
mempengaruhi murid apabila isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru
menarik minat murid untuk belajar. Malah, masa kini murid-murid telah dipupuk
sejak kecil lagi untuk menggunakan perisian tersebut bagi melahirkan generasi
yang celik IT.

3.2 Penggunaan Mel Elektronik (e-mail)


Aplikasi ini mewujudkan komunikasi tanpa sempadan. Dalam konteks pendidikan,
murid dapat berkomunikasi dengan guru berkaitan hal-hal pembelajaran melalui e-mail. E-
meil ialah mel elektronik yang serupa dengan surat. Dimana disitu guru dan murid dapat
mengarang, menghantar, menyimpan, dan menerima mesej melalui sistem komunikasi
elektronik. E-mail menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (simple mail transfer
protocol, SMTP) untuk membenarkan penggunaannya berinteraksi antara satu sama lain.
Misalnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) guru memberi dan menghantar
tugasan murid melalui e-mail. Selain itu, murid yang kurang faham kandungan
pembelajaran di sekolah boleh bertanya kepada gurunya dengan menghantarkan e-mail.
Lantas, guru tersebut dapat memberi respon dan maklum balas dengan menjawab e-mail
yang dihantar oleh murid berkenaan. Semua ini secara tidak langsung, wujud komunikasi
antara murid dengan guru berkaitan pembelajaran.

3.3 Pembelajaran Interaktif Dalam Talian ( Frog VLE )


Konsep Virtual Learning enviroment (VLE) ataun persekitaran Pembelajaran Maya
dibangunkan dibawah projek 1BestariNet. Matlamatlnya adalah untuk menyediakan akses
berkelajuan tinggi (broadband) kepada setiap sekolah awam di Malaysia dan mewujudkan

6
persekitaran pembelajaran maya. Ia juga menyediakan platorm yang membolehkan guru, ibu
bapa, dan murid saling berkomunikasi dan berkongsi sumber pembelajaran. Contohnya guru
menggunakan platform VLE untuk memberi tugasan bacaan dan kerja rumah kepada murid.
Guru juga boleh berkongsi rancangan pengajaran dengan rakan setugas dari seluruh negara.
Ibu bapa juga berpeluang mengakses portfolio anak mereka. Program ini membolehkan murid
berfikir dan mencari nilai tambah kerana mereka belajar secara kendiri dalam ruang yang
selesa.

3.4 Perolehan Maklumat Melalui World Wide Web (www)


World Wide Web (www) merupakan salah satu kegunaan TMK. Ia berfungsi sebagai
medan maklumat kepada guru dan murid. Maklumat yang dipaparkan tersedia dalam web
menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen. Selain daripada itu, terdapat audio,
video dan animasi dalam satu dokumen juga boleh diperoleh. Dokumen-dokumen ini
dianggap sebagai dokumen multimedia dan merupakan dokumen hiperteks yang
mengandungi pautan ke dokumen-dokumen atau lokasi lain. Seorang guru yang prihatin akan
berkongsi maklumat dengan muridnya melalui input yang terkini dan berkualiti. Melalui
www capaian internet atas aplikasi web lebih berkualiti dan mudah diperolehi.

3.5 Google Classroom

Perisian ini dibangunkan oleh Google. Ia perkhidmatan yang percuma. Untuk sekolah-
sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur
tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utamanya ialah untuk menyelaraskan proses
perkongsian fail antara guru dan murid. Perisian ini membolehkan guru memberi tugasan,
helaian, dan slaid (Google Drive) , berkomunikasi (Gmail) dan penjadualan (Google
Calendar). Murid boleh bersama-sam guru menyertai melalui kod individu atau secara
automatik yang diimport dari domain sekolah. Setiap kelas akan ada folder berasingan dalam
Drive individu masing-masing. Semasa PKP kerajaan mengarahkan semua guru dan murid
belajar dari rumah. Dengan Google Classsroom murid-murid boleh menghantar kerja untuk
dinilai oleh guru melalui peranti mudah alih iOS dan Android. Guru dan ibu bapa dapat
memantau kemajuan setiap murid beserta komen.

3.6 Kesimpulannya, aplikasi TMK mengandungi 5 elemen multimedia yang terdiri


daripada audio, video, imej, teks, dan animasi banyak memainkan peranan secara langsung
ataupun tidak semasa proses PdP.ini semua tidak lain bertujuan untuk menarik minat murid-
murid dan memberikan situasi yang seronok dan bermotivasi. Penggunaan TMK dapat
membantu guru menyampaikan dengan cara yang sistematik, tersusun dan dengan

7
perancangan yang bersesuaian. Bahkan, peranan guru juga telah berubah iaitu pembelajaran
berasaskan penyampaian maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran dengan
membantu murid mencari maklumat menggunakan sumber teknologi maklumat dan
komunikasi. Guru juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan teknologi
bagi mewujudkan pembelajaran yang menarik dan efektif kepada murid-murid mengikut
peredaran zaman.

