You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH

72000 KUALA PILAH


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


KERTAS KERJA :
PROGRAM MAJLIS PENUTUP
BULAN KEMERDEKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH
TAHUN 2014


ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL PELAJAR



KERTAS KERJA

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH

1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan
kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 57 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun
ini. Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan
kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran tentang
rasa sayang dan cintakan negara. Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun
ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan
keselamatan negara.

2.0 MATLAMAT
Adalah diharapkan majlis ini dapat memberI pengetahuan selain dapat menyemai rasa cinta
terhadap negara menerusi amalan murni yang diterapkan di dalam aktiviti yang dirancangkan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan pelajar yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara.
3.2 Mengingati tarikh bersejarah kemerdekaan negara.
3.3 Mendedahkan sejarah kemerdekaan negara kepada murid-murid.
3.4 Memupuk semangat perpaduan antara kaum.
3.5 Mengasah bakat murid-murid.
3.6 Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan berani
berhadapan dengan khalayak.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah

5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Majlis pelancaran : 20 Ogos 2014
Majlis penutup : 12 September 2014

6.0 TEMPAT
Dewan Sri Lemak, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah

7.0 AKTIVITI PROGRAM
a) Pertandingan mewarna
b) Pertandingan nyanyian lagu patriotik
c) Pertandingan mendeklamasi sajak
d) Pertandingan buku skrap
e) Pertandingan Cursive Writing
f) Pertandingan sajak Bahasa Inggeris / Poem


Bil Aktiviti Sasaran Masa
1. Pertandingan Mewarna bertemakan
kemerdekaan.
(Dilaksanakan oleh panitia Pendidikan
Seni Visual)
Murid tahun 1 hingga
tahun 6 mengikut
kelas.
Dijalankan di dalam
kelas semasa waktu
Pendidikan seni.
2. Pertandingan nyanyian lagu patriotik.
(Dilaksanakan oleh Panitia Muzik)
Terbuka kepada
semua murid tahun 1
hingga tahun 6 yang
berminat.
Dijalankan mengikut
masa yang ditetapkan
oleh Panitia muzik
3. Pertandingan deklamasi sajak
bertemakan kemerdekaan.
(Dilaksanakan oleh Bahasa Malaysia)
Terbuka kepada
semua murid tahun 1
hingga tahun 6 yang
berminat
Dijalankan di dalam
kelas semasa waktu
Bahasa Malaysia
4. Pertandingan Buku Skrap.
(Dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan)
Murid murid tahun
4 , 5 dan 6 mengikut
kelas.
Dijalankan di dalam
kelas semasa waktu
Pendidikan Sivik
5. Pertandingan Cursive Writing.
(Dilaksanakan oleh Panitia Bahasa
Inggeris)
Murid murid tahun
4 , 5 dan 6 mengikut
kelas.
Dijalankan di dalam
kelas semasa waktu
Bahasa Inggeris.
6. Pertandingan Sajak Bahasa Inggeris.
(Dilaksanakan oleh Panitia Bahasa
Inggeris)
Murid murid tahun
2 hingga tahun 6
mengikut kelas.
Dijalankan di dalam
kelas semasa waktu
Bahasa Inggeris






8.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Kamarudin bin Said
Guru Besar Cemerlang SK Kuala Pilah
Timb. Pengerusi : En. Mohd Yusri bin Mohd Zaali
GPK HEM SK Kuala Pilah
Naib Pengerusi : En. Mohd Sanusi bin Jamaluddin
GPK Kurikulum SK Kuala Pilah
:
GPK Ko Kurikulum SK Kuala Pilah
Penyelaras : Pn. Norhidayah binti Mohamed Kamal
Setiausaha : En. Muhammad Sofwan Bin Mahmud
Bendahari : Pn. Radiah binti Alias

JAWATANKUASA KERJA

Pengacara Majlis : Persiapan Tempat :
Tn. Hj Mohd Sabirin bin Abdullah Pn. Hasliza binti Hashim
Cik Norafidah binti Mohammad En. Mohamad Haziq b. Abdul Haris
Pn. Malathi a/p V.V. Menon
Bacaan Doa : Pn. Siti Rugayah binti Wahab
Ust. Mohd Fais bin Abd Rahman En. Kamarul Hisham b. Sarif

Siaraya : Backdrop / Keceriaan Pentas :
En. Nor Suhaiadi bin Supardi Pn. Nurul Hayati binti Mohd Yussof
En. Mohd Shukri b. Zainal Pn. Zuraida binti Noriza
En. Muhammad Taufiq bin Zakaria Pn. Mariah binti Nordin
Pn. Rosmawati binti Ibrahim
Displin dan Keselamatan : En. Mastafa bin Shamsudin
En. Mohd Sazali bin Mohd Zabidi
Ust Zamri bin Abd Aziz Hadiah :
En. Muhammad Sofwan b. Mahmud Pn. Haliza binti Md. Diah
Pn. Rosmaiza binti Shaari Pn. Suza Rinah Binti Abd Rahman
Pn. Hartati binti Sumbiar En. Abd. Hamid bin Ibrahim
Pn. Rosmani binti Abdul Halim Pn. Nor Aizah Binti Ahmad Nuri
Pn. Normarhizan binti Abdul Razak Pn. Norsham bt. Kidam
Pn. Siti Zaharah binti Mohd Said

Buku Program : Persembahan Murid dan Guru :
Cik Noor farina binti Gazali Pn. Rusnaliza Binti Zainal Abidin
Cik Ngieng Siik Ling Pn. Azlina binti Abd Latif
Pn. Rose Aliza Bt Mohd Yusup Pn. Siti Nurfadzlizzuriani
Pn. Yuslita binti Alias



