You are on page 1of 7

PROPOSAL KAJIAN PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) BAGI MODUL SMK3 - PAKAIAN LELAKI

DI KOLEJ KOMUNITI GERIK, PERAK.

PENULIS : SUKINAH BINTI OSMAN PENSYARAH PROGRAM FESYEN DAN PAKAIAN AZHAR BIN KAMARDIN

PENSYARAH PROGRAM SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT


PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROPOSAL KAJIAN 1.1 Pengenalan Untuk pelajar menyampaikan mendapat ilmu secara berkesan maka pelbagai

penggunaan media pengajaran amat diperlukan. Oleh kerana banyak maklumat mengenai pancaindera atau deria, maka pensyarah sewajarnya mengambil usaha untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan dengan menggunakan kesemua pancaindera pelajar. Komputer sebagai media pengajaran dapat meransang

pancaindera pelajar. Menurut kajian Computer Technology Research (CTR,1993), menyatakan tingkah laku seseorang pelajar dalam pengajaran penggunaan dan pembelajaran deria berbeza mengikut Hasil pengalaman kajian ini pelbagai semasa belajar.

menyatakan hanya 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% daripada apa yang mereka dengar, 50% daripada apa yang mereka lihat dan dengar dan 80% daripada apa yang mereka lihat, dengar dan buat serentak. Pengajaran yang disertakan dengan media pengajaran yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh pensyarah ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Penyelidik memilih perisian multimedia sebagai bahan kajian kerana perisian multimedia merupakan satu media pembelajaran yang penting dan berkesan dalam pendidikan

dan pembelajaran. Penggunaannya mungkin dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga adalah salah satu unsur perubahan dalam pendidikan di negara kita, dengan penggunaan multimedia yang meluas dan berkualiti di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merealisasikan matlamat negara untuk menjadi negara yang maju yang berteraskan teknologi dan dapat menikmati kelebihan komputer dengan baik.

1.2

Latar Belakang Masalah Modul SMK 3 (Pakaian Lelaki) merupakan satu modul yang

menyeronokkan disebabkan modul ini banyak berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Namun begitu kebanyakkan pensyarah masih lagi menggunakan pendekatanpendekatan yang mudah iaitu menyampaikan maklumat kepada pelajar secara sehala sahaja tanpa mengambil kira samada pelajar faham atau tidak maklumat yang disampaikan. Di samping itu, penggunaan alat bantuan mengajar yang menarik juga kurang. Oleh yang demikian, pelajar bukan sahaja menjadi tidak berminat dalam modul ini, bahkan juga merasakan bahawa modul ini merupakan suatu yang membebankan. Memandangkan proses pendidikan masa kini sedang

mengalami evolusinya yang tersendiri di mana faktor utama yang mencetuskan evolusi ini ialah penemuan pelbagai sumber teknologi canggih khususnya teknologi maklumat maka adalah perlu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul SMK 3 ini diubahsuai mengikut perubahan masa dan perkembangan teknologi yang berlaku.

1.3

Penyataan Masalah Kebanyakan perisian yang terdapat di pasaran tidak

berkualiti dan tidak bersesuaian dengan andragogi pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang dihasilkan tidak selaras dengan sukatan modul. Kebanyak perisian multimedia yang dihasilkan adalah kaya dengan visual dan kreativiti tetapi mempunyai beberapa kelemahan dari segi skrin, antara muka dan kekurangan nilai pendidikan. Keadaan ini berlaku kerana perisian yang telah dibina dihasilkan oleh orang yang mahir dalam bidang pengatucaraan komputer tetapi kurang mahir dan berpengalaman dalam bidang pendidikan. Komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan pensyarah menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk : a) Membangunkan sebuah perisian Multimedia Interaktif Modul Pakaian Lelaki untuk Pelajar SMK 3 bagi tajuk Baju Melayu Cekak Musang. b) Untuk mengenalpasti pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran berbantukan perisian berbanding dengan kumpulan konvensional.

c)

Mengkaji minat pelajar SMK 3 terhadap modul ini dengan menggunakan perisian Multimedia Interaktif sebagai media pembelajaran.

1.5

Persoalan Kajian a) Adakah penggunaan perisian multimedia interaktif ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar SMK 3 terhadap tajuk Baju Melayu Cekak Musang. b) Adakah perisian multimedia ini sesuai digunakan di Kolej Komuniti Gerik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. c) Adakah perisian multimedia interaktif ini sebagai media pengajaran pelajar. dapat membantu meningkatkan pemahaman

1.6

Rasional Kajian Perisian ini dibina dengan tujuan untuk menarik minat pelajar

melalui pendedahan kepada pembelajaran kendiri. Subtopik Baju Melayu Cekak Musang ini adalah berdasarkan kepada tajuk pembelajaran yang terkandung di dalam sukatan Arena Pembelajaran SMK 3 Pakaian Lelaki. Kepentingan kajian ini agar dapat mengoptimumkan

penggunaan teknologi komputer sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Modul SMK 3. Penggunaan komputer dalam modul ini di Kolej Komuniti Gerik merupakan satu bidang yang masih belum diterokai dengan begitu meluas oleh pensyarah

Program Fesyen dan Pakaian khasnya. Masalah kekurangan perisian yang sesuai untuk modul ini masih belum dapat diatasi sepenuhnya sehingga kini.

1.7

Kepentingan Kajian Perisian multimedia memberi interaktif faedah yang kepada dibangunkan para ini

diharapkan

dapat

pengguna

terutamanya kepada para pelajar serta pensyarah Program Fesyen dan Pakaian. Perisian ini akan membantu dan memudahkan pensyarah memberi gambaran kepada para pelajar tentang caracara menghasilkan Baju Melayu cekak Musang kerana perisian ini akan dipersembahkan dengan gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain dari diintegrasi bersama pengajaran pensyarah, perisian ini juga boleh digunakan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan kerana perisian ini bersifat interaktif yang boleh menimbulkan keseronokan kepada para pelajar. Jika perisian multimedia interaktif ini digunakan secara berkesan sebagai alat bantu mengajar ianya akan mampu menyelesaikan beberapa permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap modul tersebut.

1.8

Skop Kajian Kajian ini terbatas kepada pelajar SMK 3 di Kolej Komuniti

Gerik, Perak. Pembinaan perisian ini dibina dengan berpandukan

model ADDIE (analysis, design, develop, implement, evalution) dengan menggunakan Macromedia Flash. Soal selidik dan soalan objektif akan diberikan selepas pelajarpelajar tersebut menggunakan perisian yang diperkenalkan ini. Kajian ini hanya benar bagi kumpulan pelajar ini sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak sesuai dibuat kesimpulan umum kepada semua pelajar SMK 3 di kolej komuniti yang lain.

1.9

Rumusan Sistem pendidikan kini sedang mengalami perubahan yang

amat pesat dan mendadak. Perkembangan teknologi multimedia mampu menyediakan peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik dan strategi pengajaran. Lantaran itu, kita perlu turut serta dalam arus perkembangan teknologi ini supaya dapat terus bersaing dalam kehidupan dalam era yang penuh mencabar ini. Pembangunan perisian multimedia ini diharapkan dapat menyumbang kearah pengaplikasian bahan bantu mengajar serta strategi-strategi pengajaran dengan lebih berkesan dan seterusnya mempertingkatkan minat pelajar.

You might also like