You are on page 1of 14

DPP 404 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK: ULASAN ARTIKEL BERDASARKAN MOODLE-BASED MODULE

DISEDIAKAN OLEH

NORHASFEZA BINTI ABD RAHIM DP/2990/11

DISERAHKAN KEPADA :

DR. AZIDAH ABU ZIDEN

TARIKH SERAHAN

4 APRIL 2012

KANDUNGAN BIL 1 Pengenalan PERKARA MUKA SURAT 3


1

2 3 4 5 6

Sorotan Kajian Pernyataan Masalah Maklum Balas Implikasi Rujukan

4-7 8-10 11-12 12-13 14

PENGENALAN Sejak dilahirkan, manusia mula mengalami proses pembelajaran yang berterusan. Setiap hari, kita belajar secara tidak formal melalui aktiviti kehidupan seharian dan persekitaran. Apabila sudah mencapai umur yang sepatutnya, kita akan menerima pendidikan formal di sekolah dan institusi untuk mencapai matlamat kurikulum tertentu. Sekiranya kita meninjau
2

kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran sudah berubah. Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada konsep sistem pengurusan pembelajaran (LMS) atau epembelajaran. Menurut Mosher, (2005), e-pembelajaran telah mengubah konsep pembelajaran berasaskan pengajaran di bilik darjah kepada pembelajaran di depan desktop. Sejajar dengan itu, e-pembelajaran menjadi salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbentuk elektronik yang menekankan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mengembangkan potensi individu pelajar. E- pembelajaran adalah kaedah pembelajaran secara elektronik dan digital. Ia telah lama diketengahkan oleh intelektual pendidikan dunia dan Malaysia. Teknologi ini kian menular di peringkat sekolah setelah diaplikasikan di institut pengajian tinggi sebelum ini. E-pembelajaran yang diketengahkan ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperoleh maklumat melalui buku tetapi terus dengan mengakses laman web yang berkenaan. Menurut Roslai di dalam Berita Harian (2006), antara kelebihan e-pembelajaran ialah termasuk kos lebih rendah, jangkauan lebih luas, dan kaedah lebih baik untuk menilai keputusan latihan.

SOROTAN KAJIAN Bagi tugasan individu bagi kursus DPP 404 ini, saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates And Proportions II, Tingkatan Tiga yang ditulis oleh Ismail bin Kailani dan Lokman Hakim Muhammed daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan utama artikel
3

ini ditulis adalah untuk membangunkan

web

portal

berasaskan

moodle

bagi

subjek

Matematik Tingkatan 3 bertajuk Ratios, Rates and Proportion II dan mengisi web portal dengan bahan bantu pengajaran untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar. Pembangunan web portal ini menggunakan moodle sebagai asas dan model ADDIE sebagai model reka bentuk dan Teori Konstruktivisme sebagai teori pembelajaran yang digunakan. Teori Konstruktivisme Sosial telah diterapkan di mana penglibatan pelajar sangat diperlukan. Menerusi laman web ini, pelajar didedahkan dengan isi pelajaran menggunakan teori konstruktivisme. Contohnya pada bahagian nota, pembangun moodle telah menggunakan video sebagai set induksi. Pelajar akan mengaitkan video yang ditunjukkan dengan kehidupan harian mereka seterusnya memberi perhatian kepada apa yang bakal mereka pelajari. Secara umumnya, moodle adalah salah satu daripada perisian yang menekankan konsep e-pembelajaran. Moodle adalah singkatan dari Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment yang diperkenal oleh Martin Dougiamas dan dicipta khusus untuk pembelajaran jarak jauh serta membantu pelaksanaan belajar secara maya. Moodle ialah pakej perisian percuma yang direka menggunakan prinsip-prinsip pedagogi bunyi, untuk membantu pendidik mewujudkan komuniti pembelajaran yang berkesan dalam talian. Moodle mempunyai komuniti pengguna yang besar dan pelbagai dengan lebih 330,000 pengguna berdaftar dan kebanyakannya adalah organisasi pendidikan di seluruh dunia. Moodle boleh didapati dalam pelbagai pakej muat turun dengan tahap kestabilan yang berlainan. Beberapa modul tambahan dan pek bahasa juga disediakan dalam penggunaan moodle.

