You are on page 1of 17

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

JANUARI 2018

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 920422115345002


NO. KAD PENGNEALAN : 920422115345
NO. TELEFON : 011 – 1194 4992
E-MEL : aimanabdullah@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Bangi
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SEBAGAI
PENDORONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) YANG BERKESAN.

1.0 Pengenalan
1.1 Perkembangan TMK di Malaysia
Malaysia sebagai salah satu negara membangun telah berjaya menempuh era
globalisasi apabila bidang TMK terlibat secara langsung dalam dasar pembangunan
negara. Sejak tahun 1986, TMK telah mendapat perhatian dalam dasar-dasar yang
digubal oleh kerajaan. Pemerkasaan TMK berskala besar dapat dilihat dalam Rancangan
Malaysia Kelima (RMK5). Sepanjang tempoh RMK5, kerajaan Malaysia berusaha untuk
mengintegrasikan bidang ini dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
penyediaan infrastruktur bagi tujuan pembuatan dan pengeluaran[ CITATION Ker86 \l
1033 ]. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 600 juta ringgit
kepada agensi dan universiti tempatan untuk tujuan R&D dan 560 juta ringgit bagi tujuan
penambahbaikkan infrastruktur dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6)
[ CITATION Ker91 \l 1033 ].
Komitmen kerajaan dilihat makin serius dalam RMK7 apabila kerajaan secara
jelas meletakkan peranan TMK sebagai penggerak strategik untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi Malaysia serta peningkatan kualiti hidup rakyat. Kemunculan era
globalisasi telah menjadikan persaingan antarabangsa sebagai salah satu fokus kerajaan
untuk mencapai status negara maju. Oleh hal yang demikian, TMK sekali lagi mendapat
perhatian dalam membangunkan sosio ekonomi negara [ CITATION Ker96 \l 1033 ].
Lantaran daripada itu, pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996
merupakan salah satu agenda utama RMK7 untuk memperkasakan bidang TMK.
Kejayaan Sillicon Valley dalam mendidik masyarakat Amerika Syarikat untuk
menyambut baik TMK sebagai agen nilai tambah kualiti hidup telah menjadi inspirasi
Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melaksanakan MSC sebagai landasan fizikal kepada
pembangunan TMK di Malaysia. MSC memainkan peranan dalam transformasi ekonomi
Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (kwonledge-based economy)
menjelang tahun 2020 [ CITATION Hab07 \l 1033 ].

1
1.2 Impak TMK terhadap masyarakat
Perkembangan bidang TMK telah membawa perubahan dalam kehidupan
masyarakat. Kecenderungan masyarakat yang suka berhubung antara satu sama lain
selepas berlakunya transformasi teknologi telah menyebabkan wujudnya masyarakat
rangkaian (network society) [ CITATION Bra11 \l 1033 ]. Ledakan informasi dan
komunikasi yang memudahkan urusan seharian adalah faktor yang menyebabkan revolusi
TMK telah disambut baik oleh masyarakat. Masyarakat menjadi mudah untuk
berinteraksi antara satu sama lain [ CITATION Col05 \l 1033 ]. Hal ini juga turut dibantu
oleh kewujudan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, E-mail, Blog dan
sebagainya yang membenarkan komunikasi secara bersemuka (real time) boleh dilakukan
[ CITATION Mit05 \l 1033 ]. Di Malaysia, kadar penebusan jalur lebar kebangsaan
mencatatkan 81.5 peratus pada tahun 2016 berbanding hanya 77.3 peratus pada tahun
2015 telah membuktikan bahawa kebergantungan masyarakat kepada TMK adalah ketara
[ CITATION Sur171 \l 1033 ].
Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada gelombang globalisasi yang
memperkasakan TMK. Transformasi sistem pendidikan yang menekankan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) telah mengubah pedagogi pendidikan daripada pembelajaran
berpusatkan guru (Tradisional) kepada pembelajaran berpusatkan murid
(Konstruktivisme). Pembelajaran berpusatkan guru menggunakan kaedah pembelajaran
tradisional iaitu guru memberi penerangan langkah demi langkah semasa sesi Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. Manakala bagi pembelajaran berpusatkan murid
menekankan kaedah perantis iaitu guru memberikan panduan ke arah memudahcarakan
penyelesaian masalah [ CITATION Sid07 \l 1033 ]. Penggunaan TMK dalam PdP juga
turut menekankan peranan individu (murid) untuk mencapai objektif pembelajaran.
Pembelajaran yang berbantukan TMK akan menyebabkan eksplorasi ilmu berlaku dan
secara tidak langsung proses perkembangan ilmu dapat dijana [ CITATION Ell93 \l 1033
].
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan,
integrasi bidang TMK dan pendidikan merupakan satu langkah yang proaktif untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti. Proses PdP akan menjadi lebih mudah sekiranya
para guru menggunakan TMK sebagai platfom untuk mengajar. Namun, apa yang

