You are on page 1of 20

Senario ICT dalam pendidikan di Malaysia

Pada masa kini, revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia yang melanda dunia telah

banyak mempengaruhi masyarakat secara global. Untuk mengharungi cabaran ini serta merealisasikan

matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil

inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari dua aspek berbeza iaitu; pertama dari sudut pengajaran

guru (guru menggunakan ICT) dan aspek kedua adalah pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam

konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan

komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.

Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT
dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin sekolah dalam

membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan sumber dan

program perkembangan staf di samping peranan guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun Malaysia masih lagi sebuah negara membangun, namun ia telah mengalami

pembangunan yang pesat dari segi infrastruktur sama ada di dalam dan luar bandar. Kepesatan ini

melibatkan peranan pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang turut bekerjasama dalam pembentukan
dan

pencapaian wawasan 2020 yang di laungkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Perkembangan ICT dilihat sebagai satu bidang yang amat berpotensi di

masa akan datang, yang mana ia mampu memberikan sumbangan yang menarik dan berkesan kepada

penggunanya. Sebagai persediaan menuju ke ambang kemajuan dan kepesatan ini, kerajaan Malaysia

telah merancang dan mengambil langkah drastik dengan merubah dasar negara mengikut kesesuaian

keadaan dan keperluan hasil dari perkembangan intelektual masyarakat yang celik ilmu dan ICT

disamping melahirkan tenaga kerja yang produktif, kritis dan inovatif dalam menghadapi alaf bar.
Kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, melalui Profil membaca Rakyat

Malaysia 2005 mendapati sebanyak 24.6% rakyat Malaysia memiliki komputer di tempat kediaman

berbanding 75.4% yang tidak memilikinya. Pemilikan komputer antara penduduk di bandar dan
penduduk

di luar bandar adalah hampir sama banyaknya, iaitu 22.7% bagi bandar dan 22.0% bagi luar bandar. Ini

dimantapkan lagi dengan kebolehan akses kepada internet didapati 53.4% responden mempunyai

sambungan internet di rumah, dan 83% daripadanya yang menggunakan komputer di pejabat
mempunyai

akses kepada internet. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan komputer dan internet secara

keseluruhannya digunakan untuk mencari malumat, berkomunikasi melalui email dan untuk hiburan,

17.7% rakyat Malaysia menggunakan internet untuk tujuan bersembang atas talian, membuat urusan

perbankan dan perdagangan elektronik dan forum.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat terutama dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran, pembinaan Pusat Sumber Sekolah turut giat dijalankan oleh pihak kerajaan. Pusat
Sumber

Sekolah tidak lagi boleh kekal sebagai perpustakaan atau gedung simpanan buku semata-mata tetapi

sebaliknya berkembang menjadi Pusat Sumber Elektronik (PSE) lengkap dengan kemudahan multimedia

termasuk CD-ROM dan Internet. Untuk itu, guru sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan

pengetahuan tentang literasi komputer supaya PSE akan dapat digunakan dengan lebih berkesan. Ini
juga

akan dapat melahirkan generasi muda yang celik komputer dan dapat menggunakan teknologi canggih

dalam pembelajaran mereka.

Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah dalam proses pembelajaran dan pengajaran amat penting

sekali terutama dalam kaitannya dengan falsafah pendidikan negara. Ini bermakna Pusat Sumber
Sekolah

harus merancang program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan perkembangan potensi

pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi di samping mampu menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk merangsang perkembangan diri pelajar. Langkah ini secara tidak
langsung

akan merangsang guru sekolah untuk bersikap lebih proaktif, kreatif dan inovatif dalam menguruskan

Pusat Sumber Sekolah.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah

masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah

cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa
kepada

implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan..

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan

guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian
dengan

mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk

membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi

teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT

menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional .

Integrasi ICT dan literasi maklumat dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan

sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara kerajaan, pemimpin, kementerian yang

berkaitan, pengetua, guru besar, guru, pelajar dan ibu bapa. Sekolah tiada pilihan lain melainkan

menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT

untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin
sekolah

dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf
adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang
untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesedaran literasi maklumat dalam dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini amat mencabar

dan perlu seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang maju. Kajian yang dijalankan

pada tahun 2005 tutur mendapati, kadar literasi komputer hampir seimbang dari segi kumpulan rakyat

Malaysia. Etnik Bumiputra (Sabah, Sarawak, Semenanjung) mencapai tahap 46.7%, Cina 49.0%, India

46.1% dan lain-lain kumpulan etnik sebanyak 38.1%.

Oleh itu, transformasi dalam bidang pendidikan masa kini perlu lebih giat dijalankan demi

memastikan masyarakat Malaysia amnya dan pelajar sekolah khususnya dapat menikmati kemajuan

teknologi ini. Masyarakat amat bergantung dan berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dan semua Institusi Pendidikan di Malaysia mampu merancang dan melaksanakan sistem pendidikan

yang terkini bagi melahirkan individu yang kreatif, berinovasi, berilmu dan boleh menguasai kemahiran

teknologi maklumat ini. Perubahan dan tuntutan baru ini diharapkan dapat membantu generasi muda

untuk menjadi seorang individu yang dianggap sebagai literasi teknologi maklumat dan juga literasi

maklumat. Sehubungan dengan itu, dasar pendidikan Negara juga perlu diubah demi memastikan hasrat

ini dapat dicapai semaksimum yang mungkin. Impak teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini turut

mencabar fungsi pendidikan kebangsaan Negara di mana perlaksanaan penggunaan ICT ini perlu

dirancang dengan sebaik mungkin menggunakan pendekatan dan paradigma baru yang lebih moden,

efisyen dan berdaya saing.

Menurut Drucker (2003), konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) telah

menjadikan pendidikan ICT dan litersi maklumat ini semakin penting dan diberi perhatian oleh sama ada

individu, organisasi mahu pun pemerintah. Pendidikan formal perlu ditampung oleh keperluan ICT bagi

melahirkan pekerja dan masyarakat yang berpengetahuan (knowledge society). Cabaran-cabaran pada
era

globalisasi ini merangkumi keseluruhan daripada dimensi hidup manusia iaitu ekonomi, politik dan
sosial. Malah lebih penting lagi adalah cabaran terhadap nilai-nilai spiritual dan budaya manusia. Inilah

abad kapitalisme (the Age of capitalism) yang menginstitusikan manusia berpelajaran (educated person)

dan masyarakat bermaklumat (knowledge society) sebagai teras pembangunan individu, masyarakat
dan

negara secara keseluruhannya.


Sekolah Bestari
Antara usaha KPM dalam melestarikan pendidikan ICT ini adalah dengan mewujudkan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi

amalan pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi

Zaman Maklumat. Namun begitu, KPM dan pihak pengurusan sekolah perlu menekankan aspek penting

dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari ini, misalannya, kemahiran berfikir, membuat

keputusan, penggunaan alat teknologi maklumat sama ada untuk pembelajaran mahupun
berkomunikasi.

Pembestarian ialah proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi dalam pendidikan

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Matlamat

Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan

menggunakan ICT sebagai pemangkin dan pendorong kepada pengajaran dan pembelajaran. Objektif

pembestarian adalah seperti berikut:

i. Membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-

ekonomi.

ii. Mengimbangkan jurang digital di antara bandar, luar bandar dan pedalaman

iii. Membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif

iv. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT

Dasar Pembestarian semua sekolah adalah merangkumi dasar ICT iaitu;

i. ICT untuk semua pelajar

ii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata

pelajaran

iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Pelaksanaan pembestarian ini merangkumi tiga elemen utama iaitu:

i. infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan

ii. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan


iii. Pembangunan Sumber Manusia.

