You are on page 1of 9

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.

Bhg
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan
2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan
agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi
mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan
saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan
berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat
terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan
kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal
pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Isu kekurangan kemudahan dan infrastuktur


 Infrastruktur tidak mencukupi

Cabaran dari segi kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi ini


disokong oleh Bayrei (2008) dan Dnyaneshwar (2011).

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam PdP memerlukan


peralatan dan perkakasan yang lengkap seperti komputer yang
mencukupi mengikut jumlah pelajar bagi setiap kelas dan akses kepada
internet yang berkelajuan tinggi

 Sistem penyelenggaran bahan teknologi maklumat tidak cekap(rosak


dan tidak dapat digantikan kerana melibatkan isu peruntukan)

Bantuan teknikal untuk mengekal dan menggunakan sumber teknologi


sangat penting dalam memaksimumkan penggunaan teknologi dalam
pembelajaran.

 Ketidakseimbangan dalam pengagihan komputer di antara sekolah


bandar dengan sekolah luar bandar
Secara tidak langsung menyebabkan wujudnya jurang pendidikan di
antara pelajar di kawasan bandar dan pelajar di kawasan luar
bandar.

 Kegagalan elektrik, capaian internet, serta masalah dalam kelajuan


sambungan internet

Walaupun telah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G,


ia masih belum mencukupi untuk membekalkan capaian internet yang
terbaik bagi setiap sekolah di seluruh negara.

Masalah ini masih lagi berlaku melainkan guru menggunakan internet


peribadi seperti internet broadband dan hot spot.

 Tidak semua murid mempunyai komputer meja ataupun komputer riba


yang dilengkapi dengan kemudahan internet di rumah

Mempunyai masalah untuk melaksanakan PdPc secara maya


sepenuhnya.

 VLE masih belum berfungsi sepenuhnya dan masih lagi dalam proses
penambahbaikan.

Seseorang guru akan berasa kurang bersemangat sekiranya


kemudahan teknologi yang ingin digunakan tidak disediakan dengan
baik.

McKenzie (1999) dan Al-Bataineh dan Brooks (2003) juga


bersependapat dalam hal ini.

Isu peribadi guru


 Efikasi kendiri guru rendah
Efikasi kendiri merupakan keyakinan seseorang terhadap kebolehannya
untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki dengan
jayanya (Bandura, 1977, dipetik daripada Fadhilah, 2013).

Menyebabkan mereka kurang berminat untuk mengaplikasikannya


dalam PdP.
Kurang berminat untuk belajar dan meneroka tentang penggunaan TMK.
Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan resah atau computer
anxiety serta akan sentiasa teragak-agak untuk menggunakan inovasi
teknologi tersebut dalam PdPc.

pendekatan konstruktivisme ialah ia memerlukan masa yang panjang


untuk pelajar menyiapkan tugasan dan perbincangan. Secara tidak
langsung, sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan dalam masa yang
ditetapkan. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme memerlukan
penjadualan waktu belajar yang tersusun dan jadual waktu yang anjal.
(Moursund 2003). Justeru, guru yang berefikasi rendah tidak berani
menggunakan pedagogi abad ke 21.

 Kebolehan guru untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc secara


berkesan

Walaupun telah diberi latihan dalaman di peringkat sekolah, namun


ianya masih belum mencukupi terutamanya bagi guru yang kurang
berkemahiran TMK.

Mereka memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri


mereka

Terdapat juga guru yang masih belum mahir dalam mengakses portal,
menyediakan bahan pengajaran dan memproses maklumat melalui
laman web.

Mereka juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengendali dan


memanipulasi sesuatu alat.

Kelancaran penyampaian isi pengajaran juga akan terganggu dan


menjadi tidak berkesan.

Ini akan menyebabkan masalah dalam usaha untuk menjadikan Frog


VLE sebagai satu pengantar pengajaran yang melibatkan semua guru
dan pelajar.

Guru yang lebih senior, tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
penggunaan Frog VLE. Kemahiran yang rendah akan menyukarkan lagi
pengaplikasian terhadap inovasi baharu tersebut. Dalam
mengaplikasikan Frog VLE di sekolah, guru harus mengetahui dan
memahami setiap fungsi ikon dalam widgets dan tahu mengendalikan
dashboard tersebut sehingga dapat mewujudkan laman sendiri serta
boleh dikongsi dengan guru lain dan pelajar.

 Sikap pengajaran guru

Gaya pengajaran guru atokrasi di mana guru tidak memberi peluang


lanngsung kepada pelajar untuk bertanya dan memberikan pendapat.

Komunikasi satu hala dan pengajaran berpusatkan guru.

Pelajar terpaksa menerima sahaja semua yang disampaikan tanpa boleh


bertanya atau menyangkal setiap pengajaran yang disampaikan.
Hal ini menyekat idea pelajar daripada berkembang untuk membentuk
pemahaman yang kukuh.

Menurut Omardin Ashaari (1999), guru yang bersifat autokratik dan


melaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak
tanduk mereka ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan pelajar
tidak bebas dan berfikir.

Gaya pembelajaran guru sebegitu telah bertentangan dengan ............

Penilaian kejayaan guru di bilik darjah sering kali diukur melalui skor ujian
pelajar yang dicapai. Kejayaan ujian itu pula memerlukan lebih banyak
fakta pengetahuan daripada penggunaan pemikiran pada aras tinggi.
Penekanan terhadap ujian mempengaruhi amalan guru mengajar,
kadangkala sehingga mereka boleh mengubah kandungan subjek yang
diajar itu untuk memenuhi keperluan ujian (Rowan 1990). Ada kalanya
guru menggunakan pengajaran secara tradisional untuk menghabiskan
dengan segera sukatan pelajaran yang ditetapkan. Pelajar tidak
berupaya memindahkan atau mengaplikasikan pengetahuan kerana
sekolah menggunakan pendekatan tersebut untuk membolehkan pelajar
mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan (Hooper & Rieber 1999;
Papert 2000). Sekolah dan guru pula dinilai berdasarkan skor pelajar
dalam peperiksaan umum. Justeru itu, berlakulah kes pelajar diajar untuk
peperiksaan (Tanner & Tanner 1995).

