You are on page 1of 2

Sejarah Puteri Islam Malaysia

LATAR BELAKANG Persatuan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian


seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan
Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah


penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah S.W.T

Sejarah Persatuan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku
Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum


hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat
memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM
dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri
Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan


Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh
Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di
dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program
ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi
pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti
Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji
Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul
Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin
Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 -
2009 & 2009 - 2011

You might also like