You are on page 1of 30

POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

SEMESTER 1 / 2022

HMEF5023_V2

EDUCATIONAL LEADERSHIP

NO. MATRIKULASI : CGS02525826


NO. KAD PENGENALAN : 870611125048
NO. TELEFON : 0138273457
E-MEL : saharalantong@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : LAHAD DATU LEARNING CENTRE


HMEF5023_V2
BAHAGIAN 1: Journal Article Review

1.0 Pengenalan

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Joseph Velarde terhadap
pemimpin di sekolah antarabangsa dengan menggunakan teori kepimpinan instruksional
yang dibina oleh Hallinger & Murphy (1985) dan Robinson (2007). Para pemimpin
dipilih dari tiga sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia. Artikel ini diterbitkan
di dalam International Online Journal of Educational Leadership (2017). Vol.1, No.1,
90-117. Antara pembolehubah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah jenis tahun
penubuhan, populasi pelajar dan guru, serta kurikulum.

2.0 Ulasan jurnal artikel

Tema utama artikel ini ialah amalan kepimpinan instruksional pemimpin sekolah
antarabangsa di Malaysia dan perspektif pemimpin dalam pengurusan sekolah yang
pelbagai budaya. Hal ini kerana penulis menekankan model kepimpinan instruksional
oleh Hallinger & Murphy (1985) dan Robinson (2007) iaitu dalam teori ini, pemimpin
sekolah antarabangsa cenderung menunujukkan kepimpinan instruksional terutama
apabila ia datang untuk menyampaikan matlamat, mempromosikan iklim pembelajaran
yang positif dan memastikan persekitaran sokongan yang teratur. Disamping itu juga,
objektif penulis menghasilkan nukilan artikel ini adalah untuk menyampaikan amalan
kepemimpinan pemimpin sekolah antarabangsa yang menjadi teladan dan perlu dicontohi
bukan sahaja di institusi akademik lain tetapi juga dalam organisasi yang mempunyai
kepelbagaian budaya.
Amalan kepimpinan pemimpin sekolah antarabangsa dilihat suatu prospek kajian
yang baharu bagi penulis kerana memperlihatkan kepimpinan instruksional dalam konsep
kepelbagaian budaya iaitu melalui idea yang berkaitan kepercayaan, pengakuan dan
pengiktirafan terhadap keanekaragaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang
wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu
bangsa. Malaysia menjadi tuan rumah ’’campuran heterogen kumpulan etnik’’ terutama

1
HMEF5023_V2
Melayu, Cina dan India, mengamalkan kepercayaan agama dan amalan budaya yang
berbeza (Noor & Leong, 2013, hlm. 715). Justeru, impak amalan kepimpinan sekolah
antarabangsa yang berkesan akan memberi kelebihan kepada guru dalam meningkatkan
prestasi dan kualiti kerja yang baik disamping melahirkan pelajar yang berwibawa dan
cemerlang dalam aspek pendidikan antarabangsa di mata dunia. Ekoran peningkatan yang
semakin menggalakkan dan membawa kepada pertumbuhan sekolah anatarbangsa (Bates,
2012: Hayden & Thompson, 2008) secara tidak langsung akan menarik pelabur asing ke
Malaysia, sekaligus menjadikan negara sebagai hab pendidikan utama di rantau ini.
Justeru, dengan pertumbuhan sekolah antarabangsa ini terutama jenama kukuh yang
memilih Malaysia sebagai kampus utama pada peringkat ASEAN dan Asia, turut
mempromosikan negara sebagai destinasi pilihan untuk pendidikan. Impaknya dapat
memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam sektor pengurusan pendidikan
amnya.
Menerokai amalan kepimpinan instruksional adalah salah satu daripada banyak
jurang yang perlu diterokai lagi oleh para penyelidik akan datang untuk menambahbaik
keberkesanan pemimpin di sekolah antarabangsa dalam memenuhi tuntukan Pendidikan
abad ke-21. Walaubagaimanapun, kelebihan dari sudut perspektif yang dikongsi ekoran
amalan kepimpinan pemimpin sekolah memberi sumbangan dalam pembangunan
kesusasteraan sedia ada dalam kepimpinan instruksional khususnya dan sekolah
antarabangsa amnya. Oleh itu, dengan peningkatan permintaan untuk sekolah
antarabangsa, usaha untuk menambahbaik sistem pendidikan ini hendaklah
dipertingkatkan dengan kajian yang lebih meluas dan mendalam. Hal ini kerana, kajian
terkini dalam kepimpinan instruksional di Malaysia hanya tertumpu kepada fungsi dan
kesan pengetua di sekolah kerajaan (Abdullah & Kassim, 2011; Hallinger, 2011; Musa &
Noor, 2017) sahaja. Secara keseluruhannya, penulis juga sedar akan tahap penyelidikan
adalah terhad dalam konteks kepimpinan pemimpin di sekolah antarabangsa. Hal ini
kerana ia hanya menconteng permukaan asas kepimpinan sekolah antarabangsa di
Malaysia. Oleh itu untuk penyelidikan akan datang, aspek penambahbaikan dalam kajian
bagaimana amalan kepimpinan mempengaruhi prestasi pelajar dan kepuasan guru boleh
menjadi bidang yang mungkin dititikberatkan lagi. Bagi aspek kaedah kajian yang
digunakan penulis dalam artikel ini adalah bersesuaian dengan objektif kajian

