You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH

KURSUS:

PQI 6038: PRINSIP DAN AMALAN PENGAJARAN BAHASA


MELAYU

TAJUK:

ISU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PADA ABAD KE-21 (PEEROGAGY, CYBERGOGY & HEUATGOGY)

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMAD ALIFF ISKANDAR BIN ISMAIL

(S2102585) AHMAD FAUZAN BIN MUSTAFFAR

(S2165188) MOHD HELMI BIN AINI (S17096495)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. FADZILAH ABD.RAHMAN


1.0 PENGENALAN

Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefiniskan pendidikan sebagai perihal mendidik.
Mok Soon Sang (1991) pula, di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Di Malaysia”
merumuskan bahawa pendidikan ialah satu proses atau aktiviti untuk mengembangkan
fizikal, intelek, sosial, dan emosi sesorang individu di samping menambahkan kemahiran,
kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memberikan kegembiraan, faedah
dan kemajuan dalam kehidupan. Secara ringkasnya, pendidikan ialah proses mengajar dan
mempelajari ilmu.

Di Malaysia, pendidikan merupakan asas bagi sesebuah negara. Pendidikanlah yang


mampu menggerakkan dan memajukan suatu institusi kerajaan bagi mencapai kemajuan dan
keharmonian dalam negara. Oleh itu, telah banyak usaha untuk meningkatkan mutu
pendidikan negara. Sebagai contohnya, pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaann merupakan suatu landasan bagi melahirkan
insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

Pendidikan di negara Malaysia juga telah mengalami perubahan yang ketara di abad ini
dengan ledakan kemajuan teknologi dan internet. Kemajuan yang dibawa oleh teknologi dan
maklumat telah memaksa sistem pendidikan untuk berevolusi sejajar dengan peredaran masa.
Memasuki era ini juga mengakibatkan guru beranggapan bahawa tugasan mereka menjadi
lebih mencabar kerana mereka turut perlu beradaptasi dengan perubahan dunia. Hakikatnya
penggunaan teknologi dalam pembelajaran ini dapat meningkatkan kebolehan para pengajar
dalam menyelesaikan pelbagai masalah pengajaran apabila para pengajar tersebut dapat
menguasai pendekatan tersebut. Pembelajaran menggunakan teknologi atau dikenali sebagai
e-pembelajaran merupakan salah satu inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui
bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Sistem pendidikan yang
sedia ada yang menggunakan guna tenaga para pengajar ini masih dapat dipertingkatkan
dengan menukar cara penyampaian yang menggunakan stail yang berbeza iaitu dengan
menggunakan pendekatan teknologi walaupun hakikatnya sukar untuk mengubah sesuatu
yang telah lama menjadi kebiasaan.

Pendekatan pembelajaran berasaskan digital yang diterapkan ini telah menjadi suatu
fonemena yang baharu kepada sistem pendidikan di Malaysia terutamanya semasa pandemik
COVID-19 melanda dunia. Antara pendekatan pembelajaran tersebut ialah pendekatan
pembelajaran rakan sebaya (peergogy), pembelajaran dalam talian (cybergogy), dan
pembelajaran kendiri (heutogogy). Pendekatan pembelajaran ini telah banyak memberikan
faedah kepada sistem pendidikan negara namun ia juga turut datang dengan beberapa isu dan
masalah.

