You are on page 1of 10

PROGRAM DIPLOMA PASCA PENDIDIKAN (PDPP)

AMBILAN JUN 2021 (SEMESTER 1 / TAHUN 1)

EDUP2102
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2 –
PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : MASTURA BINTI MURAD

NO. KAD PENGENALAN : 920611095048

NO. ANGKA GILIRAN : 2021182400056

KUMPULAN : PDPP-KDC / SEJARAH (R1)

NO. TELEFON : 01115425048

NAMA PENSYARAH : PUAN SUHAILAH BT SHARIFF

PENGAKUAN : Saya , Mastura binti Murad no. kad pengenalan 920611095048


telah faham dan menerima maklum balas daripada Puan
Suhailah Bt Shariff, Pensyarah EDUP2102 Sosiologi dalam
Pendidikan JUN – SEPTEMBER 2021.

MASTURA MURAD

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR


1. PEMBENTANGAN (POWER POINT& VIDEO) 20 JUN 2021 29 JUN 2021
2. PENULISAN AKADEMIK 25 JUN 2021 27 JULAI 2021
1.0 PENGENALAN

Selari dengan anjakan pertama transformasi sistem pendidikan iaitu menyediakan


kesamarataan akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa,terdapat pelbagai
program pendidikan yang dilaksana bagi mencapai kesamarataan peluang
pendidikan di Malaysia. Namun terdapat dua program yang akan dinilai dalam
penulisan ini iaitu kesamarataan peluang pendidikan untuk Murid Berkeperluan
Khas (MBK) dan pendidikan untuk pesalah juvana.