 Sikap dan integriti guru

Kurangnya kerjasama antara rakan sekerja terhadap penggunaan


inovasi ini. menyukarkan guru untuk menggunakan Frog VLE.

Seseorang guru itu perlulah sentiasa bekerjasama dengan rakan


sejawat yang lain kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan pelajar di
sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua
golongan guru di sekolah itu.

Kerjasama antara guru dapat dilihat apabila mereka sama-sama


membantu dalam menyediakan satu laman web pembelajaran. Guru
yang lebih pakar dalam bidang pengkomputeran boleh menjadi fasilitator
kepada rakan guru yang lain, sama ada sewaktu bengkel dalaman
mahupun secara tidak langsung seperti semasa berinteraksi di bilik guru.

 Tekanan peribadi dan kerja membebankan

Posey, Burgess, Eason dan Jones (2010) menyatakan bahawa guru


merupakan individu yang mempunyai beban tugas yang berat dan
mereka tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara yang tidak
mempunyai kaitan dengan profesion mereka.

Guru seringkali berhadapan dengan pelajar yang berbeza tahap dari


segi kebolehan dan pencapaian. Keadaan ini memerlukan kepakaran
guru dalam menentukan strategi PdPc, menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar.

Strategi yang dipilih itu mestilah dapat merangsang pelajar secara aktif
dan mampu membantu pelajar memahami konsep dengan jelas.

Begitu juga cabarannya dalam penggunaan TMK dalam PdP. Bagi guru
untuk memuat turun bahan di laman pembelajaran secara maya dalam
Frog VLE yang dapat memenuhi semua kriteria yang disebutkan ternyata
bukan satu kerja yang mudah. Yang tampak pasti, ini adalah satu lagi
tugasan sampingan bagi mereka selain daripada aktiviti mengajar di
dalam kelas.
Tidak menafikan bahawa penggunaan aplikasi Frog VLE ini dapat
membantu PdP. Guru dapat berinteraksi dengan pelajar secara maya
dan dapat berkongsi pelbagai input pembelajaran yang dapat dimuat
turun dan dipaparkan dalam laman. Namun begitu, guru juga mempunyai
komitmen lain apabila berada di luar waktu persekolahan. Maka,
kemampuan guru untuk memuat turun dan mencari bahan pembelajaran
untuk dikongsi dalam laman adalah terhad.

 Belum menguasai sepenuhnya aspek pedagogi


di kalangan guru-guru yang menguasai ilmu pengetahuan dan pedagogi
yang terhad, mereka tidak mempunyai pilihan untuk melakukan
pengajaran yang luas dan oleh itu lebih suka kepada pengajaran secara
tradisional (Talbert & McLaughlin 1993).

Langkah-langkah mengatasi

Isu kekurangan kemudahan dan infrastuktur


Melengkapkan Infrastruktur.
infrastruktur yang mencukupi seperti komputer, televisyen dan cakera
video digital (DVD) perlu disediakan. Bagi memastikan program ini dapat
beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan
diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan
Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P),
Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan
Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P.

Inisiatif pihak sekolah.


untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme, sekolah perlu
melaksanakan jadual waktu anjal itu.

Langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberi keterangan yang jelas
kepada guru tentang kepentingan pendekatan konstruktivisme dan
bagaimana pendekatan ini harus dilaksanakan sebaik mungkin.
Penyelidikan yang berterusan tentang pendekatan ini juga perlu dibuat
untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan kesannya terhadap
pembelajaran pelajar. Memetik pendapat Olson dan Loucks-Horsley
(2000) walaupun John Dewey telah pun mencadangkan amalan
pembelajaran berasaskan pengalaman dilakukan sejak tahun 1906 lagi,
amalan ini masih belum luas dipraktikkan walaupun hampir satu abad
telah berlalu.

Inisiatif guru.
Dalam konteks pendidikan, kemahiran ini merujuk kepada kemahiran
guru di dalam bilik darjah. Kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru
adalah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang,
kemahiran pemudahcaraan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
mengurus (Zarina, 2012). Begitu juga dalam aplikasi Frog VLE ini,
responden berpandangan guru perlu mengurus laman web mereka
sendiri, merancang pembelajaran, dan berkomunikasi dengan pelajar
pada bila-bila masa dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
Dari itu, guru harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Guru bertanggungjawab untuk membina daya pemikiran
yang analitikal, kritis dan kreatif terhadap pelajar. Pelajar diajar agar
dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka. Perlaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog 125 Oleh
itu, guru sendiri harus mempunyai inisiatif untuk menguasai kemahiran
dan pengetahuan yang terkini demi menjalankan tugas.

Sikap Guru
Menurut Mok (2008), guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai
tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna, khasnya dalam melaksanakan perancangan penyampaian
pengajaran dengan berkesan. Beliau juga menyatakan bahawa seseorang
guru perlu mempunyai kualiti profesional yang tinggi seperti ingin tahu,
pengetahuan iktisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan
daya usaha yang tinggi.

Sistem pentaksiran dan penilaian.


KPM akan memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih
holistik. Mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan
kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada
kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga
akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan
dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan
suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi
memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi
kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard
negara lain

You might also like