2.0 PENDEKATAN-PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(PEEROGAGY,CYBERGOGY DAN HEUTOGAGY)

Bidang pendidikan tidak lepas dari mengalami transformasi pada era revolusi terkini..
Kebiasaannya mengikut tradisi, fungsi guru adalah mengajar. Penggunaan strategi dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk membina jalan yang menarik
dan mudah difahami oleh murid. Pemilihan strategi mampu membina dan mengukuhkan
minat pelajar untuk menerima pelajaran melalui proses yang teratur, secara amnya, pemilihan
strategi-strategi yang bersesuaian dan tepat, mampu meransang pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif dalam kegiatan pembelajaran bilik darjah. Pelbagai pendekatan hendaklah
diaplikasikan oleh pihak guru agar pengajaran dan pembelajan (PdP) tidak hampar dan
bersifat tradisional yang mana berorientasikan berpandukan guru semata-mata. Para guru
hendak memantapkan diri dengan pendidikan andragogi bagi menghadapi cabaran masa kini.
Menurut Baharuddin Aris (2002), keperluan untuk menyediakan generasi yang
berketrampilan, kretaif dan inovatif memerlukan anjakan paradigm dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Antara pendekatan yang boleh digunakan dengan seiringan
peredaran masa ialah pendekatan pembelajaran rakan sebaya (peeragogy), pembelajaran
dalam talian (cybergogy) dan keazaman kendiri (heutagogy).

Pendekatan pembelajaran secara rakan sebaya (peeragogy) ini merupakan strategi pendidikan
yang mana membiasakan murid dengan latihan serta memberi tumpuan kepada pembelajaran
bersama rakan sebaya. Tidak dinafikan dengan kehadiran peranti digital menjadikan
kekangan dalam menzahirkan pelaksanaan pendekatan tidak dapat dilaksanakan. Murid-
murid lebih mengasingkan diri dan ini dinamakan bersifat individualistik. Sekiranya masalah
tidak dibendung, murid-murid tidak akan mempunyai kemahiran interaksi sosial yang
akhirnya memberi kesan kepada alam pekerjaan kelak. Mereka tidak akan mampu bekerja
dalam satu kumpulan. Menurut Gerber dan Popp (1999) kolabrasi bermaksud kerjasama,
membantu, usahasama dan bergabung dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Dari sudut hubungan murid dengan murid ialah proses bekerjasama yang memerlukan
penglibatan aktif
setiap ahli kumpulan. Di sini dapat dilihat kolabrasi bertujuan untuk menyokong murid bagi
meneroka potensi-potensi dan kekuatan mereka, mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran, kenal pasti matlamat dan merancang untuk penambahbaikan, menyesuaikan
rancangan yang diperlukan untuk mencapai matlamat pembelajaran mereka. Teori peer to
peer menghasilkan rakan sebaya yang berkesan dalam membina pengetahuan, belajar
bersama-sama.

Era teknologi maklumat membuat peluang yang luas dalam bidang pendidikan. Bidang
pendidikan terdapatnya pembelajaran cybergogy merupakan pembelajaran dalam talian.
Pembelajaran cybergogy adalah salah satu strategi pendidikan yang mana mendorong untuk
terlibat dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.Gabungan asas-asas dari kedua
pedagogi dan andragogi bagi mencapai pendekatan baru untuk belajar. Secara ringkas
cybergogi ialah persekitaran pembelajaran maya untuk kemajuan pembelajaran kognitif,
emosi dan sosial pelajar. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) seperti penggunaan internet mampu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu menjadi lebih menarik, berkesan,
interaktif dan tidak membosankan. Hal ini kerana sudah menjadi trend pendidikan masa kini
dari pembelajaran fizikal kepada bentuk maya lebih berpusatkan pelajar. Teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) memberi kesan perubahan dalam dunia pendidikan. Menurut Norizan
(2000) penggunaan computer boleh membantu meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Di sini guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih
luas tanpa dibatasi oleh halangan tradisional seperti bilik darjah , jadual dan kurikulum.
Cybergogy melibatkan proses pendidikan yang mana meneroka kehidupan murid dengan
lebih luas, menjadikan iklim penerokaan pengetahuan lebih menarik dan relevan dengan
keadaan semasa. Antara kelebihan pelaksanaan cybergogi ialah pembelajaran yang fleksibel,
menjimatkan wang, menjimatkan masa, bahan pembelajaran yang mudah, lebih banyak
interaksi dan mengasah kemahiran teknologi maklumat.

