You are on page 1of 18

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Nama Pelajar TE SHI WEI

Angka Giliran 2020162340076

No Kad Pengenalan 010112-04-0146

Kumpulan/Unit 3 PISMP BAHASA MELAYU 3

Kod & Nama Kursus ELMK 3053


KURIKULUM, PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
Nama Pensyarah DR CHANDER A/L VENGADASALAM

Tarikh Hantar 6 OGOS 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
Kandungan
1.0 Pengenalan 1
2.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 2
3.0 Instrumen Pentaksiran Formal 3
Rujukan 13
Lampiran 14
1.0 Pengenalan
Menurut Abdullah Zhidi Omar & Mahdi Shuid (2016), pentaksiran merupakan
satu proses yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral kerana pentaksiran yang dilakukan oleh guru dapat menilai
sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru
haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam membina instrumen
dan item pentaksiran. Misalnya, pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada
pada seseorang guru dalam membina instrumen dan item pentaksiran adalah
seperti penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan pengetahuan tentang aras
kesukaran berdasarkan Taksonomi Domain Kognitif Bloom – Anderson
(Lampiran A). Sehubungan itu, JSU ialah dokumen yang dapat dijadikan
panduan kepada para guru tentang kaedah membina item mengikut kandungan
dan aras yang dikehendaki. Justeru, JSU merupakan dokumen yang sangat
penting dalam pentaksiran sama ada pentaksiran sumatif atau pentaksiran
formatif supaya dapat memastikan keseimbangan dan keselarasan ujian yang
dibina.
Berdasarkan kehendak tugasan ELMK3053, JSU Pendidikan Moral Tahun 5
akan dibina bagi menyediakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Secara
keseluruhannya, 10 item objektif dan 5 item struktur yang pelbagai jenis dan
bentuk telah dibina dengan berpandukan Taksonomi Domain Kognitif Bloom –
Anderson. Bagi memastikan item objektif dan item subjektif yang digubal adalah
sah dan mengikut prinsip yang betul, beberapa dokumen penting telah dirujuk.
Sebagai contohnya, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Moral Tahun 5, buku teks Pendidikan Moral Tahun 5, rajah berkaitan
Taksonomi Domain Kognitif Bloom – Anderson serta JSU yang dibina telah
dirujuk bagi menghasilkan item-item yang sah dan boleh percaya. Sehubungan
dengan itu, melalui tugasan ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan tujuh
nilai universal, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,
berterima kasih, hemah tinggi, hormat dan kasih sayang di bawah tema Saya
Dan Masyarakat.

1
2.0 Jadual Spesifikasi Ujian

Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Merlimau (1), Melaka


Mata Pelajaran Pendidikan Moral
Tahun 5
Ujian Pertengahan Tahun
Tarikh 12 Mei 2021
Masa Ujian 40 Minit

ITEM OBJEKTIF ITEM SUBJEKTIF


Aras Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
Kemahiran Kemahiran
Berfikir Berfikir Berfikir Berfikir
Berfikir Berfikir
Aras Aras Aras Aras
Aras Tinggi Aras Tinggi
Rendah Sederhana Rendah Sederhana

JUMLAH

JUMLAH
Mengaplikas

Mengaplikas
Menganalisi

Menganalisi
Memahami

Memahami
Mengingat

Mengingat
Mencipta

Mencipta
Kandungan
Menilai

Menilai
s

s
i

i
kepercayaan
1 1 1 1 1
kepada Tuhan
2 baik hati 1 1 2 1 1

3 bertanggungjawab 1 1 1 1

4 berterima kasih 1 1 2

5 hemah tinggi 1 1

6 hormat 1 1 1 1

7 kasih sayang 1 1 2 1 1
1
JUMLAH 2 2 3 1 1 1 0 1 1 1 1 1 5
0

2
3.0 Instrumen Pentaksiran Formal

Kelas:

SK MERLIMAU (1), MELAKA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TAHUN 2021
NAMA TAHUN 5

042 – PENDIDIKAN MORAL


TAHUN 5
40 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawab di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Kertas soalan ini hendaklah dikembalikan kepada guru selepas selesai menjawab.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

SULIT

3
Bahagian A: Soalan Objektif (10 markah)
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Sila
pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan.

Soalan 1 adalah berdasarkan pernyataan di bawah.

-Solat lima waktu sehari


-Berpuasa sepanjang bulan Ramadan
-Membaca al-Quran
-Menunaikan zakat
-Tidak minum arak

1. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan agama yang mengamalkan amalan


tersebut. (Aras Mengingat)

A. Islam

B. Hindu

C. Buddha

D. Kristian

Soalan 2 adalah berdasarkan gambar dan situasi di bawah.

