You are on page 1of 26

A1 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

PERANAN GURU DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Siti Khalijah binti Dosah

khalijahdosah@oum.edu.my
Universiti Terbuka Malaysia

PENGENALAN

Dalam menyiapkan Tugasan A ini, saya telah telah mengumpul maklumat dari pelbagai
sumber dan kaedah untuk melihat perhubungan antara peranan guru dan teknologi dalam
kelancaran pembelajaran abad ke-21. Antara bentuk pembelajaran abad ke-21 adalah
pembelajaran akses kendiri.

Secara umumnya, pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah pembelajaran yang memberi
akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari. Pelajar mengakses maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku,
jurnal, media elektronik, komputer, bahan interaktif, capaian internet serta networking. Pelajar
juga belajar secara bebas tanpa kawalan secara langsung daripada guru. Bahan-bahan sesuai
dengan pembelajaran akan disediakan dan dikategorikan mengikut kemahiran dan keupayaan
pelajar. Bahan-bahan ini akan ditempatkan di pusat akses kendiri di dalam bilik darjah atau di
Pusat Sumber Sekolah. Bahan-bahan akses kendiri yang dibina ini mesti

A2 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

mempunyai objektif, penerangan (cara menggunakan modul yang mesra pelajar), latihan serta
sarana atau cadangan jawapan. Dalam konteks ini, pelajar boleh memilih bahan yang ingin
dipelajari dan menilai pencapaian sendiri melalui saranan jawapan yang disediakan.

Jika dilihat dari penerangan di atas, teknologi sangat penting dalam menjayakan
pembelajaran akses kendiri ini di samping peranan guru yang berubah sepenuuhnya daripada
seorang pengajar kepada fasilitator, daripada pemberi arahan kepada pengurus arahan dan
sebagainya. Diharapkan laporan saya ini dapat menyediakan maklumat yang tepat dan padat.

1.0

PERANAN TEKNOLOGI DALAM KELAS

Dalam konteks dunia kini, semua negara berlumba-lumba berusaha meningkatkan


pendidikan negara mereka. Ini kerana, pendidikan merupakan antara enam petunjuk negara maju.
Di Malaysia, kementerian pendidikan telah mengenalpasti kemahiran pendidikan abad ke-21
yang sesuai diaplikasikan dalam konteks tempatan dalam usaha menyediakan warga Malaysia
yang dapat bersaing di peringkat glokal. Justeru itu, kurikulum kebangsaan negara bermatlamat
untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, bersemangat patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan.

A3 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Salah satu aspek utama dalam pendidikan abad ke-21 ini adalah teknologi. Rentetan
demikian, Teknologi Pendidikan telah muncul dalam dunia pendidikan kita. Ia merupakan satu
bidang yang berkaitan dengan usaha untuk memudahkan pembelajaran di samping menarik
minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam
mahu pun di luar bilik darjah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk PdP

Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber PdP

Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna sumber PdP

Menyedari kepentingan penggunaan ICT ini, guru adalah digalakkan untuk mengukuhkan
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran secara aktif dan berterusan. Dengan pelbagai
kelebihannya, teknologi pendidikan mampu memainkan peranan yang penting bagi mencapai
objektif ini. Antara peranan dan kepentingan teknologi pendidikan yang dapat meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran ialah (i) membina kemahiran kognitif, (ii) menggalakkan
pembelajaran kendiri, (iii) menjadikan pembelajaran aktif, (iv) menggalakkan pembelajaran yang
menghiburkan, (v) menjimatkan masa pembelajaran, (vi) membantu meningkatkan pencapaian
akademik murid dan (vii) menggalakkan Pendekatan Koperatif.

i. Membina Kemahiran Kognitif


Gagne (1985) menyatakan bahawa murid perlu mengulangi pelajaran beberapa kali untuk
memahami sesuatu konsep pembelajaran. Proses pengulangan melalui perisian pengajaran

A4 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

dalam teknologi pendidikan lebih membantu murid mengingati sesuatu maklumat berbanding
proses pengulangan melalui bahan bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk
verbal (contoh: lisan) berserta dengan bentuk visual (contoh: gambar, animasi dan video) akan
meningkatkan lagi kadar ingatan dan capaian semula maklumat dari memori (Mayer, 2001).

