You are on page 1of 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 3 Tahun 4

UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST-OBT) : JUN 2022

KAMPUS : IPGK PENDIDIKAN TEKNIK

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : EDUP3083


ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
KURSUS :
PROFESIONALISME GURU
MASA : 2 JAM 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON


1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:
Bahagian A : 1 soalan esei (20 markah)
Bahagian B : 3 soalan esei (60 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.

4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

5. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

6. Setiap jawapan perlu disediakan dalam 450 hingga 500 patah perkataan

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT EDUP3083

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Jawab semua soalan

1. Strategi PdP yang inovatif membolehkan murid berfikir; bagaimanakah mereka boleh
menjadi relevan kepada dunia dan apakah perubahan yang mereka lakukan kepada
dunia. Michael Fullan dan Maria Langworthy (2014) menegaskan bahawa kejayaan
murid banyak bergantung pada strategi pembelajaran kolaboratif dan pembangunan
kapasiti (capacity building) yang membawa kepada pembelajaran bermakna (deep
learning :DL) .

Berpandukan petikan di atas, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP )
inovatif yang digalakkan untuk dilaksanakan adalah Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL). Berdasarkan kefahaman anda berkaitan PBL cadangkan satu pembelajaran PBL
menggunakan elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) mengikut
satu pengajaran subjek major masing-masing.

[20 markah]

2
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP3083

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab dua daripada tiga soalan

1. Kementerian Pendidikan Malaysia mentakrifkan kompetensi sebagai keupayaan


seseorang menguasai dan membudayakan pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesional demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan
berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Selaras dengan pandangan tokoh-tokoh
tersohor yang mengkaji peringkat-peringkat perkembangan guru, pemimpin dasar
pendidikan guru di Malaysia memfokuskan pembangunan kompetensi guru agar guru-
guru di Malaysia mencapai standard kompetensi yang diharapkan pada setiap
perkembangan mereka. Laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi
dalam Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) bertujuan
mewujudkan budaya saing yang positif antara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) berdasarkan motivasi dan tanggungjawab kendiri supaya “perjalanan” ke
peringkat guru berwawasan dapat dinikmati dalam masa yang paling singkat atau
pilihan laluan terpantas (fast track).

Berdasarkan petikan di atas, sebagai seorang bakal guru yang akan ditempatkan di
sekolah, berikan pendapat anda perkara yang perlu diberikan penekanan apabila anda
berada di peringkat novis agar proses transisi ke peringkat seterusnya dapat dicapai
dengan lancar.

[20 markah]

2. Strategi pembangunan profesionalisme dijadikan asas dalam pembinaan kerjaya guru.


Perkara tersebut jelas melalui kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan
Pertumbuhan (Khair, 2007). Kombinasi pengalaman, pengetahuan peranan, sahsiah
dan hala tuju kerjaya adalah antara kriteria yang menyokong pembangunan diri guru
untuk lebih cemerlang. Pemilihan aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) ialah langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya guru ingin lebih cemerlang
dalam kerjaya mereka. Pilihan laluan kerjaya beserta kompetensi yang perlu dikuasai,
menjadi garis panduan untuk guru sewaktu memilih dan mengikuti aktivii PPB.

Berpandukan petikan di atas, sebagai seorang guru, selepas beberapa tahun


berkhidmat anda dikehendaki membuat penilaian untuk menjadi guru yang lebih
cemerlang terhadap diri anda dalam profesion perguruan. Anda boleh menjadikan
Pelan pembangunan kendiri yang diadaptasi daripada Career Deveopment Plan -
Success Through People (2006) sebagai panduan.

[20 markah]

3
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT EDUP3083

3. Burns (1978) membuat analisis terhadap bentuk kepimpinan dan memperkenalkan


istilah “transaksional” dan “transformasional”. Burns dan Bass (1985) seterusnya
membezakan kedua-dua istilah ini dengan jelas. Pada pandangan mereka, pemimpin
transaksional memberikan tumpuan pada transaksi atau tindak balas yang menukarkan
sesuatu untuk mendapatkan yang lain, manakala pemimpin transformasional
memberikan tumpuan pada perubahann.

Berdasarkan petikan di atas, banding bezakan kepimpinan transaksi dan kepimpinan


transformasi dalam sesebuah organisasi pendidikan.

[20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

4
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like