Kebersihan Dewan : Dokumentasi :
Pn. Hjh. Julaiha binti Ahmad Hassan En. Safar Ershad bin Majeran
Pn. Zarina binti Ahmad
Pn. Hasnah binti Yusof
Pekerja-pekerja Pembersihan























9.0 TENTATIF PROGRAM

MAJLIS PELANCARAN
Tarikh : 20 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sri Lemak SKKP
Masa Acara
7.40 pagi Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan SKKP
7.45 pagi - Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fais bin Abd Rahman
- Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Negeri Sembilan

- Nyanyian lagu Sekolah
- Nyanyian lagu Tema Kemerdekaan Ke-57
8.10 pagi Ucapan perasmian pelancaran oleh Guru Besar :
En. Kamarudin bin Said
8.25 pagi Persembahan deklamasi sajak kemerdekaan
8.40 pagi Laungan Merdeka dan bersurai

MAJLIS PENUTUP
Tarikh : 12 Sept. 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sri Lemak SKKP
Masa Acara
7.40 pagi Murid-murid masuk ke Dewan Sri Lemak
8.00 pagi - Bacaan doa
- Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Negeri Sembilan

- Nyanyian lagu Sekolah
- Nyanyian lagu Tema Kemerdekaan Ke-57
9.00 pagi Persembahan murid bagi johan pertandingan nyanyian lagu

patriotik , johan pertandingan deklamasi sajak dan johan
pertandingan deklamasi sajak Bahasa Inggeris.
Persembahan deklamasi sajak kemerdekaan Bahasa Cina
Penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan yang telah

dijalankan.
a) Pertandingan mewarna
b) Pertandingan lagu patriotik
c) Pertandingan mendeklamasikan sajak
d) Pertandingan buku skrap
e) Pertandingan Cursive Writing
f) Pertandingan sajak Bahasa Inggeris / Poem

Ucapan perasmian serta gimik bagi penutup Bulan Kemerdekaan
Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah 2014 oleh Guru Besar :
En. Kamarudin bin Said
Laungan Merdeka!
12.00 tgh Bersurai
10.0 SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN
Sumber kewangan diperoleh daripada panitia yang terlibat.
Bil Aktiviti Sasaran Hadiah dan
Anggaran Seunit
Jumlah
1. Pertandingan Mewarna
bertemakan
kemerdekaan.
(Panitia Pendidikan
Seni Visual)
Tahun 1 : 5 pemenang
Tahun 2 : 5 pemenang
Tahun 3 : 5 pemenang
Tahun 4 : 5 pemenang
Tahun 5 : 5 pemenang
Tahun 6 : 5 pemenang
Jumlah : 30 pemenang
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 30 =
RM 150.00


RM 150.00
2. Pertandingan nyanyian
lagu patriotik.
(Panitia Muzik)
Terbuka kepada semua
murid tahun 1 hingga
tahun 6 yang berminat
(5 pemenang)
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 5 =
RM 25.00

RM 25.00
3. Pertandingan deklamasi
sajak bertemakan
kemerdekaan.
(Panitia Bahasa
Malaysia)
Terbuka kepada semua
murid tahun 1 hingga
tahun 6 yang berminat
(5 pemenang)
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 5 =
RM 25.00

RM 25.00
4. Pertandingan Buku
Skrap.

(Panitia Pendidikan
Sivik dan
Kewarganegaraan)
Murid murid Tahun 4
, 5 dan 6 mengikut
kelas.
Tahun 4 : 5 pemenang
Tahun 5 : 5 pemenang
Tahun 6 : 5 pemenang
Jumlah: 15 pemenang
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 15 =
RM 75.00


RM 75.00
5. Pertandingan Cursive
Writing.
(Panitia Bahasa
Inggeris)
Tahun 4 : 3 pemenang
Tahun 5 : 3 pemenang
Tahun 6 : 3 pemenang
Jumlah : 9 pemenang
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 9 =
RM 45.00

RM 45.00
6. Pertandingan Sajak
Bahasa Inggeris.

(Panitia Bahasa
Inggeris)
Murid murid Tahun 2
hingga tahun 6
Tahun 2 : 3 pemenang
Tahun 3 : 3 pemenang
Tahun 4 : 3 pemenang
Tahun 5 : 3 pemenang
Tahun 6 : 3 pemenang
Jumlah: 15 pemenang
Cadangan harga
seunit : RM 5.00
RM 5.00 x 15 =
RM 75.00


RM 75.00




Jumlah RM 395.00


11.0 Penutup
Adalah menjadi tanggungjawab warganegara Malaysia untuk menunjukkan kesetiaan,
kecintaan dan kesediaan untuk berjuang dalam mempertahankan kemerdekaan negara.
Aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan diharap dapat mencapai objektif di samping
memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan pada kali ini. Semoga sambutan kemerdekaan
pada tahun ini dapat melahirkan insan yang berjiwa patriotik dan memahami erti cinta
dan taat kepada negara serta perpaduan kaum bersesuaian dengan tema kemerdekaan
Malaysia , Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.




Disediakan oleh, Disemak Oleh,



(MUHAMMAD SOFWAN B. MAHMUD) (MOHD YUSRI B. MOHD ZAALI)
GPK HEM SK Kuala Pilah


Disahkan oleh,



(KAMARUDIN BIN SAID)
Guru Besar SK Kuala Pilah

You might also like