2
HMEF5023_V2
menggunakan kaedah tafsiran kualititatif dengan berkesan melalui pengumpulan data dari
sudut temu bual separa berstuktur, nota lapangan pemerhatian dan analisis dokumen.
Dan, penulis menggunakan kaedah pilihan secara purposive dinampak adalah berkesan
dan sistematik dalam memilih sekolah di ibu kota Kuala Lumpur kerana mempunyai
penemuan tertinggi sekolah antarabangsa dan sumber maklumat yang banyak. Begitu
juga dengan sekolah yang mantap dari segi bilangan kemasukan pelajar dan tempoh
perkhidmatan yang panjang. Kaedah persampelan bertujuan dan bola salji adalah pilihan
terbaik dan bersesuaian dengan garis panduan sekolah antarabangsa dalam memastikan
etika penyelidikan kerahsiaan terjaga.
Amalan kepimpinan pemimpin di sekolah antarabangsa menunjukkan pemimpin
memainkan peranan penting dalam operasi akademik dan kokurikulum sekolah walaupun
mempunyai tanggungjawab yang berbeza dari segi pengalaman dan jawatan masing-
masing. Ekoran daripada situasi perbezaan ini terdapat kekeliruan dari aspek kepimpinan
instruksional yang sememangnya memfokuskan kepada bidang tugas pengetua sekolah
dan kesan kesedaran tentang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang komited
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (Harris et al., 2017; Sharma, 2012).
Namun, kepimpinan pemimpin di sekolah antarabangsa meliputi pelbagai peringkat
kepimpinan dan melihat tugas mereka adalah sama iaitu kebersamaan dalam satu
komuniti dan kepimpinan bukan sahaja terletak pada ketua jabatan matapelajaran tetapi
juga kepada guru-guru di jabatannya yang berkidmat sebagai mentor untuk guru-guru
lain. Hal ini bermakna kepimpinan bukan hanya terletak pada jenis kepimpinan formal
sahaja namun kepimpinan tidak formal juga terlibat iaitu diambil oleh guru lain atau ahli
komuniti sekolah. Namun dari aspek kepimpinan instruksional Hallinger & Murphy
(1985) dan Robinson (2007) ada menunjukkann penemuan mengenai amalan kepimpinan
instruksional di sekolah antarabangsa iaitu meliputi pentakrifkan misi sekolah dan
penetapkan matlamat, menguruskan pengajaran dan menyelaraskan kurikulum dan
terakhir menggalakkan iklim pembelajaran sekolah yang positif dalam memastikan
persekitaran sokongan yang teratur. Secara analisisnya dapat dilihat, konsep kepelbagaian
budaya mempengaruhi amalan kepimpinan pemimpin sekolah antarabangsa kerana
pemimpin menekankan ’kebersamaan’ dalam satu komuniti. Disamping aspek
kepercayaan dan idea kerjasama secara kolaboratif serta nilai penerimaan yang

3
HMEF5023_V2
diketengahkan. Tuntasnya, tahap kesedaran yang ditunjukkan oleh pemimpin sekolah
yang berbeza tanpa mengira kedudukan menunjukkan kepimpinan instruksional tidak
hanya bergantung kepada pengetua sekolah sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian
dalam artikel ini menunjukkan ketidakberhasilan dalam menunjukkan amalan
kepimpinan sekolah antarabangsa dengan kepimpinan instruksioanl secara lebih
mendalam kerana kajian masih terhad dalam memahami dimensi utama lain dalam
kepimpinan instruksional yang dicadangkan oleh Robinson (2007). Dimensi bertindih
antara kedua-dua model tidak memberikan petunjuk yang mencukupi tentang cara
pemimpin sekolah antarabangsa menjalankan sumber strategik serta mempromosikan dan
mengambil bahagian dalam pembangunan pembelajaran guru. Begitu juga tentang
dimensi kecil lain yang dinyatakan oleh Hallinger & Murphy (1985) tentang cara
pemimpin sekolah melindungi masa pengajaran dan menyediakan insentif untuk
kepimpinan guru.
Secara amnya dapat dilihat penulis berupaya untuk mengetengahkan perspektif baru
dalam kajian kepimpinan instruksional dalam sistem akademik sekolah antarabangsa dari
sudut pemimpin. Namun, secara keseluruhannya menurut pandangan saya sebagai
penyelidik akan datang, penulis hendaklah memfokuskan lebih kepada penyelidikan yang
lebih mendalam dalam melihat keberkesanan kepimpinan instruksional pemimpin di
sekolah anatarabangsa. Dimensi khusus kepimpinan instruksional di sekolah
antarabangsa memerlukan penerokaan lebih lanjut. Hal ini kerana, terlalu banyak
kelemahan yang perlu penulis titikberatkan dalam penambahbaikan lebih mendalam
dalam mencapai objektif kajian. Dari segi metod atau kaedah kajian dilihat masih
memerlukan penelitian dalam skop pemilihan pendekatan dan kaedah pengumpulan data.
Pemilihan pembolehubah kajian perlu diperluaskan untuk dapatan hasil kajian yang lebih
padat dan jelas. Mungkin dari sudut pemilihan lebih banyak responden dalam
menghasilkan data yang lebih cenderung kepada objektif kajian. Hal ini kerana amalan
kepimpinan instruksional di sekolah antarabangsa terlalu luas skopnya dan sekolah
antarabangsa mencerminkan stuktur kepimpinan yang berbeza seperti kedudukan
organisasinya yang fleksibel dan boleh ditafsir dan diubah mengikut badan pentadbir
sekolah. Melalui permasalahan ini, akan menyukarkan penyelidikan pada masa akan
datang dalam memfokuskan peranan pengetua sebagai pemimpin yang komited terhadap

4
HMEF5023_V2
proses pengajaran dan pembelajaran. Kerana ia tidak terfokus kepada peranan yang satu
tetapi juga pelbagai dan rumit untuk diklasifikasikan dalam kepimpinan pemimpin
instruksional di sekolah antarabangsa amnya.
Kesimpulannya, hasil kajian artikel ini sebenarnya memberi perspektif baru kepada
penyelidik akan datang kerana melalui lompang kelemahan yang wujud inilah,
penambahbaikan dan keinginan untuk mendalami lebih dalam kajian ini akan terus
berkembang dan menunjukkan hasil kajian yang lebih banyak dalam aspek kepimpinan
instruksional pemimpin di sekolah antarabangsa. Namun, melalui prospek kajian baru ini,
pengetahuan dari sudut kepelbagaian budaya sekolah antarbangsa ini sebenarnya
memberi impak yang menarik kepada pembaca untuk membuat penyelidikan dalam
konteks kepelbagaian budaya mencerminkan keberkesanan kepimpinan sekolah
anatarabangsa dalam mencapai anjakan minda pemimpin abad ke-21.

(1,270 patah perkataan)

BAHAGIAN 2: In-Depth Interview Report

1.0 Latar Belakang Guru

Guru Bidang Ekonomi

Calon wawancara pertama ialah Puan (Responden L), berasal dari Kota Marudu, Sabah.
Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Memiliki ijazah perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah. Dan kini
beliau bertugas di SMK (Sekolah A) sebagai guru akademik biasa (DG48-Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan). Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman mengajar di sekolah
menengah bukan sahaja dalam subjek Ekonomi Asas, malah beberapa subjek lain seperti
Perdagangan dan Prinsip Perakaunan.

