You are on page 1of 20

DIPLOMA LEPASAN PERGURUAN

JANUARI 2024 SEMESTER 1

HMEF5023_V2

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : CGS03582026


NO. KAD PENGENALAN : 950912-12-5332
NO. TELEFON : 013-8887950
E-MEL : hidayuh@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU, SABAH


ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

1. 1.0 PENGENALAN 2

2. 2.0 BAHAGIAN 1 2
2.1 Tugasan A: Semakan Artikel

3. 3.0 BAHAGIAN 2 6
3.1 Laporan Temu Bual Mendalam

4. 4.0 PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN 6

5. 5.0 KESIMPULAN 13

6. 6.0 LAMPIRAN 17

7. 18
7.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

1
Pengetua memikul tanggungjawab untuk menerapkan sesuatu suasana budaya yang berkualiti
yang merangkumi bahagian proses dan sistem terkecil sesebuah institusi. Pengetua juga sentiasa
bekerjasama dengan guru-guru untuk membantu dan membimbing pembangunan kaedah
pengajaran terbaik di bawah model kepimpinan instruksional. Apabila menggunakan gaya
kepimpinan ini, pengetua sentiasa berinteraksi dengan mereka dan bersama-sama mewujudkan
objektif yang terbaik untuk pencapaian para pelajar. Oleh itu, kemahiran kepimpinan sangat
penting sangat untuk menentukan wujudnya perubahaan, penambahbaikan dan penyesuaian
dengan keadaan serta kemahiran pengurusan untuk menentukan semuanya berjalan lancar.
Kepimpinan ialah teknik yang membolehkan eksekutif mengurus, membimbing, dan
mempengaruhi tingkah laku dan tindakan orang lain untuk mencapai objektif tertentu dalam
persekitaran tertentu. Menurut Hussein (2008), keberkesanan sesebuah sekolah itu amat
bergantung kepada guru termasuk keberkesanan kepimpinan pengetuanya, kerana sikap mereka
adalah penentu kepada keberkesnanan pelaksanaan sesuatu program.

2.0 BAHAGIAN 1

Fokus utama artikel ini ialah tentang amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan
guru besar di sekolah rendah daerah Tuaran, Sabah. Selain itu, pengkaji juga meneliti perbezaan
tahap amalan kepimpinan instruksional berdasarkan tahap prestasi sekolah atau pancaragam.
Memandangkan prestasi sekolah ditentukan berdasarkan pancaragam, jelas menunjukkan tahap
amalan kepimpinan instruksional yang tinggi wujud di sekolah berprestasi tinggi. Justeru itu,
mentakrifkan misi sekolah serta diikuti dengan dimensi mengurus program instruksional dan
dimensi menggalakkan iklim pembelajaran yang positif merupakan dimensi kepimpinan
instruksional yang paling popular sekali diamalkan oleh guru besar. Sememangnya kesemua
dimensii ini penting dalam kepimpinan instruksional guru besar yang berkesan demi membantu
mengasah kebolehan menyediakan atau merangka visi dan misi sekolah mereka lalu tersebar luas
kepada seluruh warga sekolah dan seterusnya, ia akan menyokong dan mewujudkan iklim
matlamat bersama. Namun begitu, keberkesanan dari aspek pencapaian akademik bergantung
kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, dua aspek penting ini
iaitu memaksimumkan masa pengajaran dan penekanan terhadap akademik perlu menjadi fokus
utama dalam kepimpinan sekolah.

2
Pengkaji juga turut memberikan fokus terhadap meningkatkan prestasi kualiti
kepimpinan sekolah dengan menambah baik kaedah latihan dan pemilihan pemimpin sekolah.
Sebagai contoh, rekod menunjukkan Daerah Tuaran di Sabah menghadapi kemerosotan
pencapaian dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2014,
2015 dan 2016. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengkategorikan
prestasi sekolah berdasarkan band 1 hingga band 4, dimana band 1 adalah persembahan terbaik.
Pada tahun 2015, kemerosotan prestasi ketara dengan wujudnya empat kategori band iaitu
20.55% dalam Band 1, 26.03% (Band 2), 41.10% (Band 3) dan 12.33% (Band 4). Oleh itu,
dalam kajian ini pengkaji menggunakan model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy
(1985) sebagai asas kajian. Mengikut model tersebut, kepimpinan instruksional terbahagi kepada
tiga dimensi utama dan mempunyai 10 fungsi kepimpinan. Dimensi tersebut mentakrifkan
matlamat sekolah, mengurus program pengajaran, dan menggalakkan iklim pembelajaran.