Fokus utama ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai capaian ICT yang sama dengan:

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi untuk semua pelajar

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Antara program yang telah dilaksanakan ke sekolah- melalui projek Kementerian Pelajaran adalah
seperti

berikut:

i. projek makmal Komputer Sekolah

ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

iii. rangkaian SchoolNet

iv. rancangan TV pendidikan

v. projek Rintis Sekolah Bestari

vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

ix. latihan ICT Guru

x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan

keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

(Sumber:Laman web, Bahagian Teknologi Pendidikan – Teknologi untuk pendidikan bestari)

Projek SchoolNet

Selain dari Sekolah Bestari, KPM dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi turut

menyediakan infrastruktur komunikasi bagi merapatkan jurang digital di antara pelajar sekolah

di bandar dan luar bandar. Usaha in dibuat bagi memoden dan mempertingkatkan keberkesanan

sistem pendidikan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan suasana
pendidikan yang berunsurkan interaktif. Oleh itu, sebanyak 10,000 buah sekolah dipastikan

dapat menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”

untuk memberi akses yang lebih cepat bagi tujuan P & P menggunakan ICT. Wawasan SchoolNet ini

adalah bertujuan untuk:

1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.

2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.

3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Pemantauan Keberkesanan Pelakasanaan ICT di Sekolah


Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah

untuk memantau penggunaan ICT di sekolah. Dua sistem pemantauan telah diletakkan dalam portal

Bahagian Teknologi Pendidikan, iaitu:

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Aplikasi ini diwujudkan bagi mendapatkan maklum balas dari sekolah berkaitan pembudayaan

dan penggunaan ICT di sekolah tersebut. Penggunaan ini pada asalnya dijalankan secara manual

di 88 buah sekolah bestari dan kini aplikasi berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat

penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Rancangan Malaysia ke-10


Dalam RM ke-10, aspek pendidikan telah menjadi antara isu yang penting dibincangkan

demi meningkatkan modal insan di kalangan generasi muda. Antaranya ialah merombak sistem

pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar, di mana Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah
melengkapkan

mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

(Sumber:Laman web, Bahagian Teknologi Pendidikan – Teknologi untuk pendidikan bestari)


Pelaksanaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
Perlaksanaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian bagi

memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan antara

lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT dengan memperluaskan akses dan

ekuiti dalam kemudahan ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran

dengan menggunakan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran,

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personal

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan,

meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan program

penyelidikan dan pembangunan, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan

masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan

Pendidikan,2007).

Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana

pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara

berkesan (Mok Soon Sang,2003). Tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar

melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses

memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi
melalui

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan
bahawa

pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat

teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan satu

langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya,

pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah


antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam pendidikan yang

berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning).

Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar

boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini mengandungi

cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar.

Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di luar

waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan

dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian

pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai medium bagi menyampaikan pengajaran dan bukan

bergantung semata-mata kepada penerangan secara lisan. Ia memerlukan bahan-bahan


sokongan dan

perkakasan seperti komputer, projector overhead (OHP), pita rakaman, televisyen dan LCD
projector

dalam kaedah penyampaian yang seimbang bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran.

Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan potensi individu dari segi JERIS iaitu

jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosialnya telah mengilhamkan kerajaan untuk
mewujudkan

sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya
multimedia bagi

memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat melahirkan masyarakat yang
berdaya maju dan
produktif dalam menghadapi cabaran alaf baru. Menyedari hal ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia,

berpendapat minda yang kreatif dan inovatif perlu diterapkan sejak zaman kanak-kanak. Ekoran
dari itu,

tumpuan diberi kepada penggubalan kurikulum yang ada agar selari dengan perkembangan
zaman dan

ICT.

Perubahan global dalam dunia pendidikan telah menjana kepada minat dan usaha bagi para

pendidik menggunakan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (Rosidayu Sabran,
2006).

Faktor- faktor penggerak yang lain seperti kos teknologi bagi perkakasan dan perisian yang
murah,

perisian bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mesra pengguna dan perkembangan
dalam teori

dan model pendidikan yang bertumpu kepada pemusatan pelajar.

Guru memainkan peranan sebagai fasilitator bagi pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah. Seiring dengan perubahan masa, proses pengajaran dan pembelajaran telah berubah
daripada

kaedah eksposisi kepada pengajaran yang lebih bertumpu kepada pengekplorasian sesama
pelajar. Pelajar

secara individu berpeluang untuk belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut
kadar yang

bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehannya. Melalui kaedah ini, antara pendekatan
yang dapat

dijalankan oleh guru adalah dengan menghadapi perubahan dari segi model dan amalan
pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, iaitu dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam


pengajaran.

Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70- an telah meninggalkan impak yang besar bagi
penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan di Malaysia (Chee, 2000). Suasana
pembelajaran dan

pengajaran di dalam bilik darjah tidak lagi bertumpu kepada elemen “chalk and talk”, malah
telah diganti

dengan pendekatan yang lebih interaktif dan kondusif seperti penggunaan komputer dan bahan

multimedia.

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berasaskan memori kepada
aspek

yang berorientasikan pengetahuan, pemikiran, kreativiti dan penyayang melalui penggunaan


teknologi

terkini (KPM, 1997). Pelajar juga perlu memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan
(“selfdirected”)

dan kemajuan (“self- pace”) pembelajaran kearah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang

ditetapkan (Dana Sudjana dan Ahmad Rivai, 1989).

Selaras dengan perkembangan ini, para guru disaran agar menggunakan pendekatan strategi
ICT

seperti penggunaan multimedia dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Perkataan


multimedia adalah

berasaskan kepada 2 perkataan utama iaitu “multi” dan “medium”. Multi bermaksud pelbagai
dan

medium adalah sebuah alatan yang digunakan bagi menyampaikan atau membuat sesuatu,
selain daripada

bertindak sebagai perantara (Michael, 2001). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer,
medium

dianggap sebagai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, muzik dan
sebagainya.

Teknologi maklumat contohnya seperti multimedia sememangnya mampu menghasilkan impak


yang
besar dalam bidang pendidikan hasil daripada pengintegrasian elemen teks, grafik, animasi,
audio dan

video. Selain itu multimedia juga membantu kepada pengembangan proses pengajaran dan
pembelajaran

kearah yang lebih dinamik. Guru seharusnya memperkasakan diri dengan kefahaman akan
penggunaan

teknologi tersebut dengan lebih efektif agar dapat membantu menghasilkan idea- idea bernas
terutamanya

untuk diguna pakai dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi maklumat juga membolehkan guru mengamalkan gaya pembelajaran yang pelbagai

untuk pelajar menerusi elemen yang terdapat di dalamnya. Bagi pelajar yang mempunyai
kelebihan

belajar dengan cepat, peluang akan diberikan untuk meneroka dan menggunakan sendiri
aplikasi

multimedia dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini dapat menggalakkan pelajar tersebut
untuk

menjalankan proses pencarian dan tidak hanya bergantung kepada guru untuk memberikan
maklumat

yang dikehendakinya. Sebaliknya bagi pelajar yang lambat dalam sesi pembelajaran, peluang
akan

diberikan untuk pelajar tersebut mengulangi semula perkara yang sudah dilalui sehingga
mampu untuk

memahami perkara yang dipelajari. Dengan ini dapat dilihat elemen interaktif dalam teknologi

multimedia menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan proaktif dalam membina pengetahuan

berdasarkan pilihan, kadar dan kehendak sendiri.

Kelebihan lain bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat

memangkin kepada penjanaan pembelajaran secara koperatif, seperti mewujudkan interaksi di


antara
pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan. Khususnya, Pembelajaran Koperatif
(“Cooperative

Learning”) boleh didefinisikan sebagai satu bentuk strategi pembelajaran yang bersistematik di
mana

kumpulan kecil dibentuk belajar atau bekerjasama bagi mencapai matlamat dan kejayaan dan
guru

bertindak sebagai fasilitator (Slavin, 1990).

Hasil daripada pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya

penggunaan elemen multimedia dilihat sebagai kaedah bagi menggalakan minat pelajar
mengikuti sesi

pembelajaran tersebut, selain daripada membantu penguasaan maksimum terhadap tajuk yang
dipelajari.

Kelebihan multimedia selain bertindak sebagai pemudahcara adalah sebagai pengganti atau
menyokong

kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru dalam
menyampaikan

maklumat kepada para pelajar (Neo dan Neo, 2004).