Menurut penulis, moodle mendatangkan kebaikan kepada segenap kelompok masyarakat iaitu pelajar, guru, kementerian pelajaran, ibu bapa dan masyarakat itu sendiri. Dengan kewujudan perisian ini, ia dapat memudahkan pelajar mempelajari bab Ratios, Rates and Proportions II melalui komputer sama ada di rumah atau di kawasan yang mempunyai liputan internet. Para pelajar tidak perlu membawa buku sebaliknya boleh mempelajari bab ini melalui perisian yang disediakan.
4

Beban guru juga dapat diringankan melalui penggunaan perisian moodle kerana ia telah dilengkapkan oleh pembangunnya dengan nota-nota pembelajaran, latih tubi malahan maklum balas yang diterima juga lebih cepat setelah pelajar melakukan latih tubi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator bagi membantu pelajar dan pembelajaran tidak hanya berpusatkan kepada guru sahaja tetapi lebih kepada penglibatan pelajar itu sendiri. Di sini penulis juga menekankan bahawa perisian moodle banyak mendatangkan kebaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana, pihak kementerian selalunya akan membuat perisian dalam bentuk cakera padat (CD) dan membekalkan kepada sekolah-sekolah sebagai kaedah pengajaran berbantukan komputer. Masalah utama yang selalu dihadapi oleh pihak sekolah ialah cakera padat (CD) yang dibekalkan mudah rosak atau pun hilang dalam simpanan. Tetapi melalui penggunaan moodle, masalah ini tidak akan dihadapi lagi oleh pihak sekolah. Ibu bapa dan masyarakat turut merasa kesan daripada perkembangan teknologi global masa kini. Dalam era teknologi yang berkembang pesat, masyarakat Malaysia seharusnya turut serta dalam mewujudkan masyarakat yang celik IT. Penulis berpendapat, antara langkah yang boleh diambil adalah mendedahkan penggunaan web portal kepada anak-anak sejak mereka di bangku sekolah lagi. Dengan adanya web portal, ibu bapa dapat memantau pelajaran anak-anak mereka di sekolah dengan mengakses maklumat melalui aplikasi yang disediakan. Ibu bapa juga dapat mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka di dalam pelajaran di samping dapat membantu anak-anak untuk lebih berjaya dalam pembelajaran.

Kaedah untuk menggunakan moodle adalah sangat mudah berbanding aplikasi lain yang ada pada masa kini. Penulis sependapat bahawa melalui penggunaan moodle pelajar dapat mengakses sesuatu pelajaran itu dengan lebih mudah dengan adanya kemudahan internet terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Ia boleh dilayari di mana sahaja asalkan kawasan terbabit mempunyai rangkaian jalur lebar yang baik. Pelajar hanya perlu menaip alamat url bagi sesuatu moodle yang dibangunkan dan mendaftar masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan sahaja. Bagi pelajar baru, mereka dikehendaki mendaftarkan diri dengan
5

membuka akaun baru. Pelajar yang ingin mendaftarkan diri hanya perlu menekan butang pembukaan akaun baru di skrin login dan mengisi borang yang dipaparkan bagi mendapatkan nama pengguna dan kata laluan sendiri. Nota yang disediakan di dalam moodle kebanyakannya dalam bentuk power point di mana ia boleh digunakan oleh guru dan juga pelajar. Guru boleh memuat turun nota yang disediakan dan menggunakannya sewaktu proses pengajaran di dalam kelas. Pelajar juga boleh membuat perkara yang sama dan menggunakannya untuk proses pembelajaran secara kendiri di rumah. Nota yang disediakan turut disertakan dengan contoh-contoh soalan yang berkaitan dan juga jalan penyelesaiannya. Ia juga menepati kehendak kurikulum yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Aplikasi yang disediakan di dalam moodle banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut penulis, aktiviti yang disediakan selaras dengan kehendak kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dan juga kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Menurut penulis juga, pelajar dapat melibatkan diri secara langsung dengan segala aktiviti yang disediakan guru seperti di ruangan tugasan, forum, kuiz, chat dan sebagainya Aktiviti-aktiviti sebegini membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru sekali gus dapat mengatasi masalah kekangan masa di dalam kelas. Web portal yang diperkuatkan dengan video dan animasi diharap dapat memudahkan pemahaman pelajar di samping mendapat tindak balas atau idea yang lebih cepat dari guru dan pelajar lain tentang sub topik yang memerlukan penambahbaikan terutamanya pelajar tingkatan tiga yang merupakan kumpulan sasaran dalam kajian ini.

