You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KENINGAU

BEG BERKUNCI 11
89009 KENINGAU,
SABAH
EDUP 2132
PROFESIONALISME KEGURUAN
Nama : FATIN FARHANA BINTI AZIZAN
No. K/P :PENGAKUAN
931231-10-5148
PELAJAR
Angka Giliran :
SayaProgram
mengaku bahawa tugasan : pentaksiran berterusanISLAM
PDPP PENDIDIKAN ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali
Ambilan nukilan dan ringkasan
: yang setiap
OKTOBER 2022 satunya saya jelaskan
sumbernya.
Unit : KUMPULAN 1
Nama Pensyarah : DR. ROZIAH BINTI RUSDIN
Tandatangan Pelajar: __________________
Tarikh Hantar : 15 MAC Tarikh
2023 : 15 MAC 2023

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan
Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: FATIN Tarikh : 15 MAC 2023

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1
1.0 PROFESION KEGURUAN 2
2.0 CIRI-CIRI PROFESIONALIME KEGURUAN 3
3.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN 4

3.1 AKAUNTABILITI GURU KEPADA MASYARAKAT 4

3.2 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR 5

3.3 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP IBUBAPA


5

3.4 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN


5
PROFESION PERGURUAN.
3.5 PEMBANGUNAN PROFESIONALIME KEGURUAN 6
4.0
RUMUSAN 7

RUJUKAN 8
PENGENALAN

Guru adalah seorang pendidik yang merupakan tunjang pendidikan negara.


Guru juga merupakan pelaksana dalam melaksanakan segala dasar kurikulum yang
terlah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). sokongan guru
sama ada di peringkat rendah mahupun diperingkat pengajian tinggi adalah amat
diperlukan agar sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan dapat
memberikan impak tinggi kepada semua pelajar. Tanpa penglibatan dan sokongan
guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan tidak dapat
dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan.

Menurut Aizat Hassan (2019) Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2015 merupakan langkah Malaysia dalam membuat transformasi
pendidikan yang melibatkan perubahan secara besar-besaran yang memerlukan
guru-guru untuk menjadi agen yang dapat membantu dalam melaksanakan sistem
pendidikan di Malaysia. Melalui hal ini, ianya menjadi pendorong utama dalam
melakukan proses perubahan dalam pendidikan serta meningkatkan kualiti profesion
perguruan.

Guru yang berprofesional sentiasa bersedia dalam sesuatu perkara, sama


ada berada situasi dalam bilik darjah atau berada dalam perjumpaan pentadbiran
dalam membincangkan pelabagai isu atau program sekolah untuk dilaksanakan.
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan sentiasa bersedia untuk menambahkan
kualiti pengajaran dengan menyertai pelbagai perbincangan komuniti bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran agar objektif pembelajaran dalam
bilik darjah tercapai serta adanya kolaboratif antara guru dan murid melalui aktiviti
pembelajaran yang telah dirancang mengikut rancangan pengajaran harian.

Juga begitu bagi menerapkan ciri-ciri guru yang berkualiti, Guru perlu
menyertai latihan dalam meningkat perkembangan profesional untuk meningkatkan
keterampilan dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi guru yang efektif.
Antara medium yang dapat meningkatkan pembangunan dalam profesion Guru
adalah dengan mengikuti webinar,kursus atau seminar atau menyertai komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) dan sebagainya. Melalui medium ini, ianya adalah
salah satu langkah yang dapat meningkat kredibiliti profesion sebagai Guru.

1
1.0 PROFESION KEGURUAN

Menurut Janib Johari (2009) Secara umum, golongan profesional terdiri


daripada mereka yang terlibat dalam profesion tertentu seperti doktor, peguam.
Kejuteraan, perakauanan atau akauntan, arkitek dan pengkomputeran. Sehingga kini
belum terdapat takrifan profesion dan profesional yang boleh diterima umum.
Bagaimanapun, perkataan ‘profesion’ dalam sesuatu profesion bermaksud
seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi sumber
pendapatan tetap. Konsep profesion dan profesional yang lebih tepat dan
menyeluruh telah diutarakan oleh beberapa orang penulis. Mengikut Martin dan
Schiuzer (1996) dan Bayles (1981), perkataan profesion dan profesional hanya
boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu yang memenuhi kriteria khusus.
Antara contohnya adalah ilmu pengetahuan, latihan intensif dan berterusan,
perkhidmatan penting untuk masyarakat, badan profesional, pentauliahan (pensijilan)
dan bersifat autonomi.