2
menjadi kekangan adalah sikap dan kemahiran guru untuk menggunakan TMK dalam
pelaksanaan PdP[ CITATION Abu11 \l 1033 ]. Dalam Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti dengan jelas menerangkan peranan guru sebagai perancang,
pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam
PdP yang berkesan untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan
pencapaian tahap optimum secara berterusan [ CITATION Jem17 \l 1033 ].

2.0 Takrifan
2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Terma Teknologi Maklumat dan Komunikasi, TMK (Information and
Communication Tchnology, ICT) telah lama digunakan sebagai salah satu istilah yang
diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan “teknologi yang berkaitan dgn
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui
penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.” [ CITATION Dewtt \l 1033 ].
Menurut Victoria L. Tinio di dalam buku ICT in Education, TMK merupakan satu set
teknologi dan sumber yang digunakan untuk berkomunikasi, mencipta, menyebarkan,
menyimpan dan menguruskan maklumat [ CITATION Tin02 \l 1033 ]

2.2 TMK dalam pendidikan


Salah satu keperluan negara maju ialah negara yang mempunyai masyarakat
berpengetahuan. Dalam konteks ini, pendidikan menjadi elemen terpenting untuk
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Kepesatan teknologi maklumat dalam era
globalisasi memaksa sistem pendidikan negara melakukan perubahan yang holistik
supaya proses PdP akan lebih bermakna dan berkesan. Integrasi antara TMK dan
pendidikan merupakan kunci Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)[CITATION Uma15
\t \l 1033 ]. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia percaya
bahawa penerapan elemen TMK dalam proses PdP disekolah perlu diselaraskan dengan
pengurusan pentadbiran kerana hal ini merupakan syarat asas untuk menjadikan malaysia

3
sebagai negara berpendapatan tinggi disamping memastikan kemenjadian murid berhasil
[ CITATION Kem13 \l 1033 ].
Sistem pendidikan negara kita telah menekankan penggunaan TMK di dalam bilik
darjah. Bermula pada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat pengajian tinggi.
Nur Qistina & Hazman Ali (2010) menjelaskan bahawa mata pelajaran Teknologi
Maklumat diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai
matapelajaran pilihan di sekolah menengah pada tahun 1998 [ CITATION Ali10 \l
1033 ]. Sejajar dengan itu, penubuhan Sekolah Bestari juga merupakan salah satu
komitmen KPM dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Sekolah
bestari merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang memberi peluang teknologi
maklumat interaktif dalam PdP. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran, meningkatkan kreativiti dan
pengetahuan pelajar melalui penggunaan TMK dan jaringan seluruh dunia melalui
inovasi [CITATION Jaa05 \l 1033 ]
KPM berpendapat bahawa TMK sebagai satu anjakan paradigma untuk
merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan
pedagogi, menstruktur organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan
yang lebih kuat antara sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar.
Justeru, terdapat 3 polisi utama yang dipegang oleh KPM dalam memperkasakan bidang
TMK dalam pendidikan. Pertama, TMK untuk semua pelajar supaya jurang digital antara
pelajar banda dan luar bandar dapat dikurangkan. Kedua, TMK sebagai wahana PdP
sama ada diwujudkan sebagai satu subjek baru atau elemen dalam subjek sedia ada.
Ketiga, menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sistem pengurusan [CITATION Ism08 \l 1033 ]

3.0 Aplikasi TMK


Pengaplikasian TMK dalam PdP memberi satu nafas baru kepada guru dan pihak
sekolah. Kini, terdapat pelbagai aplikasi TMK yang diperkenalkan dalam pendidikan
untuk membantu para guru dan pelajar menjalani proses PdP dengan lebih berkesan. Apa
yang pasti, pengaplikasian ini ternyata memudahkan teknik pengajaran para guru malah

4
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka ilmu pengetahuan [ CITATION
Ali10 \l 1033 ].