ii. Menggalakkan Pembelajaran Kendiri


Keupayaan menyediakan platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai dengan
murid merupakan dua (2) kelebihan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan yang telah
dibuktikan melalui kajian. Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik
berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid boleh mengawal
pembelajaran berdasarkan tahap serta kesesuaian mereka dari aspek masa dan tempat.

iii. Menjadikan Pembelajaran Aktif


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan mempunyai kelebihannya dari sudut interaktif
yang tidak ada pada media pengajaran lain. Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif
berlaku dalam kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya
media yang mempunyai potensi ini (Sewell, 1990). Semakin dinamik interaktiviti, semakin aktif
proses pembelajaran akan berlaku. Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai
seperti menarik tumpuan murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan
peningkatan motivasi belajar.

A5 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

iv. Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan


Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian
pengajaran dalam teknologi pendidikan itu sesuatu yang menghiburkan dan menjanjikan
pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini serta tidak
membosankan (Jamalludin, Baharudin & Zaidatun, 2001; ChanLin, 2000). Penerapan nilai
hiburan yang tidak berlebihan dalam pendidikan sebenarnya akan memberi kesan yang baik
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak menganggu pembelajaran.

v. Menjimatkan Masa Pembelajaran


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran
seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian pengajaran dalam
teknologi pendidikan mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan
dengan kaedah tradisi (Khairul Hashim, 2003).

vi. Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid


Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan teknologi pendidikan melalui
penggunaan perisian pengajaran dari sudut peningkatan pencapaian murid. Hal ini dapat dilihat
melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 946 kajian dari tahap pra-sekolah sehingga ke tahap
universiti oleh North Central Regional Educational Laboratory, Amerika Syarikat (NCREL).
Setiap kajian ini merumuskan bahawa penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi
pendidikan menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang

A6 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

tinggi dalam peperiksaan (NCREL, 2002) terutamanya terhadap murid lemah (Newby et al.,
2000).

vii. Menggalakkan Pendekatan Koperatif


Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan ini, semua ahli hendaklah
bekerjasama di dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Di dalam
pendekatan ini guru bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat berkerjasama di dalam
kumpulan dengan baik. Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan dititikberatkan
supaya dapat membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan yang
positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini guru hendaklah memberikan motivasi kepada murid
seperti pengiktirafan dan penghargaan sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan
dengan baik. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, guru memberikan tugasan kepada
murid untuk mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan Sistem Solar. Murid diberikan
masa untuk mencari maklumat secara berkumpulan di dalam perpustakaan dan makmal
komputer. Hasil dapatan tersebut dibentangkan di dalam kelas dengan menggunakan aplikasi
media yang dihasilkan oleh murid. Aktiviti sebegini dapat melahirkan murid yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, celik teknologi maklumat (IT) dan dapat berkomunikasi dengan
berkesan.

A7 | CGS00940806

2.0

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (STUDENTS TEACHING THEMSELVES)

Anjakan ke arah penggunaan teknologi pendidikan dan perisian pengajaran juga sangat
penting. Ini kerana bentuk pembelajaran pada masa hadapan sudah pastinya tidak sama seperti
keadaan sebelum ini. Kelas pada masa hadapan mungkin bukan lagi dalam bentuk bilik darjah,
sebaliknya kemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku 24 jam sehari di
mana murid sendiri yang akan menentukan masa dan tempat mereka perlu belajar. Pengajaran
juga tidak boleh hanya terbatas kepada proses menyampaikan maklumat, tetapi murid perlu
dimahirkan dengan kemahiran memperoleh maklumat.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran akses kendiri telah muncul seiring dengan
keperluan pendidikan masa kini. Pembelajaran akses kendiri merupakan satu kaedah pendekatan
pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari
serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah
pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan
pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan
diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya
pembelajaran mereka mengikut masa dan tempat yang mereka kehendaki.