Seterusnya pembelajaran keazaman kendiri dan dikenali sebagai Heutagogi. Heautagogi


berasal daripada bahasa Yunani bermaksud diri. Menurut Hase dan Kenyon (2000)
mentakrifkan pembelajara heutagogi ini sebagai kajian pembelajaran kendiri. Heutagogi
menekan pengembangan autonomi iaitu pengurusan kendiri, memaksimumkan keupayaan
dan kemampuan murid itu sendiri. Pada zaman serba canggih kini, murid dan guru
berhadapan dengan maklumat yang banyak dan kepelbagaian maklumat. Hal ini sangat
penting bagi murid
memiliki kemahiran pembelajaran arahan kendiri (self directed learning skills). Antara
kepentingan penggunaan pembelajaran heutagogi ialah bagi menyesuaikan murid selari
dengan masyarakat gobal yang kini lebih bersifat digital dan interaktif. Murid mampu
bersaing di dalam pekerjaan era revolusi industry 4.0. Hal ini bersesuai dengan zaman
sekarang yang bebas berpegetahuan dan kemahiran. Justeru itu, tiada halangan untuk
seseorang mengetahui sesuatu tentang data dan maklumat yang mana pengetahuan kini
mudah diperolehi. Elemen-elemen yang penting dalam heutatogi ialah eksplorasi (explore),
mencipta (create), berkolabrasi (collaborate), berhubung (connect), berkongsi (share) dan
bermuhasabah (reflect). Ciri-ciri pembelajaran heutagogi ialah murid menentukan kemahiran
pembelajaran arah kendiri, murid menyelesaikan masalah dengan mencari solusi sendiri,
murid bertanggungjawab terhadap apa yang mereka belajar, murid fokus terhadap
pembelajaran untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang rumit dan akhir
sekali motivasi murid adalah bagaimana mereka menyesuaikan diri. Lantaran itu, murid dapat
mengetahui pembelajaran mereka dari segi merancang, mengembangkan, menyesuaikan,
mengubah maklumat untuk disesuaikan selari dengan masyarakat digital, interaktif dan
global. Tanpa kemampuan arahan kendiri seseorang murid mudah terganggu dan terpengaruh
dengan maklumat yang terdapat dalam aplikasi digital. Murid juga akan gagal memberi
tumpuan secara mendalam sehingga menyebabkan murid tidak dapat memahami masalah
secara menyeluruh.

3.0 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tidak dinafikan bahawa bidang pendidikan mendapat pelbagai manfaat apabila


berlakunya transformasi pendidikan ke arah pendidikan andragogi yang berasaskan
pendekatan pembelajaran rakan sebaya (peergogy), pembelajaran dalam talian (cybergogy),
dan pembelajaran kendiri (heutagogy).

Namun begitu, transformasi yang dibawa ini bukan sahaja membawa faedah dan kebaikan
tetapi ia turut datang dengan pelbagai masalah dan cabaran terutamanya terhadap
pembelajaran dan pengajaran oleh guru bahasa Melayu. Perkara ini serba sedikit memberikan
kepincangan terhadap pendekatan moden ini.
3.1 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RAKAN SEBAYA
(PEERAGOGY)

Peeragogy merupakan satu pendekatan pembelajaran di mana pelajar berinteraksi


sesama mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Ini bermaksud ia
merupakan pembelajaran yang berasaskan kolabratif dan koperatif antara pelajar.
Walaubagimanapun, pendekatan ini masih lagi memerlukan guru sebagai pembimbing.

Pendekatan ini mempunyai masalah daripada segi tahap perbezaan keupayaan murid.
Setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan keupayaan belajar yang berlainan. Ada
yang mempunyai kemahiran untuk mempelajari sesuatu dengan pantas dan ada juga yang
memerlukan masa untuk mempelajari sesuatu. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya
pembelajaran yang tidak seimbang dalam sesuatu kumpulan pelajar. Sebagai contohnya,
pelajar A sudah memahami tentang “Kata Adjektif” namun pelajar B masih lagi belum faham
dengan sepenuhnya. Ketidakseimbangan yang berlaku akan mengakibatkan proses
pembelajaran menjadi samada terlalu pantas atau terlalu lambat kerana mereka perlu
menunggu atau mengejar pelajar yang lain untuk pergi ke tajuk yang seterusnya.