2.0 USAHA MENCAPAI KESAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN DI


MALAYSIA DAN PEMUPUKAN INTEGRASI NASIONAL DI SEKOLAH

Antara program yang dilaksanakan untuk mencapai kesamarataan peluang


pendidikan di Malaysia ialah Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Program Pendidikan Inklusif bermaksud suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan Khas yang dihadiri bersama-sama dengan
murid lain dalam kelas yang sama [ CITATION Moh111 \l 17417 ]. Ia bertujuan
memastikan hak yang sama rata kepada murid-murid ini untuk belajar dalam
persekitaran tanpa halangan. Terdapat dua pendekatan yang digunakan iaitu
Inklusif Penuh dan Inklusif Separa. Inklusif penuh bermaksud MBK diberi
peluang mengikut sesi pembelajaran secara sepenuh masa dengan mempelajari
semua mata pelajaran dalam bidang akademik berasaskan kurikulum
kebangsaan bersama-sama. Bagi Inklusif Separa pula, murid-murid
berkeperluan khas akan mengikuti pelajaran bersama-sama murid aliran
perdana secara separa akademik dengan mempelajari sekurang-kurangnya satu
mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru Mata
Pelajaran akan bekerjasama dengan guru Pendidikan Khas dalam merancang
PdP yang bersesuaian agar mengikut tahap keupayaan murid. Dengan itu, murid
tersebut dapat mengikuti sesi pembelajaran tanpa ketinggalan. Pendidikan
Inklusif adalah penting untuk dilaksanakan sejajar dengan dasar pendidikan di
Malaysia untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata dan pemberian
akses pendidikan yang maksimum kepada semua pelajar tanpa mengira latar
belakang kaum, bangsa mahupun agama [CITATION Sai17 \l 1033 ]. Contoh sekolah
yang melaksanakan Program Inklusif seperti Sekolah Kebangsaan Changkat
Larut, Perak. Antara usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah ialah
perlaksanaan aktiviti sekolah yang berbentuk sosialisasi. Antara program
tersebut seperti Sambutan Hari Guru dan Hari kanak-kanak. Contohnya
sewaktu sambutan Bulan Kemerdekaan, Murid Berkeperluan Khas akan
bersama-sama menyertai pertandingan yang diadakan seperti mewarna
dan sebagainya. Mereka juga dapat berkumpul dan bergaul bersama-sama
murid aliran perdana sewaktu majlis sambutan. Malah melalui program ini,
murid-murid berkeperluan khas dapat membuat persembahan menarik seperti
yang dilakukan oleh Murid PPKI Sekolah Kebangsaan Changkat Larut sewaktu
sambutan Hari Kanak-Kanak 2008 dengan mempersembahkan “ Giant Head
Dance”. Terdapat juga Modul Rakan Inklusif bagi meningkatkan kefahaman
murid arus perdana terhadap MBK. Mereka akan bekerjasama dengan guru bagi
membantu dan membimbing Murid Berkeperluan Khas seperti melaporkan
keperluan semasa dan tingkah laku Murid Berkeperluan Khas. Di dalam modul
ini terdapat beberapa topik yang didedahkan seperti cara membantu rakan
inklusif. Jelaslah bahawa dengan adanya usaha seperti ini, murid di aliran
perdana dan Murid Berkeperluan Khas dapat berintegrasi dengan lebih baik.
Usaha untuk mecapai kesamarataan peluang pendidikan yang
kedua ialah Dasar Sifar Penolakan ( Zero-reject Policy). Berdasarkan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), ibu bapa yang gagal mendaftar persekolahan anak-
anak OKU boleh disabitkan kesalahan sekiranya anak tersebut mencapai umur 6
tahun. Surat siaran yang bertarikh 26 Disember 2018 tentang pelaksanaan Zero
Reject Policy telah dikeluarkan agar dapat memberi akses pendidikan kepada
Murid berkeperluan Khas (MBK) mulai tahun 2019. Ia susulan jawapan yang
diberikan oleh Timbalan Menteri pendidikan ketika itu iaitu Puan Teo Nie Ching
sewaktu menjawab soalan perbahasan di Parlimen. Pihak pengurusan sekolah
juga diberi autonomi untuk melaksanakan pembangunan profesionalisme guru
secara berterusan berdasarkan keperluan sekolah (Penyata Rasmi Parlimen,
2019). Sehubungan itu, semua permohonan persekolahan MBK melalui Sistem
Permohonan Atas Talian (SPAT) perlu diluluskan di samping meluluskan
permohonan baharu bagi pendaftaran persekolahan. Hal ini menunjukkan
kesungguhan pihak kerajaan untuk memastikan peningkatan enrolmen murid
berkeperluan khas selari dengan aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu Akses
yang menyasarkan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
menjelang 2020. Usaha bagi pemupukan integrasi nasional di sekolah ialah
meningkatkan kemudahan lengkap Mesra OKU. Kemudahan tersebut
termasuklah tandas dan Parkir OKU, susur landai dan susur tangan agar
memudahkan pergerakan murid berkeperluan khas contohnya seperti di SMK
Matang Jaya. Antara tindakan lain seperti mengubah kelas ke tingkat bawah
dan membenarkan Murid Berkeperluan Khas menggunakan tandas guru jika
tiada tandas mesra OKU[ CITATION Abd20 \l 17417 ] . Dengan adanya Program
Pendidikan Khas Integrasi di bawah satu bumbung dengan murid Aliran
Perdana, ia juga dapat meningkatkan komunikasi diantara murid berkeperluan
khas dan aliran perdana kerana kemudahan-kemudahan yang ada telah
membolehkan MBK turut sama-sama bersekolah dan menjalankan aktiviti di situ.
Usaha untuk mencapai kesamarataan peluang pendidikan yang
seterusnya ialah penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional di Malaysia. UNISCO and ILO mendefinisikan Pendidikan Teknik
Vokasional sebagai satu persediaan untuk bidang pekerjaan dan cara untuk
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan serta satu aspek untuk pembelajaran
sepanjang hidup,[ CITATION Moh10 \l 17417 ]. Contohnya, Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasinal Shah Alam di wujudkan untuk murid dengan
masalah pendengaran mengikuti kursus-kursus kemahiran [CITATION Jam05
\t \l 17417 ]. Latihan vokasional yang diberikan berdasarkan Modul Standard
Kebangsaan Kemahiran Pekerjaan (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program-program
latihan seperti pemasangan badan motosikal dan jurukimpal arca logam