Selain daripada itu, pembelajaran akses kendiri juga lebih dikenali sebagai satu
pendekatan alternatif iaitu satu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih bertumpu kepada

A8 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran
kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka
sendiri. Para pelajar perlu menyedari bahawa mereka merupakan individu yang mempunyai
minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan
guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih
pelajar belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan
individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan
ini berasaskan persepsi bahawa hanya pelajar itu sendiri boleh melakukannya secara optimum.
Oleh demikian, amatlah sangat penting bagi pelajar menentukan strategi pembelajaran terbaik
yang sesuai dengan dirinya.

Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif


selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluan-keperluan lain. Ini
penting kerana, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus
kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan
mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan
melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi
keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. Pembelajaran akses kendiri dapat
menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pendekatan ini
memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut

A9 | CGS00940806

HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan
murid ke arah sikap kendiri. Pembelajaran akses kendiri ditubuhkan adalah bertujuan untuk
melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. Pembelajaran
akses

kendiri

juga

berfungsi

untuk

mewujudkan

pelajar

yang

berautonomi

dan

bertanggungjawab. Fungsi-fungsi lain pembelajaran akses kendiri adalah:

1. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri.


2. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping
mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi.

3. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas


dan teratur.
4. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material pembelajaran akses kendiri
untuk diakses.
5. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian.
6. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses
pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri.
7. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.

A10 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Dalam membincangkan pembelajaran akses kendiri, perkara penting yang perlu diambil
penting adalah empat domain pembelajaran iaitu SEDAAP. Ianya merupakan akronim bagi:

1.

Self-Directed / Akses kendiri

2.

Self-Access / Akses kendiri

3.

Self-Asses / Kadar kendiri

4.

Self-Paced / Langkah kendiri

Self Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan
sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari. Manakala, Self Access adalah
pembelajaran akses kendiri di mana pelajar meneroka dan memperolehi maklumat tentang tajuk
yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Antaranya adalah buku rujukan,
majalah, CD-ROM atau capaian internet. Seterusnya, Self Assessed adalah pembelajaran kadar
sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri tentang tajuk yang
dipelajarinya, sama ada dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk
tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain. Akhirnya, Self Paced adalah pembelajaran
langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar
untuk memantau perkembangan pembelajaran diri (KPM, 1997).

Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, pelajar menetapkan matlamat pembelajaran


mereka

sendiri.

Pelajar

akan

menyediakan

rancangan

pembelajaran

bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah:

mereka

dan

A11 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

1. Mengenal pasti keperluan mereka


2. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri
3. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri
4. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada
5. Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik

Selain itu, dengan mengikuti program Pembelajaran Akses Kendiri, pelajar akan:
1. Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar
2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari
3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pemebelajaran sendiri
4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka
5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

Sebagai kesimpulan, pembelajaran akses kendiri merupakan aspek penting dalam


pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran ini melibatkan penglibatan pelajar sebelum
pembelajaran

sehinggalah

selesai

pembelajaran

dan

berterusan.

Pelajar

menentukan

pembelajaran, memilih strategi pembelajaran, memilih kandungan pembelajaran dan berusaha


mengukuhkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.

A12 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3.0

PERANAN GURU ABAD KE-21

Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai teknik mengajar yang
biasa digunakan oleh guru, di antaranya ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,
demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai
teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan
perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran
pembelajaran.

Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan


dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya
merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,
teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam
sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya
ialah:

1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran


2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan

A13 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip
dan teori pembelajaran
4. Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik
5. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar
6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih

Kejayaan program pendidikan bergantung kepada kemahiran yang diperolehi dan sikap
guru

terhadap pendidikan. Hubungan partners

Oleh

yang

demikian

guru

perlu

memahami

dan

menghormati

peranan

ibu

bapa/penjaga/komuniti. Guru perlu sentiasa prihatin terhadap pandangan ibu bapa tentang
tingkah laku anak mereka dan mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap
anak-anak mereka.

Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal dan bertindak sebagai
seorang professional yang bersikap terbuka dan memahami persekitaran. Guru perlu bijak
membezakan masalah peribadi dan kerja dengan efisyen. Di samping itu, guru perlulah bersifat
pemberi maklumat dengan berkesan secara konsisten sama ada tentang aktiviti
pembelajaran, aktiviti sekolah mahu pun tentang perkembangan semasa.