Selain itu, pendekatan ini juga boleh membawa kepada percanggahan idea atau
maklumat. Pembelajaran secara koperatif dan kolabratif ini memerlukan hasil minda setiap
pelajar dalam sesuatu kumpulan. Perbezaan idea berlaku dalam proses pembelajaran kerana
setiap pelajar mempunyai pendapat mereka yang tersendiri (Stern & Smith,1995). Perbezaan
ini boleh membawa konflik dalam kumpulan dan mengambil masa untuk dilangsaikan
Sekiranya ini berlaku, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi perlahan kerana
pelajar akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sesama mereka. Jadi, ia
menjadi tugas bagi seorang guru atau pembimbing untuk memastikan tidak berlaku sebarang
permasalahan dalam kumpulan berkenaan pendapat.

Seterusnya, guru juga boleh terlepas pandang atau keciciran pelajar lemah apabila
melaksanakan pendekatan ini. Pendekatan peeragogy merupakan proses pembelajaran yang
memerlukan pelajar untuk berinteraksi antara mereka untuk mencapai matlmat pembelajaran
namun begitu selalunya pembelajaran jenis ini selalu didominasi oleh pelajar yang pandai.
Pelajar yang lemah selalunya akan berlaku pasif dan hanya bertindak sebagai pengikut.
Keadaan yang berlaku kadang-kadang akan menyebabkan mereka hanya ikut sahaja apa yang
diarahkan tanpa memahami tentang sesuatu yang sedang mereka belajar. Proses yang berlaku
ini susah untuk dikesan oleh guru dan pelajar yang pasif selalunya tidak akan mendedahkan
diri mereka.

3.2 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN


(CYBERGOGY)

Cybergogy merupakan satu merupakan strategi pendidikan yang mendorong pelajar untuk
belajar secara atas talian. Ia merupakan salah satu pembaharuan digital terhadap sistem
pendidikan tetapi ia turut datang dengan beberapa cabaran atau masalah kepada guru dan
pelajar.

Antara cabaran dalam melaksanakan pembelajaran secara atas talian ialah kesukaran untuk
mewujudkan komunikasi dua hala antara murid. Guru tak dapat memantau aktiviti pelajar
secara sepenuhnya apabila sesi pembelajaran secara atas talian dijalankan kerana ia berlaku
secara maya. Komunikasi yang berlaku juga berkurang disebabkan guru dan pelajar tidak
berada di tempat yang sama. Guru juga tidak dapat untuk memastikan bahawa pelajar betul-
betul sedang mengikuti sesi pembelajaran atau tidak. Kekurangan komunikasi antara guru
dan murid ini menjadi masalah kerana agak sukar untuk guru menentukan sekiranya pelajar
faham atau tidak apa yang sedang diajar. Lantas, perkara ini memberikan kesukaran untuk
guru meneruskan pengajaran dengan lancar.

Pembelajaran secara atas talian juga menjadi masalah kepada guru yang kurang mahir
dengan teknologi. Pendidikan atas talian masih lagi dalam fasa awal di negara Malaysia.
Kebanyakan guru masih lagi terikat dengan cara mengajar tradisional iaitu pembelajaran
secara bersemuka. Pihak kerajaan juga kurang memberikan pendedahan cara mengajar
berasaskan teknologi kepada guru-guru. Kursus mengenai kemahiran teknologi juga kurang
diadakan. Hakikatnya, masih ramai lagi guru belum mahir menggunakan teknologi sebagai
medium pengajaran terutamanya guru-guru yang lebih berumur. Jadi, apabila pembelajaran
secara atas talian terpaksa dilaksanakan seperti yang berlaku pada pandemik COVID-19 pada
tahun 2020, ramai guru yang terasa beban dek disebabkan mereka tidak tahu mengakses dan
memanfaatkan teknologi bagi membantu mereka mengajar.
3.3 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI
(HEUTAGOGY)

Heutagogy ialah satu pendekatan pembelajaran kendiri dan menggunakan kaedah holistik
untuk mengembangkan ilmu dan pengetahuan. Pembelajaran kendiri memerlukan pelajar
untuk memilih kurikulum dan kaedah belajar yang sesuai dengan diri mereka.

Cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan


heutagogy ialah tiada kurikulum yang tetap. Pembelajaran kendiri membolehkan pelajar
untuk menentukan apa yang mereka ingin belajar dan cara mereka belajar tetapi ia juga
mendatangkan isu kepada diri kerana tiadanya perancangan yang tetap dalam memilih subjek
yang ingin dipelajari. Banyak kursus atau subjek pembelajaran kendiri meletakkan
tanggungjawab kepada individu untuk memikirkan apa yang perlu mereka pelajari. Namun,
ini bermakna bahawa mereka mereka perlu menghabiskan banyak masa untuk mempelajari
maklumat yang tidak relevan ataupun terlepas pandang konsep-konsep yang penting.

Bukan itu sahaja, cabaran dalam melaksanakan heutagogy ialah masalah motivasi.
Manusia mempunyai tahap motivasi yang boleh berubah terutamanya apabila melibatkan
pendidikan. Heutagogy meletakkan tanggungjawab untuk memastikan kelancaran pendidikan
atas diri sendiri. Jadi, ia terpulang atas pelajar untuk belajar. Tanpa pemantauan daripada
guru atau pembimbing, motivasi untuk belajar boleh berubah dan menyebabkan kesukaran ke
atas pelajar terutamnya jika mereka tidak mempunyai disiplin diri.

4.0 PENGAPLIKASIAN STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Pada masa kini, teknologi mutakhir serta pendekatan pengajaran yang kreatif,
inovatif, dinamik serta menghiburkan merupakan medium utama yang berupaya menarik
perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-2. Tidak dapat dinafikan
bahawa teknologi merupakan antara elemen penting pada zaman globalisasi dan liberalisasi
ini dan kepentingannya mencakupi hampir semua aspek dalam kehidupan seperti tuntutan
ilmu pengetahuan, kemudahan komunikasi, kemudahan capaian akses terhadap pelbagai jenis
hdilakukan termasuklah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak pendidikan era globalisasi dan liberalisasi dengan generasi masa kini yang
dibesarkan pada era ‘maklumat di hujung jari’.
4.1 PENGAPLIKASIAN STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21
(PEERAGOGY)

Peeragogi bermaksud secara ‘peribadi’ menyokong dan membantu ‘rakan sebaya’


dalam pembelajaran. Amalan pendidikan di mana pelajar berinteraksi dengan pelajar lain
untuk mencapai matlamat pendidikan. Mendorong pelajar untuk berkongsi maklumat,
meningkatkan strategi pembelajaran, dan menambahbaik kemahiran komunikasi. Metodologi
utama bagi kaedah pembelajaran peeragogi adalah proses pendidikan yang dihasilkan oleh
rakan sebaya. Permasalahan seperti perbezaan tahap keupayaan pelajar, percanggahan idea
dalam kalangan pelajar, dan keciciran dalam kalangan pelajar lemah dalam peergogi, perlu
diaplikasikan strategi teknik pembelajaran pada abad ke-21.