3.1 Penggunaan Mel Elektronik (E-mel)


Aplikasi E-mel telah mewujudkan situasi ‘komunikasi tanpa sempadan’. Dalam
konteks pendidikan, pelajar dapat berkomunikasi dengan guru berkaitan dengan hal-hal
pembelajaran melalui e-mel. Mel elektronik (E-mel) merupakan satu kaedah mengarang,
menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. E-
mel menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol,
SMTP) untuk membenarkan penggunanya berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya,
seorang pelajar yang kurang memahami kandungan pembelajaran di sekolah boleh
bertanya kepada gurunya dengan menghantarkan e-mel. Lantas, guru tersebut dapat
memberi respon dan maklum balas dengan menjawab e-mel yang dihantar oleh pelajar
berkenaan. Secara tidak langsung, wujud komunikasi antara pelajar dengan guru
berkaitan dengan pembelajaran. Rajah 1 menunjukkan cara bagaimana e-mel beroperasi [
CITATION Wiktt \l 1033 ]. Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), komunikasi antara guru
dan pelajar melalui e-mel dapat memberi motivasi yang tinggi kepada pelajar sepanjang
proses PdP di dalam bilik darjah[ CITATION Las97 \l 1033 ]

5
RAJAH 1: Ilustrasi operasi e-mel dan penerangannya (sumber: wikipedia)

3.2 Perolehan Maklumat melalui World Wide Web (WWW)

6
Sebagai seorang guru yang prihatin akan maklumat yang dikongsi kepada pelajar,
guru terbabit perlulah memberikan input yang terkini dan berkualiti. Melalui capaian
internet atas aplikasi web, maklumat yang diperoleh bukan sahaja berkualiti malah
membantu guru untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat. World Wide Web atau
WWW merupakan salah satu aplikasi TMK yang berfungsi sebagai medan maklumat
kepada guru dan pelajar. Maklumat yang tersedia di dalam web menggabungkan teks dan
grafik dalam satu dokumen. Selain daripada itu, gabungan audio, video dan animasi
dalam satu dokumen juga boleh diperolehi. Dokumen-dokumen ini dianggap sebagai
dokumen multimedia dan merupakan dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke
dokumen-dokumen atau lokasi lain [CITATION Ism08 \l 1033 ].
Apa yang menarik tentang web ini adalah pada keunikannya yang menyediakan
pelbagai latar belakang maklumat dari pelbagai kategori seluruh dunia. Sifat maklumat
yang sentiasa dikemaskini merupakan satu kelebihan kepada warga pendidik untuk
meluaskan pencarian maklumat. Contohnya, seorang murid mahu mendapatkan
maklumat lanjutan tentang perkara yang dipelajari di sekolah akan menggunakan enjin
carian (browser) untuk mendapatkan maklumat terbabit. Selain daripada mencari
maklumat, guru juga boleh membina laman web sendiri untuk memudahkan pelajar
mengakses intipati pembelajaran di dalam kelas seperti yang di lakukan oleh Cikgu
Narzuki melalui laman sesawang http://cgnarzuki.com.

3.3 Pembelajaran interaktif dalam talian – Frog VLE


Konsep Virtual Learning Environment (VLE) atau Persekitaran Pembelajaran
Maya di Malaysia dibangunkan di bawah projek 1BestariNet. Matlamat pelancaran
projek ini adalah untuk menyediakan akses berkelajuan tinggi (broadband) kepada setiap
sekolah awam di Malaysia di samping mewujudkan satu persekitaran pembelajaran
maya. VLE merupakan satu platform untuk guru, ibu bapa dan murid untuk saling
berkomunikasi dan berkongsi sumber pembelajaran. Contohnya, guru boleh
menggunakan VLE untuk memberi tugasan bacaan dan kerja rumah kepada murid, atau
berkongsi rancangan pengajaran dengan rakan setugas dari seluruh negara. Selain
daripada itu, ibu bapa juga boleh mengakses portfolio anak mereka[ CITATION
Kem13 \l 1033 ]. Program Frog VLE membolehkan murid-murid mempunyai daya fikir

7
dan nilai tambah apabila murid boleh belajar dengan kadar kendiri dalam persekitaran
yang selesa melalui Frog VLE.

