You are on page 1of 58

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703

DISEDIAKAN OLEH :
NOOR ATHIRAH BT ZAZALI (HB110338) WAN NOREHAN BT WAN MAMAT (HB110324)

PENSYARAH:
PN HAJAH SAREBAH BINTI WARMAN

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703

SUB TOPIK
SKEMA PEMARKAHAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF

KAEDAH ANALITIK & KAEDAH HOLISTIK

RUBRIK PEMARKAHAN & SENARAI SEMAK

Dokumen yang mengandungi jawapan dan panduan untuk memberi markah respons pelajar serta pembahagian skor bagi setiap jawapan.

Tujuannya adalah untuk memandu guru memeriksa jawapan

Keobjektifan yang tinggi = Markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal atau konsisten.

Mestilah menepati kehendak soalan dan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi.

SYARAT PENTING DALAM PENYEDIAAN SKEMA PEMARKAHAN


Agihan skor mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam jadual penentu ujian (JPU)

Skema pemarkahan mesti disediakan semasa soalan dibentuk

Skema pemarkahan haruslah lengkap

KEPENTINGAN SKEMA PEMARKAHAN


Meningkatkan keobjektifan, kesahan & kebolehpercayaan pemarkahan Kesan halo yang dipindahkan daripada jawapan bagi soalan lain dapat dikurangkan

Perbezaan markah yang diberikan kepada jawapan yang hampir sama dapat dikurangkan
Meningkatkan kejituan dan ketekalan pemeriksa

Menyingkirkan pemeriksa yang terlalu ketat atau longgar

SKEMA PEMARKAHAN UJIAN OBJEKTIF


Dokumen yang mengandungi jawapan muktamad.

Hanya 1 markah diberi kepada setiap jawapan yang betul.

Boleh diserahkan kepada orang lain tanpa menjejaskan kualiti pemarkahan.

SKEMA PEMARKAHAN UJIAN SUBJEKTIF


Pelajar perlu memberikan pandangan & mengolah jawapan

Pelajar mengemukakan idea & fakta bagi menyokong jawapan mereka dalam konteks yang relevan dengan soalan

Tidak terdapat hanya satu jawapan yang tepat dan memenuhi keperluan soalan

Kesesuaian markah bergantung kepada bagaimana pelajar mengolah jawapan dengan sokongan fakta-fakta.

KRITERIA SKEMA PEMARKAHAN SUBJEKTIF


Pengelolaan Kandungan
Aspek penggunaan bahasa / pengetahuan dalam penulisan. Penggunaan bahasa tepat, kemahiran hurai idea secara logik dan matang. Ketepatan, munasabah, kelengkapan, konsisten, keaslian, daya cipta teknik penulisan.

Proses

KAEDAH PEMARKAHAN SUBJEKTIF

KAEDAH ANALITIK
dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.
Kandungan, pengolahan & proses

markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya

Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kebersepaduan unsur-unsur berkenaan

digunakan dalam peperiksaan awam (jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur). Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval

Soalan : Berdasarkan teori Piaget, nyatakan dua perkara yang harus diambil perhatian dalam pengajaran matematik kepada murid-murid sekolah rendah.
( 4 markah )

Skima Pemarkahan: i. Gunakan banyak alat bantu mengajar ii. Mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang benar. iii. Gunakan kaedah inkuiri-penemuan iv. Lain-lain sesuai ( 2 X 2 = 4 markah )

KEKURANGAN

KELEBIHAN
Skrip jawapan boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Skrip jawapan memadai diperiksa sekali sahaja. Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat. Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah. Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan. Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada kemahiran penulisan. Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila calon membuat kesilapan dalam aspek tersebut.

KAEDAH HOLISTIK
didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan
memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

dua jenis skala yang lazim digunakan ,iaitu skala ordinal dan skala nominal.

Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan Menyusun skrip-skrip pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D, E dan sebagainya Memberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan

LANGKAH PEMERIKSAAN HOLISTIK DENGAN SKALA NOMINAL


Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Contohnya, gred A = Cemerlang, B = Baik, C = Memuaskan , D = Sederhana, E= Lemah. Gred adalah berdasarkan kriteria kandungan, pengolahan, dan proses.

Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan calon sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan calon, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan

Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

Gred/Markah
Gred A (75% -100%)

Ciri-ciri dalam jawapan


Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih. Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan. Terdapat keseragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat menarik. Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai.