Pada suatu hari, Mak Cik Miza ternampak seorang gelandangan duduk di tepi jalan
dengan tidak berdaya akibat kelaparan.

4
2. Berdasarkan gambar dan situasi di atas, kemukakan tindakan yang perlu
dilakukan oleh Mak Cik Miza agar dapat menunjukkan kepekaannya terhadap
keperluan dan kebajikan masyarakat. (Aras Mengaplikasi)
A. Mak Cik Miza perlu menjerit dengan kuat untuk mendapatkan perhatian
daripada orang lain terhadap gelandangan tersebut.
B. Mak Cik Miza sepatutnya tidak menghiraukan gelandangan tersebut kerana
kelaparan gelandangan bukan hal Mak Cik Miza.
C. Mak Cik Miza boleh memberikan roti yang telah tamat tarikh luput kepada
gelandangan tersebut supaya tidak membazirkan makanan.
D. Mak Cik Miza sepatutnya membeli sebungkus makanan di restoran
berdekatan dan memberi makanan tersebut kepada gelandangan.

3. Kategorikan pelajar yang tidak peka terhadap keperluan dan kebajikan


masyarakat. (Aras Menganalisis)

i. Hanim memberi tempat duduk kepada orang tua yang berdiri dalam
bas.
ii. Ali menggelakkan seorang lelaki OKU yang jatuh atas lantai.
iii. Ben tidak menghiraukan orang tua yang ingin melintas jalan.
iv. Lucy menjadi sukarelawan untuk mengutip derma bagi membantu
mangsa banjir.

A. i. dan iv.

B. ii. dan iii.


C. i., ii., dan iv.

D. ii., iii. dan iv.

4. Soalan 4 adalah berdasarkan gambar di bawah.

5
Program Memperbaharu Taman Permainan telah diadakan di Taman Muhibah
bagi membaiki alat-alat permainan dan bangku yang telah berkarat dan tidak
kukuh. Penduduk Taman Muhibah telah melibatkan diri secara aktif dalam
program ini. Berikan hujah anda mengenai rasionalnya tindakan penduduk
Taman Muhibah tersebut. (Aras Menilai)
A. Tindakan penduduk tersebut dapat menonjolkan kebolehan mereka dalam
membaiki alat-alat permainan yang telah berkarat dan tidak kukuh.
B. Tindakan penduduk tersebut akan mendapatkan pujian daripada orang lain
dan seterusnya dapat meningkatkan imej Taman Muhibah.
C. Tindakan penduduk tersebut dapat menjamin keselamatan para penduduk
yang beriadah atau kanak-kanak yang bermain di taman permainan.
D. Tindakan penduduk tersebut dapat mengelakkan ejekan daripada orang lain
akibat tidak menghiraukan keadaan taman permainan.

5. Soalan 5 adalah berdasarkan dialog di bawah:

Michelle Ng : Terima kasih Encik Yoke atas sumbangan


kewangan yang diberi kepada kami sekeluarga
sewaktu Covid-19.

Encik Yoke : Sama-sama, Michelle. Semoga anda sekeluarga


tabah menghadapi kehidupan sewaktu Covid-19 ini.

Berdasarkan dialog di atas, kenal pasti nilai yang telah diamalkan oleh
Michelle Ng. (Aras Mengingat)
A. kerajinan
B. kasih sayang
C. bertanggungjawab
D. berterima kasih

6
6. Soalan 6 adalah berdasarkan poster di bawah.

Berdasarkan poster di atas, tunjukkan cara anda menghargai jasa dan


sumbangan petugas-petugas barisan hadapan sewaktu Covid-19 ini. (Aras
Mengaplikasi)
A. Mengejek petugas-petugas barisan hadapan dalam media sosial
B. Berjumpa dengan petugas-petugas barisan hadapan di tempat kerja mereka
dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka
C. Menggantungkan kain rentang ucapan penghargaan di hadapan rumah
D. Menjemput petugas-petugas barisan hadapan ke rumah untuk makan
bersama-sama

Soalan 7 adalah berdasarkan gambar di bawah.

7. Berdasarkan gambar di atas, jelaskan kesan pengabaian amalan beradab


sopan. (Aras Memahami)
A. Suasana yang lebih meriah dapat diwujudkan.
B. Hubungan antara satu sama lain dapat dirapatkan.
C. Ketidakselesaan akan ditimbulkan kepada penumpang lain.
D. Budak lelaki tersebut dapat mengenali lebih ramai penumpang.

