You are on page 1of 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1

PEPERIKSAAN BAWA PULANG (THE) : DISEMBER 2020

KAMPUS : IPG KAMPUS KENT

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : ELMK3023


KURSUS : TEORI ETIKA MORAL
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan diemelkan kepada calon pada 23 Disember 2020 (Jam: 8.15 pagi)

2. Calon dikehendaki memuat turun soalan dan menjawab soalan dalam tempoh 10
jam (8.30 pagi hingga 6.30 petang)
3. Buku soalan ini mengandungi 2 soalan esei sahaja.
4. Ujian ini adalah sulit. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang atau melakukan
plagiat.
5. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12
langkau 1.5 baris.

6. Jawapan bagi setiap soalan hendaklah tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
7. Setiap helaian jawapan dilabelkan dengan angka giliran (bahagian kiri header) dan
kod kertas peperiksaan (bahagian kanan header).

8. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah/KUPP


melalui emel sebelum atau pada masa tamat.

8. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan salinan bercetak (hardcopy)
skrip jawapan sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemel rosak dan tidak
dapat dibuka.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


BAHAGIAN ESEI
( 100 markah )

Jawab dua soalan.

1. “Isu gejala sosial dalam kalangan belia sering menarik minat banyak pihak. Penyakit
sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, bohjan, AIDS/HN dan penagihan dadah sudah
menjadi sinonim permasalahan belia.”

a. Terangkan empat faktor utama yang menyebabkan penyakit sosial ini semakin sukar
dibendung.
[20 markah]

b. Bincangkan tiga pendekatan berkaitan teori etika moral dan teori perkembangan moral
yang sesuai diambil untuk membasmi pelbagai masalah sosial dalam kalangan belia
sekiranya anda dilantik menjadi Ketua Polis di daerah berkenaan.
[30 markah]

2. “Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid
menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.”
(Buku Teks Pendidikan Moral KSSR Tahun 6.)

a. Huraikan empat faktor utama yang menentukan kejayaan dan pencapaian


pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.
[20 markah]

b. Sejauh manakah Kurikulum Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu


pembentukan masyarakat Malaysia sebagaimana yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
[30 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like