Pendekatan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran


Menurut Doyle, C. (1994) literasi maklumat adalah, keupayaan untuk mengakses menilai dan

mengguna maklumat dari pelbagai sumber. Literasi maklumat amat penting di dalam bidang
pendidikan

khususnya dan pengajaran dan pembelajaran amnya adalah kerana ia merupakan penyumbang
utama

kepada;

1. Polisi dan pembangunan negara yang mana membantu membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan (k-ekonomi). Selain dari itu ia turut juga menyumbang dari segi faktor
memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia

berpengetahuan.

Pada dasarnya, Kerajaan mengkehendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan


menguasai

pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT). Justeru itu pengetahuan berkenaan


teknologi

maklumat dan literasi maklumat dipandang penting oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Perkembangan

dalam KPM

- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang

- beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera

- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan
dengan

bantuan ICT

- Pembangunan ICT dalam pendidikan

2. Kemahiran maklumat perlu untuk bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu

bergantung kepada maklumat. Pembelajaran secara berdikari adalah peting dalam menghayati

konsep pendidikan seumur hidup. Ia juga menjadi penyumbang kepada pencapaian negara –
KMasyarakat

dan K-Ekonomi
Isu Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat
dalam Pengajaran

& Pembelajaran
ICT atau ringkasnya Information Communication and Technology atau Teknologi Maklumat dan

Komunikasi bermaksud kepelbagaian sumber dan alat yang digunakan untuk berkomunikasi,
menyimpan,

menyebarkan dan menguruskan maklumat. Teknologi yang digunakan adalah seperti komputer,
internet,

radio, televisyen dan sebagainya.

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

ICT untuk semua pelajar

ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata

pelajaran

ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Terdapat juga isu di mana persoalaan yang timbul adalah kemajuan teknologi ICT ini akan

menggantikan peranan guru di sekolah kelak?. Ini secara tidak langsung turut menyumbang
kepada

kurangnya penggunaan ICT di sekolah dan ada juga guru yang tidak mahu mempelajari
teknologi ICT ini

kerana bimbang pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada ICT dari guru. Kenyataan ini ada
juga

kebenarannya kerana kawalan dan had penggunaan ICT di kawasan Bandar adalah tidak
terkawal

berikutan kemunculan kafe internet (cybe café) yang menyediakan kemudahan mengakses
internet

sehingga 24 jam berbanding dengan kawasan luar Bandar.

Walaubagaimanapun, bagi melahirkan pelajar yang literasi maaklumat, pendedahan awal perlu
diberikan dan guru serta ibubapa perlu mengawal penggunaan ICT ini supaya pelajar tidak

menyalahgunakan kemudahan teknologi ini.

WEB 2.0

Kemunculan WEB 2.0 juga telah banyak mengubah persepsi pelajar dan sekolah dalam

penggunaan ICT. Ketaksuban pelajar dan masyarakat terhadap Fcebook, Twitter, Friendster,
Youtube

dan sebagainya adalah hasil kemunculan WEB 2.0 yang juga dikenali sebagai web komunikasi
sosial.

Ianya membolehkan pengguna berhubung sesame sendiri, memberi pendapat, mendengar


music, melihat

gambar, berkongsi idea dan banyak lagi. Kesemua ini melibatkan penggunaan ICT secara
interaktif.

Cabaran
Cabaran yang paling hebat dihadapi oleh dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini adalah

jurang digital (digital divide) yang amat besar di kalangan masyarakat Malaysia terutama sekali
pelajar

sekolah. Ini bermakna pengenalan dan pengintegrasian ICT di kalangan pelbagai lapisan pelajar
sekolah

akan menghadapi kesukaran dan halangan yang akan menyebabkan jurang digital semakin
besar dan

penyebaran maklumat atau ilmu pengetahuan akan terganggu. Jurang digital ini berlaku di
kalangan

masyarakat bandar dan luar bandar disebabkan oleh jurang ekonomi yang besar dan
ketidakstabilan

sosial.
Melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi ICT ini, pelajar sekolah secara

tidak langsung akan dimotivasikan melalui penggunaan perisian komputer, video, televisyen
yang

mengaplikasikan teknologi imej berwarna warni, animasi, bunyi yang akan meningkatkan minat
dan

kecenderungan pelajar untuk lebih mendalami dunia ICT ini. Teknik pengajaran dan
pembelajaran (P &

