You are on page 1of 9

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Nama Pelajar TE SHI WEI

Angka Giliran 2020162340076

No Kad Pengenalan 010112-04-0146

Kumpulan/Unit 3 PISMP BAHASA MELAYU 3

Kod & Nama Kursus ELMK 3053


KURIKULUM, PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Nama Pensyarah DR CHANDER A/L VENGADASALAM

Tarikh Hantar 17 SEPTEMBER 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
Kandungan
1.0 Pengenalan 1
2.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi 1
Negara Berdasarkan Wawasan 2020, Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
2.1 Hubungkaitkan Wawasan 2020 dengan peranan guru Pendidikan 1
Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
2.2 Hubungkaitkan Rukun Negara dengan peranan guru Pendidikan 2
Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
2.3 Hubungkaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan peranan 3
guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
3.0 Rumusan 3
Rujukan 4
Lampiran 5
1.0 Pengenalan
Menurut Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid (2016), pelbagai dasar yang
dinamik dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial telah dan akan
dilaksanakan agar Malaysia dapat menuju ke arah negara maju seperti negara
Jepun, negara Amerika Syarikat dan sebagainya. Justeru, pembentukan sebuah
negara yang maju dalam pelbagai bidang merupakan aspirasi negara. Maka,
guru Pendidikan Moral merupakan agen pembangunan negara yang sangat
penting agar aspirasi negara dapat direalisasikan dengan merujuk kepada
Wawasan 2020, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

2.0 Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara


Berdasarkan Wawasan 2020, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
2.1 Hubungkaitkan Wawasan 2020 dengan peranan guru Pendidikan Moral
dalam merealisasikan aspirasi negara
Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad semasa
pembentangan Rancangan Malaysia Keenam (Siti Sarawati Johar &
Zurina Ramli, 2018). Wawasan 2020 yang diperkenalkan adalah
bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,
masyarakat yang bermoral tinggi, liberal dan adil. Jadi, matlamat tersebut
dapat dicapai melalui sembilan cabaran yang digariskan dalam Wawasan
2020 (Lampiran A).
Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat melalui cabaran yang
digariskan, guru Pendidikan Moral hendaklah mempelbagaikan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik PdP Pendidikan Moral (Haliza Hamzah &
Samuel, 2016). Maka, guru haruslah memahami bahawa keempat-empat
konsep tersebut adalah saling melengkapi dalam proses PdP (Lampiran
B). Tamsilnya, untuk mengajar nilai bekerjasama, guru boleh
menggunakan strategi berpusatkan murid yang mana dalam strategi ini,
guru boleh menggunakan pendekatan tindakan sosial yang meminta murid
melibatkan diri dalam projek membuat papan tanda arahan (kaedah
projek) untuk bekerjasama memulihara alam sekitar di kampung.

1
Justeru, kepelbagaian strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan
menjadikan murid lebih memahami nilai murni dan seterusnya mereka
akan dididik untuk mengamalkan nilai murni yang dipelajari dalam
kehidupan. Hal ini selari dengan cabaran Wawasan 2020 yang keempat,
iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika yang mana cabaran
ini menekankan pembentukan insan yang memahami dan mengamalkan
nilai moral dan etika dalam setiap situasi kehidupan.

2.2 Hubungkaitkan Rukun Negara dengan peranan guru Pendidikan Moral


dalam merealisasikan aspirasi negara
Pada tahun 1970, Rukun Negara telah dibentuk hasil daripada
perbincangan Majlis Perundangan Negara. Disebabkan Rukun Negara
dibentuk ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969, maka Rukun Negara merupakan suatu ideologi negara yang
dibentuk bagi membimbing rakyat ke arah perpaduan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2020). Oleh itu, Rukun Negara terdiri daripada lima
prinsip (Lampiran C) yang mana lima prinsip tersebut perlu dititikberatkan
oleh guru Pendidikan Moral agar aspirasi negara berdasarkan Rukun
Negara akan tercapai.
Sebagai seorang guru Pendidikan Moral, etika kerja KPM haruslah
difahami dan diamalkan (Mohamad Khairi Othman et al., 2019). Melalui
etika kerja KPM, guru haruslah sentiasa menunjukkan pertuturan dan
perbuatan yang terbaik di mana-mana sahaja. Misalnya, semasa
melaksanakan PdP, guru haruslah menjaga kesantunan bahasa dengan
mengelakkan perkataan atau ayat yang berbentuk cacian, tetapi guru
perlu menambahkan ungkapan beradab seperti “terima kasih”, “minta
maaf” dan sebagainya (Ezura Nasir & Zamri Mahamod, 2020).
Oleh yang demikian, perlakuan dan pertuturan guru yang bersopan
santun dapat dijadikan suri teladan kepada murid dan secara tidak
langsung murid yang menjaga perlakuan dan pertuturan dengan baik
dapat menjamin hubungan erat dengan setiap orang tanpa mengira latar
belakang dan agama seseorang. Maka, peranan guru ini dapat
merealisasikan prinsip Rukun Negara kelima, iaitu kesopanan dan

