You are on page 1of 3

EDUP2122 : Pentaksiran dalam Bilik Darjah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


Semester 1

KUIZ

KAMPUS : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

NAMA : MUHAMMAD HANAFI BIN RUSLAN

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 0 1 9 2 4 0 0 0 0 9

UNIT : PENDIDIKAN ISLAM


KOD KURSUS : EDUP2122
KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH
MASA : 30 MINIT
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2020
JUMLAH MARKAH : 15

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi 3 soalan struktur (15 markah)


2. Calon dikehedaki menjawab semua soalan.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam ruang jawapan yang disediakan.
EDUP2122 : Pentaksiran dalam Bilik Darjah

Arahan: Jawab semua soalan.

Pada lazimnya, guru akan melaksanakan pengujian, penilaian dan pentaksiran terhadap
hasil pembelajaran muridnya bagi mendapatkan beberapa maklumat penting untuk tindakan
penambahbaikan perancangan pengajaran dan pembelajran yang boleh dilakukan.

1. Tunjukkan dengan jelas perbezaan konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian


dan pentaksiran.

Pengujian ialah suatu alat untuk mengukur pencapaian atau perubahan tingkah laku
Pelajar seperti menggunakan satu set soalan dan alat tulis seperti pensil
Pengukuran ialah suatu proses untuk mengukur perubahan tingkah laku atau
menentukan pencapaian pelajar seperti markah pelajar
Penilaian ialah suatu proses untuk mengukur sama ada pelajar untuk mencapai lulus
atau gagal dalam ujian contoh markah lulus adalah 50 dan ke atas. Manakala
markah 49 dan ke bawah dikira gagal
Pentaksiran ialah suatu proses menentukan tahap pencapaian pelajar dan
penambahbaikan tindakan guru berdasarkan pencapaian pelajar
[4 markah]

2. Kaitkan ciri-ciri pentaksiran yang baik dengan peningkatan prestasi dan kemajuan
murid.

-Pentaksiran yang baik adalah pentaksiran yang mengukur kefahaman dan


penguasaan pelajar berdasarkan prestasi dan kemajuan murid secara tepat. Kita
perlu melihat persoalan “ Adakah objektif pengajaran tercapai?”.
-Sekiranya ia tidak mencapai objektif pengajaran, maka guru hendaklah mengubah
strategi pengajaran. Ia dipanggil pemulihan.
Guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang menarik dan bersesuaian dengan
tahap kemampuan pelajar
-Sekiranya ia mencapai objektif pengajaran, maka guru hendaklah memberi
maklumat
atau pengetahuan tambahan dalam tajuk yang diajar. Ia dipanggil penggayaan
-Guru perlu menilai keberkesanan pengajaran dengan melihat prestasi dan
kemajuan
murid melalui penilaian ujian formatif dan sumatif
-Ujian formatif adalah ujian yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan
-Ujian sumatif adalah ujian yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu seperti UPSR
atau peperiksaan akhir tahun
EDUP2122 : Pentaksiran dalam Bilik Darjah

[5 markah]
3. Pentaksiran merujuk kepada proses mengumpul, mengintepretasi, merekod dan
melaporkan maklumat tentang prestasi pelajar bagi menilai pencapaian, kemajuan
dan pembelajaran secara berterusan.

Kemukakan tujuan pentaksiran tersebut di bawah dengan contoh yang sesuai:

i. Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning)


Menilai tahap pengetahuan peljara dala 1 tempoh tertentu seperti peperiksaan
setengah tahun, akhir tahun, UPSR, PMR dan sebagainya.
Kebiasaannya berbentuk Ujian Sumatif

ii. Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)

Menilai tahap pengetahuan pelajar secara berterusan sepanjang proses


pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas.
Kebiasaannya berbentuk Ujian Formatif seperti kuiz, hasil kerja sekolah, hasil
Pembentangan

iii. Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pelajar itu menilai sendiri tahap kefahaman dan penguasaan apa yang telah dia
pelajari dalam tempoh tertentu.
Ia bergantung pada tahap kemahiran reflektif iaitu muhasabah diri dan berdasarkan
pengalaman belajar.
Jadi, pelajar itu ada jati diri dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan
pencapaian
[6 markah]

SOALAN TAMAT

You might also like