berperisai ditawarkan di sekolah ini. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indah
Pura Kulai Johor pula menyediakan peluang pendidikan bagi murid yang
mengalami masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Murid-murid
yang mengalami masalah pendengaran akan mengikuti kurikulum aliran perdana
dengan elektif Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Grafik berkomputer dan
solekan serta Dandanan Rambut. Murid yang mempunyai masalah penglihatan
pula akan mengikuti kursus Juru refleksologi dan Juru Urut dengan
NOSS[ CITATION Moh10 \l 17417 ] . Antara usaha untuk pemupukan integrasi
nasional ialah Memperkasa Transisi Murid Berkeperluan Khas ke Alam
Kerjaya. Program Transisi ke Kerjaya MBK ialah program pembangunan
sokongan MBK yang dilaksanakan dari tingkatan satu hingga lima (KPM,2020).
Khidmat nasihat, advokasi diri dan latihan industri akan diberikan secara
kerjasama dengan pelbagai agensi untuk menyediakan kemahiran dan
pendedahan di tempat kerja. Dengan itu, murid akan mendapat pengalaman
secara hands on agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, individu
dan komuniti. Menurut Taylor ( 2000), pada akhir program, murid diharap dapat
melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan masyarakat. Antara penekanan yang
diberikan ialah Kemahiran Kehidupan, Kemahiran Advokasi Diri serta Kemahiran
Membudayakan Kehidupan Kedewasaan. Penerapan enam elemen komponen
secara merentas kurikulum berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (KSSMPK). Jelaslah, dengan adanya Sekolah Menengah Khas
Vokasional yang menawarkan pelbagai program kemahiran ini, usaha mencapai
kesamarataan peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas dapat
dicapai
Usaha mencapai kesamarataan peluang pendidikan untuk pesalah
juvana ialah penubuhan Sekolah Hunrey Gurney dan Sekolah Integriti. Hal
ini supaya mereka mendapat akses pendidikan walaupun telah melakukan
kesalahan. Sehingga kini,terdapat sembilan buah Sekolah Integriti contohnya
Sekolah Integriti Sungai Petani dan sekolah Integriti Puncak Alam manakala
terdapat tiga buah Sekolah Henry Gurney iaitu Sekolah Henry Gurney Telok Mas
Melaka, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo Kuching Sarawak dan Sekolah
Henry Gurney Keningau Sabah [ CITATION Jab20 \l 1033 ] .Mereka berpeluang
mendapat pendidikan formal termasuklah menduduki peperiksaan awam seperti
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah mereka juga boleh melanjutkan pengajian
di peringkat tinggi. Menurut laman web Jabatan Penjara Malaysia (2020), ada di
antara mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Pada tahun 2019, terdapat
25 orang penghuni yang melanjutkan pengajian di peringkat diploma,9 orang
melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, 4 orang melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana malah terdapat 2 orang penghuni yang
melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Jabatan Penjara Malaysia,
2020). Usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah Integriti dan Henry
Gurney ialah dengan mewujudkan Program Pemulihan di dalam penjara.
Antara contoh Program tersebut ialah Program Pembangunan Insan (PPI)
yang bertujuan memperbaiki akhlak, mental, rohani dan seterusnya membentuk
pendekatan pemulihan yang bersesuaian dengan keperluan pesalah agar dapat
menghasilkan perubahan yang positif [ CITATION Has18 \l 1033 ]. Perkara ini akan
membantu mereke bergaul dan berintegrasi semula dengan masyarakat apabila
dibebaskan kelak. Elemen pengetahuan, sikap, kemahiran,kecerdasan dan
kemanusiaan diterapkan. Maka, jelaslah bahawa program untuk mencapai
kesamarataan peluang pendidikan yang dilaksanakan adalah berkesan dan
membuahkan hasil di mana terdapat pelajar yang memperoleh keputusan yang
cemerlang dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Usaha untuk mencapai kesamarataan peluang pendidikan bagi
pesalah juvana ialah memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Teknik
Vokasional (PTV). Para pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran supaya
dapat digunakan ketika bersama-sama masyarakat agar dapat memberi
sumbangan terhadap ekonomi dan persekitaran. Satu latihan kemahiran
vokasional perlu diikuti sepanjang berada di institusi pemulihan tersebut.
Kemudian, sijil pengiktirafan akan diberikan supaya dapat membantu para
pelatih mendapatkan peluang pekerjaan [ CITATION Ahm10 \l 1033 ] . Program ini
disediakan di Sekolah-Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti. Antara
bidang yang ditawarkan seperti jahitan, masakan, pembinaan dan landskap.
Bagi menilai keberkesan program vokasional ini, hasil kajian menunjukkan
bahawa 62.4% responden memberi tahap yang sederhana berkesan manakala
78.8% responden bersetuju pada kenyataan mereka berasa seronok menyertai
Program Vokasional ini[CITATION Azi04 \l 1033 ]. Maka, dapat dikatakan program ini
berkesan. Usaha Pemupukan integrasi nasional di sekolah pesalah juvana
ialah Program Merakyatkan Seni Budaya Jalinan Kasih. Program ini telah
dijalankan oleh Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka di bawah seliaan
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Acara
gotong-royong, bengkel kemahiran seni asas seperti menganyam bakul rotan
serta mencanting batik telah diadakan ( Jabatan Penjara Malaysia, 2008) .
Permainan tradisional seperti congkak, galah panjang dan sepak raga bulatan
turut diadakan. Hal ini sekaligus mewujudkan integrasi nasional di sekolah
tersebut dan juga masyarakat setempat. Maka, jelaslah, usaha kesamarataan
peluang pendidikan dengan mewujudkan Kurikulum Pendidikan Teknik
Vokasinal di sekolah juvana seperti Henry Gurney memberi impak yang positif.
3.0 PENUTUP
kesimpulannya, pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai kesamarataan
peluang pendidikan. Kini, usaha ini telah menampakkan kesan yang positif
terhadap bidang pendidikan di Malaysa.

