You are on page 1of 1

Guru merupakan pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan murid selain ibu bapa

mereka. Oleh yang demikian, guru hendaklah terlebih dahulu menghayati kepentingan
integrasi nasional kemudian memainkan peranan sebagai model penerapan nilai murni model
dan mentor; mencipta komuniti moral, membina kelas yang bercirikan demokrasi;
mengajarnilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran kooperatif; membina budaya
moral yang positif di sekolah. Dalam hal ini, guru perlu membina suasana kelas yang harmoni,
terutama kelas yang terdiri daripada kaum yang berbeza. Halini demikian kerana bilik darjah
merupakan satu komuniti yang kecil, maka guru perlulah memupuk semangat negara bangsa
dalam sanubari murd-murid supaya mereka dapat membina budaya integrasi nasional dalam
masyarakat sebenar pada masa hadapan. Contohnya, guru boleh menyusun atur kedudukan
murid supaya mereka dudu dengan murid yang berlainan kaum. Dengan itu, peluang interaksi
mereka akan bertambah, secara tidak langsungnya mereka akan saling memahami budaya
kaum lain dan bercuba untuk menerima, menghormati serta mejadikan budaya ini sebagai
amalan harian mereka. Contohnya,amalan bersalam, makan dengan menggunakan tangan,
dan lain-lain.

Tambahan pula, guru boleh membentuk nilai yang berkaitan dengan kehidupan dalam
masyarakat demokrasi dan majmuk melalui aktiviti pembelajaran. Guru perlulah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara merentas kurikulum. Contohnya,
memperkenalkan konsep perpaduan, sehati sejiwa, satu Malaysia melalui subjek sejarah,
pendidikan moral dan sivik. Guru juga boleh memperkenalkan perayaan, pemakaian,
makanan dan adat resam pelbagai kaum dalam kelas dan mendidik murid-murid supaya
saling menghormati dan membentuk semangat kekitaan dalam kelas.

Selain itu, guru juga boleh mengadakan lawatan untuk mengadakan lawatan supaya
membawa murid-murid ke muzium-muzium warisan budaya seperti muzium Nyonya dan
muzium merdeka. Hal ini demikian kerana murid-murid didedahkan dengan integrasi budaya
kaum orang Cina dengan orang Melayu,maka mereka faham akan keunikan dan
keistimewaan Malaysia. Tambahan pula, mereka juga menyedari bahawa setiap kaum di
Malaysia sama penting untuk membentuk suasana yang aman dan harmoni.

You might also like