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang dibangunkan oleh Hallinger (2000),
Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), yang membahagikan kepimpinan
instruksional pengetua kepada tiga dimensi. Ketiga-tiga dimensi ini terdiri daripada matlamat
sekolah, pengurusan program instruksional dan menggalakkan iklim pembelajaran yang positif.
Responden kajian terdiri daripada guru penolong kanan pentadbiran, hal ehwal murid dan
kokurikulum. Daripada 74 buah sekolah rendah di Daerah Tuaran, pengkaji mendapati terdapat
222 orang guru penolong kanan. Namun berdasarkan formula Krejcie dan Morgan (1970), hanya
141 orang sahaja yang dipilih sebagai sampel dan responden dengan menggunakan penentuan
saiz sampel pada aras keertian p<0.05 dan sampel dipilih secara rawak untuk tujuan tersebut.
Jumlah borang soal selidik yang diedarkan kepada sekolah band 1 ialah 45 set dengan 42 telah
dikembalikan, sebanyak 51 daripada 57 borang diterima daripada sekolah band 2 dan selebihnya
daripada band 3 dan band 4.

Kepentingan kajian ini adalah dari segi cabaran yang dihadapi oleh pihak KPM untuk
meningkatkan kualiti Pendidikan. Oleh itu, salah satu fokus utama KPM adalah untuk
meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan dan merapatkan jurang prestasi. Pada masa
sama, kementerian memberi penekanan untuk memastikan setiap guru dan pemimpin sekolah
haruslah mencapai standard kualiti yang ditetapkan oleh pihak pendidikan. Justeru, kajian ini
adalah signifikan kerana mengkaji amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin

3
sekolah iaitu guru besar sekolah di luar bandar. Melalui dapatan itu, ia dapat membantu KPM,
Jabatan Pendidikan Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah melaksanakan perancangan mereka
demi meningkatkan pencapaian akademik di semua peringkat khususnya di kawasan luar bandar
dan pedalaman yang sering dikaitkan dengan isu sosioekonomi yang rendah. Pihak KPM amat
yakin bahawa guru besar bukan sahaja mampu berkhidmat sebagai ketua pentadbir yang
berkesan dan cemerlang, membimbing guru, menjadi agen perubahan di sekolah dan komuniti
mereka, tetapi juga sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan.

Selain itu, perkara yang telah dibincangkan melalui kajian ialah dari aspek prestasi
sekolah mengikut lokasi secara signifikan menimbulkan pelbagai persoalan. Sebagai contoh,
kebanyakan sekolah dalam Band 1 adalah di Zon Nabalu, Zon Kiulu dan Zon Tamparuli.
Manakala sekolah Band 4 pula kebanyakannya berada di Zon Sulaman dan Mengkabong. Oleh
itu, pengkaji amat merasakan bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji apakah faktor-
faktor yang menyebabkan masalah tersebut. Jika keadaan atau masalah itu berlarutan, ia bukan
sahaja menunjukkan kepimpinan sekolah tidak berkesan, malah dikhuatiri akan menjejaskan
prestasi sekolah dalam jangka masa panjang. Oleh itu, model kepimpinan perlu dikaji sebagai
usaha alternatif untuk peningkatan prestasi sekolah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan
berdasarkan beberapa objektif iaitu menentukan tahap amalan kepimpinan instruksional dalam
kalangan guru besar sekolah rendah di Daerah Tuaran, mengenal pasti tahap amalan kepimpinan
insturksional dalam kalangan guru besar berdasarkan pancaragam sekolah, mengenal pasti
perbezaan tahap kepimpinan instruksional guru besar di Daerah Tuaran berdasarkan faktor
demografi dan menganalisi hubungan antara amalan kepimpinan instruskional pengetua dengan
pencapaian band sekolah.