4.0 PENILAIAN APLIKASI SETIAP ELEMEN TMK BERDASARKAN AKTIVITI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEBENAR DI SEKOLAH

Integrasi TMK dalam bilik darjah telah memberi impak yang besar kepada guru-guru
dan murid-murid. Dengan penggunaan multimedia dalam PdP ia telah menarik minat murid
dalam pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. Walaubagaimanapun adalah menjadi
keutamaan impak ini khususnya kepada sistem pendidikan Malaysia. Jika guru dan murid
berjaya menjadikan TMK sebagai satu wadah pembelajaran yang menarik dan berkesan
maka, sistem pendidikan negara terus berkembang maju daripada konsep pelaksanaan
pembelajaran mahupun cara pengajaran didalam dan luar bilik darjah.
Menerusi era perkembangan teknologi ini kaedah pengajaran tradisional kapur dan
papan hitam adalah kurang efektif. Hal ini kerana murid sudah menjadi bosan dan tidak
berminat dengan konsep tersebut. Guru juga perlu seiring dengan perkembangan semasa
maksudnya guru perlu sekurang-kurangnya mempunyai ilmu asas dalam penggunaan
komputer bagi memastikan mereka dapat merancang dan menjalankan proses pembelajaran
dan pengajaran yang lebih efektif pada masa akan datang dengan mengintegrasikan cara
pengajaran yang kreatif dan imaginati agar dapat menarik minat murid secara berterusan dari
semasa ke semasa. Gabungan impak antara kementerian, guru dan murid menerusi aplikasi
TMK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberi kesan besar kepada sistem
pendidikan negara dan mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif.
Penggunaan TMK membantu perkongsian maklumat antara pelajar dan kelas dengan
cepat dan serentak (Thulasimani Munohsamy,2004). Perkara ini memudahkan guru-guru dan
murid-murid berkongsi maklumat dengan cepat melalui rangkaian internet dengan murah dan
tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak. Hal ini berbeza dengan kaedah tradisional
dimana murid perlu menunggu giliran dan masa untuk berkongsi maklumat daripada buku
yang mereka pinjam tersebut. Penggunaan teknologi yang mudak akses merubah
penyampaian maklumat kepada seorang pegurus, jurulatih dan asilitator (Gallo &
Houton,1994). Peranan guru pula perlulah bijak dalam pengendalian komputer bagi

8
menghasilkan sebuah suasana pembelajaran yang inovatif. Dengan ini jelas menunjukkan
penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran dapat membantu guru berkongsi
maklumat bersama murid dengan cepat serta membantu guru dari segi peranan di dalam kelas.
Seterusnya, teknologi yang diterapkan dalam bilik darjah mampu meningkatkan
kefahaman dan penguasaan guru dan murid dengan memberikan motivasi kepada guru dan
murid. Selain itu sikap positi juga mampu dipupuk terhadap penggunaan komputer didalam
aktiviti pembelajaran. Ini terbjadi abapila mereka menunjukkan sikap dan kebolehan kendiri
dengan menggunakan pelbagai jenis teknologi ketika membuat pembentangan dalam kelas
( Willis & Raines, 2001). Dengan ini pembelajaran berpusatkan murid dapat dijana. Guru
hanya menjadi pembimbing atau fasilitator.
Akhirnya, penggunaan TMK dalam pendidikan juga banyak membantu guru-guru
dalam penyediaan persediaan sebelum mengajar. Penggunaan internet membantu para guru
mencari bahan penagajran dan saling berkomunikasi antara rakan sekerja untuk berkongsi
maklumat. Hasil tugasan murid yang diajar dengan kaedah teknologi lebih baik dari susun
atur, seni reka, pilihan warna, keseragaman tulisan, dan reka bentuk. Oleh yang demikian,
kementerian digesa agar perubahan dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme
agar kesan pembudayaan ICT dalam kalangan generasi muda berlaku dengan berkesan dan
berpanjangan (Sidin & Mohamad, 2007)

