You are on page 1of 8

Tugasan 2

Teknik penilaian kemahiran menulis



A). Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan
keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan
pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak
terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan,
menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu
meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau
pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah
diberikan markah cemerlang.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk
tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan
kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini
bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu
jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala
yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.
Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skalaordi nal
ialah:

Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas
dan prestasi terburuk di bawah,
Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan
sebagainya,
Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan
untuk setiap kumpulan.
Tugasan 2
Pemeriksa yang menggunakan skalanormi nal hendaklah membaca skrip jawapan
pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk
mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian,
pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred
yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan
cemerlang, baik, sederhana dan lemah .
Peraturan memberi markah esei secara holistik:

1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan
susunan)
2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk
mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut:

Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan
kematangan fikiran dan baik susunannya.
Bahasa (15 markah)
Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas.
Gaya (10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang
ditentukan.




Tugasan 2
Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Esei Cemerlang
1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.
3 Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian
panjangnya.
4 Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan
perbendaharaan kata.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak
merasakan sebarang kejanggalan.
6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Esei baik
1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.
2 Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah
sebaik atau setinggi peringkat cemerlang.
3 Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan
agak kurang mantap)
4 Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat
sedikit- sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.
5 Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit
kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.
6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.
Tugasan 2
Esei sederhana

1 Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang
terperinci.
2 Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang
amat sederhana.
3 Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan
baik.
4 Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan
penggunaan perkataan yang salah.
5 Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa
mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas.
6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk

Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.
2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.
3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.
4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.
5 Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan
kejanggalan penyampaian isi.
6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Tugasan 2
Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan
ejaan dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga
maksimum sebanyak tiga markah.



B) Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-
unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses
adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan
pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim
pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan
sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti.



Contoh perincian (A) :
Isi - 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik)
Bahasa - 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Setiap
tiga kesalahan ditolak satu markah).
Gaya - 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian
pemerengganan.
Jumlah - 100


Tugasan 2


Contoh perincian (B):
Soalan : Huraikan;
(a) dua kelebihan, dan
(b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran
tatabahasa.
(10 markah )

Skim pemarkahan:

(a) dua kelebihan------------2 x 2 = 5 markah
(b) dua kelemahan------------2 x 2 = 5 markah
__________
Jumlah
10 markah
__________






Tugasan 2









Keseluruhan / Holistik


Perincian / Analitikal
Kebaikan Kekurangan Kebaikan Keburukan
Tugasan 2
.Semua aspek
penulisan
diberikan
pertimbangan
yang sama rata.

Dapat menilai
kebolehan am
dalam bidang
penulisan.

Pemeriksaan
boleh dibuat
dengan lebih
tepat; latihan
yang banyak
boleh dijalankan.

Pelajar bebas
menulis Menulis
esei merupakan
suatu kemahiran
yang
memerlukan
gabungan
beberapa proses.

Guru mungkin
bersifat bias
semasa
memeriksa.

Tiada maklumat
diagnostik yang
khusus; oleh itu
pelajar tidak
dapat melihat di
mana kekuatan
dan kelemahan
karangan
mereka.

Sekiranya
pemeriksaan
memerlukan
ramai
guru,kordinasi
sukar
dilaksanakan.

Kesalahan
pelajar dapat
diperlihatkan
dengan jelas.

Esei boleh
diperiksa hanya
dengan sekali
baca.

Orang yang
kurang mahir
dalam bidang
penulisan boleh
menjalankan
tugas
pemeriksaan.

Dengan
mengasingkan
aspek-aspek
yang dinilai

Pemeriksaan
memerlukan
masa yang
panjang.

Kebolehan
penulisan secara
keseluruhan
sukar dilihat.

Mungkin
menekankan
kepadamencari
kesalahan
daripada
mencari
kekuatan esei.

You might also like