P) juga akan menjadi lebih menarik sekiranya pelajar menggunakan internet untuk
mendapatkan

maklumat dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Penggunaan ICT ini juga akan

menggalakkan pelajar untuk berfikir, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif dalam
pencarian

maklumat. Guru juga akan mendapat manfaat yang banyak melalui peenggunaan ICT dalam P &
P ini

kerana kemahiran ini dapat memperbaiki teknik pengajaran mereka agar lebih menarik dan
dapat menarik

minat pelajar untuk mendengar dan member tindakbalas dalam proses pembelajaran. Inilah
sebenarnya

cabaran yang paling besar perlu dipikul oleh guru dan Pusat Sumber Sekolah dalam memastikan
objektif

dan misi pelaksanaan ICT ini dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh pihak sekolah adalah kekangan kewangan dan tenaga

pengajar yang mahir ICT untuk mendidik dan membimbing pelajar menggunakan teknologi ini.

Kesedaran penggunaan ICT ini juga perlu mendapat kerjasama dari semua pihak, iaitu KPM,
Institusi

Pendidikan, pihak sekolah, ibubapa dan pelajar sekolah sendiri. Sebagai sebuah Negara
membangun,

Malaysia sememangnya menghadapi kemelut ekonomi yang meruncing dan ini turut memberi
impak
yang besar kepada industri pendidikan. Faktor ketidakstabilan sosial juga turut menyumbang
kepada

kelembapan pembangunan ICT di sekolah.

Di samping itu, akses kepada ICT juga merupakan masalah yang besar di Malaysia. 83%

masyarakat di luar Bandar dan 60% masyarakat di bandar mendapati akses kepada ICT adalah
terlalu

mahal. Mengikut perangkaan yang pernah dijalankan di Malaysia, dari 1.5 juta rakyat Malaysia
yang

menggunakan internet, 50% darinya adalah di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini
telah

wujudkan jurang digital yang amat besar di dalam masyarakat di Malaysia. (Education
Quarterly, 2001).

Masalah ini juga semakin meruncing kerana hampir 80% bahan pengajian interaktif dan laman
sesawang

adalah dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Ini telah mengakibatkan
pembelajaran dan

pengajaran menjadi agak lambat kerana pelajar kuang memahami bahasa kedua ini.

Di samping itu, sekolah dan guru juga menghadapi dilema dalam mengawasi dan memastikan

pelajar sekolah hanya dapat mengakses maklumat yang berkualiti dan bernilai serta mampu
untuk

mengenepikan atau mengasingkan maklumat yang tidak benar dan tidak sesuai untuk peringkat
umur

mereka. Kawalan ini perlu dilaksanakan oleh guru yang mengajar ICT dan juga kakitangan Pusat
Sumber

Sekolah. Kaedah yang terbaik adalah dengan pelaksanaan program antara guru dan Pusat
Sumber di

mana pelajar diminta untuk menyiapkan tugasan atau mendapatkan maklumat di Pusat Sumber
yang turut
menyediakan kemudahan ICT. Namun begitu, penggunaan yang berterusan dan kemudahan
yang terhad

akan menyebabkan program sebegini jarang dapat dilaksanakan oeh pihak sekolah. Oleh itu,
persoalan

utama di sini adalah apakah langkah yang sebaiknya untuk mengurangkan jurang digital di
kalangan

pelajar bandar dan luar bandar demi memastikan kedua-dua pihak ini mendapat pendedahan
ICT dan

menjadi seorang literasi maklumat yang seimbang?.

Cabaran lain yang turut dirasai oleh Malaysia dalam sektor pendidikan adalah kestabilan

teknologi. Walaupun teknologi ICT di Malaysia adalah lebih baik dari sesetengah Negara Asia
namun

sektor pendidikan dan KPM menghadapi masalah dalam pemilihan dan pembelian teknologi
yang boleh

bertahan lama dan efektif untuk jangkamasa yang panjang. Oleh itu, pakar komputer atau
pakar ICT

perlu membantu KPM untuk membuat pemilihan dan member khidmat nasihat supaya
tindakan yang

diambil tidak merugikan mana-mana pihak.

You might also like