Berdasarkan kajian penulis, bagi menepati kehendak KSSM, latihan yang disediakan mestilah mengikut standard penghasilan pembelajaran yang sedia ada. Latihan perlu disediakan dalam pelbagai bentuk seperti soalan pelbagai pilihan, padanan, isi tempat kosong dan sebagainya mengikut isi pelajaran. Setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar juga

disertakan dengan maklum balas yang memberitahu bahagian yang perlu diberi perhatian oleh pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Melalui ruangan forum, pelajar boleh menyumbangkan idea dan berkongsi pendapat bersama dengan rakan pelajar yang lain sekali gus dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberikan pendapat masing-masing. Pelajar dapat membina pengetahuan baru melalui perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Secara keseluruhan, penulis iaitu Ismail bin Kailani dan Lokman Hakim Muhammed bersetuju bahawa laman web berkonsepkan moodle ini dapat menerapkan unsur interaktif dalam proses pembelajaran pelajar. Laman web berkonsepkan moodle ini juga mempersembahkan isi pelajaran dengan menggabungkan teks, grafik, animasi yang mana setiap satunya mempunyai peranan yang tersendiri dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan berkesan. Aplikasi web portal yang interaktif ini membolehkan sesuatu informasi

disampaikan dengan lebih berkesan dan kekal di ingatan pelajar dalam jangka masa yang lebih panjang.

PERNYATAAN MASALAH Pengenalan Internet pada tahun 1980an telah membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan. Ini kerana internet adalah satu institusi pendidikan tersendiri yang penuh dengan maklumat dan sumber. Dengan Internet, pengguna boleh melakukan pembelajaran kendiri untuk mencapai pelbagai jenis maklumat dan sumber rujukan yang dikehendaki. Perkembangan

internet telah membawa kepada e-pembelajaran menerusi internet yang berpotensi membawa perubahan dan kesan yang ketara dalam bidang pendidikan. Antara sebab utama moodle yang berkonsepkan e-pembelajaran diwujudkan adalah mengikut peredaran semasa yang menitikberatkan teknologi dalam pendidikan. Sejajar dengan visi dan misi negara melangkah wawasan 2020, sememangnya aplikasi ini merupakan suatu strategi baru dalam bidang pendidikan yang berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan. Jika diimbas kembali corak pendidikan pada zaman dahulu adalah lebih berpusatkan kepada guru dan pelajar hanya mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Menurut Jamaludin Mohaidin (2000), Rosenberg, M. J. (2001), Mosher (2005), Broadbent, Brooke (2002), Shea-Schultz dan Fogarty, (2002), menerusi e-pembelajaran atau pun moodle, pelajar boleh melaksanakan pembelajaran kendiri dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih tempat, masa, kandungan dan hala tuju pembelajaran mengikut kehendak sendiri. Selain itu, moodle juga dianggap dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kerana komunikasi boleh dijalankan sama ada secara teratur atau pun tidak. Perkembangan teknologi yang semakin pantas telah menyebabkan kaedah pembelajaran tradisional tidak lagi dianggap relevan dalam dunia global. Contohnya, di Malaysia, bermula dari sebuah universiti pada tahun 1957 telah mencapai kepada puluhan buah universiti awam dan swasta pada hari ini yang menyebabkan pertambahan bilangan pelajar. Menurut Jamaludin (2000), pertambahan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi telah mengakibatkan pengajaran tradisional kelihatan kurang dapat dilaksanakan secara berkesan lagi. Hal ini demikian kerana pengajaran secara kuliah akan menjadi sesi penyampaian maklumat semata-mata kerana bilangan pelajar yang ramai. Selain itu, interaksi pelajar dengan pensyarah secara individu turut menjadi mustahil. Kaedah pengajaran yang pelbagai selain bentuk kuliah seperti perbincangan kumpulan, pembentangan kertas penyelidikan di seminar pendidikan, percambahan fikiran dan lain-lain adalah susah untuk dilaksanakan. Bilik kuliah yang besar untuk menampung bilangan pelajar yang ramai juga akan menyebabkan penggunaan alatan media menjadi kurang berkesan dan seterusnya mengurangkan motivasi pembelajaran. Malah kesesakan dewan kuliah turut menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak lagi kondusif.
8