Hujah sangat logis dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan fikiran


Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat. Gred B (60% -74%) Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik. Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit. Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan. Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Gred C (40% -59%) Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan. Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad Takrif terhadap tajuk karangan kurang di fahami. Gred D Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang teratur.

(30% -39%)

Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan.


Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung.

Gred E (0 -29%)

Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur. Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.

KEKURANGAN
Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan. Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalarnan sahaja. Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

KELEBIHAN

Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.

Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.

satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru.

Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator) yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria khusus dan jelas.

Penaksiran secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan berdasarkan objektif pembelajaran.

Ciri-ciri Umum Rubrik


Memfokuskan pengukuran berdasarkan objektif dengan jelas
.

Menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap-tiap tahap

Mengandungi spesifikasi tentang kriteria dan kualiti yang dipenuhi untuk mendapatkan markah.

Analitik

Tugasan spesifik

Jenis-jenis Rubrik

Holistik

Umum

Rubrik analitik menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran dijalankan. Rubrik analitik berlawanan dengan rubrik holistik.

Kelebihan mendapat maklum balas yang lebih terperinci.


Kelemahan mengambil masa yang lama untuk dikira

Kegunaan - untuk melihat kekuatan dan kelemahan pelajar. - untuk mendapat maklum balas dengan lebih terperinci. - untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar.

Rubrik holistik menyediakan markah keseluruhan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid terhadap tugasan yang diberikan. Kelebihan menyediakan markah dengan cepat berdasarkan pencapaian pelajar. Kelemahan tidak menyediakan maklumat secara terperinci

Rubrik umum mengandungi kriteria yang umum berdasarkan tugasan. rubrik umum bertentangan dengan tugasan spesifik. Kelebihan boleh digunakan rubrik yang sama pada tugasan yang berlainan. Kelemahan maklum balas tidak cukup terperinci. Kegunaan untuk mentaksir sebab, kebolehan dan juga pencapaian setiap pelajar melakukan tugasan yang berlainan.

Rubrik tugasan spesifik adalah tersendiri berdasarkan tugasan. Berbeza dengan rubrik umum. Kelebihan lebih dipercayai untuk mentaksir pencapaian pelajar. Kelemahan sukar untuk digunakan untuk semua tugasan. Kegunaan untuk mentaksir pengetahuan pelajar.

Kegunaan Rubrik

Kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar didalam pembelajaran.

Didalam mentaksir, rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dalam satu- satu mata pelajaran itu. Rubrik memberi fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu pelajar kuasai dimana hasil pembelajaran ini akan digunakan untuk menghasilkan soalan ujian/tugasan untuk dinilai setakat mana pemahaman dan pengetahuan pelajar.

PENGUKURAN & PENILAIAN DALAM PTV MBE 22703

PERSOALAN DI SINI IALAH:


Adakah kertas soalan yang disediakan dan yang dihadapi oleh beribu-ribu orang pelajar itu sah dan boleh dipercayai?

Faktor ini adalah penting kerana jika pelajar menghadapi ujian yang sah dan boleh dipercayai, barulah gambaran yang sebenar tentang pencapaian atau kemajuan pelajar boleh didapati.

PENGANALISISAN DAN PENTAFSIRAN SOALAN SELEPAS PEMARKAHAN


Penganalisisan soalan merupakan suatu kajian yang sistematik terhadap soalan yang telah digunakan dalam sesuatu ujian. Dalam peringkat penganalisisan soalan, keputusan yang didapati daripada ujian boleh diinterpretasikan dengan berbagai-bagai cara. Interpretasi boleh dibuat dari sudut statistik ataupun dengan cara yang senang seperti memberi skor kepada setiap pelajar (Abdul Fatah, 1985: 64). Nilai indeks kesukaran (I.K.) dan indeks diskriminasi (I.D.) yang diperolehi akan ditafsirkan untuk menentukan sama ada soalan yang dibina berkualiti atau tidak (Mok, 1995: 129). Penganalisisan soalan dan pentafsiran soalan amat penting kerana proses ini dapat membantu mengenal pasti soalan mana berkualiti dan sebaliknya. Usaha ini sudah tentu dapat memperbaiki mutu sesuatu ujian pada masa akan datang.