Keputusan utama kajian mendapati bahawa bahawa amalan kepimpinan instruksional


dalam kalangan guru besar sekolah rendah di Daerah Tuaran, Sabah adalah agak tinggi. Mereka
telah melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional selaras dengan aspirasi KPM yang
digariskan dalam PPPM iaitu meletakkan pemimpin berprestasi tinggi demi kepentingan
kecemerlangan pendidikan. Kedua, dimensi penentuan matlamat sekolah mempunyai markah
tertinggi sekali gus menunjukkan ianya diberi keutamaan yang tinggi oleh ramai guru besar.
Dimensi mengurus program pengajaran dan menggalakkan iklim pembelajaran yang positif
masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dari segi keutamaan. Ketiga, kajian

4
mendapati guru besar di sekolah Band 1 mempunyai tahap amalan kepimpinan instruksional
yang lebih tinggi berbanding sekolah Band 2 dan 3. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan setiap sekolah. Faktor kepimpinan hanyalah salah satu daripadanya. Status
demografi, geografi, sosio-ekonomi ibu bapa dan persekitaran setempat turut mempengaruhi
kecemerlangan sekolah. Secara keseluruhannya, didapati amalan kepimpinan instruksional oleh
guru besar perlu menekankan ketiga-tiga dimensi kepimpinan instruksional yang telah
dibincangkan iaitu menentukan matlamat sekolah masing-masing, mengurus program
instruksional, dan menggalakkan iklim pembelajaran yang positif.

Pemahaman peribadi saya adalah artikel ini sangat menekankan peranan dan amalan
kepimpinan instruksional pengetua sebagai pemimpin dalam institusi pendidikan adalah sangat
mempengaruhi pencapaian prestasi. Selain itu, artikel ini adalah untuk mengkaji
penambahbaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran murid-murid di sekolah rendah
terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Manakala kritikan saya untuk artikel ini
kajian ini terlalu memfokuskan sekolah luar bandar. Seboleh-bolehnya kajian ini harus
membandingkan juga sedikit kajian amalan kepimpinan instruktrsional guru besar sekolah dalam
bandar agar kita dapat memahami punca-punca enakmen kepimpinan instruksional yang agak
tidak seimbang. Hal ini boleh dirujuk melalui kajian aritkel yang bertajuk “Amalan Kepimpinan
Instruksional Guru Besar Di Sekolah Vernakular Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan”
yang ditulis oleh Donnie Adams, Ravadhi Periasamy, Edward Devadason & Satinah Awang
pada tahun 2018.

Kesimpulannya, sebagai guru besar yang merupakan peneraju proses pengajaran dan
pembelajaran perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kepimpinan
instruksional. Guru besar juga harus memberikan sokongan bagi memastikan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran kepada seluruh warga sekolah terutamanya guru-guru bagi
meningkatkan komitmen mereka untuk mengajar. Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah, guru
besar perlu memainkan peranan sebagai pendorong, pembimbing, dan guru pembimbing untuk
meningkatkan dan mengekalkan kualiti pengajaran di sekolah (Rutil & Gunasegaran, 2021).

5
3.0 BAHAGIAN 2

3.1 LAPORAN TEMUBUAL MENDALAM

3.1.1 Pengenalan Laporan

Berdasarkan kajian artikel yang telah ditulis oleh Sultan, F.M.M, Karuppannan, G. & Rumpod, J
saya telah menjalankan satu kajian kualitatif iaitu kaedah temu bual untuk mengetahui persepsi
guru terhadap kualiti kepimpinan pengetua di sebuah sekolah. Justeru, informan boleh menjawab
soalan dengan bebas dan masih boleh dikawal berdasarkan soalan yang berteraskan temu bual
berstruktur dan tidak memudahkan pengumpulan data. Didalam kajian ini saya telah memilih
dua orang guru sebagai responden. Saya memilih dua orang guru ini kerana mereka merupakan
guru cemerlang di sekolah tersebut. Responden pertama adalah guru penolong Kanan Hal Ehwal
Murid manakala responden kedua adalah seorang guru kaunseling di SK Binuwou Tengah, Sook,
Keningau, Sabah.