2
kesusilaan kerana insan yang berakhlak mulia dan hormat-menghormati
akan terbentuk.
2.3 Hubungkaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan peranan guru
Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara
Menurut Noriati A. Rashid et al. (2016), FPK merupakan dasar pendidikan
yang dilaksanakan di Malaysia. Berdasarkan FPK, setiap aktiviti
pendidikan yang dilaksanakan bertujuan untuk mencapai inti pati utama
dalam FPK, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, guru Pendidikan Moral haruslah
memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi negara
berdasarkan FPK.
Antara peranan guru ialah guru haruslah sentiasa bersedia menjunjung
aspirasi negara berdasarkan FPK (Noriati A. Rashid et al., 2016).
Tamsilnya, guru yang menjunjung aspirasi negara akan kerap
melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran pedagogi Pendidikan
Moral dengan menghadirkan diri dalam kursus yang berkaitan. Justeru,
guru dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam
melaksanakan aktiviti PdP yang menarik dan berkesan dengan merujuk
kepada DSKP Pendidikan Moral.
Sehubungan itu, aktiviti PdP menarik akan menjadikan murid fokus lalu
mereka akan lebih memahami nilai-nilai murni yang disampaikan dan
seterusnya nilai murni akan diamalkan dalam kehidupan. Jika nilai moral
ada dalam diri seseorang, maka peribadi yang baik akan wujud dalam
orang tersebut. Impaknya, orang tersebut akan mempunyai pegangan
yang kuat dalam unsur rohani. Maka, peranan guru tersebut dapat
membangunkan kerohanian murid yang selari dengan salah satu unsur
insan seimbang dalam FPK, iaitu rohani.

3.0 Rumusan
Kesimpulannya, guru Pendidikan Moral haruslah memainkan peranan yang
penting semasa mengajar subjek Pendidikan Moral. Hal ini kerana guru
Pendidikan Moral yang menitikberatkan peranan sendiri sebagai seorang guru
dapat merealisasikan aspirasi negara dengan merujuk kepada Wawasan 2020,
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, setiap guru
3
Pendidikan Moral haruslah sentiasa komited terhadap tugas yang digalasnya
sebagai seorang pendidik agar guru-guru dapat menyumbang tenaga ke arah
pencapaian aspirasi negara.
Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, & Mahdi Shuid. (2016). Pedagogi dan pentaksiran Moral.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Ezura Nasir, & Zamri Mahamod. (2020). Kesantunan berbahasa dalam kalangan
guru bahasa di sebuah sekolah aliran agama. Journal of Advanced Research in
Social and Behavioural Sciences, 19(1), 1-25.
Haliza Hamzah, & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Sejarah Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohamad Khairi Othman, Alis Puteh, Mohd. Zailani Mohd Yusoff, & Fauziah Abdul
Rahim. (2019). Keperluan penggunaan Modul Etika Kerja Guru dalam
meningkatkan penghayatan nilai pelajar. ISLÓMIYYÓT 41(1), 49-57.
Noriati A. Rashid, Lee, K. C., Zulkifli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Siti Sarawati Johar, & Zurina Ramli. (2018). The art of emotional intelligence in soft
skills: Generate the 1st class human capital. The Eurasia Proceedings of
Educational and Social Sciences, 11(10), 36-42.

4
Lampiran

Lampiran A

Jadual 1.0 Cabaran Wawasan 2020

5
Lampiran B

Rajah 1.0: Perkaitan antara strategi dengan pendekatan, kaedah dan teknik

6
Lampiran C

Rajah 2.0 Prinsip-prinsip Rukun Negara

You might also like