You are on page 1of 3

Pendidikan kesihatan penting

dalam masyarakat
  2017-09-18T00:00:01+08:00

Dengan ilmu, masyarakat mampu ambil langkah pencegahan sekali gus elak
penyakit berbahaya
SIBU: Pendidikan kesihatan amat penting dalam masyarakat bagi meningkatkan
kesedaran orang ramai pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan cara betul
menjaga kesihatan diri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata
dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan kesihatan, masyarakat mampu
mengamalkan langkah pencegahan sekali gus mengelak daripada menghidap penyakit
berbahaya.
“Adalah penting mengetahui bahawa langkah pencegahan lebih baik daripada
mengubati.
“Jika kamu mengambil langkah pencegahan tepat banyak penyakit dapat dielakkan.
“Budaya hidup, cara kita menjaga kesihatan diri dapat memelihara diri kita daripada
pelbagai penyakit seperti HIV, AIDS, denggi dan sebagainya,” katanya pada Majlis
Penghargaan dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017
di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Pengerusi Kebangsaan Kempen
Derma Darah Sedunia, HIV/AIDS dan Jawatankuasa Penyalahgunaan Dadah Dr Seri
Buana Zainudin, Pengerusi PBSM Sibu Penghulu Chua Hiong Kee dan tetamu lain.
Wong berkata pendidikan kesihatan dilaksanakan hospital secara sukarela melalui
kakitangan kesihatan mereka.
Bagaimanapun, ia terhad kerana mereka juga mempunyai urusan hakiki di tempat kerja
sendiri.
Sehubungan itu, beliau menyeru pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) turut sama melibatkan diri  menyebarkan kepentingan pendidikan kesihatan
kepada masyarakat secara sukarela.
“Kempen derma darah adalah baik tetapi langkah pencegahan adalah lebih baik
daripada mengubati,” katanya.
Berhubung majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu
berharap aktiviti menderma darah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan
masyarakat.
Katanya setiap pendermaan darah mampu menyelamatkan nyawa insan yang
memerlukan termasuk penghidap penyakit kronik dan mangsa kemalangan.
Terdahulu, dalam ucapannya Dr Ngian yang merupakan pengerusi penganjur berkata
pada 2015 Hospital Sibu berjaya mengumpul sebanyak 7,943 pain darah di mana 72.7
peratus daripadanya adalah daripada kempen derma darah manakala 80.4 daripada
penderma tetap.
“Kami menetapkan empat objektif iaitu meningkatkan kekerapan penderma darah tetap
sebanyak dua kali setahun, penyertaan semua kaum, jumlah penganjuran kempen
derma darah dan kesedaran derma darah dalam kalangan masyarakat,” katanya.
  oleh 
Borhaniza Ali Basah

PENTINGNYA PENDIDIKAN DAN ILMU KESIHATAN


REPRODUKTIF KEPADA REMAJA

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 NOVEMBER 2017- Kesihatan reproduktif atau dengan


kata lainnya pendidikan seks didefinisikan sebagai kesejahteraan fizikal, mental dan
sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem
reproduktif (sistem peranakan) tetapi merangkumi keupayaan untuk menjalinkan
kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang
bertanggungjawab.
Kepentingan pendidikan dan ilmu kesihatan reproduktif remaja menjadikannya satu
keperluan, ini kerana ianya semakin mendesak dengan peningkatan pelbagai gejala
sosial yang berpunca daripada amalan seks yang tidak sihat dalam kalangan anak
muda. 

Menurut pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains


Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Hasmah Mohd Zain, dunia
berhadapan dengan masalah seks global yang tidak dapat dielakkan seperti seks
bebas, kehamilan , keguguran, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, jangkitan
penyakit kelamin, HIV, Aids dan keganasan seksual.
"Antara faktor penyebab gejala seks berlaku ialah ketandusan pengetahuan seks dalam
kalangan ibu bapa dan warga pendidik. Perasaan ingin tahu yang tinggi  anak-anak
remaja, pendidikan seks yang mengelirukan, rangsangan seks seharian di rumah,
persekitaran tempat tinggal, pengaruh media, rakan sebaya, perhiasan wanita yang
keterlaluan serta melarang anak bertanya tentang seks dan perkara-perkara berkaitan,"
katanya dalam temubual bersama stesyen radio tempatan, di sini.
Tambah Nor Hasmah, pendidikan seks merupakan pendidikan sepanjang hayat yang
perlu dibincangkan daripada aspek biologi, sosio budaya, psikologi dan emosi serta
perlu juga dilihat dari sudut aqliah dan insaniah, termasuk kemahiran komunikasi
dengan berkesan dan membuat keputusan.
"Pendidikan seks amat penting bagi membantu anak-anak menghadapi pelbagai aspek
perubahan diri apabila memasuki alam remaja, juga sebagai perisai apabila berhadapan
dengan godaan luar atau godaan seks.
"Naluri semulajadi remaja yang ingin tahu tentang seks juga merupakan penyebab
kepada dorongan gejala yang tidak sihat. Kekurangan bahan-bahan berkaitan seks di
pasaran tidak mencapai sasaran pendidikan seks remaja dan mengakibatkan remaja
menderita akibat kekangan dorongan seks," jelasnya lagi.
Nor Hasmah turut menekankan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam
memberi pendidikan seks kepada golongan remaja kerana isu ini bukan perkara remeh.
Ibu bapa adalah individu paling sesuai memandangkan keluarga adalah perantara
terawal bagi manusia mengenal lingkungan persekitaran sebelum mereka terdedah
kepada dunia yang lebih luas.
Teks / Foto : Roslida Mohamed

You might also like