RAJAH 2: Paparan Frontpage Frog VLE (pautan: https://frogasia.com/en/1bestarinet/)

3.4 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2001), penggunaan komputer
sebagai media dalam PdP akan memberikan banyak manfaat kerana komputer memiliki
keupayaan untuk mewujudkan hubungan interaktif, mempunyai unsur pengulangan dan
membuka ruang untuk maklum balas serta merta[ CITATION Ros01 \l 1033 ]. Umum
mengetahui, kehadiran komputer dalam apa jua bidang sekali pun akan membawa
perubahan besar dalam bidang tersebut. PPBK menggunakan komputer sebagai agen
penting dalam PdP. Secara ringkas, PPBK akan terbahagi kepada dua bahagian;
perkakasan komputer (computer hardware) dan perisian komputer (computer software)
[ CITATION Ism06 \l 1033 ]. Contoh perkakasan komputer termasuklah pemancar
paparan hablur cecair (liquid crystal display projector, LCD Projector) yang akan
berhubung dengan komputer untuk memancarkan paparan yang terdapat pada skrin
komputer kepada layar putih. Kebiasaannya, alat ini akan digunakan semasa guru
membentangkan sesuatu semasa PdP. Penggunaan projektor dalam bilik darjah akan
berjaya mencuri tumpuan pelajar untuk terus fokus semasa PdP.
Bagi kategori perisian komputer pula, terdapat banyak perisian yang boleh
membantu melancarkan proses PdP. Antaranya, Ms Word membantu pemprosesan
perkataan. Perisian ini berfungsi menggantikan alatan penulisan tradisional seperti pensel

8
atau mesin taip. Perisian ini juga boleh meningkatkan produktiviti guru dalam penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan tahunan (RPT). Selain daripada itu, terdapat
banyak lagi rangkaian perisian komputer, antaranya ialah Ms Excel; membantu membina
graf, carta & jalankan operasi matematik. Ms Access; berfungsi sebagai pangkala data.
Ms Power Point; membantu semasa membuat pembentangan elektronik dan banyak lagi
perisian-perisian komputer yang memudahkan urusan PdP dilaksanakan.

4.0 Pembelajaran semasa dan bukan semasa


Kini, kaedah pembelajaran dillihat sebagai salah satu faktor keberkesanan PdP
dan kualiti pendidikan dalam sesebuah negara. Pembelajaran semasa dan bukan semasa
menjadi topik perdebatan yang hangat dalam kalangan warga pendidik. Kedua-dua
kaedah ini boleh berlangsung secara tradisional atau dengan menggunakan TMK. Apa
yang membezakan antara kedua-duanya adalah bagaimana PdP disampaikan oleh tenaga
pengajar.
Pembelajaran semasa boleh berjalan seperti pembelajaran di dalam kelas.
Kebiasaannya, pembelajaran begini akan melibatkan perbincangan dalam kumpulan,
aktiviti dalam kumpulan atau proses pengajaran yang melibatkan kehadiran tenaga
pengajar. Pembelajaran ini akan berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan dan
akan melibatkan interaksi yang kerap berlaku antara guru dan pelajar. Sebagai contoh,
eskperimen untuk subjek sains atau biologi yang berlangsung di makmal sains. Guru
akan memberikan arahan secara langsung kepada pelajar dan pelajar berupaya
memberikan respons kepada arahan yang diberikan[ CITATION And14 \l 1033 ].
Pembelajaran semasa juga boleh dijalankan atas talian. Kaedah pembelajaran ini
berbentuk pengajaran yang berlaku pada masa yang sama namun melibatkan tempat yang
berasingan. Pembelajaran semasa atas talian ini biasanya akan melibatkan ramai pelajar
dari pelbagai kawasan yang dihubungkan dengan menggunakan internet[ CITATION
Gre13 \l 1033 ]. Sebagai contoh, video persidangan yang melibatkan tenaga pengajar
sebagai moderator persidangan. Proses PdP berlangsung bilamana pelajar berkongsi
maklumat dan data sepanjang persidangan itu berlangsung. Selain daripada itu, webinars
interaktif atau forum atas talian juga merupakan salah satu contoh pembelajaran semasa