3.1.2 Profil Responden

Profil responden pertama adalah guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau mempunyai
pengalaman selama 13 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau mengajar mata Pelajaran Bahasa
Melayu. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di SK Tuarid Taud, Keningau sekitar
tahun 2011 dan seterusnya berpindah ke SK Binuwou Tengah, Sook dan mengajar di sana selama
9 tahun sebagai guru Bahasa Melayu. Setelah berkhidmat selama 3 tahun beliau dinaikan
pangkat kepada penaoloang kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tersebut sehingga la sekarang.
Latar belakang keluarga beliau bukan lah daripada keluarga yang berada, dimana ayah beliau
hanya seorang petani, mana kala ibu beliau hanya seorang surirumah sahaja. Namun bagi beliau
itu bukanlah penghalang beliau untuk menjadi seorang yang berjaya. Bukan itu sahaja, adik-
beradik beliau juga telah mengikut jejaknya menjadi seorang guru. Beliau merupakan anak
sulung dalam 4 orang adik-beradik. Prinsip beliau adalah kecemerlang seseorang murid bukan
hanya dilihat melalui akademiknya akan tetapi di sudut sahsiah juga harus diberikan perhatian
untuk mencapai kejayaan.
Responden kedua adalah guru kaunseling. Beliau berumur 34 tahun dan mempunyai 9
tahun pengalaman dalam bidang Pendidikan. Dalam usia yang masih muda beliau begitu

6
komited dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai guru kaunseling sekolah. Beliau mula
berkhidmat sebagai guru pada tahun 2015 di sebuah sekolah sekitar daerah Tawau. Selepas itu
beliau telah berpindah ke SK Binuwou Tengah pada tahun 2018. Beliau merupakan anak kedua
daripada 5 orang adik beradik. Ayah beliau juga merupakan bekas seorang guru di sebuah
sekolah sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Manakala ibunya hanya seorang surirumah. Dalam adik
beradik beliau dan abangnya telah mengikut jejak ayahnya manakala 3 orang adiknya lagi adalah
kakitangan kesihatan. Beliau merupakan guru mata pelajar Pendidikan Islam. Beliau juga
merupakan pelajar keluaran Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan pendidikan yang
mengambil bidang kaunseling. beliau dilantik menjadi guru kaunseling pada tahun 2019
sehingga lah sekarang.

Responden pertama dan kedua adalah guru perempuan. Berdasarkan kepada maklumat
yang diperolehi melalui temu bual, kedua-dua responden mempunyai etika kepimpinan yang
tinggi dan dihormati oleh guru dan kakitangan di sekolah. Responden pertama juga mempunyai
kredibiliti yang tinggi dalam membantu guru besar mentadbir sekolah sekaligus memastikan
hubungan yang baik terjalin antara pengurusan pentadbiran dan organisasi sekolah. Reponden
kedua pula merupakan seorang yang sangat tegas dalam menjalankan sesuatu dan sentiasa
berusaha untuk menyelesaikan segala masalah anak muridnya. Kata prinsip beliau adalah
seorang guru itu adalah orang yang mengajarkan kemudahan bukan menjelaskan kerumitan.

3.1.3 Tema Analisi

i) Akauntibiliti

Akautibiliti bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap


sesuatu. Pemimpin yang mempunyai rasa akauntibiliti yang tinggi bukan sahaja dapat
melahirkan warga sekolah yang berkarisma yang mendapat pencapaian cemerlang malah turut
menjadi penggerak kepada guru-guru mahupun pelajar menjadi cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh yang demikian, kepimpinan yang sentiasa bertanggungjawab dalam segala
perkara adalah salah satu elemen yang menyumbang kepada kejayaan kepada organisasi sekolah.
Menurut responden pertama, beliau menunjukkan bahawa maklum balas positif terhadap hasil
kerja yang diberikan di sekolahnya. Pengetua di sekolah beliau sangat bertanggungjawab dan