5
HMEF5023_V2
Guru Bidang Bahasa Melayu

Calon wawancara kedua ialah Cik (Responden S), berasal dari Tawau, Sabah. Dan kini
bertugas di SK (Sekolah B) sebagai guru akademik biasa (DG41-Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan). Beliau masih bujang dan berumur 30 tahun. Mendapat pendidikan
perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Mengambil program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pengkhususan Bahasa Melayu (BM), Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan Pendidikan Seni Visual (PSV) ambilan Januari 2012.
Beliau mempunyai 6 tahun pengalaman mengajar di sekolah rendah bukan sahaja dalam
subjek Bahasa Melayu, malah beberapa subjek lain seperti Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Seni Visual.

2.0 Analisis Data kualitatif

Pendekatan tafsiran kualitatif telah digunakan dengan meneliti sejauh manakah


kepimpinan Pengetua atau Guru Besar sekolah menyumbang kepada pembangunan,
perubahan atau penambahbaikan di sekolah melalui temu bual separa berstruktur bersama
dua guru sekolah, masing-masing dari sekolah rendah dan sekoah menengah. Tema-tema
yang dikenalpasti telah dikategorikan mengikut empat faktor utama pemimpin sekolah
dalam menyumbang kepada pembangunan di sekolah iaitu melalui pencapaian pelajar,
aspek kerjasama, persekitaran yang kondusif dan penggunaan teknologi.

1) Pencapaian pelajar

Menurut Guru (L), pencapaian murid merupakan salah satu faktor yang menyumbang

kepada pembangunan sekolah dan Pemimpin iaitu pnegetua sekolah memainkan peranan

penting dalam memastikan guru-guru dan pelajar terlibat sama dalam aktiviti yang

dilaksanakan di sekolah. Hal ini di jelaskan seperti petikan temu bual berikut:

6
HMEF5023_V2
’’Sekolah ada buat program dalam peningkatan akademik.. memfokuskan kepada
tiga peringkat iaitu pertama, secara menyeluruh.. kedua, dibawah Panitia, dan
ketiga mengikut kelas.’’

’’Ok.. baiklah.. peringkat secara menyeluruh merangkumi tiga kumpulan pula iaitu
pertama, mengikut kumpulan pelajar cemerlang iaitu straight A lah.. kedua,
kumpulan pengukuhan.. dan ketiga, kumpulan target untuk lulus (Bahasa Melayu
dan Sejarah) ni difokuskan kumpulan bawah. Peringkat kedua, dibawah Panitia ni
mengikut kumpulan masing-masing by subjek. Contoh subjek Perniagaan.. guru
akan mengambil soalan tahun-tahun lepas dan set-set soalan setiap negeri.. dan
mengambil modul dari negeri yang terpilih untuk dijadikan rujukan.. selain tu teknik
menjawab dalam kelas juga ada di buat.. contoh macam kertas 1 dan kertas 2.. guru
akan memberikan teknik menjawab berdasarkan kata tugas misalnya.. macam
(Nyatakan/ Apakah/ Lakarkan). Kan banyak dalam soalan-soalan exam seperti
itu..’’

’’Setakat ni jelas?. Ok sambung yang apa peringkat Panitia tu kan untuk teknik
menjawab dalam exam.. fokus kepada kehendak soalan dan kehendak markah.. haa
disitulah pelajar akan dapat gambaran bagaimana hendak menjawab exam dengan
baik dan betul..’’

’’Tetapi ada juga cikgu lihat guru-guru lain menggunakan teknik menjawab soalan
exam berpandukan skema jawapan.. sebenarnya ni terpulang daripada guru subjek
tersebut.. mengikut Panitia masing-masing..’’

’’Kalau by class pula.. ada.. emm seperti (Program Student Tracker)..’’

’’Maksudnya pembelajaran terbeza iaitu mengikut kumpulan juga.. iaitu kategori


pandai.. sederhana.. dan lemah.. program ni memfokuskan kepada mencari dimana
kelemahan budak untuk diperbaiki.. dalam TS25 juga ada tu namanya root course

7
HMEF5023_V2
analysis... iaitu dicari kelemahan pelajar sampai ke akar umbi.. ni agak mencabar
sedikit..’’

’’Semua pelajar SPM terlibat ya dalam program yang cikgu sebut sebentar tadi tu..’’

Guru (S) juga ada menyatakan perihal program dalam peningkatan keputusan dari segi
akademik dan aktiviti-aktiviti yang sekolah telah lakukan. Disamping guru-guru giat
menglibatkan diri mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Hal
ini dijelaskan oleh Guru (S) seperti berikut:

’’Ya.. ada.. sekolah ada buat program seperti subjek matematik.. Program Bijak
Sifar..ni memfokuskan kepada murid Tahap 2.. manakala Program Celik Huruf
untuk murid Tahap 1.’’

’’..ni antara program yang membantu dalam peningkatan dan penguasaan


matapelajaran Matematik.. dilihat pencapaian murid semakin meningkat.’’

’’Guru ada juga membuat kelas tambahan.. contohnya buat kelas tambahan untuk
murid yang lemah dalam subjek.. terutamanya subjek Teras seperti Bahasa
melayu, Matematik, dan Sains.’’

’’Ya.. betul.. selepas waktu pdp iaitu pengajaran dan pembelajaran..’’

Secara keseluruhannya dapat diperhatikan bahawa terdapat persamaan oleh kedua-dua


guru dalam menyatakan pemimpin sekolah masing-masing memainkan peranan penting
dalam memastikan setiap program yang dijalankan memberi kesan kepada prestasi
kecemerlangan pelajar melalui program-program yang dijalankan di sekolah masing-
masing. Ini dapat dilihat, menerusi program yang dilaksanakan, pencapaian pelajar dapat
ditingkatkan dan penambahbaikan sedia ada dari aspek akademik dapat dibangunkan.

