You are on page 1of 4

NO MATRIK: ……………………………………

SULIT

SEMESTER JANUARI 2021


PEPERIKSAAN AKHIR
(ESEI)

KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

KOD : HBEF3503

TARIKH : 12 APRIL 2021

MASA : 12 APRIL 2021 (10:00 AM) - 13 APRIL 2021 (10:00 AM)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini disediakan dalam BAHASA MELAYU.

2. JAWAB SEMUA soalan dalam BAHASA MELAYU SAHAJA.

3. Baca DENGAN TELITI arahan bagi setiap BAHAGIAN.

4. Hantar jawapan anda secara ONLINE.

5. Tarikh akhir penghantaran : 13 APRIL 2021 (10:00 AM)

6. Jumlah keseluruhan muka surat jawapan TIDAK BOLEH MELEBIHI 20 muka surat.

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B sahaja.


HBEF3503/JANUARY 2021/

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi TIGA soalan. Jawab DUA.

SOALAN MARKAH

1. Menurut McLeskey dan Waldron (2000), perubahan di sekolah perlu


dilaksanakan bukan hanya dari segi struktur dan dasar organisasi, tetapi perlu
dilaksanakan secara berterusan terhadap peranan dan tanggungjawab guru,
kurikulum yang diperlukan di dalam kelas dan kaedah persediaan guru supaya
murid mendengar arahan daripada guru. Sikap dan kepercayaan guru terhadap
perkara yang dilakukan adalah penting. Perubahan akan berjaya dilaksanakan
sekiranya mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir, kementerian
pendidikan, pengetua dan guru yang lain.

(a) Senaraikan SEPULUH langkah dalam pelaksanaan kelas inklusif.

(5)

(b) Adakah cadangan yang dikemukakan oleh McLeskey dan Waldron (2000)
berkesan? Bincangkan LIMA kelemahan dan kekuatan cadangan tersebut.

( 15 )

( Jumlah: 20 )

2/4
HBEF3503/JANUARY 2021/

2. Terdapat banyak manfaat Program Pendidikan Inklusif (PPI) kepada murid


kelainan upaya (MKU) dalam pendidikan arus perdana, antaranya ialah ia akan
memberi peluang yang lebih baik dalam meningkatkan kemahiran komunikasi
dan interaksi dengan rakan sebaya mereka. Perkara ini boleh membawa kepada
persahabatan baharu dalam komuniti tempatan mereka.

(a) Terangkan EMPAT PPI kepada MKU.

(8)

(b) Bincangkan perkara-perkara yang dilakukan Sebelum, Semasa dan Selepas


PPI.

( 12 )

( Jumlah: 20 )

3. Kurikulum adalah projek yang mempunyai nilai tertentu dan seharusnya


mempunyai arah tuju, misi dan visi.

(a) Namakan LIMA fasa yang boleh dianggap sesuai dan paling kompleks
dalam mengubah suai kurikulum di sekolah.

(5)

(b) Bincangkan TIGA daripada fasa tersebut dalam mengubah kurikulum


pendidikan inklusif di sekolah arus perdana.

( 15 )

( Jumlah: 20 )

3/4
HBEF3503/JANUARY 2021/

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi DUA soalan. Jawab SEMUA.

SOALAN MARKAH

1. Menjelang tahun 2015, kurang daripada 10 peratus kanak-kanak dan remaja yang
mempunyai kelainan upaya diberi peluang pendidikan di Asia Pasifik walaupun
resolusi hak tersebut telah disuarakan (Noraini Ahmad, 2014). Hal ini disebabkan
terlalu banyak isu yang perlu ditangani untuk melaksanakan sekolah inklusif
yang berkualiti dan berkesan.

Huraikan LIMA halangan utama pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah arus


perdana di Malaysia. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan
kenyataan anda.

( Jumlah: 20 )

2. Guru diibaratkan sebagai jentera terpenting bagi memastikan pembelajaran


berkualiti. Pekerjaan sebagai guru dalam pendidikan khas memerlukan ketekalan
emosi dan pengorbanan yang tinggi. Hal ini disebabkan tugas guru di sekolah
ini bukan hanya mendidik, tetapi cuba sedaya upaya menanamkan sikap positif
kepada MKU terhadap perkembangan yakin diri, dan penampilan personaliti
yang hebat dari segi mental dan fizikal.

Bincangkan LIMA faktor yang mungkin mempengaruhi sikap guru terhadap


pendidikan inklusif untuk memberikan pandangan tentang realiti dasar dan
praktik inklusif.

( Jumlah: 20 )

KERTAS SOALAN TAMAT

4/4

You might also like