5.0 KESIMPULAN

Penggunaan TMK dalam PdP memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan
negara. Ini menjadikan sektor pendidikan di negara kita dapt duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan sektor-sektor yang lain. Sejak diperkenalkan TMK proses PdP telah
berubah. Keadaan ini telah memberikan satu fenomena baru kepada murid-murid yang
kesanya guru-guru secara berperingkat mendapatkan ilmu berkaitan komputer bagi
memastikan murid-murid mencapai objekti yang telah dirancang. Ini berpunca daripada
kaedah tradisional tidak lagi relevan malah hanya menghabiskan masa dan tenaga untuk
menyediakan bahan bantu mengajar dan sebaginya.
Walaupun terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan PPBK, pembangunan
teknologi maklumat dan komunikasi di malaysia sedang berterusan dalam perancangan
inrastruktur dan kemudahan yang kerajaan sediakan. Selain itu bukan sahaja pembangunan
diberi perhatian, tetapi kemahiran dan kebolehan guru mengendali penggunaan teknologi
harus dipandang serius oleh pihak kementerian. Ini bertujuan memastikan kecemerlangan
pembelajaran dapat dihasilkan.

9
Kesimpulannya, pembangunan dan penyelidikkan haruslah diperkemaskan bermula
daripada perancangan yang kekalberterusan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan
berpendidikan serta masa depan yang berkualiti.

BAHAGIAN B

Merujuk kepada video bertajuk “Tahun 6 Sains UPSR Mikroorganisma Bernafas


(https://www.youtube.com/watch?v=taxyYG-ngz4) dapat dilihat penggunaan garafik yang
sangat jelas menerusi penerangan dan ilustrasi yang menarik. Peneranagn yang jelas dengan
suara yang tidak terlalu cepat atau lambat serta menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Seterusnya, penggunaan animasi dalam video tersebut sanagt rapat dengan kehidupan sebenar
murid-murid terutamanya murid-murid sekolah rendah. . Penggunaan haiwan seperti arnab
sangat disukai oleh murid-murid sekolah rendah. Begitu juga dengan roti yang juga
merupakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak. Ini menjadikan murid-murid lebih
memahami menerusi video tersebut. Seterusnya video yang dihasilkan menggalakkan murid
berikir dan berkongsi idea dengan rakan sekelas. Murid-murid dapat membuat aktiviti PAK21
seperti Gallery Walk, Think Pair Share, Round Table, dan nyanyian. Secara keseluruhan
video tersebut sangat sesuai ditonton oleh murid terutamanya murid-murid sekolah rendah
kerana isinya yang ringkas, padat dan menarik.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dilakukan
untuk memperkemaskan lagi video tersebut bagi membantu guru-guru mengajar tajuk
tersebut. Antaranya ialah : dalam video tersebut contoh yang diberi tidak mencukupi dan
sedikit. Guru perlu menambah beberapa lagi contoh yang berkaitan dengan tajuk. Seterusnya
didapati video yang ditayangkan berdurasi singkat. Guru mungkin boleh memasukkan lagi
beberapa contoh dan menambah durasi video kepada 10-15 minit. Ini bagi memastikan murid-
murid mengambil masa secukupnya dalam memahami pelajaran. Akhir sekali didapati
penutup video tergantung dan kurang kemas. Dalam video tersebut lebih lengkap apabila
ditambah dengan merumus isi pembelajaran atau memberi murid soalan-soalan ringkas
berkaitan tajuk dalam bentuk kuiz atau permainan dan sebagainya. Kesimpulannya dalam
menempuh era dunia tanpa sempada ini, para guru diharapkan dapat mempertingkatkan
kemahiran TMK mereka agar lebih mudah untuk bekerja dengan kumpulan sasarn kita iaitu
murid-murid untuk masa depan yang lebih cemerlang.

10
( 2600 patah perkataan )

RUJUKAN.

1. Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Carian: Kamus Bahasa Melayu: Maklumat kata:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Pusat

11
Rujukan Pesuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka:
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=teknologi+maklumat+dan+komunikasi

2. Bradbury, L., Jones, P., & Le Boutillier, S. (2011). Introducing Social Theory (ed.
Second). Malden, USA: Polity Press.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Ismail Ghani, A., Hj. Siarap, K.,& Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes
di Pulau Pinang. Kajian Malaysia 24 (1&2), 24, 203-225.

5. Ali, Hazman & Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina. (2010,Oktober 9).
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-
Guru Sekolah Kebangsaan. Dimuat turun dari
http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.p
df

6. Abu Bakar , Z., Noordin, M., & Hatib, A. (2011). Penguasaan Kemahiran ICT Dalam
Kalangan Guru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan. Seminar Serantau Perguruan
Ugama (halaman. 30-37). Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

7. Omar Zakaria Et.Al. (2014) HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.


Open Universiti Malaysia: Kuala Lumpur

8. Wikipedia. (t.t) Google Classroom. Dimuat turun dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Google_Classroom

12

You might also like