7
berdedikasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Setiap tugasan yang diberikan oleh
pengetua di sekolah akan diagihkan dengan adil pada setiap guru-guru. Malah beliau akan
sentiasa mengikuti perkembangan tugasan tersebut. Hal ini membuatkan pada tahun 2017
sekolah ini menjadi tumpuan di kalangan warga pendidikan di mana sekolah ini telah tersenarai
dalam top 10 sekolah terbaik UPSR. Responden kedua pula juga menunjukkan bahawa maklum
balas positif kepada pemimpin sekolah. Hal ini kerana menurut beliau guru besar mereka
sentiasa berhubung dengan semua guru-guru dan berusaha menjaga kebajikan mereka selain
memantau semua kerja guru. Begitu juga dengan AKP dan kakitangan sekolah yang lain.

Informan 1 dan informan 2 memuji,

Responden 1

“…Cikgu menilai keupayaan pengetua dalam pengelolaan sekolah melalui pemerhatian dan
pengalaman bekerja bersama beliau. Hmm.. Pendapat cikgu, beliau sangat bagus dalam usaha
mencapai misi dan visi sekolah sama ada dalam aspek akademik, kokurikulum mahupun dalam
hal-hal lain. Oleh sebab itu, pada tahun lepas beliau mendapat anugerah pengetua
cemerlang...”

“.. kalau mesyuarat sekolah pula akan dijalankan secara bersemuka pada waktu petang
mengikut takwim sekolah. Kadang-kadang dilaksanakan secara atas talian sekiranya ada
halangan untuk bersemuka. Beliau sentiasa mengambil berat tentang respons minit mesyuarat
lepas agar mesyuarat berjalan dengan lancar. Malahan beliau turut menyediakan juadah petang
untuk guru-guru sewaktu mesyuarat untuk memastikan semua guru tidak tertekan sewaktu
mesyuarat dilaksanakan kerana lapar bagi yang tidak sempat makan tengah hari. Selain itu,
beliau sentiasa memberi sumbangan kepada program-program sekolah dalam bentuk kewangan
untuk membantu program berkenaan berjalan dengan lancar.”

“... Pengetua sendiri memantau semua kerja kakitangan pihak sekolah dengan teliti. Kadang-
kadang guru sendiri akan berjumpa dengan pengetua untuk mendapatkan penambah baikan
idea dan memastikan pengetua berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Mesyuarat 10 minit
yang diadakan pada 6.50 pagi juga antara cara beliau memantau sejauh mana guru-guru
menjalankan tugasan untuk mana-mana program sekolah yang akan berlangsung. Sekiranya
program tersebut lebih besar, mesyuarat akan diadakan pada waktu petang..”

8
Responden 2

“ Menurut cikgu pula, sesi mesyuarat kami selalunya akan dibuat secara bersemuka atau atas
talian. Selain itu, pengetua sekolah sentiasa memastikan kehadiran sempurna guru-guru dalam
mesyuarat dan memberikan pengecualian kepada guru-guru yang terpaksa menghadiri kursus
lain di luar. Guru besar kami memang seorang yang bertolak ansur dalam apa pun keadaan.
Malahan, beliau juga menyokong program KKS seperti potluck dan sebagainya untuk menjaga
hubungan baik bersama semua staf sekolah. Di samping itu, beliau sentiasa membantu guru-
guru menyempurnakan hasil tugasan mereka melalui pemantauan perfailan dan sebagainya.
Jadi bagi cikgu, pengetua kami sangat bertanggungjawab dari segi apa-apa pun”

Kedua-dua responden memberi maklum balas positif terhadap pemimpin di sekolah beliau.