A14 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Dengan membincangkan pembelajaran abad ke-21, ciri pelajar dan guru turut
dibincangkan bersama. Dalam membudayakan pembelajaran akses kendiri, peranan guru di masa
hadapan turut berubah. Ini adalah seiring dengan pembelajaran akses kendiri. Guru-guru perlu
bangkit dan bersama merealisasikan pembelajaran abad ke-21 di samping seiring memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara sekali gus menaikkan nilai pendidikan negara Malaysia
ini di mata dunia. Antara ciri-ciri guru abad ke-21 adalah:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (p

memahami perkembangan-muriddanmenyayangi merekamurid

memahamiogipembelajaranpsikol(cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkini

Peranan guru ini berubah seiring dengan keperluan pelajar abad ke-21 yang
mementingkan pembelajaran akses kendiri. Daripada ciri guru abad ke-21 ini, dapatlah
disimpulkan beberapa peranan guru abad ke-21 yang menyokong pembelajaran akses kendiri.
Antara peranan guru abad ke-21 tersenut ialah guru sebagai fasilitator, motivator (kaunselor),
pengurus dan penilai pembelajaran semakin diterima. Program pembelajaran akses kendiri
memerlukan guru untuk:
1. Menggalakkan pelajar berinterasi sesama sendiri dalam kelas
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar
menguji kemampuan mereka.

A15 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3. Membantu pelajar menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran


3.1. Guru sebagai fasilitator

Salah satu aspek penting dalam pembelajaran abad ke-21 adalah perkongsian
pengetahuan dan autoriti di antara guru dan pelajar. Maka bertepatanlah jika guru berperanan
sebagai fasilitator semasa pembelajaran sedang berlangsung. Seorang fasilitator yang berjaya
akan dapat membantu pelajarnya menghubungkaitkan pembelajaran baharu dengan pengalaman
dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Guru perlu bijak menilai tahap maklumat dan
panduan yang diberi untuk memaksimakan tahap keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran
kolaboratif dalam sistem pembelajaran atas talian banyak digunakan dalam pembelajaran jarak
jauh (PJJ) yang banyak berasaskan internet.

Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem pembelajaran ini akan dapat


membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem
pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS). Sistem pengurusan
pembelajaran (LMS) adalah satu sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan
dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah
forum perbincangan, chats dan jurnal.

Pelajar abad ke-21 digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman


pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan para guru dan rakan-rakan mereka. Selain itu,
Tinzmann (1990 dalam Rafiza, 2013) juga menegaskan melalui perkongsian pengetahuan dan

A16 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

autoriti ini, guru akan lebih berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya adalah
seorang guru yang dapat membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada
pengalaman dan pembelajaran yang sedia ada. Guru abad ke-21 perlu bijak menilai tahap
maklumat dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar
sekaligus dapat membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lebih kreatif dan
kritis dalam membudayakan pembelajaran akses kendiri.

Lantaran itu, pembelajaran akan menjdai lebih bermakna dan menyeronokkan. Ahmad
Fuad (2003), Azwan Ahmad, Abdul Ghani dan Mohamad Zohir et al (2005), dalam kajian
mereka, menyatakan dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian
elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai
maklumat secara efektif, pantas dan meluas bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini turut diakui oleh Ramlah Jantan (2007) dalam kajiannya mendapati sistem pendidikan
yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks dirasakan kurang sesuai
digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Kaedah penyampaian berbentuk satu hala dan
tidak berpusatkan pelajar ini telah menghalang pelajar untuk mengembangkan prestasi
pembelajaran masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka tersendiri.
Malah, teknik pengajaran yang tidak selari dengan perkembangan teknologi terkini dan tidak
berpusatkan pelajar telah menyebabkan berlakunya implikasi yang kurang menyenangkan dalam
keputusan peperiksaan pelajar (Woolnough, 1993 dalam Rafiza, 2013).

A17 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

3.2. Guru sebagai motivator (penggerak motivasi)

Guru memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas yang wajib dipikul dan dilaksanakan
sepenuhnya sesuai dengan tuntutan profesionalisme seorang guru. Tugas utama seorang guru
adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses pembelajaran sama ada
secara formal mahu pun secara tidak formal. Segala usaha ke arah itu perlu dirancang dan
dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tanggungjawabmya adalah guru yang
berjaya memotivasikan pelajarnya. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus
berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta
menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.