Antara sebab lain, e-pembelajaran dibangunkan kerana ia dapat memberi pembelajaran secara berulang-ulang. Clement (1994), menyatakan bahawa pembelajaran secara berulang akan memberikan kesan atau ingatan yang lebih baik dari sebelumnya sekali gus membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Justeru itu, pembelajaran melalui e-pembelajaran atau pun moodle merupakan satu alternatif yang sesuai untuk menangani fenomena tersebut. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Ahmad, et al. (2000) mahasiswa Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITHO) bersetuju melalui penggunaan kaedah laman Web Nicenet dalam perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran sebagai satu alternatif untuk mereka mudah berinteraksi dengan pensyarah berbanding dengan kaedah lazim yang menurut mereka menimbulkan masalah. Dalam perlaksanaan e-pembelajaran, tidak kurang juga yang menyatakan kelemahan dan kekangannya. Menurut Urdan & Weggen (2000), walaupun banyak usaha yang dilakukan untuk memperkembangkan e-pembelajaran, tetapi hanya sebahagian keterangan yang menyokong bahawa penggunaan e-pembelajaran adalah efektif. Punca utama penggunaan e-pembelajaran atau pun moodle masih tidak efektif dalam sistem pendidikan semasa adalah kerana, epembelajaran hanya boleh berlaku jika kawasan itu dilengkapi kemudahan jalur lebar yang baik. Ini mendatangkan masalah kepada pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di pedalaman Pahang, Kelantan, Sabah mahu pun Sarawak. Walaupun, kerajaan telah melengkapkan prasarana yang terkini mengikut perkembangan teknologi semasa, masalah utama yang wujud ialah daripada segi teknologi merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikan, atau servis komputer menjadi kekangan dalam penggunaan e-pembelajaran secara meluas.

Menurut Gorard dan Selwyn (2000), halangan teknologi adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet, konsisten untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet. Halangan teknologi yang lain menurut Schilke (2001) termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal dan kekurangan kemahiran teknikal, Hasil kajian yang dijalankan oleh OConnor, et al. (2003) yang mendapati bahawa pelajar yang mempunyai

komputer sambungan internet mempengaruhi kekerapan dan kebolehan mengakses epembelajaran. Kecekapan diri juga akan mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Kecekapan diri adalah kesediaan dan keyakinan diri untuk menggunakan e-pembelajaran. Terdapat dua aspek kecekapan diri yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet. Menurut Eastin & LaRose (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap e-pembelajaran yang rendah akan kurang yakin terhadap kebolehan beliau mengakses e-pembelajaran dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan beliau. Sehubungan dengan itu, dalam penggunaan e-pembelajaran atau pun moodle setiap kebaikan dan kelemahan harus diambil kira supaya perkembangan teknologi dapat dinikmati oleh semua pihak dan tidak membebankan pihak yang lain. Keberkesanan penggunaan e-learning juga harus dikenalpasti supaya pelaksanaan e-learning mendatangkan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan pada masa akan datang.

MAKLUM BALAS Menerusi tugasan berkumpulan DPP 404, kumpulan saya iaitu Lestari telah berjaya menghasilkan satu laman pembelajaran berasaskan moodle. Kami terdiri daripada lima orang ahli iaitu saya sendiri; Norhasfeza bt Abd Rahim, Rosilah bt Ali, Nurihan bt Abdul Manap, Siti Hajar bt Saidin dan Nur Suzana bt Md Radzi. Konsep yang kami ketengahkan ialah konsep
10