Pada umumnya, jenis profesion dapat dibahagikan kepada dua kumpulan


iaitu profesional perunding dan profesional bergaji. Profesional perunding biasanya
bertindak bagi pihak individu yang menjadi kliennya. Manakala profesional bergaji
seperti pensyarah, penyelidik dan jurutera yang makan gaji biasanya mempunyai
banyak klien atau tiada langsung pada satu-satu masa. Mereka menjalankan tugas
seperti yang diarahkan oleh pihak atasan institusi tempat mereka bekerja.

Oleh itu, Guru adalah seorang pendidik yang dikategorikan dalam profesional
bergaji dimana mereka memberikan khidmat profesional yang sama tanpa
diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, budaya, jantina dan kedudukan
sosioekonomi. Hubungannya antara kumpulan pentadbir dan pelajar yang menjadi
klien adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan. Ini kerana setiap
pelaksanaan yang dilakukan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai
seorang pendidik.

Menurut Foo Fooi (2005), profesion keguruan ini dianggap paling murni sejak
turun temurun. Guru mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sesebuah
masyarakat dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam menyampaikan sesuatu
ilmu pengetahuan untuk membentuk generasi muda kearah nilai murni dan adab
yang baik agar ianya dapat diterapkan dalam kehidupan harian.

2
2.0 CIRI-CIRI PROFESIONALIME KEGURUAN

Seorang Guru yang berkualiti dan efektif akan memiliki beberapa ciri yang
dapat dikenali. Antaranya adalah memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam peguasaan mata pelajaran yang diajarkannya. Mereka
juga akan memahami bagaimanan mengintehrasikan konsep matapelajaran
berdasakarkan kesesuaian penguasaan setiap pelajar mereka. Kemahiran
komunikasi yang baik juga adalah salah satu aspek ciri keguruan yang berkualiti.

Menurut Ismail Mustapa ( 2010) Guru perlu bersedia dalam memberikan


perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. John Macdovalo (1993)
menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atay kehendak pelanggan. Jemaah
Nazir sekolah pula mendefinisikan kualaiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan
yang dikehendaki selaras dengan kod etika perguruan.

Juga begitu, Guru yang berkualiti dapat memenuhi keperluan murid dalam
pelbagai aspek sama ada sesi PdP , peningkatan jasmani, rohani dan intelek. Guru
yang profesional memerlukan mereka menguasai kemahiran profesional yang
berkaitan dengan profesion keguruan. Antara kemahiran profesional yang harus
dimiliki seseorang Guru adalah kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah.
Kemahiran ini memerlukan guru dalam mengatur strategi dan penyusunan maklumat
dan konsep idea dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Peranan guru disekolah adalah sangat penting dalam membentuk


keperibadian setiap pelajar mereka. Guru yang profesional, adalah guru yang sering
memberikan bimbingan, motivasi dan sentiasa menjadi pendorong kepada anak
didiknya dalam meningkatkan pembangunan diri. Kemahiran Guru dalam megurus
bilik darjah juga adalah perkara yang amat ditekankan dalam membentuk guru
berkualiti. Seorang guru perlu mengurus bilik darjah dengan baik, dengan
menyediakan keperluan bilik darjah secukupnya bagi memberikan kemudahan
penggunaan kepada murid mereka. Ini bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang kondusif.

Oleh itu, Guru yang profesional sentiasa bersedia dalam menerima


perubahan bagi meningkatkan kualiti profesion Guru. Guru yang profesional harus
mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan ke
arah masyarakat yang serba berpengathuan seiring dengan peredaran teknologi
masa kini. Justeru Guru-guru perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi, bahawa
apa jua faktor yang mengahalang perlu adanya langkah intervensi dan perubahan,
strategi dan teknik bagi meningkatkan profesionalime keguruan.

3
3.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti guru adalah kemampuan seseorang atau sekelompok orang


untuk bertanggungjawab atas tindakan, keputusan, atau hasil yang mereka lakukan.
Seorang guru yang memiliki akauntabiliti yang baik akan memastikan
tanggungjawabnya terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengab baik serta mencapai objektif pembelajaran yang telag ditetapkan.

