You are on page 1of 1

1.

Kepentingan Kokurikulum

Kegiatan Kokurikulum amat penting dan diperlukan untuk murid-murid sekolah kerana melalui
kegiatan kokurikulum, ia dapat membentuk sahsiah dan memupuk perpaduan. Penyertaan murid
daripada pelbagai kaum dalam sesuatu aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, badan
beruniform dan persatuan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk bergaul dengan
rakan-rakan berlainan bangsa semasa menjalankan aktiviti. Contohnya, sewaktu aktiviti balutan
pertolongan cemas yang dilaksanakan oleh badan beruniform pengakap, Ah Wei yang berbangsa
Cina akan menjadi model atau orang yang tercedera manakala Fahmi pula menunjukkan cara-cara
membuat balutan pertolongan cemas kepada Ah wei. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan jurang
perkauman dan memupuk semangat Muhibbah dalam kalangan pelajar serta nilai-nilai murni yang
lain selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan
Modal Insan.

Kokurikulum juga penting bagi meningkatkan disiplin, serta mengasah minat dan bakat
yang ada dalam diri setiap murid. Contohnya, jika seseorang murid itu terlibat dalam sukan seperti
bola sepak ataupun atlet yang mewakili sekolah dalam acara lumba lari, mereka akan menghadiri
latihan seperti yang telah dijadualkan. Selain itu, mereka juga akan berdisiplin dalam amalan gaya
hidup seharian seperti tidak merokok dan menjaga pemakanan untuk menjagatahap prestasi agar
dapat memberikan yang terbaik kepada pasukan. Bagi Badan Beruniform dan Kelab Persatuan pula,
murid-murid dilatih untuk mengikut segala peraturan yang ditetapkan agar semua aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar dan baik.

3. Pecahan aktiviti kokurikulum sekolah

Pecahan aktiviti kokurikulum sekolah terbahagi kepada tiga iaitu Badan Beruniform, Kelab dan
Persatuan serta Sukan dan Permainan. Contoh Badan Beruniform seperti Pengakap Kanak-Kanak,
Bulan Sabit Merah Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Kelab Persatuan pula terdiri daripada
Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Rukun Negara. Sukan dan
Permainan pula seperti Bola Karing, Bola Sepak dan Badminton.

Antara Jawatankuasa yang terdapat dalam kokurikulum ialah Penolong Kanan Kokurikulum,
Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Sukan, Penasihat Persatuan/Kelab, Penasihat Unit Berunforn
Penasihat Sukan dan Permainan. Contoh tugas Penolong Kanan Kokurikulum ialah menentukan
objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai. Tugas Setiausaha kokurikulum pula menyelaras
pembahagian murid-murid di dalam Kelab/Persatuan, Badan Beruniform serta Sukan dan
Permainan. Setiausaha Sukan pula berperanan mengatur jadual sukan sekolah sesuai dengan dengan
perancangan MSSK Negeri serta menentukan penempatan murid-murid baru mengikut rumah atau
pasukan. Akhir sekali, tugas penasihat bagi Kelab/Perrsatuan, Unit Beruniform serta Sukan dan
Permainan ialah membentuk jawatankuasa bagi persatuannya melalui cara-cara yang demokratik.
Selain itu, tugas lain seperti memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan betul.

You might also like