Walau bagaimana pun, memotivasi pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif
dalam pembelajaran, tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar lebih terdorong untuk
belajar secara berterusan, walaupun dia berada di luar kelas atau pun setelah meninggalkan
sekolah. Situasi kelas yang para pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhi sikap belajar dan
tingkah laku pelajar. Mereka akan sangat tertarik dengan pelbagai tugas, menunjukkan ketekunan
yang tinggi dan berusaha mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mereka.

Ini disokong oleh Slavin (1991 seperti di artikel Miller & Peterson, 2005). Dalam
kajiannya ke atas STAD, iaitu kumpulan pelajar yang terdiri dari pelbagai etnik, status dan tahap
pencapaian telah diberi penerangan ringkas di awal pembelajaran. Selepas penerangan, semua

A18 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

ahli setiap kumpulan perlu menguasai kandungan pembelajaran tersebut dan saling membantu
antara satu sama lain menjawab tugasan menerusi tutorial, kuiz dan perbincangan kumpulan.
Selain memperolehi jawapan yang betul bagi tugasan, para pelajar turut menghuraikan
kepentingan pembelajaran tersebut kepada kehidupan mereka. Pencapaian yang membanggakan
terbukti apabila markah kuiz kumpulan terbabit selepas seminggu meningkat secara purata.

Kejayaan kumpulan pelajar ini dilihat sebagai satu usaha guru yang memberi
pengetahuan yang mencukupi dan memotivasi para pelajar sebagai sebuah kumpulan yang
berkemahiran sosial. Guru perlu berterusan memantau dan memberi galakan kepada pelajar
dalam proses pembelajaran abad ke-21 ini. Ini bagi menjamin pelajar untuk belajar secara
berterusan di samping saling berkolaborasi antara satu sama lain selaras dengan kemahiran
pelajar abad ke-21 yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri.

3.3. Guru sebagai Pengurus

Jika dahulu, guru berperanan sebagai seorang komunikator di mana guru menyampaikan
bahan pembelajaran dalam bentuk verbal dan non-verbal. Penyampaian dalam bentuk verbal
tersebut dirancang untuk disampaikan dalam beberapa kali pembelajaran dan diterapkan dengan
standard kompetensi yang sesuai, indikator, media, dan dalam lokasi serta waktu yang sesuai
dengan beban dan jumlah bahan.

A19 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Berbeza dengan pembelajaran abad ke-21 ini. Dengan pengamalan pembelajaran akses
kendiri, guru berperanan sebagai pengurus. Guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah,
pengurusan pelajar dan pengurus pembelajaran. Guru perlu menentukan secara spesifik
pembelajaran yang perlu dipelajari. Pelajar akan mengabungjalinkan ransangan dan pengetahuan
sedia ada untuk membina objektif pembelajaran yang bakal mereka perolehi di akhir
pembelajaran. Guru berperanan membekalkan bahan PdP yang sesuai dan membenarkan pelajar
melaksanakan PdP mengikut kadar yang dikehendaki dan strategi yang mereka pilih. Guru akan
mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian pelajar di samping
mendiagnosis kesukaran pembelajaran (jika ada) yang dihadapi pelajar sekali gus menyediakan
panduan terbaik untuk mengatasi kesukaran itu.

Peranan pengurus turut membantu memotivasikan pelajar dalam proses pembelajaran


termasuklah memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada pelajar yang memperolehi
peningkatan dalam pembelajaran. Guru juga perlu menjalankan ulang kaji dan latihan
pengukuhan yang boleh membantu mengekalkan minat dan semangat pelajar untuk terus belajar.
Oleh demikian, amat bertepatanlah jika peranan guru sebagai pengurus yang mempelbagaikan
penggunaan bahan sumber PdP yang sesuai dan menarik serta mencabar termasuk penggunaan
multimedia, lembaran kerja, majalah, e-book serta modul pembelajaran kendiri.