8
HMEF5023_V2
2) Kerjasama

Penglibatan semua pihak amat penting dalam semua hal yang berkaitan dengan
pembangunan di sekolah. Ini termasuklah penekanan yang diberi oleh guru berkaitan
kerjasama merupakan aspek yang dilihat dalam penambahbaikan sesebuah sekolah. Guru
(S) menyatakan pemimpin sekolah ada menekankan budaya kerjasama dikalangan guru
dan ibu-bapa, begitu juga pelajar dan guru. Beliau menjelaskan hal ini seperti berikut:

’’PIBG sekolah memainkan peranan penting.. contohnya seperti program yang


sekolah anjurkan.. ibu-bapa turut serta membantu menggembleng tenaga dalam
memastikan perlaksaannya berjalan dengan baik dan terkawal.’’

’’Contoh.. ketika kelas tambahan, ada segelintir ibu bapa turut serta dalam
membantu guru dan bersama-sama mengajar anak mereka.. penglibatan ibu bapa
dilihat penting dalam mengawal anak-anak mereka lebih fokus dalam
pembelajaran di kelas..’’

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah menengah. Hasil temu bual mendapati Guru

(L) juga ada menyentuh berkaitan penglibatan ibu-bapa dalam program yang dijalankan

di sekolah. Petikan temu bual adalah seperti berikut:

’’Ibu bapa terlibat juga dalam program-program yang dianjurkan oleh sekolah..

seperti Program Motivasi baru-baru ni untuk pelajar yang lemah dalam

akademik.’’

’’UBK unit bimbingan kaunseling anjurkan program motivasi dengan menjemput


bekas pelajar sekolah yang telah berjaya seperti Doktor dan Engineering
dipanggil untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar untuk menaikkan

9
HMEF5023_V2
semangat mereka disamping bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk
berjaya...ni untuk kelas-kelas depan fokus pelajar STEM’’

’’aspek komuniti luar.. ibu-bapa membantu dalam menambah baik kemudahan


fasiliti sekolah.. peranan PIBG ada terlibat.. contohnya.. membaiki meja yang
rosak atau memberi sumbangan meja yang baru.. penambahbaikan untuk
keselesaan murid.’’

’’sumbangan kewangan juga.. ibu bapa. Kelas rancangan khas.. penglibatan


pelajar dan guru..’’

Secara keseluruhannya, kerjasama yang ditunjukkan dalam penglibatan semua pihak


terutama dari aspek guru ke ibu bapa dan dari guru ke pelajar memberi impak kepada
perubahan dan penambahbaikan disekolah. Guru (S) dan Guru (L) masing-masing ada
menyatakan penglibatan PIBG memainkan peranan penting dalam kebersamaan sejagat
dan bekerjasama dengan guru-guru sama ada secara langsung dan tidak langsung.

3) Persekitaran yang kondusif

Berdasarkan temu bual yang dijalankan faktor persekitaran yang kondusif juga ada

diketengahkan dalam pembangunan dari segi kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Yakni

melibatkan aspek kelestarian daripada program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Perkara ini dinyatakan oleh Guru (S) seperti berikut:

’’.. ya.. ada. Contohnya gotong royong menceriakan kawasan sekolah.. baru-baru

ni ada buat program Tanam bunga jangka panjang.. ibu bapa turut serta dalam

program ini bersama murid.. tanam bunga secara berperingkat’’

10
HMEF5023_V2
’’Gotong-royong membersih dan mencantikkan kelas.. ibu-bapa turut terlibat
bersama-sama guru.. dalam memastikan keselesaan pelajar.. mewujudkan bilik
darjah yang kondusif..murid pun akan bersemangat untuk belajar.. dan lebih
bermotivasi’’

’’ .. ya ada.. melestarikan kawasan seperti keceriaan tandas misalnya.. ibu bapa


dan guru bersama-sama membersih dan menceriakan tandas agar murid selesa
sebab tandas bersih kan..’’

Perkara yang sama juga berlaku di Sekolah B. Hasil temu bual daripada Guru (S) juga
ada menyatakan perihal persekitaran yang kondusif. Hal ini diterangkan dalam petikan
temu bual berikut:

’’Program ceriakan taman sekolah setiap blok.. ada guru yang mengetuai setiap
blok dan mengarahkan pelajar turut serta dalam mencantikkan taman di setiap
blok sekolah..’’

’’.. sumbangan bunga dan pasu juga ada melibatkan ibu bapa yang memberi
sumbangan berbentuk seperti ini secara tidak langsung dalm mencantikkan
kawasan sekolah.’’

’’Program seperti makan malam amal juga ada dibuat dalam objektif mengumpul
dana dalam usaha penambahbaikan dan kemudahan infrastuktur di sekolah.. Di
samping menyumbang dalam melestarikan kawasan dan persekitaran yang
kondusif..’’

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa, kedua-dua pemimpin sekolah memberi


suntikan kepada guru dan ibu bapa dalam membangunkan sekolah melalui
penambahbaikan dan pelestarian kawasan sekolah dalam usaha memberi kemudahan
yang baik kepada pelajar dalam melahirkan insan yang cemerlang, sihat dan ceria.

11
HMEF5023_V2
4) Pembangunan Teknologi

Teknologi pada era pendidikan abad ke-21 merupakan faktor penting dalam
pembangunan sesebuah sekolah. Pengunaan teknologi yang dalam kalangan guru-
memberi kesan yang baik dalam pembangunan sekolah. Pemimpin sekolah di kedua-dua
sekolah juga ada memperlihatkan sisi Pendidikan digital di sekolah masing-masing dalam
penggunaan teknologi. Ini dapat dilihat menerusi temu bual guru berkaitan peranan
pemimpin dalam pembangunan teknologi dapat diperluaskan lagi seiring dengan
permintaan pendidikan era abad ke-21. Berikut adalah petikan temu bual oleh Guru (S)
dan Guru (L):

’’.. ada seperti Felda Robotik dan Coding. Sahara boleh rujuk dalam laman web
FELDA untuk penjelasan lebih details.. semua ada di dalam tu..’’ (Guru S)

’’ .. macam bentuk program juga.. memfokuskan kepada murid Tahap 2.. Felda
bertanggungjawab dalam memberi peruntukan dan melaksanakan di sekolah.’’
(Guru S)

’’ Kursus pembelajaran digital.. nini di kalangan guru.. tidak silap cikgu.. guru
akan ada sijil diberi khas.. soft skill guru dipertingkatkan..’’ (Guru L)

’’ .. ya ada.. Robotik.. program Robotik digital.. ada menyediakan latihan kepada


guru.. reka bentuk dan teknologi .. memastikan penyampaian dan pelaksanaan
aktiviti kepada pelajar dibuat secara berkesan..’’ (Guru L)

Secara keseluruhannya dapat dilihat, kedua-dua sekolah menunjukkan penglibatan dalam


Pendidikan Digital, iaitu merupakan salah satu platform untuk meningkatkan
kecemerlangan murid. Dan Felda secara tidak langsung komited melaksanakan inisiatif
progresif seperti ini iaitu bermula daripada pendidikan sekolah rendah hinggalah ke
pendidikan menengah. Salah satu usaha yang patut dibanggakan dalam menjayakan
pembangunan sesebuah sekolah secara amnya.

