You are on page 1of 3

FORUM 1

NAME
DEMMIE DENNIS CHUAN

MATRIC NO
MS201012534
COURSE CODE
ESEB4393
COURSE TITLE
APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU
SEMESTER
SEMESTER 8
SECTION
MS-D1
DATE
02 FEBUARI 2023
Dalam era globalisasi ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

dalam pengajaran amat penting di sekolah. Pendedahan awal merupakan strategi

yang dilaksanakan oleh sekolah untuk memberi nilai tambah kepada generasi muda

kemahiran yang mereka perlukan untuk menghadapi ledakan maklumat dan

mengharungi arus globalisasi, contohnya, meta-kurikulum TMK sejak 1990-an.

Pada pendapat saya, penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar sekolah membolehkan sesi pembelajaran murid berlansung

secara lancar dengan adanya infrastruktur dan perkakasan TMK yang mencukupi dan

terkini di semua peringkat sekolah. TMK perlu dipraktikkan terutamanya dalam

keadaan pandemic ini agar pelajar mampu belajar walaupun dalam keadaan Perintah

Kawalan Pergerakkan diadakan. Sebagai contoh, infrastruktur teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) yang disediakan oleh pihak sekolah, seperti, portal pelajar,

dan komputer riba khas untuk pembelajaran, mampu membantu pelajar memperoleh

akses untuk mencari maklumat penting bagi membantu mereka menyiapkan projek

atau tugasan yang diberikan oleh guru sekolah. Sebagai contoh, Pelajar boleh

melayari internet dalam talian menggunakan aplikasi seperti Google Chrome untuk

mendapatkan maklumat atau butiran kajian dan guru-guru masih boleh mengadakan

kelas secara online atau hybrid bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran

murid untuk subjek Bahasa Melayu. Dengan adanya TMK, tidak kira mereka berada

di rumah mahupun sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan

dengan lancar.

Di samping itu, TMK boleh membangunkan dan mengembangkan bahan digital

berasaskan kurikulum dan menggalakkan perkongsian serta kumpulan pakar

kolaboratif bagi membangunkan bahan sumber digital tambahan dalam kalangan

pelajar semasa proses PDP. Guru sekolah boleh menggalakkan pelajar

menggunakan TMK untuk pembentangan hasil karya mereka di dalam bilik darjah.

Sebagai contoh, pelajar digalakkan untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam

kumpulan menggunakan aplikasi perisian seperti pembentangan powerpoint daripada

menggunakan kad manila untuk pembentangan isi-isi karangan yang mereka

memperolehi untuk subjek Bahasa Melayu.


Tambahan pula, para guru dapat mempraktikkan permainan edukatif untuk

mengajar murid, seperti menggunakan aplikasi seperti Kahoot dan Quizizz dalam sesi

pembelajaran untuk memotivasi pembelajaran dan memastikan keterlibatan pelajar.

Oleh hal demikian, menggunakan TMK di sekolah guru dapat melibatkan minat dan

perhatian para pelajar untuk belajar dengan sungguh-sungguh karena mereka

memahami dan berpartisipasi dalam pembelajaran seperti subjek Komsas dalam

mata pelajran Bahsa Melayu.

Akhir sekali, pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dapat

membantu meningkatkan pengetahuan dan keterampilan dalam desain instruksional,

mengintegrasikan TMK ke dalam proses belajar mengajar, serta meningkatkan

kreativitas dan sikap inovatif siswa khususnya dalam aspek belajar mengajar di

sekolah. Selama pandemik, banyak sekolah merekomendasikan kegiatan

ko-kurikulum bagi murid, seperti pertandingan membuat video online peringkat

sekolah. Dengan cara ini, pelajar dapat melatih bakat mereka di bidang pembuatan

video, dan juga belajar bagaimana menggunakan perangkat teknologi maklumat.

Misalnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, guru mata pelajaran dapat

memberikan tugas untuk memproduksi video bertema patriotisme dan mendorong

setiap pelajar untuk memproduksi sebuah video dengan menggunakan aplikasi Tiktok

atau Canva, setiap pelajar perlu membuat video mereka menggunakan kreativitas

mereka sendiri.

Sebagai konklusi, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu. TMK bukan sahaja mampu mendatangkan banyak manfaat semasa waktu

pandemik bahkan lepas sesudahnya pandemik juga ia amat penting kerana kita hidup

dalam sebuah era di mana kita memerlukan teknologi untuk menjalankan kehidupan

seharian. Maka itu, kita wajarlah menggunakan TMK sebaik yang mungkin dan

hindari penggunaan TMK untuk kegiatan yang negatif.

You might also like