Ini telah disokong oleh Zaleha Binti Abdullah & Nurul Liyana Binti Jamaludin
(2010) di dalam kajiannyaKesesuaianPembelajaranbertajukTerarahKendiri Yang Diterapkan Di
Dalam Perisian Matematik Tingkatan Satu Bagi Tajuk Nombor Negatif Terhadap

A20 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim
River, Perak

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian penggunaan pembelajaran terarah kendiri
dalam perisian Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian
kecerdasan pelajar. Perbincangan tertumpu kepada kesesuaian pembelajaran terarah kendiri bagi
setiap kecerdasan pelajar dan kelemahan pengaplikasian perisian Matematik tersebut. Hasil
kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran yang melibatkan elemen multimedia seperti
video, audio dan animasi memberikan nilai min tertinggi iaitu 4.07. Pembelajaran terarah kendiri
yang diaplikasikan dalam perisian ini dapat memudahkan responden membuat penerokaan ke
semua isi kandungannya dengan nilai min yang diperolehi ialah 3.77. Penggunaan pendekatan
pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian ini sesuai digunakan sebagai
pendekatan pembelajaran jika kelemahannya diperbaiki dan pelajar serta guru memahami
kelebihannya dalam proses pembelajaran.

Pada tahun 2003 pula, dasar KPM telah memperbaharui kurikulum dengan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains telah
merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan
(Berita Harian, 20 Julai, 2002). Menyedari hakikat ini, banyak pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan secara langsung atau tidak telah membina perisian khusus serta laman web yang
dapat digunakan sebagai BBM semasa melaksanakan proses PdP. Keadaan ini bersesuaian
dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa dan

A21 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

penyampai maklumat kepada seorang pengurus atau fasilitator. Mohd. Arif dan Norsiati (2004
dalam Zaleha & Liyana, 2010) menyatakan suat

Aplikasi

CD-ROM

dalam

Pengajaran-ROMyangdiklasifikasikanbagi

sebagaiCD

P&P

berbantukan komputer dan bahan berasaskan topik telah diwujudkan untuk memastikan
pengaplikasiannya akan meningkatkan pemahaman pelajar. Menurut Tengku Zawawi (1999
dalam Zaleha & Liyana, 2010) pula, pelajar yang menggunakan komputer dalam mempelajari
matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan
berupaya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Menurut beliau perisian komputer yang
digunakan dalam proses P&P dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan lebih mudah dan berkesan. Memandangkan Matematik merupakan suatu perkara yang
abstrak, maka satu pendekatan pengajaran dan BBM yang sesuai haruslah digunakan untuk
member kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar dalam mempelajari matematik. Salah satu
topik Matematik yang dianggap abstrak oleh pelajar adalah pemahaman mengenai konsep
nombor negatif.

3.4. Guru sebagai penilai pembelajaran

Dalam memastikan hasil pembelajaran murid tercapai dan mengaawal selia serta
memantau pusat pembelajaran akses kendiri, guru perlu berperanan sebagai penilai
pembelajaran. Guru perlu merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta
membuat analisis item ujian dan respons pelajar. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap penguasaan para pelajar. Guru harus melihat penilaian formatif dan sumatif

A22 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

sebagai alat PdP. Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan dengan
berkesan untuk tujuan meningkatkan PdP di samping memberi motivasi kepada pelajar untuk
terus belajar. Guru akan mentadbir ujian dan memeriksa respons setiap pelajar. Guru seterusnya
perlu menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti tahap penguasaan hasil
pembelajaran setiap pelajar. Guru juga berperanan menggalakkan pelajar yang telah menguasai
hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor/guru muda kepada rakan
sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Guru perlu mempertingkat pengetahuan dan
kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran akses kendiri di
sekolah.

Rafiza (2013) dalam Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam
Analisis Novel Bahasa Melayumenyatakan aktiviti penilaian yang sesuai mengikut tahap pelajar
yang berterusan dapat mempengaruhi motivasi pelajar untuk terus belajar. Oleh demikian, guru
sebagai penilai perlu peka dengan pencapaian setiap pelajar dan merangka aktiviti pengukuhan
demi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan para pelajar.

