You are on page 1of 2

Ts 25

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2020), Program Transformasi


Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Program TS
25 mengutamakan pengaplikasian amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Antara objektif TS 25 termasuklah mengaplikasikan konsep dan amalan PdP
terbaik.

PPPM
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia
yang digubal pada 1988 dan disemak semula pada 1996, termaktub dalam visi
Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.”

Kurikulum bertulis
Kementerian membangunkan kurikulum bertulis menggunakan pelbagai
tanda aras daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya
selaras dengan standard antarabangsa dengan penekanan pada aspek
pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan peringkat umur murid.
Tanda aras antarabangsa ini juga telah diselaraskan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi menghasilkan kurikulum yang sesuai
dalam konteks Malaysia.
Kurikulum sekolah rendah dan menengah menawarkan pilihan mata
pelajaran yang komprehensif, merangkumi mata pelajaran dalam bidang
sains, sains sosial, dan kemanusiaan. Mata pelajaran penting seperti
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diwajibkan pada
sepanjang tempoh persekolahan murid sebagai mata pelajaran teras
(rujuk Ekshibit 4-2 untuk perincian mata pelajaran teras dan elektif bagi
setiap fasa pendidikan).

Ujian dignostik- menentukan aras / aspek mana/ kemahiran mana yang student lemah
Pelbagai kesukaran cth: topik pecahan pelbagai sub
Ujian saringan: menentukan siapa murid yang perlukan pemulihan/ yang belum
menguasai atau sudah menguasai melalui
Ujian pencapaian: secara menyeluruh

You might also like