12
HMEF5023_V2
3.0 Hasil temu bual dan Kesimpulan

Tuntutan dan cabaran pendidikan dalam abad ke-21 memerlukan pemimpin sekolah
berperanan penting dalam menggerakkan usaha ke arah perubahan kurikulum seterusnya
meningkatkan kualiti pendidikan. Melalui wawancara bersama dua guru dari sekolah
yang berlainan yang melihat dari sudut pandangan masing-masing mengenai sumbangan
yang dilakukan oleh Pengetua dan Guru Besar menunjukkan banyak persamaan dalam
konteks peranan pemimpin dalam sejauh mana hasrat perubahan dapat direalisasikan.
Keempat-empat faktor utama kepimpinan sekolah harus dijadikan garis panduan untuk
para pemimpin sekolah dalam menggerakkan sekolah ke arah pembangunan yang lebih
mantap.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang, ktiteria yang dimiliki pemimpin
sekolah (Pengetua/ Guru Besar) adalah amat penting dalam berperanan membangunkan
perkembangan kecemerlangan sekolah. Melalui wawancara kedua-dua guru dapat dilihat
persamaan dari aspek memperbaiki dan menambahbaik peningkatan dari segi pencapaian
pelajar. Ini kerana, didapati penglibatan guru-guru dalam membantu meningkatkan
proses perkongsian inovasi pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru yang lain
dapat dilihat keberkesannya. Disamping mampu membantu dalam melicinkan lagi jentera
pentadbiran sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pandangan kedua-dua guru terhadap gaya kepimpinan pemimpin sekolah
masing-masing menunjukkan elemen perkembangan dan penambahbaikan sekolah dari
sudut budaya kerja berpasukan dalam memudahkan tugas-tugas guru. Disamping
bersedia untuk bekerjasama dengan ahli pasukan supaya beban tugas yang akan
dilaksanakan menjadi lebih ringan. Hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti juga
dilihat berkesan pelbagai aktiviti dijalankan secara berterusan seperti majlis jamuan
makan malam, gotong royong dan program motivasi.
Persekitaran pembelajaran di sekolah telah mengubah cara pelajar belajar.
Persekitaran yang kondusif dikatakan dapat melahirkan suasana yang seronok untuk
belajar serta meningkatkan prestasi pelajar seperti penggunaan bilik darjah. Oleh itu,
melalui wawancara yang dijalankan mendapati kedua-dua guru ada mengetengahkan
aspek ini. Ini menunjukkan pemimpin sekolah menitikberatkan persekitaran
pembelajaran yang diurus dengan baik oleh guru-guru dan ibu bapa amnya ke arah

13
HMEF5023_V2
pembangunan prasarana yang lengkap dan sangat penting dalam membentuk dan menaik
taraf pendidikan di negara ini.
Bagi mencapai hasrat bagi menjadikan Malaysia negara maju, transformasi dalam
bidang pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal
insan yang holistik yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat
domestik atau global adalah melalui penggunaan teknologi di setiap sekolah di
perluaskan. Melalui hasil wawancara daripada kedua guru dapat dilihat, penekanan
pembangunan teknologi Pengekodan dan Robotik melalui inisiatif Felda (FDMH) iaitu
kelab Pengaturcaraan dan Robotik yang akan menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah mampu menjadi platform untuk meningkatkan kecemerlangan
murid. Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam bertanggungjawab
memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik manakala Felda pula akan
menyediakan latihan kepada guru reka bentuk dan teknologi setiap sekolah yang terlibat
bagi memastikan penyampaian dan pelaksanaan aktiviti kepada pelajar dibuat secara
berkesan.
Kesimpulannya, pembangunan sesebuah sekolah sebenarnya terletak pada
kepimpinan yang ditunjukkan pemimpin sekolah yang merupakan orang penting yang
boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sekolah melalui ketrampilan, dedikasi dan
keperibadian yang ada pada dirinya. Kecermerlangan murid juga bergantung kepada
kecemerlangan seseorang guru yang mengajar mereka. Murid yang cemerlang akan
menjadi aset kepada negara sekaligus menjadikan negara kita negara maju yang dapat
bersaing di peringkat dunia ekoran generasi sekarang dibekalkan dengan kekuatan minda
dan fikiran yang kreatif sebagai persediaan seiring dengan pengetahuan teknologi yang
tinggi dan berdaya saing.

(2,018 patah perkataan)

14
HMEF5023_V2
BAHAGIAN 3: Online Class Participation

15
HMEF5023_V2

16
HMEF5023_V2
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah, J.B., & Kassim, J. M. (2011). Instructional leadership and attitude towards
Organizational change among secondary schools principal in pahang,
Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 15, 3304-3309.

Bates, R. (2012). Is global citizenship possible, and can international schools provide
It?. Journal of Research in International Education, 11(3), 262-274.

Hallinger, P. (2011). A review of three decades of doctoral studies using the principal
Instructional management rating scale: A lens on methodological progress in
Educational leadership. Educational Administration Quarterly, 47(2), 271-306.

Harris, A., Jones, M., Cheah, K. S. L., Devadason, E., & Adams, D. (2017). Exploring
Principals’ Instructional Leadership practices in Malaysia: Insights and
Implications. Journal of Educational Administration, 55(2), 207-221.

Hayden, m., & Thompson, J. (2008). International schools: Growth and influence.
Paris, France: UNESCO.

Noor, N. M., & Leong, C. H. (2013). Multiculturalism in Malaysia and Singapore:


Contesting models. International Journal of Intercultural Realtions, 37(6),
714-726.

Sharma, S. (2011). Attributes of school principals-leadership qualities & capacities. In


International Congress for School Effectiveness and Improvement. Limassol,
Cyprus.