( 1200 Patah Perkataan )


Rujukan :

1. Abdullah, S. A. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid Berkeperluan


Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum ,KPM.

2. Ahmad Firdaus Abdul Hadi, et al. (2010). Kurikulum Pendidikan Teknik


Vokasional (PTV) dan Pelajar Juvana. edupress.

3. Ahmad, M. Z. (2011). Pengantar Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang:


Penerbit Universiti Sains Malaysia.

4. Azizi Yahaya, et al. (2004). Keberkesabab Program Pemulihan Akhlak di


sekolah Henry Gurney Tunas Bakti. Seminar Antarabangsa Nilai Dalam
Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004). Hotel City View langkawi:
Universiti Teknologi Malaysia.

5. Hasnizam Hashim, et al. (2018). Program Pemulihan di dalam Penjara bagi


Pesalah Jenayah: Kajian di Jabatan Penjara. JUUM (ISU KHAS/SPECIAL
ISSUE, (pp. 72-85).

6. KPM, B. P. (2018). Modul Rakan Inklusif Program Pendidikan Inklusif.


Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Malaysia, J. P. (2020, Jun 03). Jabatan Penjara Malaysia. Retrieved from


http://www.prison.gov.my: http://www.prison.gov.my/en/profil-kami/profil-
institusi/sekolah-integriti pada 24 Jun 2021

8. Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

9. Mohd Sofi Nasri, et al. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Memperkasakan Peranan Pendidikan Teknik Vokasional dan Pendidikan
Khas. edupress.

10. Penyata Rasmi Parlimen bil. 26. (Julai 2019). Persidangan Rasmi Parlimen,
(pp. 2-3).

11. Sulaiman, A. R. (2020). Tulang Rapuh Sejak Lahir Antara Sains, Sosial dan
Ekonomi. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

You might also like