Bagi permasalahan perbezaan tahap keupayaan pelajar, guru boleh mengaplikasikan teknik
pembelajaran abad ke-21 sebagai contoh teknik ‘indicator’ ataupun petunjuk. Cara
menggunakan teknik ini adalah dengan mengagihkan kad bewarna merah dan hijau kepada
setiap murid. Dengan cara ini, kad berfungsi sebagai pengukur kefahaman murid tentang
PdPc yang sedang berlangsung. Sekiranya murid mengangkat kad hijau menandakan murid
faham manakala kad merah pula menandakan murid tidak faham akan apa yang dijelaskan
oleh guru. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik ‘shout out’ ataupun laungan.
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbang-
saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih dan seterusnya menyusun semula
idea-idea secara sistematik. Dengan teknik ini, murid yang mempunyai kefahaman yang lebih
jelas akan melaungkan idea dengan kuat. Hal ini secara tidak sedar turut membantu murid
yang mempunyai kefahaman yang kurang jelas mendapat idea melalui laungan idea oleh
murid terbabit.

Permasalahan kedua iaitu percanggahan idea dalam kalangan pelajar. Dengan menggunakan
teknik pembelajaran ke-21, guru boleh menggunakan teknik ‘I see, I think, I wonder’ ataupun
saya lihat, saya fikir, dan saya bertanya. Dengan menggunakan gambar, objek, rangsangan
ataupun topik yang dipelajari, murid dapat menyenaraikan atau membincang tentang apa
yang mereka lihat (see). Setelah itu, mereka akan memikirkan (think) tentang apa yang
mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian atau kaitan yang lain. Setelah memikir, sesi
bertanya (wonder) soalan yang relevan atau berkaitan akan tercetus untuk menyelesaikan
masalah. Dengan teknik ini, percanggahan idea antara pelajar akan dikaji oleh pelajar
bersama-sama dan membuahkan hasil yang sepakat. Seterusnya teknik pembelajaran abad
ke-21 yang boleh
diguna pakai oleh guru adalah teknik SWOT. Cara melakukan teknik ini adalah dengan
mengemukakan soalan kepada murid untuk membincangkan situasi berbentuk borang yang
mempunyai empat petak dibahagikan kepada ‘S’ sebagai Strenghths atau kekuatan, ‘W’
Weaknesses atau kelemahan, ‘O’ Obstacles atau halangan dan cabaran, dan petak yang
terakhir ialah ‘T’ Thoughts atau soalan-soalan untuk tindakan dan kajian seterusnya. Dengan
teknik ini, pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan idea yang berbeza melalui cara yang
lebih terperinci dan mendapat kata sepakat setelah penyelesaian masalah.

Seterusnya masalah peergogi dalam kalangan pelajar ialah keciciran dalam kalangan pelajar
yang lemah. Dalam abad ke-21 ini, guru boleh menggunakan teknik Recap Groups atau
mengulang dan mengigat semula. Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara
lisan berkenaan apa yang telah dipelajari sebelum itu. Dengan car aini, masalah murid
keciciran dapat diselesaikan apabila guru memastikan semua murid jelas dengan PdPc yang
disampaikan melalui pengulangan isi pembelajaran yang telah berlaku. Oleh itu, murid yang
tercicir akan turut sama mendapat ilmu yang dipelajari. Teknik pembelajaran abad ke-21
seterusnya ialah teknik think-pair-share atau fikir-pasangan-kongsi. Murid dikehendaki
memikirkan topik atau soalan yang diberi secara individu. Murid diminta berbincang dengan
rakan atau pasangan. Setelah itu, mereka perlu berkongsi maklumat atau hasil perbincangan
dengan pasangan dan kumpulan yang lain.

4.2 PENGAPLIKASIAN STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21


(CYBERGOGY)