17
HMEF5023_V2
LAMPIRAN A: Transkrip Temu Bual

1 12 HB JUN 2022 (AHAD) JAM 11.00

2 TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA GURU L (SEKOLAH A)

3 (00:00 – :58)

4 Penyelidik: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wabarakatu.

5 Pertamanya terima kasih kepada cikgu L kerana dapat luangkan masa pada pagi

6 ini (senyum). Seperti yang cikgu sudah sedia maklum saya akan temu bual

cikgu

7 berkaitan tajuk kita pada hari ini iaitu ’’Sejauh manakah kepimpinan sekolah

8 menyumbang kepada perkembangan.. perubahan.. atau penambahbaikan di

9 sekolah’’.

10 Guru: (mengangguk-angguk kepala dan senyum)

11 Saya perkenalkan diri dulu cikgu.. nama saya Sahara Lantong. Saya dari OUM

12 ambil program Postgraduate Diploma and Teaching..

13 Guru: Owhhh.. bakal cikgu la ni (senyum)

14 Penyelidik: (malu-malu) in sah Allah cikgu kalau ada rezeki.. Aamin..

15 Guru: Boleh tu.. in sha Allah..

16 Penyelidik: Ia cikgu.. seperti biasa sebelum kita mulakan, cikgu boleh

17 perkenalkan diri dari mana, belajar di mana, umur, subjek d ajar.. dan latar

18 belakang umum yang cikgu ingin kongsikan. Silakan cikgu.

19 Guru: Terima kasih.. siapa nama tadi? Cikgu lupa sudah..

20 Penyelidik: oh Sahara cikgu (senyum)

21 Guru: Ohya Sahara.. terima kasih sebab sudi juga mengikut waktu free cikgu

18
HMEF5023_V2
22 dalam sesi ini.. sebab minggu lalu cikgu tidk dapat ada hal-hal yang tidak dapat

23 dielakkan..

24 Penyelidik: Ndakpa cikgu.. saya bersyukur cikgu dapat luangkan sedikit waktu

25 untuk di temu bual.

26 Guru: Sama-sama.. oh berbalik kepada soalan kamu tadi tu. Baiklah.. nama

cikgu

27 (L) asal dari Kota Belud kk, cikgu sudah berkhidmat di sekolah (Sekolah A) ni

28 lebih kurang 22 tahun. Cikgu sudah berkhawin dan ada 2 orang anak.. cikgu

29 mendapat pendidikan perguruan di Maktab Gaya kk.. cikgu ndak pasti kalau

30 sudah tukar ke Institut Perguruan tidak silap sekarang.. cikgu ajar subjek

Ekonomi

31 dan perdagangan serta Prinsip Perakaunan. Dan guru akademik biasa DG48.

32 Penyelidik: Terima kasih cikgu.. ok.. soalan pertama berkaitan sumbangan

33 Pengetua dari segi pencapaian pelajar cikgu.. dalam penambahbaikan

peperiksaan

34 SPM misalnya.. adakah berlaku peningkatan keputusan dari segi akademik.. apa

35 aktiviti yang sekolah buat?

36 Guru: Sekolah ada buat program dalam peningkatan akademik.. memfokuskan

37 kepada tiga peringkat iaitu pertama, secara menyeluruh.. kedua, dibawah

Panitia,

38 dan ketiga mengikut kelas.

39 Penyelidik: oh boleh cikgu terangkan satu persatu setiap peringkat?

40 Guru: Ok.. baiklah.. peringkat secara menyeluruh merangkumi tiga kumpulan

19
HMEF5023_V2
41 pula iaitu pertama, mengikut kumpulan pelajar cemerlang iaitu straight A lah..

42 kedua, kumpulan pengukuhan.. dan ketiga, kumpulan target untuk lulus (Bahasa

43 Melayu dan Sejarah) ni difokuskan kumpulan bawah. Peringkat kedua, dibawah

44 Panitia ni mengikut kumpulan masing-masing by subjek. Contoh subjek

45 Perniagaan.. guru akan mengambil soalan tahun-tahun lepas dan set-set soalan

46 setiap negeri.. dan mengambil modul dari negeri yang terpilih untuk dijadikan

47 rujukan.. selain tu teknik menjawab dalam kelas juga ada di buat.. contoh

macam

48 kertas 1 dan kertas 2.. guru akan memberikan teknik menjawab berdasarkan

kata

49 tugas misalnya.. macam (Nyatakan/ Apakah/ Lakarkan). Kan banyak dalam

50 soalan-soalan exam seperti itu..

51 penyelidik: owhhh..

52 Guru: Setakat ni jelas?. Ok sambung yang apa peringkat Panitia tu kan untuk

53 teknik menjawab dalam exam.. fokus kepada kehendak soalan dan kehendak

54 markah.. haa disitulah pelajar akan dapat gambaran bagaimana hendak

menjawab

55 exam dengan baik dan betul..

56 Penyelidik: anguk-angguk

57 Guru: Tetapi ada juga cikgu lihat guru-guru lain menggunakan teknik

menjawab

58 soalan exam berpandukan skema jawapan.. sebenarnya ni terpulang daripada

guru

20
HMEF5023_V2
59 subjek tersebut.. mengikut Panitia masing-masing..

60 Penyelidik: owh.. Kalau mengikut kelas pula?

61 Guru: Kalau by class pula.. ada.. emm seperti (Program Student Tracker)..

62 Penyelidik: Maksudnya cikgu..(seperti kurang faham)

63 Guru: Maksudnya pembelajaran terbeza iaitu mengikut kumpulan juga.. iaitu

64 kategori pandai.. sederhana.. dan lemah.. program ni memfokuskan kepada

65 mencari dimana kelemahan budak untuk diperbaiki.. dalam TS25juga ada tu

66 namanya root course analysis... iaitu dicari kelemahan pelajar sampai ke akar

67 umbi.. ni agak mencabar sedikit..

68 Penyelidik: oh.. ok cikgu.

69 Guru: Semua pelajar SPM terlibat ya dalam program yang cikgu sebut sebentar

70 tadi tu..

71 Penyelidik: oh ya ya.. (senyum). Cikgu.. macam mana pula dari segi

penglibatan

72 ibu bapa dan guru maksudnya kerjasama yang dilihat dalam memastikan

73 pembangunan adakah pengetua menitikberatkan hal seperti ini?