ii) Komunikasi

Komunikasi boleh didefinasikan sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej,
berkongsi atau bertukar-tukar idea. Komunikasi dari satu individu kepada individu yang lain
biasanya digambarkan sebagai sebuah segitiga yang terdiri daripada konteks,pengirim, mesej
dan penerima Barret, (2006). Hal ini boleh dilihat apabila komunikasi memberi pengaruh yang
cukup penting dalam memastikan perjalanan aktiviti dalam organisasi berjalan dengan lancar.
Elemen komunikasi pula melibatkanpenghantaran mesej, penerima, mesej dan saluran Ab.Aziz
Yusof (2010). Disebabkan itu, komunikasi yang jelas adalah sangat penting untuk memastikan
kefahaman penerima mengenai mesej yang disampaikan (Butler 2010). Menurut responden yang
pertama, komunikasi antara pemimpin sekolah dengan guru yang lain sangat baik kerana beliau
sentiasa mengamalkan komunikasi yang berhemah dan bersikap professional dengan semua kaki
tangan sekolah. Responden kedua pula turut menyatakan pengetua tidak pernah melayan mereka
dengan berat sebelah. Walaupun beliau seorang yang tegas, beliau tetap berkomunikasi dengan
penuh sopan-santun terutamanya dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Responden 1

9
“ Kalau dari segi komunikasi, cikgu rasa kemahiran komunikasi pengetua adalah baik kerana
beliau sentiasa mengamalkan komunikasi yang berhemah dan bersikap profesional dengan
semua kakitangan sekolah, PIBG dan pihak luar untuk membina hubungan yang baik dengan
mereka. Pihak sekolah termasuk menggunakan telegram sebagai platform utama untuk
berkomunikasi.

Terdapat juga beberapa group dalam Telegram seperti Papan Buletin untuk penyampaian
maklumat guru relief, HEM untuk maklumat berkaitan HEM, Kokurikulum untuk perkara
berkaitan kokurikulum dan sukan, Kurikulum untuk bidang akademik dan Official Sekolah.
Pengetua berkomunikasi dengan pelajar secara langsung melalui perhimpunan sekolah dan
secara tidak langsung dengan bantuan guru kelas dengan penyampaian menggunakan
WhatsApp (Group kelas masing-masing)..”

Responden 2

“Dari sejak dulu cikgu berkhidmat di sekolah ini, pengetua sentiasa bertegur sapa dengan
sesiapa sahaja, tidak kira kakitangan sekolah kah, tukang kebun kah, orang kampung kah.
Malah setakat ni pengetua kami tidak pernah ada konflik dengan mana- mana guru lain”

“Selain tu jugak sekiranya beliau bercakap dengan sesiapa pun beliau akan bercakap sambil
memandang mata pihak yang bercakap dengannya. Beliau sentiasa berkomunikasi mengikut
keadaan. Sekiranya perlu bersikap tegas, beliau akan tegas. Sekiranya tidak, beliau lebih
bersikap terbuka dan sentiasa tersenyum. Selain bersikap profesional dalam kerja, pengetua
juga sebenarnya sentiasa santai dengan rakan-rakan guru yang lain membuatkan mereka suka
bekerjasama dengan beliau”

Kedua-dua responden memberi maklum balas positif terhadap pemimpin di sekolah mereka.

iii) Membuat keputusan

Membuat keputusan adalah satu proses mengenal pasti masalah dan peluang bagi membentuk
penyelesaian alternatif. Menurut Drucker (2017), semasa berlakunya sesuatu yang di luar
jangkaan, pemimpin perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak,
menambahbaik proses membuat keputusan (decision making), kreatif, membuat keputusan
melalui tindakan kolaboratif (collaboration) dan boleh dipercaya (trustworthiness). Menurut

10
responden pertama, pemimpin di sekolah beliau sangat saksama dalam membuat keputusan di
mana pemimpin di sekolah tersebut mengendalikan sesuatu tugasan dengan membuat keputusan
yang memuaskan hati pentadbir di sekolah.Responden kedua juga melaporkan pemimpin di
sekolah beliau sangatlah mengambil berat dengat matlamat sekolah.

Responden 1

“ Dari segi pembuat keputusan pula, pengetua sentiasa melibatkan rundingan para guru dalam
membuat sebarang Keputusan. Ya. Hal ini kerana pengetua sentiasa mementingkan sumbangan
idea daripada guru-guru sekiranya ada yang lebih baik.