9
atas talian. Pelajar dapat berinteraksi semasa mereka berkaitan dengan satu satu isu atau
perkara.
Pembelajaran bukan semasa merupakan kaedah pembelajaran yang melatih
pelajar untuk lebih berdikari. Pendekatan ‘self-study’ adalah konsep yang paling tepat
bagi kaedah pembelajaran sebegini. Pemperolehan ilmu berlaku pada skala yang lebih
kecil, pelajar belajar melalu penglihatan, pendengaran, dan pembacaan yang dilakukan
tanpa ada campur tangan dari tenaga pengajar. Kebiasaannya, pembelajaran ini tidak
melibatkan sebarang interaksi dengan guru atau pelajar lain dan proses pembelajaran
berlangsung dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan. Pelajar bebas menentukan julat
masa dan durasi pembelajaran[ CITATION And14 \l 1033 ]. Kaedah pembelajaran begini
dilihat lebih mencabar kredibiliti dan kemampuan pelajar. Tiada perbezaan yang ketara
antara pembelajaran bukan semasa secara tradisional dan atas talian. Hal ini kerana
semasa proses pembelajaran berlangsung, pelajar menggunakan internet sebagai agen
mencari maklumat. Justeru, proses ini dilihat tidak mempunyai perbezaan yang ketara
dengan aktiviti mencari maklumat menggunakan buku di perpustakaan.
Jelaslah bahawa, kedua-dua kaedah pembelajaran ini dilihat mampu merangsang
deria pelajar semasa PdP berlansung. Apa yang membezakannya adalah kehadiran guru
atau tenaga pengajar yang membantu sebagai pemudahcara.

5.0 Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai pendorong Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan – tinjaun literasi
Selain daripada membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajaran. TMK di lihat
mampu merangsang deria-deria pelajar apabila menggunakan pelbagai media elektronik
yang tersedia. Bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara, perkembangan pelajar perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek[ CITATION Kemtt \l 1033 ]. Justeru, penggunaan TMK dalam PdP mampu
melahirkan generasi yang berketerampilan dan berkualiti. Model Pengajaran Gagne
(1981) menjelaskan terdapat sembilan tahap pengajaran yang boleh diambil kira semasa
menjalankan PPBK. Antaranya termasuklah mendapatkan perhatian, memaklumkan

10
objektif kepada pelajar, mengingat kembali pengetahuan sedia ada, menyampaikan
maklumat, membantu pembelajaran, memberi latihan, memberi maklum balas, menilai
pencapaian dan mengingat kembali[ CITATION Gag81 \l 1033 ]. Model ini secara tidak
langsung membantu para guru untuk merancang pengajaran yang berkesan. Sehingga
kini, masih belum terdapat sebarang kajian empirikal yang menyatakan tentang hubungan
penggunaan TMK dengan pembelajaran murid. Laporan UNESCO tahun 2011 yang
bertajuk Transforming Education: The Power of ICT Policies menyatakan, “terdapat
beberapa kajian yang menunjukkan unjuran positif antara penggunaan komputer dengan
pencapaian pelajar, sesetengah daripadanya menunjukkan unjuran yang negatif dan ada
juga yang menunjukkan tiada apa-apa perkaitan”[ CITATION UNE11 \l 1033 ].
Kulik (2003) telah menganalisis dapatan 75 kajian dan laporannya yang bertajuk
The Effects of Using Instructional Technology in Elementary and Secondary Schools:
What Controlled Evaluation Studies Say mendapati bahawa “penggunaan ICT secara
selektif boleh memberi impak yang positif kepada pembelajaran murid”[ CITATION
Kul03 \l 1033 ]. Sebagai contoh, murid yang menggunakan tutorial berkomputer bagi
mata pelajaran Matematik, Sains Tulen dan Sains Sosial mendapat skor ujian lebih tinggi
dalam mata pelajaran berkenaan. Murid sekolah rendah yang menggunakan perisian
tutorial dalam bacaan juga mendapat skor lebih tinggi dalam ujian membaca.
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling (2005) menyatakan PPBK dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
guru serta pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, TMK juga memberikan peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Secara tidak langsung, hal ini akan
meningkatkan motivasi guru dan pelajar lantas membuka ruang pembelajaran
individualistik (individualise learning). Selain daripada itu, guru boleh mengakses
maklumat yang sukar diperolehi melalui internet kemudian mengumpul maklumat
tersebut dengan sistematik. Pembudayaan TMK juga mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar sehinggakan sesuatu yang sukar
menjadi mudah. Secara tidak langsung meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar
serta memberikan peluang kepada mereka untuk lebih berdikari dengan bimbingan yang
minimum[ CITATION Shi05 \l 1033 ]. Sebagai contoh, pengajaran dengan teknik