pembelajaran secara kendiri menerusi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2. Laman yang kami bangunkan ini membolehkan pelajar mengakses maklumat berkaitan pelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sepanjang penghasilan moodle ini, kumpulan kami mengalami sedikit masalah pada peringkat permulaan pembangunan memandangkan pertama kali mencuba aplikasi ini dan masih belum serasi menggunakannya. Walaupun begitu, sepanjang pembangunan moodle in banyak pengetahuan dan maklumat yang kami peroleh yang boleh memantapkan ilmu perguruan yang sedia ada. Bagi pendapat saya, penggunaan moodle dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat sesuai dilaksanakan pada masa kini sejajar dengan pembangunan negara dan selari dengan perkembangan teknologi global. Kita masih lagi boleh menggunakan kaedah tradisional tetapi harus dipelbagaikan kaedahnya dan dicampur dengan penggunaan ICT supaya matlamat pengajaran dan pembelajaran tercapai. Melalui penggunaan moodle, kita boleh melatih pelajar untuk belajar secara kendiri dan tidak terlalu bergantung dengan bantuan guru. Ini dapat mendisiplinkan pelajar sekali gus menanam sikap yakin dalam diri pelajar itu. Pelajar juga lebih terangsang untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan pembelajaran. Rakan-rakan saya juga sependapat menyokong bahawa penggunaan e-pembelajaran melalui moodle banyak memberi kesan yang positif kepada semua pihak terutamanya pelajar dan guru. Pelajar dapat menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan proses pembelajaran manakala guru pula menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan proses pengajaran. Apa yang dibimbangkan ialah tentang kemahiran pelajar luar bandar yang kebanyakannya tidak mahir dalam penggunaan aplikasi ini. Saya mencadangkan agar setiap sekolah yang ingin menggunakan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran wajib mengadakan taklimat dan sesi pengenalan mengenai e-pembelajaran supaya para pelajar dapat menggunakan aplikasi ini semaksimum mungkin. Selain itu, data atau maklumat yang diletakkan di dalam sesuatu aplikasi haruslah sentiasa dikemas kini oleh pembangun supaya dapat menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ini bertujuan supaya penggunaan e-pembelajaran dapat mencapai objektif yang sepatutnya.

11

IMPLIKASI Secara kesimpulannya, penggunaan e-pembelajaran atau pun moodle lebih banyak mendatangkan implikasi positif berbanding implikasi negatif. Jika dilihat dari semua aspek, setiap golongan yang disebut iaitu pelajar, guru, kerajaan, ibu bapa dan masyarakat setempat mendapatkan kesan yang positif hasil daripada penggunaan e-pembelajaran ini. Contoh yang terdekat, melalui penggunaan ICT pelajar dapat meningkatkan prestasi dan motivasi pembelajaran yang berkonsepkan usaha kendiri. Pembelajaran juga menjadi lebih teratur melalui penyusunan sumber-sumber pembelajaran yang disediakan di web portal secara berperingkat mengikut tajuk. Bahan e-pembelajaran yang ada juga boleh digunakan oleh

sesiapa sahaja terutama kepada pelajar dan guru pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang mempunyai rangkaian Internet. Di samping itu bahan ini juga boleh dimuat turun untuk digunakan di dalam kelas. Selain itu, dengan adanya aktiviti interaktif seperti kuiz, tugasan, forum, dan chat dapat mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang memberikan panduan kepada pelajar dan memantau penglibatan pelajar. Gambar dan

animasi yang bersesuaian yang dimuatkan membuatkan pelajar lebih seronok, bersemangat dan bermotivasi untuk belajar. Terdapat juga implikasi negatif dalam membangunkan e-pembelajaran ini. Antara beberapa kelemahan-kelemahan yang terdapat pada aplikasi ini ialah tidak menyediakan sesi pemulihan bagi pelajar-pelajar yang lemah dan ini menyebabkan guru terpaksa mengesan terlebih dahulu tahap pemahaman pelajar untuk menyesuaikan penggunaan aplikasi ini di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti jenis hands-on terus pada skrin seperti kebolehan menggerakkan objek dan mencantumkan gambar semasa persembahan bahan pembelajaran tidak dapat dibuat kerana perisian ini (PowerPoint) tidak menyediakan kemudahan tersebut. Akhir sekali, walaupun pembangun menyediakan sesi pengujian pemahaman pelajar terhadap isi kandungan pembelajaran, namun perisian ini tidak dapat mengukur tahap penguasaan pelajar. Ini kerana, aplikasi ini tidak ada kebolehan untuk membuat analisa. Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh seharusnya
12

dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan di samping merangsang minat mereka untuk belajar.

RUJUKAN 1. Ismail Bin Kailani & Lokman Hakim Muhammed, Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates And Proportions II Tingkatan Tiga, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 2. Hiew Yee Fun, Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, April 2006.
13

3. Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung, Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi(IPTA) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 4. Musim Bin Jonid & Hamidah Binti Marsidi, Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bagi Tajuk Electrolysis Of Aqueous Solution Kimia Tingkatan Empat, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 5. http://blog.tp.ac.id/apa-itu-moodle 6. http://dougiamas.com/ 7. http://moodle.org/ 8. http://www.slideshare.net/soulmoon/kajian-10-journal-saya

14

You might also like