SUB TOPIK
INDEKS KESUKARAN DAN ARAS KESUKARAN

INDEKS DISKRIMINASI

FUNGSI INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

ANALISIS ITEM
Memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.
Menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item
tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.

Menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pendai


daripada pelajar lemah

Hasil item analisis boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item berkenaan.

Menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks


Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian Dan Indeks Kesahan Ujian.

Perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi sesuatu
tujuan tertentu.

INDEKS KESUKARAN
Indeks Kesukaran (K), akan menentukan kualiti setiap item soalan kepada tiga aras kesukaran yang berbeza iaitu Sukar, Sederhana atau Mudah.
Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai Indeks Kesukaran sesuatu item soalan iaitu kaedah peratus dan kaedah skor min.

Kaedah peratus digunakan untuk menentukan nilai Indeks Kesukaran bagi item soalan objektif contohnya item soalan aneka pilihan. Kaedah skor min atau skor purata pula digunakan untuk menentukan nilai Indeks Kesukaran bagi item soalan subjektif.

Aras kesukaran soalan objektif dan subjektif Nilai K ialah antara 0.00 hingga 1.00.

Penentuan Aras KESUKARAN Item Soalan


Nilai Indeks kesukaran (IK) 0.30 ke bawah 0.31 hingga 0.69 0.7 ke atas Aras kesukaran (AK) Sukar Sederhana Mudah

Item yang mempunyai indeks kesukaran 0.7 ke atas dikelaskan


sebagai mempunyai aras kesukaran rendah atau item tersebut adalah mudah

Item yang mempunyai indeks kesukaran 0.3 ke bawah dikelaskan


sebagai mempunyai aras kesukaran yang tinggi.

Item yang mempunyai indeks kesukaran di antara dua nilai di atas


dianggap mempunyai aras kesukaran sederhana

SOALAN OBJEKTIF

Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira denganmenggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.

Indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut.

Formula Indeks Kesukaran bagi soalan Objektif:


Indeks kesukaran sesuatu Item (K) = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab.

PENGIRAAN: CONTOH 1 (Objektif)


Satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripada sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.

Terlalu mudah

PENGIRAAN: CONTOH 2 (Objektif)


Contoh:
Sekiranya daripada 50 pelajar yg menjawab Item X itu, 30 pelajar dapat menjawab dengan betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah: . Indeks kesukaran (p) = 30/50 = 0.60 Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0; Nilai p adalah sentiasa positif; Nilai p yang lebih tinggi menunjukkan item lebih senang; nilai p yang lebih rendah menunjukkan lebih sukar.

SOALAN SUBJEKTIF

Bagi ujian berbentuk subjektif indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh

Formula Adalah Seperti Persamaan Berikut : Indeks kesukaran item (k) = Skor Purata Skor Maksimum

ATAU

P = Markah purata ( Jumlah markah / Jumlah pelajar Julat ) markah penuh ( Markah maksimum Markah minimum )

CONTOH PENGIRAAN (Subjektif)


Satu item yang skor maksimumnya 5 direspons oleh 10 orang murid dengan skor masing-masing 2, 2, 0, 1, 3, 4, 0, 2, 1 dan 5

Skor Purata = 2+2+0+1+3+4+0+2+1+5 10


Indeks Kesukaran Item (k)

= 2

= 2 atau 2 x 100% 5 5

= 0.4 atau 40%

0.4 ialah indeks kesukaran dalam bentuk kadaran skor min. 40% ialah indeks kesukaran yang dinyatakan dalam bentuk peratusan skor min.

ANTARA TUJUAN INDEKS KESUKARAN


Untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula,
iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik

Mengenalpasti

serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

PENGENALAN

INDEKS DISKRIMINASI (D), akan menentukan status sesuatu item soalan yang dihasilkan kepada tiga tahap iaitu Singkir, Ubahsuai atau Terima yang dinamakan Aras Diskriminasi. Indeks yang mempunyai item yang baik yang dapat membezakan pencapaian antara mereka yang berkeupayaan tinggi dengan mereka yang berkeupayaan rendah. Indeks diskriminasi ialah indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar (Chua, 2006 ; Pallant 2001 ; Sherri 2006).