11
pembentangan menggunakan Ms Power Point membantu pelajar untuk membuat ulang
kaji dengan ulang tayang nota yang dibentangkan oleh guru.
Penggunaan TMK dalam pendidikan juga banyak membantu guru semasa
membuat persediaan sebelum mengajar. Umar & Mohd Yusoff (2014) menjelaskan
penggunaan internet membantu para guru untuk mencari bahan pengajaran dan saling
berkomunikasi antara rakan sekerja untuk berkongsi maklumat. Perkongsian ini
menggunakan aplikasi komunikasi internet seperti e-mel, chat-rooms dan laman sosial
seperti Facebook. Selain daripada itu, penggunaan komputer juga banyak membantu para
guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menyimpan data pelajar,
membuat nota dengan menggunakan perisian seperti Ms Word, Ms excel dan Ms Power
Point.
Sidin & Mohamad (2007) menyatakan “terdapat perbezaan yang signifikan ke
atas pencapaian pelajar. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah
lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya
berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem
pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan
semasa latihan perguruan. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu
dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT
di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan”[ CITATION
Sid07 \l 1033 ].

6.0 Rumusan
Kemajuan dunia yang semakin rancak tidak menjadi penghalang buat sektor
pendidikan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sektor-sektor yang
lain. Kehadiran TMK dalam pendidikan telah mengubah proses PdP. Tugas para guru
akan jadi lebih mudah lantas guru akan memudahkan PdP. Para pelajar juga akan lebih
bermotivasi untuk belajar. TMK dalam pendidikan memberikan kesan jangka panjang
kepada negara. Meskipun terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakan PPBK,
namun, dengan iltizam yang tinggi dari KPM, kekangan-kenangan itu tampak mudah
untuk di atasi. Keberkesanan amalan TMK dalam PdP sememangnya memberi kesan
yang positif. Secara tidak langsung kualiti pendidikan negara akan meningkat. Apa yang

12
diharapkan dalam menempuh era ‘Dunia Tanpa Sempadan’ ini adalah supaya KPM akan
terus istiqomah dalam merencana dasar dan menggerakkan tindakan untuk terus
memperkasakan TMK dalam pendidikan. Para guru juga diharap dapat meningkatkan
kemahiran TMK mereka agar lebih mudah untuk bekerja dengan bantuan TMK. Selaku
golongan sasaran, para pelajar diharap dapat memanfaatkan amalan ini demi masa depan
yang lebih berkualiti.