“Manakala daripada apa yang cikgu pemerhatikan, beliau sentiasa melihat kesan untuk setiap
idea yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, pengetua pernah membuat mesyuarat bersama
pihak pentadbir yang lain, guru disiplin dan guru UBK untuk isu rampasan telefon pelajar
kerana terdapat ibu bapa yang marah telefon bimbit anak mereka dirampas walaupun itu adalah
kesalahan pelajar sendiri yang melanggar peraturan membawa barangan larangan ke sekolah.
Pengetua memutuskan untuk melakukan perjumpaan bersama ibu bapa untuk memaklumkan
peraturan sekolah dan memulangkan semua telefon bimbit yang pernah dirampas. Surat
perjanjian juga diwujudkan untuk ditandatangani oleh ibu bapa iaitu sekiranya berulang telefon
bimbit akan ditahan selama 12 bulan mengikut buku peraturan sekolah. Selain itu, perkara ini
turut dimaklumkan kepada pelajar melalui perhimpunan sekolah melalui slot disiplin bersama
guru disiplin. Kesannya, pada tahun 2023 hanya seorang pelajar sahaja yang ditahan kerana
membawa telefon bimbit ke sekolah. ”

Responden 2

“Dari pandangan cikgu kalua aspek pembuat keputusan ni, cikgu rasa pengetua sentiasa
mendengar semua idea dan pendapat staf sebelum memutuskan keputusan yang terbaik melalui
persetujuan semua pihak. Sebab tu lah, kalua ada sebarang masalah di sekolah kan, masalah
tersebut dapat diselesaikan dengan mudah tanpa sebarang ketidakpuasan hati. Dan syukur,
alhamdullilah juga, sejak cikgu bertugas di sekolah ini pengetua di sekolah ini adalah seorang
yang dapat membawa sekolah ini untuk mencapai matlamat sekolah ini. Antara perkara yang

11
sangat membanggakan kami semua adalah pada tahun lalu pengetua kami mendapat anugerah
pengetua yang cemerlang seluruh Sabah”

Kedua-dua responden memberi maklum balas positif terhadap pemimpin di sekolah beliau.

iv) Pengurusan masa

Pengurusan masa bermaksud mengurus aktiviti dalam satu jangka masa. Ia juga boleh dilihat
melalui dua sudut pandangan iaitu secara tradisional dan secara moden. Menurut Pears dan
Robinson (1989), secara moden pengurusan adalah proses mengoptima manusia, benda dan
pengagihan kewangan untuk mencapai matlamat organisasi. Manakala masa merupakan sumber
yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus (Peter
F.Druker, 2005). Secara umumnya, pengurusan masa ialah bagaimana cara sesorang pemimpin
organisasi merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengatur mereka agar lebih berkesan.
Responden pertama melaporkan bahawa pemimpin di sekolah beliau sangatlah afektif dalam
mengurus masa dengan memastikan visi sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang manakala
reponden kedua juga turut memberi maklum balas yang positif di mana pemimpin di sekolah
beliau sangat bijak mengurus masa yang dengan baik.

Responden 1

“ Pengetua adalah seorang yang sangat menepati masa. Cara beliau mengurus masa sangat la
bai kerana semua mengikuti perancangan yang teliti. Pengetua sentiasa memastikan bahawa
masa digunakan secara efisien untuk mencapai matlamat. Sebagai contoh, aktiviti sekolah
biasanya mengikut takwim. Beliau akan meminta penyelaras bagi setiap program memberikan
due date untuk setiap tugasan guru agar guru dapat menyelesaikan tugas mereka sebelum due
date berkenaan. Kebiasaannya pengetua akan memberi penekanan berkenaan perkara tersebut
dengan mengadakan mesyuarat bersama kakitangan. Selain itu, beliau memantau dan berjumpa
dengan pihak yang terlibat dalam program atau aktiviti berkenaan untuk memastikan semua
berjalan dengan lancar. Cara beliau mendorong work-life balance yang sihat dalam kalangan
kakitangan pengaja ialah beliau akan mengadakan program santai seperti sukaneka, sambutan

12
hari guru, malam mesra staf dan banyak lagi cikgu rasa. Beliau turut mengamalkan interaksi
dan komunikasi 3 hala terutamanya ketika mesyuarat Agung PIBG mahupun hari bertemu
pelanggang.”