74 Guru: Ibu bapa terlibat juga dalam program-program yang dianjurkan oleh

75 sekolah..seperti Program Motivasi baru-baru ni untuk pelajar yang lemah dalam

76 akademik.

77 Penyelidik: Owh.. mengangguk-angguk (menghayati setiap penjelasan)

78 Guru: UBK unit bimbingan kaunseling anjurkan program motivasi dengan

79 menjemput bekas pelajar sekolah yang telah berjaya seperti Doktor dan

80 Engineering dipanggil untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar untuk

21
HMEF5023_V2
81 menaikkan semangat mereka disamping bermotivasi untuk belajar bersungguh

82 sungguh untuk berjaya...ni untuk kelas-kelas depan fokus pelajar STEM.

83 Penyelidik: aspek komuniti luar terlibat seperti ibu bapa?

84 Guru: aspek komuniti luar.. ibu-bapa membantu dalam menambah baik

85 kemudahan fasiliti sekolah.. peranan PIBG ada terlibat.. contohnya.. membaiki

86 meja yang rosak atau memberi sumbangan meja yang baru.. penambahbaikan

87 untuk keselesaan murid.

88 Penyelidik: Oh..

89 Guru: sumbangan kewangan juga.. ibu bapa. Kelas rancangan khas..

penglibatan

90 pelajar dan guru..

91 Penyelidik: oh faham juga... macam mana pula dari segi persekitaran yang

92 kondusif cikgu? Dari segi apa.. ada libatkan ibu bapa dalam melestarikan

kawasan

93 sekolah?

94 Guru: Program ceriakan taman sekolah setiap blok.. ada guru yang mengetuai

95 setiap blok dan mengarahkan pelajar turut serta dalam mencantikkan taman di

96 setiap blok sekolah..

97 Penyelidik: penglibatan ibu bapa?

98 Guru: sumbangan bunga dan pasu juga ada melibatkan ibu bapa yang memberi

99 sumbangan berbentuk seperti ini secara tidak langsung dalam mencantikkan

kawasan sekolah.

100 Penyelidik: Selain tu ada program lain? Yang menyumbang kepada pelestarian

22
HMEF5023_V2
101 persekitaran yang kondusif?

102 Guru: Program seperti makan malam amal juga ada dibuat dalam objektif

103 mengumpul dana dalam usaha penambahbaikan dan kemudahan infrastuktur di

104 sekolah.. Di samping menyumbang dalam melestarikan kawasan dan

105 persekiataran yang kondusif..

106 Penyelidik: Owh.. ok cikgu.. dari segi penggunaan teknologi pula di sekolah..

ada

107 pengetua di sekolah menekankan aspek ini?

108 Guru: Kursus pembelajaran digital.. ini di kalangan guru.. tidak silap cikgu..

guru

109 akan ada sijil diberi khas.. soft skill guru dipertingkatkan..

110 Penyelidik: Owh...

111 Guru: ya ada.. Robotik.. program Robotik digital.. ada menyediakan latihan

112 kepada guru.. reka bentuk dan teknologi .. memastikan penyampaian dan

113 pelaksanaan aktiviti kepada pelajar dibuat secara berkesan.

114 Penyelidik: Oh.. ok cikgu terima kasih ya.. begitu banyak info yang cikgu

115 kongsikan.. dan terima kasih juga sebab sudi laungkan masa.. sangat- sangat

116 membantu dalam asssignment yang akan saya buat nanti..

117 Guru: Sama-sama Sahara... jemput minum dulu..

118 Penyelidik: terima kasih cikgu

119 Guru: semua sudah lengkap jawapan yang kamu mahu? Ada apa-apa

penambahan

120 yang cikgu dapat kongsikan?

23
HMEF5023_V2
121 Penyelidik: oh tiada sudah cikgu.. rasanya sudah mencukupi (setelah habiskan

122 minuman.. minta izin untuk tamatkan perbualan).. Terima kasih sekali lagi

cikgu..

123 Guru: sama-sama kasih (senyum).. Assalamualaikum..

124 Penyelidik: Waalaikumsalam...

 Gambar bersama guru tidak dapat diselitkan kerana guru yang ditemu bual
inginkan privacy dan tidak mahu sebarang gambar dipamerkan. Penyelidik
akur dan hormat dengan keputusan yang dibuat.
 Disebabkan menjaga etika penyelidikan, nama guru digantikan dengan Guru L
dan nama sekolah digantikan dengan Sekolah A.

24
HMEF5023_V2
LAMPIRAN B: Transkrip Temu Bual

1 19 HB JUN 2022 (AHAD) JAM 14.30

2 TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA GURU S (SEKOLAH B)

3 (00:00 – :47)

4 Penyelidik: Assalamualaikum cikgu. Terima kasih cikgu sudi luangkan masa

5 sedikit pada petang ini. Cikgu.. sebelum saya temu bual berkaitan tajuk kajian

6 saya iaitu sejauh manakah kepimpinan guru besar sekolah menyumbang kepada

7 perkembangan kepada perkembangan atau penambahbaikan di sekolah..

8 saya perkenalkan diri dulu cikgu.. nama saya Sahara Binti Lantong.. saya

9 tinggal di Batu 2 Jalan Segama..saya study di OUM.. ambil

10 program Postgraduate Diploma in Teaching (PGDT)

11 Guru: oh kamu study full time?

12 Penyelidik: ndak cikgu.. saya bekerja sambil belajar.. program ni fully online.

13 (senyum) maksudnya sistem semua online dari assignment.. class..

14 Guru: owh.... (mengangguk) ok ok.. faham faham (senyum)

15 Penyelidik: Oh iya sebelum kita pergi ke soalan temu bual.. boleh cikgu

16 perkenalkan diri secara umum.. macam biasa cikgu. Silakan.

17 Guru: terima kasih Sahara.. nama cikgu (S) cikgu dulu belajar di IPG

18 kampus kent Tuaran KK.. cikgu ambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

19 BM, PJ dan PSV ambilan Januari 2012... habis sahaja study cikgu dapat

20 penempatan di sini (Sekolah B).Masih bujang but not available (ketawa kecil).

21 Cikgu asal dari Tawau.

22 Emmm.. cikgu memegang jawatan guru akademik biasa (6 tahun) sebagai

25
HMEF5023_V2
23 pegawai perkhidmatan pendidikan (DG41)

24 Penyelidik: (senyum bangga). Ok cikgu tanpa membuang masa kita terus ke

25 soalan temu bual ya..