Menurut Mok (1995), indeks diskriminasi berfungsi untuk membezakan antara kumpulan pelajar berpencapaian tinggi dan kumpulan pelajar yang berpencapaian rendah Menurut Anon (2006), indeks diskriminasi adalah bernilai antara -1.00 sehingga +1.00. Indeks diskriminasi yang berada dalam nilai positif menunjukkan bilangan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dalam kumpulan pelajar berpencapaian tinggi adalah melebihi daripada kumpulan pelajar berpencapaian rendah.

Terdapat empat langkah yang dilakukan untuk menentukan Indeks Diskriminasi item iaitu:
Langkah 1 Langkah 2 : : Kertas jawapan pelajar disusun mengikut markah tertinggi kepada markah terendah Kertas jawapan dibahagikan kepada 2 bahagian pelajar iaitu yang berpencapaian tinggi dan rendah. Kumpulan pertama mewakili 50% pelajar yang mendapat markah tinggi manakala kumpulan kedua mewakili 50% pelajar yang mendapat markah rendah. Ini adalah kerana bilangan pelajar adalah seramai 28 orang sahaja. Sekiranya jumlah pelajar adalah ramai analisis dilakukan kepada 25% atau 33% pelajar sahaja. Dalam analisis ini terdapat 10 pelajar berpencapaian tinggi dan 10 pelajar berpencapaian rendah.

Langkah 3
Langkah 4

:
:

Nilai Indeks Kesukaran (K), dikira bagi setiap kumpulan markah tertinggi (Kt) dan kumpulan markah terendah (Kr).
Nilai Indeks Diskriminasi (D), item ditentukan dengan mendapatkan perbezaan nilai Indeks Kesukaran (K) di antara kumpulan markah tertinggi (Kt) dan kumpulan markah terendah (Kr) seperti yang ditunjukkan dalam formula di bawah

Penentuan Aras DISKRIMINASI Item Soalan


INDEKS DISKRIMINASI = [ Indeks Kesukaran kumpulan markah tertinggi ]

[ Indeks Kesukaran kumpulan markah terendah]


= Kt - Kr

Indeks Diskriminasi (ID) 0.19 ke bawah 0.2 0.39

Aras Diskriminasi (AD) Singkir Ubahsuai

0.4 ke atas

Terima

Pengiraan Indeks Diskriminasi

Rumus, D

Tb Rb N/2

Di mana, D : Indeks diskriminasi Tb : Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan TINGGI Rb : Perkadaran yang jawab betul bagi kumpulan RENDAH N : Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Pentafsiran Item/Soalan daripada Indeks Diskriminasi


(Mok, 1995: 129)
Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item/Soalan I.D > 0.40 0.2 < I.D < 0.40 0 < I.D < 0.20 Keputusan Amat sesuai diterima Ubahsuai item/soalan dan cuba sekali lagi

Diskriminasi positif yang tinggi.


Diskriminasi positif yang sederhana. Diskriminasi positif yang rendah.

Tulis item/soalan semula

I.D < 0

Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah Item/soalan itu buruk dan lebih baik daripada harus dibuang kumpulan tinggi.

Indeks diskriminasi bernilai negatif menunjukkan bahawa perkadaran pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dalam kumpulan berpencapaian rendah adalah melebihi kumpulan pelajar berpencapaian tinggi

Gambaran Pengkelasan Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah:

CONTOH PENGIRAAN
Nombor Soalan Bilangan Jawapan Betul Bagi Kumpulan Tinggi Bilangan Jawapan Betul Bagi Kumpulan Bawah Indeks Diskriminasi Maksud 0.46 Item amat diskriminasi 0.13 Kurang diskriminasi, perlu semakan semula 6 2 9 13 30 4

Item 1 : Soalan nombor 9


D, bagi item 9 = 13 6 30/2 = 0.46

Item 2 : Soalan nombor 30


D, bagi item 30 = 4 2 30/2 = 0.13

TUJUAN INDEKS DISKRIMINASI

Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian kurikulum yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai Memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

FUNGSI INDEKS KESUKARAN

Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129) Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran yang sederhana.

FUNGSI INDEKS DISKRIMINASI

Membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130)

KESIMPULAN

Usaha menganalisis dan mentafsirkan item/soalan walaupun memakan masa, tetapi ia amat perlu dijalankan kerana dapatannya akan memberi manfaat yang tidak terhingga khasnya kepada penyedia soalan, amnya kepada pelajar Perolehan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi keberkesanan, tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan serta kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian pelajar yang sebenar dapat diketahui.

TQ & QA

You might also like