Responden 2

“Pada pendapat cikgu kalau dari aspek ni, pengetua seorang yang sentiasa membuat
perancangan yang teliti untuk mengurus setiap aktiviti walaupun sibuk. Beliau menggunakan
takwim sekolah untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Beliau juga meminta bantuan
daripada pihak pentadbir yang lain untuk membantu beliau dalam pengurusan berkenaan.
Kerjasama daripada guru-guru sendiri juga membantu beliau mengatasi tekanan berkenaan.
Beliau selalu membuat aktiviti seperti sambutan hari guru, potluck-potluck makanan dan juadah
petang sewaktu selesai mesyuarat. Sebab dengan adanya aktiviti ni dapat membantu dalam
keseimbangan dalam kehidupan kerja. Tidak juga stres memanjang. Dari segi komunikasi 3 hala
pula, selalunya ada juga masa digunakan apabila ada aktiviti macam penyerahan bantuan
kepada pelajar dan perjumpaan ibu bapa.”

Kedua-dua responden sangat gembira melaporkan gaya kepimpinan pengetua di sekolah beliau
yang sangat hebat.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, amalan kepimpinan instruksional sebagai salah satu gaya kepimpinan


yang perlu dikuasai oleh seorang pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin instruksional yang
mantap, pentadbir dapat membuat perubahan yang lebih besar dan dinamik seiring dengan
perubahan dan cabaran dalam bidang pendidikan zaman sekarang yang memerlukan
kebijaksanaan dan kecekapan seorang pemimpin. Selain itu juga, amalan pemerkasaan pengetua
memberi turut inspirasi dan motivasi kepada guru untuk bekerja secara sukarela dan dalam
suasana ceria serta berasa kepuasan apabila aktiviti sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan mencapai hasil yang cemerlang berdasarkan KPI yang telah ditetapkan. Jatuh dan bangun
sesebuah organisasi adalah daripada amalan pemerkasaan pengurusan seorang pemimpin kepada
pentadbir. Oleh itu, peranan pengetua adalah penting ke arah menjadikan sekolahnya sebagai

13
sekolah berkesan kerana pengetua menjadi faktor penentu kejayaan sekolah. Kepemimpinan
pengetua juga akan menentukan kejayaan sekolah berkesan.

(3545 Patah Perkataan)

5.0 BAHAGIAN 3

14
5.1 PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

15
16
6.0 LAMPIRAN

Responden 1

17
Responden 2

7.0 RUJUKAN

Abdullah, Z. (2006). Keperluan kepada Teori Komunikasi Berasaskan Konteks Sosial,


Budaya dan Agama: The Need for Communication Theory Based on Social, Cultural and
Religious Contexts. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 8(1), 33-40.

Amin, D. R. A., & Hamzah, M. I. M. (2021). Tahap amalan kepimpinan instruksional


guru besar dan hubungannya dengan tahap komitmen guru. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 135-151.Aziz, S., Raop, N. A., & Shukor, M. F. A.
(2021). Pengaruh faktor teknologi maklumat dan komunikasi terhadap kualiti hidup dalam
kalangan belia. Jurnal'Ulwan, 6(1), 110-126.

Basri, N., Ley, L. S., Nee, C. H., Ismail, M. F., & Kee, C. P. (2011). Persepsi Terhadap
Pengukuran Hubungan Organisasi-Publik: Perspektif Pelajar Komunikasi dan Media Universiti

Penyelidikan di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar.

18
Ibrahim, M. S., & Wahab, J. A. (2012). Kepemimpinan pendidikan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ismail, A., Hasbullah, K., Bakar, R. A., Ahmad, R., & Junoh, A. M. (2006). Pemindahan
Pengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Mempengaruhi Kesan Amalan Komunikasi Antara
Mentor Dan Mente: Satu Kajian Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia
Timur. Jurnal Kemanusiaan, 4(1).

19

You might also like