26 Guru: ia Sahara teruskan (senyum)

27 Penyelidik: sumbangan guru besar cikgu dalam penambahbaikan sekolah? Dari

28 segi kelulusan atau pencapaian sekolah?

29 Guru: maksud Sahara pencapaian pelajar?..

30 Penyelidik: iya cikgu. Dari segi penambahbaikan sedia ada apa aktiviti yang

31 dibuat dalam peningkatan keputusan dari segi akademik..

32 Guru: Ya.. ada.. sekolah ada buat program seperti subjek matematik.. Program

33 Bijak Sifar..ni memfokuskan kepada murid Tahap 2.. manakala Program Celik

34 Huruf untuk murid Tahap 1.

35 ni antara program yang membantu dalam peningkatan dan penguasaan

36 matapelajaran Matematik.. dilihat pencapaian murid semakin meningkat

37 Penyelidik: dari segi penceramah luar atau kelas tambahan cikgu ada?

38 Guru: ada juga membuat kelas tambahan.. contohnya buat kelas tambahan untuk

39 murid yang lemah dalam subjek.. terutamanya subjek Teras seperti Bahasa

40 Melayu, Matematik, dan Sains.

41 Penyelidik: maksudnya semua guru terlibat? Maksudnya selepas waktu pdp?

42 Guru: Ya.. betul.. selepas waktu pdp iaitu pengajaran dan pembelajaran..

43 Penyelidik: oh ok2.. faham cikgu. Kalau dari segi kerjasama pula cikgu seperti

dari ibu-bapa ada terlibat?

44 Guru: PIBG sekolah memainkan peranan penting.. contohnya seperti program

26
HMEF5023_V2
yang sekolah anjurkan.. ibu-bapa turut serta membantu menggembleng tenaga

dalam memastikan perlaksaannya berjalan dengan baik dan terkawal.

45 Penyelidik: oh maksudnya guru dan PIBG saling bekerjasama..dari segi guru dan

46 pelajar penglibatan dalam kerjasama? Maksudnya semasa program di jalankan?

47 Guru: Contoh.. ketika kelas tambahan, ada segelintir ibu bapa turut serta dalam

48 membantu guru dan bersama-sama mengajar anak mereka.. penglibatan ibu bapa

49 dilihat penting dalam mengawal anak-anak mereka lebih fokus dalam

50 pembelajaran di kelas..

51 Penyelidik: ok cikgu.. dari segi persekitaran yang kondusif pula? Dari segi apa..

52 ada libatkan ibu bapa?

53 Guru: ya.. ada. Contohnya gotong royong menceriakan kawasan sekolah.. baru

54 baru ni ada buat program Tanam bunga jangka panjang.. ibu bapa turut serta

55 dalam program ini bersama murid.. tanam bunga secara berperingkat

56 Penyelidik: maksudnya melestarikan kawasan tersebut tersebut cikgu?

57 Guru: Gotong-royong membersih dan mencantikkan kelas.. ibu-bapa turut terlibat

58 bersama-sama guru.. dalam memastikan keselesaan pelajar.. mewujudkan bilik

59 darjah yang kondusif.. murid pun akan bersemangat untuk belajar.. dan lebih

60 bermotivasi

61 Penyelidik: wah.. beruntung murid sekarang.. (senyum kecil)

62 Guru: ya betul tu.. kelas jika bersih dan cantik.. tandas pun bersih dan wangi..

63 minda pun sihat.. (senyum) betul tidak Sahara..

64 Penyelidik: senyum2 tanda setuju. Cikgu.. kalau dari segi pengorganisasian pula

65 bagaimana? Maksud sistem/ struktur organisasi lebih sistematik dan terancang?

27
HMEF5023_V2
66 Guru: ya Sahara.. sememangnya sudah ada pelan strategik masing-masing.. hala

67 tuju.. pelan strategik kokum.. kurikulum.. hal ehwal murid.. memang sudah ada

68 pembahagian ditentukan masa mesyuarat.. contoh mesyuarat diagihkan awal..

69 jadual waktu ditetapkan oleh KPM dan juga diselaraskan oleh KPM

70 Penyelidik: oh..... dari segi infrastuktur sekolah cikgu?

71 Guru: ya ada.. sekolah ada menyediakan pendidikan khas.. emm ni sekolah yang

72 dipilih oleh KPM..

73 Penyelidik: oh.. (mengangguk tanda faham) Ok.. macam mana pula dari segi

74 cikgu ada?

75 Guru: (tengah berfikir) ...ada seperti Felda Robotik dan Coding. Sahara boleh

76 rujuk dalam laman web FELDA untuk penjelasan lebih details.. semua ada di

77 dalam tu..

78 Penyelidik: oh wahh saya baru pertama kali dengar ni cikgu.. macam menarik

79 bunyi nya.. nanti saya akan search untuk penjelasan lebih dalam assignment

80 nanti.. (mengangguk) tanda soalan dah nak habis.

81 Guru: ..macam bentuk program juga.. memfokuskan kepada murid Tahap 2..

82 Felda bertanggungjawab dalam memberi peruntukan dan melaksanakan di

83 sekolah.

84 Penyelidik: oh.. (tanda faham). Baiklah cikgu rasanya cukup sampai di sini sahaja

85 Sebab rasanya cikgu sudah menjawab semua yang saya highlight ada jawapan

86 disitu..

87 Guru: oh habis dh.. bah.. bah.. ok Sahara. Cikgu harap dapat membantu dalam

88 tugasan kamu ya..

28
HMEF5023_V2
89 Penyelidik: ia cikgu sangat-sangat membantu.. sekali lagi Terima kasih cikgu sudi

90 luangkan masa..

91 Guru: sama-sama Sahara.. jumpa lagi dan hati-hati semasa balik..

92 Penyelidik: ia cikgu.. Assalamualaikum

93 Guru: Waalaikumsalam...

 Gambar bersama guru tidak dapat diselitkan kerana guru yang ditemu bual

inginkan privacy dan tidak mahu sebarang gambar dipamerkan. Penyelidik

akur dan hormat dengan keputusan yang dibuat.

 Disebabkan menjaga etika penyelidikan, nama guru digantikan dengan Guru S

dan nama sekolah digantikan dengan Sekolah B.

29

You might also like