Sebagai seorang guru, akauntabiliti juga meliputi kemampuan guru dalam


merancang pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dengan mengambil kira
pelbagai aspek agar pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai kolaboratif antara
guru dan murid. Seorang guru yang berkauntabiliti yang tinggi juga mampu mengakui
kesalahan dan perlu mengambil tindakan yang aktif bagi meningkatkan mutu kerja
yang baik. Dalam konteks pendidikan, akauntabiliti guru juga dapat merujuk pada
kewajiban guru untuk memenuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak pentadbiran sekolah masing-masing dalam
melaksanakan sistem pentadbiran dan program sekolah yang berkualiti dan
sistematik. Bagi meningkatkan kualiti keguruan guru perlu melaksanankan tugas
mereka dalam aspek akauntabiliti kepada murid, pentadbir, ibubapa dan sekolah.
Oleh itu, sebagai warga pendidik perlu mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanakah dengan baik agar ianya
memberikan impak positif terhadap anak didik mereka.

3.1 AKAUNTABILITI GURU KEPADA MASYARAKAT

Sekolah merupakan institusi pendidikan diperingkat awal yang berperanan


dalam membangunankan modal insan yang berkualiti dalam setiap kalangan para
pelajar. Ini bermaksud setiap lapisan masyarakat bergantung harapan kepada
pendidik dalam menerapkan nilai kemasyakaratan dan perkembangan kualiti murid
agar setiap aspek yang baik tersebut dapat diterapkan dalam kehidupan. Guru juga,
perlu memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar agar setiap daripada
mereka menjadi warganegara yang taat setia bertanggungjawab dan berguna serta
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Selain itu, penglibatan guru dengan masyarakat dalam melibatkan kegiatan


masyarakat amat digalakkan. Ini sangat penting bagi mewujudkan hubungan yang
baik dengan masyarakat setempat serta dapat mengubah persepsi positif mereka
terhadap guru. Terdapat pelbagai aspek guru terhadap akauntabiliti mereka,
antaranya akauntabili guru terhadap diri, pelajar, ibu bapa, profesion dan rakan
sejawat.

4
3.3 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR

Sebagai seorang pendidik, guru berperanan penting dalam membentuk


karakter dan nilai murni pada murid. Guru adalah role model kepada murid dengan
menunjukan contoh nilai-nilai murni yang boleh ditekankan dalam pengajaran. Guru
berusaha dalam menerapkan nilai-nilai moral yang baik dalam diri murid melalui
pelbagai cara seperti menyampaikan cerita atau memberikan contoh-contoh situasi
yang dapat menunjukkan pentingnya nilai tersebut dalam kehiduapan harian. Juga
begitu, guru perlu merancang pengajaran dengan merujuk Perancangan Pengajaran
Harian (RPH) dan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah (DSKP) yang ditetapkan
agar ianya dapat membantu murid dalam memahami topik pembelajaran dan dapat
mengembangkan nilai-nilai murni yang benar.

3.4 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP IBUBAPA

Pelbagai desakan yang perlu dipenuhi bagi memberikan kepuasan dan


perkhidmatan yang terbaik kepada kliennya. Guru-guru perlu menggalas
akauantabiliti yang besar dalam memenuhi hasrat Ibubapa bagi mencapai
kecemerlangan akademik dan kokurkuilum anak-anak mereka. Oleh kerana
akauntabili yang besar yang peru digalas oleh guru, guru perlu menjalinkan
hubungan yang mesra dan mewujudkan kerjasama erat diantara pihak sekolah dan
Ibubapa dalam merealisasikan program-program sekolah. Namun begitu, guru perlu
mempunyai etika kerahsiaan dalam menyimpan maklumat murid. Ini bagi
meningkatkan tahap kepercayaan ibu bapa terhadap profesion Keguruan.

3.5 AKAUNTABILITI GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION


PERGURUAN.

Guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak pentadbir sekolah
dan rakan Guru yang lain agar setiap pelaksanaan tugasan dapat dilaksanakan
seperti yang telah dirancang. Juga begitu, Guru perlu berusaha dalam menunaikan
profesion mereka sebagai pendidik dalam menyediakan rancangan pengajaran yang
kemas, teratur, objektif pelajaran yang jelas dan memastikan minat murid. Ini bagi
memastikan penerapan nilai dapat dipupuk dalam diri setiap murid. Dalam hubungan
ini, guru perlu menyediakan perancangan pelajaran yang kemas dan teratur bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

Selain itu, bagi memastikan sistem perguruan berjalan dengan baik, Guru
perlu mempunyai komunikasi yang baik sama ada diperingkat atasan iaitu
kementerian dan Pejabat Pelajaran Malaysia. Ini bagi memastikan Guru

5
mendapatkan maklumat yang tekini jika terdapat perubahan dalam sistem
pendidikan atau mempunyai latihan pendidikan yang berkaitan. Oleh itu, Guru dan
semua pihak perlu mempunyai hubungan dua hala bagi memastikan sistem
pendidikan berjalan dengan sistematik.