13
7.0 Senarai rujukan
Abu Bakar, Z., Noordin, M., & Hatib, A. (2011). Penguasaan Kemahiran Ict Dalam Kalangan
Guru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan. Seminar Serantau Perguruan Ugama (hlm.
30-37). Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Ali, Hazman & Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina. (2010, Oktober 9). Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Universiti Teknologi Malaysia
Institutional Repository:
http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf
Bradbury, L., Jones, P., & Le Boutillier, S. (2011). Introducing Social Theory (ed. Second).
Malden, USA: Polity Press.
Cole, J. (2005). Cahpter 13: Internet and Society in a Global Perspective: Lessons from Five
Years in the Field. Dalam M. Castells, G. Cardoso, M. Castells, & G. Cardoso (Ed.), The
Netwok Society: From Knowledge to Policy (hlm. 305-323). Washington, DC, USA: John
Hopkins Center for Transatlantic Relation.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Carian: Kamus Bahasa Melayu: Maklumat kata: Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Pusat Rujukan
Pesuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?
keyword=teknologi+maklumat+dan+komunikasi
Ellington, H., Percival, F., & Race, P. (1993). A Handbook of Educational Technology:
Practical Guide for Teachers. London: Kogan Page Ltd.
Gagne, R. (1981, September 9). Planning and Authoring Computer-Assisted Instruction Lessons.
Educational Technology, Volume 21, 17-21.
Great Schools Partnership. (2013, Ogos 29). ASYNCHRONOUS LEARNING. Didapatkan
Februari 1, 2018, daripada The GLOSSARY OF EDUCATION REFORM:
https://www.edglossary.org/asynchronous-learning/
Habibah Lehar. (2007). The Malaysian Economy: Past and Present. Shah Alam, Selangor,
Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Hughes, A. (2014, November 26). Comparing Asynchronous and Synchronous Learning.
Didapatkan Februari 1, 2018, daripada LEARNING SOLUTIONS: A PUBLICATION
OF THE ELEARNING GUILD :
https://www.learningsolutionsmag.com/articles/1577/comparing-asynchronous-and-
synchronous-learning
Ismail Gani, A., Hj. Siarap, K., & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-
Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau
Pinang. Kajian Malaysia 24(1&2), 24, 203-225.
Ismail, K. (2008, Ogos 14). PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN. Didapatkan Februari 1,
2018, daripada SCRIBD: https://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-
DALAM-PENDIDIKAN
Jaafar, A. G., How, L. C., C. Karuppaya, K., & Baharom, B. (2005). KONSEP DAN
PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA. Seminar Isu Pendidikan
(hlm. 47-64). Universiti Teknologi Malaysia: Jawatankuasa Seminar Pelajar Pengajian
Siswazah, Fakulti Pendidikan.

14
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Putrajaya: Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/09_Sept/1.%20Dokumen
%20SKPMg2%20VERSI%20PELANCARAN.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.). Utama: Dasar: Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Didapatkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Kerajaan Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima, 1986-1990. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Bhd.
Kerajaan Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Kerajaan Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Keujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Bhd.
Kulik, J. (2003). Effects of Using Instructional Technology in Colleges and Universities: What
Controlled Evaluation Studies Say. University of Michigan, Science and Technology
Policy Program of SRI International. Arlington: SRI International.
Lasarenko, J. (1997). Wired for Learning . Indianapolis, USA: Que Publication.
Mitchel, W. J. (2005). Chapter 14: E-topia: Information and Communication Technologies and
the Transformation of Urban Life. Dalam M. Castells, G. Cardoso, M. Castells, & G.
Cardoso (Ed.), The Netwoek Society: From Knowledge to Policy (hlm. 325-333).
Washington, DC, USA: John Hopkins Centre for Transaltantic Relation.
Rosenberg, M. (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. New
York, USA: McGraw-Hill Companies, Inc.
Shiung, T., & Ling, W. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT
Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Isu Pendidikan. UTM: Jawatankuasa
Seminar Pelajar Pengajian Siswazah.
Sidin, R., & Mohamad, N. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dlam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2017, Disember 22). Laman Utama: Muat
Turun: Penerbitan: Laporan Tahunan SKMM: Laporan Tahunan SKMM 2016.
Didapatkan Februari 1, 2018, daripada PORTAL RASMI BAGI SURUHANJAYA
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA:
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC
%20AR2016%20BM%20latest.pdf
Tinio, V. L. (2002). ICT in Education. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Academia.Edu:
https://www.academia.edu/36046572/ICT_in_Education
Umar, I., & Abu Hassan, A. (2015). Malaysian Teachers' Levels Of ICT Integration And Its
Perceived Impact On Teaching And Learning. 7th World Conference on Educational
Sciences (WCES-2015) (hlm. 2015-2021). USM: Elsevier Ltd.

15
Umar, I., & Mohd Yusoff, M. (2014). A study on Malaysian teachers’ level of ICT skills and
practices, and its impact on teaching and learning. 5th World Conference on Educational
Sciences (WCES 2013). 116, hlm. 979–984. USM, Penang, Malaysia: Elsevier Ltd.
UNESCO. (2011). Transforming Education: The Power of ICT Policies. United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization. Paris: UNESCO.
Wikipedia. (t.t.). Mel elektronik. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mel_elektronik

16

You might also like