Ini disokong oleh Tinzmann et al. (1990). Menurutnya, guru dalam pengajaran dan
pembelajaran tradisional hanya berperananan menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang
boleh kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi
pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk menyalurkannya kepada pelajar. Walau bagaimana
pun, dalam pembelajaran kolaboratif kini, guru abad ke-21 perlu menilai dan membina satu

A23 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

persekitaran pengetahuan yang meliputi bahasa, pengalaman individu, strategi dan budaya yang
boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang lebih efektif.

Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial
masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh sebab kesan globalisasi tidak dapat dielakkan
maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh
globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan
ilmu pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang
penting, komputer dan teknologi Internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan
perkembangan individu. Pembelajaran atas talian dan projek multimedia dapat memberi peluang
kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara.
Malah kaedah ini membantu masyarakat ke arah sistem perkongsian maklumat yang meluas.
Maka pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal,
pedagogi dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem
pendidikan terutamanya di peringkat sekolah.

Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran individu


melalui pembelajaran akses kendiri dengan cara menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang
sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus
yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar akan belajar mengikut minat, keperluan,
tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya
pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.

A24 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

4.0

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 adalah sangat bertepatan untuk

direalisasikan pada abad ini. Ini adalah tahap kognitif pelajar kini sangat tinggi berbanding
pelajar tradisional. Ini adalah berpunca dari faktor dalaman dan luaran dalam sesebuah proses
pendidikan itu sendiri. Pembelajaran akses kendiri merupakan salah satu jenis pembelajaran abad
ke-21.

Pembelajaran akses kendiri ini mengalakkan penglibatan para pelajar dalam membina
objektif pembelajaran, membina maklumat dan mengekalkan maklumat baharu bersama
maklumat sedia ada. Aspek pelajar dalam pembelajaran ini adalah akses kendiri, akses ke arah
kendiri, kadar kendiri dan langkah kendiri. Untuk menjayakan pembelajaran ini, pelajar dan guru
memerlukan teknologi yang baik seperti capaian internet, komputer, persembahan slide, video di
samping lembaran kerja, e-book dan lain-lain. Oleh yang demikian, peranan guru dalam
menggalakkan pembelajaran akses kendiri ini sangat penting sebagai fasilitatator, motivator,
pengurus dan penilai pembelajaran.

Selain daripada guru dan pelajar, sekolah juga berperanan penting dalam pembelajaran
akses kendiri ini. Kepelbagaian teknologi dan suasana serta budaya sekolah perlu diperbaharui
seiring dengan sekolah abad ke-21. Di harapkan dengan pengabungjalinan antara peranan guru,
sekolah dan pelajar dapat melahirkan pelajar abad ke-21 yang bakal mengharumkan kurikum
Malaysia di mata dunia.

A25 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

5.0

RUJUKAN
AECT, Association for Educational Communication and Technology (2004). Definition and

Terminology Committee document #MM4.0. The meanings of educational technology. Washington

DC: AECT.

Ahmad Fuad Othman (2003). Pendidikan dan pendidikan di era digital : Pendekatan
dan cabarannya. Wawasan : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah . Bil .17Jun 2003 Bil.1
Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Hj.
Abd Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran
BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan.
Evans T. & Nation D. (Eds) (2000), Changing university teaching: Reflections on
creating educational technologies. London: Kogan Page.
Galbraith, J.K. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin.
Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New
York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Akses pada November 12, 2012 daripada
[http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_
Bab_1.pdf]
Rafiza Abdul Bakar (2013). Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian
dalam analisis novel Bahasa Melayu. Juku: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik

A26 | CGS00940806 HMEF5083 : INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan


Kontemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Slavin, R. E. (1991). Student team learning: A practical guide to cooperative learning, 3

rd

Edition. Washington, DC: National Education Association of United States


Sukreni Ismail & Mohd Isha Awang (2006). Penilaian terhadap pelaksanaan
pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran Pendidikan Islam. MPPPP & UUM
Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti
Zaleha Binti Abdullah & Nurul Liyana Binti Jamaludin (2010). Kesesuaian
pembelajaran terarah kendiri yang diterapkan di dalam perisian Matematik Tingkatan Aatu bagi
tajuk nombor negatif terhadap kepelbagaian kecerdasan pelajar Tingkatan Satu di satu Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Universiti Teknologi Malaysia

You might also like