4.0 PEMBANGUNAN PROFESIONALIME KEGURUAN

Menurut Amin Senin (2008) selepas tahun 1980-an kajian tentang


pembangunan profesioanal semakin berkembang dan bertambah. Berdasarkan
kajian tersebut didapati terdapat perbezaan utama anta pembangunan guru yang
konvesional melalui latihan dalam perkhidmatan dengan aliran baru pembangunan
profesional melalui pembaharuan konsep dan modul pembangunan tersebut.
Pembangunan profesionalisne Guru sentiasa mengalami perubahan seiring dengan
perubahan pendidikan masa kini. Antara pembangunan Profesionalisme yang dapat
membantu kualiti keguruan adalah memalui Kolaborasi Guru atau Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC). Keadaan ini dapat mempuk perkongsian
pengalaman dan dapat bertukar idea dan pandangan dalam membentuk suatu
program dan amalan baru yang berkaitan dalam pendidikan. Juga begitu, PLC ini
berteraskan kepada beberapa strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki
pencapaian murid dan sekolah. Antara yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu
pencapaian tersebut adalah :

I. Learning Walks : Berjalan di sekeliling sekolah (kelas/makmal sains komputer/


bengkel KHB dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah.

II. Peer Coaching Instructional: Bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing
sebagai langkah dalam memperbaiki kemahiran Pdp dan sebagainya.

III. Lesson Study : Belajar menggunakan rancangan pengajaran Harian.


Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran
dengan memerhatikan pengajaran dan membuat penambahbaikkan.

IV. Teacher sharing session: sesi perkongsian Guru dalam berkongsi amalan
pengajaran terbaik.

V. Video Critiques of Teaching Moments: kajian video pengajaran Guru dengan


menonton dan berbincang klip video pengajaran Guru.

6
Oleh itu, Melalui PLC dapat membantu guru dalam meningkat kemahiran dan
penguasaan mereka dalam mempelbagaikan pengajaran mengikut tahap kognitif
murid-murid berdasarkan matapelajaran yang mereka ajari.

5.0 RUMUSAN

Guru yang profesional perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang


baik tentang matapelajaran yang diajarkannya serta mampu menggunakan metode
pengajaran yang bersesuai dengan tahap kognitif murid-murid. Ini bagi
meningkatkan kolaboratif dan kewujudan interaksi yang aktif antara Guru dan murid.
Selain, itu, seorang guru profesional sentiasa bersedia dan menerima peluang dalam
melalui latihan dan pendidikan yang khusus untuk menjadi Guru yang efektif. 

Juga begitu, Guru yang profesional memiliki komitmen terhadap


perkembangan pembangunan profesional bagi meningkatkan kemahiran dan
kemampuan mereka sebagai seorang guru. Mereka dapat menyertai dan
berkolaborasi dengan rakan guru yang lain dalam membuat penambahbaikan
tehadap sesuatu perkara yang berkaitan dalam hal pengajaran dan pembelajaran.
Membina hubungan baik antara Guru dan murid adalah salah satu aspek
akauntabiliti guru yang perlu diambil kira. Guru berperanan dalam memantau dan
memerhati murid-murid mereka dalam membuat sesuatu penilaian. Ini bagi
memastikan guru mengenalpasti kemajuan pencapaian akademik murid mereka.
Guru juga perlu memberikan contoh teladan dalam memupuk nilai murni yang baik
pada setiap murid-murid.

Penting juga sebagai seorang Guru profesional untuk sentiasa berkomitmen


terhadap skop tugas mereka dan mempunyai integriti yang tinggi dalam
melaksanankan sesuatu perkara. Oleh itu, bagi meningkatkan profesion kualiti Guru,
nilai etika keguruan diperlukan dan perlu diikuti agar setiap warga pendidik
mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti selaras dengan Standard Guru Malaysia dan
SKPMg2 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

7
RUJUKAN

Aizat Hassan (2019). Amalan Profesionalisme Guru Sekolah Rendah Di


Semenanjung Malaysia.

Foo Fooi (2005). Etika Perguruan Jaminan Peningkatan Profesionalisme.

https://www.researchgate.net/publication/337656863

Institut Tadbiran Awam Negara (1991). Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.

Ismail Mustapa ( 2010). Asas Kepimpinan dan perkembangan Profesional.


Penerbitan Multimedia.

Janib Johari (2001). Etika Profesional. Universiti Teknologi Malaysia.

Universiti Putra Malaysia.

Amin Senin (2008). Pembangunan Profesional Guru. Utusan Publications.

Kuala Lumpur

You might also like