Menurut Wang & Kang (2006) cybergogy adalah kerangka kerja untuk menciptakan
pembelajaran secara atas talian. Menurut Daud, Teck, Ghani, & Ramli (2019) cybergogy
adalah suatu kaedah pendidikan di era globalisasi melalui teknologi maklumat yang tidak ada
batasan dari ruang, waktu, budaya dan negara. Pengertian cybergogy secara umum bererti
pembelajaran secara virtual untuk kemajuan kognitif, emosi dan sosial siswa yang tidak dapat
dilakukan secara fizikal. Selain itu, cybergogy juga dapat diterapkan dalam penggunaan
teknologi maklumat yang boleh mencipta proses belajar mengajar dalam bentuk inovasi
baharu yang berdasarkan konsep dalam pedagogi pendidikan. Permasalahan yang dihadapi
dalam cybergogy adalah seperti kesukaran untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara
murid dan masalah guru yang kurang mahir dengan teknologi.
Kesukaran untuk mewujudkan komunikasi dua hala merupakan antara isu dalam pendekatan
cybergogy. Teknik yang boleh diguna pakai bagi cabaran ini adalah teknik game atau
permainan. Permainan yang digunakan perlulah berbentuk atas talian. Antara aplikasi
permainan atas talian yang boleh digunakan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcara ialah
aplikasi bernama Kahoot, padlet, Quizziz, dan berbagai lagi nama aplikasi. Aplikasi tersebut
merupakan aplikasi berbentuk kuiz soalan atas talian. Dengan menggunakan aplikasi ini,
pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan bentuk yang lebih menarik. Pelajar
juga dapat menjawab soalan dengan serentak dan setiap pelajar adalah terlibat. Berbanding
dengan guru hanya memberi soalan secara lisan. Di mana soalan berbentuk lisan oleh guru
merupakan satu teknik yang tidak menarik dan kurang penglibatan oleh pelajar dalam sesi
soal jawab. Malah terdapat pelajar yang memilih untuk berdiam diri.

Pada era abad ke-21 ini, perkembangan teknologi semakin menjadi pesat. Pengeluaran
teknologi-teknologi baharu umpama perlumbaan kecanggihan antara syarikat-syarikat
pengeluaran teknologi. Hal ini menjadi masalah bagi guru-guru untuk mengaplikasikan
teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mereka. Oleh iti, guru perlu mengubah
sikap dan perlu ambil tahu dan mahir tentang teknologi terkini. Guru perlu cakna tentang
ilmu teknologi terkini, alat bantu guru berkaitan teknologi terkini, dan perisian komputer
terkini. Pihak sekolah juga boleh mewakilkan tenaga guru untuk menghadiri kelas atau
kursus berkaitan teknolgi yang berdaftar. Hal ini akan memajukan guru sekolah tentang ilmu
teknologi yang dipelajari dan terus diaplikasikan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam kelas.

4.3 PENGAPLIKASIAN STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21


(HEUTAGOGY)

Pendekatan heutagogy merupakan pendekatan kendiri oleh pelajar itu sendiri. Pelajar
membuat pilihan sendiri dengan apa yang hendak dipelajari melalui rujukan yang diperoleh
sendiri. Permasalahan yang dihadapi kaedah heautagogy ini adalah tiada kurikulum yang
tetap dan masalah motivasi

Cabaran seperti tiada kurikulum yang tetap dan masalah motivasi ini boleh diselesaikan
dengan teknik pembelajaran abad ke-21. Teknik survey atau tinjauan boleh diguna pakai
untuk menyelesaiakan masalah ini. Cara bagi melakukan teknik ini adalah dengan
mengunakan borang soal selidik atau menemu bual pelajar atau guru sebagai pembimbing.
Borang soal selidik tersebut bertujuan bagi melihat keperluan atau hala tujuan murid
tentang apa yang
diperlukan atau untuk pencapaiannya. Bagi temu bual pula, murid akan menemu bual guru
untuk mendapatkan pendapat hala tuju pembelajaran. Dengan soal selidik dan temubual ini,
suatu tinjauan telah dilakukan untuk mengetahui pembelajaran murid ke arah pencapaian
pendidikannya.

Setelah membuat tinjauan, teknik pelan tindakan peribadi dilakukan. Pelan tindakan peribadi
ini dilakukan bagi tujuan pembelajaran murid yang tersusun dan mempunyai landasan
pendidikan yang betul. Murid akan membuat rangka pembelajaran harian atau bulanan yang
rapi bagi mengetahui objektif pembelajarannya dengan betul.

Dengan teknik tinjauan dan pelan tindakan peribadi ini akan menyelesaikan masalah tiada
kurikulum yang tetap dan motivasi pelajar. Pelajar akan memperoleh kurikulum tersendiri
dengan mencipta rangka pembelajaran yang sistematik dan lanadasan yang tepat untuk
mengetahui hala tujunya. Bagi aspek motivasi pula, apabila pelajar mempunyai rangka
pembelajaran yang sistematik, masalah kesukaran proses pembelajaran tidak berlaku kerana
tidak terjadi kecelaruan tentang apa yang ingin pelajar belajar. Pelajar juga tidak menghidapi
stress atau kemurungan kerana segalanya dirancang dan dibimbing melalui guru bagi
mencapai objektif pembelajaran.

5.0 KESIMPULAN

Pemilihan pendekatan dan teknik penting dalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
Bahasa Melayu. Hal ini kerana dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
meliputi aspek pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber,
pengabungjalinan, penyerapan, penilaian, dan pengayaan. Pemilihan kaedah atau teknik
ditentukan oleh guru sendiri berdasarkan pelajar kelasnya. Pemilihan kaedah mengajar dan
bahan pengajaran hendaklah berdasarkan objektif yang telah ditetapkan semasa perancangan
pengajaran. Proses pengajaran perlu dirancang dengan teliti supaya hasil pembelajaran yang
diinginkan dapat dicapai. Peranan guru hari ini bukan saja mengajar, tetapi harus mencari
punca dan idea bagi menyelesaikan masalah berkenaan supaya pembelajaran berlaku secara
aktif. Guru hendaklah menguasai pelbagai teknik dan kaedah pengajaran bagi meningkatkan
tahap penguasaan dan pemahaman murid. Guru bukan saja perlu menguasai asas pengetahuan
mengajar dengan baik, malah berupaya dan mempunyai daya kreativiti serta inovatif dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi melancarkan sesi PdP dalam bilik darjah.
RUJUKAN

Abdul Mun’im Bin Hilmi, Norazman Bin Alias & Zainora Binti Daud (2021), Keperluan

Aplikasi Digital Pengajian Qirā’ātmenerusi Pendekatan Cybergogi Dalam

Revolusi Industri 4.0, Universiti Sains Islam Malaysia.

AZIS, Taufiq Nur. Strategi Pembelajaran Era Digital. The Annual Conference on Islamic

Education and Social Science, [S.l.], v. 1, n. 2, p. 308-318, dec. 2019. ISSN 2685-

5119. Available at: < http://pkm.uika-

bogor.ac.id/index.php/ACIEDSS/article/view/512 >. Date accessed: 08 jan. 2023.

Dani Ramadan, Irma Yulianti, Maulana Ihsan Rizal, & Ikhsanudin Ikhsanudin (2022),

Pendidikan era cybergogy: Bagaimana strategi guru profesional untuk

menghadapinya?, Universitas Sultan Ageng Tirtayasa. Diperolehi di laman web

https://jurnal.untirta.ac.id/index.php/VENS/article/view/15791/9051

Kamrozzaman, N. A., Badusah, J., & Wan Mohammad, W. M. R. (2019). Heutagogy

Approach : Effectiveness of M-Learning For Lifelong Learning Education/

Pendekatan Heutagogi :Keberkesanan M-Pembelajaran untuk Pendidikan Sepanjang

Hayat. Sains Humanika, 11(3). https://doi.org/10.11113/sh.v11n3.1496

Mustafa Kamal, N. M., Hussin, Z., Sulaiman, A. M., & Abd Latib, N. N. (2021). Pendekatan

Heutagogi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Menggunakan

M-Pembelajaran: Application Of Heutagogy In home-Based Learning Use Of M-

Learning. Journal of Islamic Educational Research, 7, 44–65. Diperolehi di laman

web https://ijps.um.edu.my/index.php/JIER/article/view/33921

You might also like