7
Soalan 8 adalah berdasarkan situasi di bawah.
Puan Tan telah menjemput jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum ke
rumahnya sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.
8. Berdasarkan situasi di atas, rancangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh
Puan Tan agar dapat menunjukkan penghormatannya terhadap kepelbagaian
budaya dalam masyarakat. (Aras Mencipta)
A. Memakai pakaian yang mencolok mata
B. Menyediakan makanan yang halal dan juga makanan vegetarian
C. Menggabungkan tempat mengambil makanan halal dengan makanan tidak
halal
D. Memberikan salam kepada jiran tanpa mengira jantina jiran

Soalan 9 adalah berdasarkan gambar di bawah.

9. Berdasarkan gambar di atas, terangkan kepentingan jika setiap manusia


menyayangi masyarakat yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).
(Aras Memahami)
A. Kesejahteraan hidup dapat ditingkatkan.
B. Manusia yang menyayangi golongan OKU akan dihina.
C. Pergaduhan sesama manusia sering berlaku.
D. Golongan OKU akan berasa kecewa.

8
Soalan 10 adalah berdasarkan gambar di bawah.

10. Berdasarkan gambar di atas, tentukan bagaimana anda menunjukkan kasih


sayang terhadap warga emas sewaktu melawat Rumah Orang Tua. (Aras
Mengaplikasi)
A. Memandang rendah terhadap warga emas akibat pergerakan mereka yang
lambat dan terhad
B. Memasak makanan yang berkalori tinggi kepada warga emas bagi
meningkatkan selera makan mereka
C. Menghina dan menggelakkan warga emas yang mempunyai muka yang
berkedut
D. Bertanyakan khabar terhadap warga emas dan berbual-bual bersama
mereka dengan mesra

9
Bahagian B: Soalan Struktur (20 markah)
Arahan: Sila jawab semua soalan di bawah.

Soalan 1 adalah berdasarkan ujaran-ujaran di bawah.

Agama Islam Agama Hindu


telah mendidik mendidik para
para umat Islam penganut supaya
mencontohi berbuat baik
akhlak Nabi terhadap setiap
Muhammad SAW orang.
dengan sentiasa
membantu orang
miskin.

Agama Buddha
mendidik para
penganutnya
supaya
mencintai dan
menghargai
jasa orang lain.

1. Berdasarkan ujaran di atas, berikan dua justifikasi ajaran agama dan


kepercayaan haruslah diamalkan pada setiap masa. (Aras Menilai)
i. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
(4 markah)

10
Soalan 2 adalah berdasarkan gambar di bawah.

2. Berdasarkan gambar di atas, Hari Kantin telah diadakan di SK Merlimau (1)


untuk mengutip derma bagi membantu mangsa banjir di Kilang Berapi. Buktikan
bahawa aktiviti di atas mampu meningkatkan kepekaan murid terhadap
keperluan dan kebajikan masyarakat. (Aras Menganalisis)
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(4 markah)

Soalan 3 adalah berdasarkan poster di bawah.

11
3. Berdasarkan poster di atas, laksanakan dua tanggungjawab anda dalam
menangani isu Covid-19. (Aras Mengaplikasi)
i. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
(4 markah)

4. Huraikan dua contoh kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat. (Aras


Memahami)
i. ________________________________________________________
________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
________________________________________________________
(4 markah)

5. Jika anda merupakan seorang guru Pendidikan Moral, cadangkan dua aktiviti
yang boleh diadakan di luar sekolah bagi memupuk sifat penyayang terhadap
masyarakat demi kesejahteraan hidup. (Aras Mencipta)
i. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
(4 markah)

12
Rujukan

Abdullah Zhidi Omar, & Mahdi Shuid. (2016). Pedagogi dan Pentaksiran Moral.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, & Roslina
Suratnu. (2016). Pengantar Pendidikan Moral. Sasbadi Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Pendidikan Moral Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pendidikan Moral sekolah kebangsaan


Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.

13
Lampiran

Lampiran A

Rajah 1: Taksonomi Domain Kognitif Bloom – Anderson


Sumber: Pedagogi dan Pentaksiran Moral

14
Lampiran B

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Bahagian A (Soalan Objektif)


No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan
1 A 6 C
2 D 7 C
3 B 8 B
4 C 9 A
5 D 10 D

Bahagian B (Soalan Struktur)


No. Soalan Skema Jawapan
1  Dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
 Dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan
sejahtera
*sebarang jawapan yang munasabah akan diterima
2  Murid dapat memahami tujuan Hari Kantin diadakan, iaitu
membantu mangsa banjir yang memerlukan
 Murid sedar bahawa masyarakat terdiri daripada golongan yang
memerlukan bantuan
 Murid akan menjadi lebih peka terhadap keperluan dan
kebajikan masyarakat
 Nilai baik hati dapat disemai
*sebarang jawapan yang munasabah akan diterima
3  Memastikan diri dan keluarga menjaga SOP yang ditetapkan
oleh pihak kerajaan demi keselamatan dan kesihatan anggota
masyarakat
 Menelefon pihak polis jika mendapati ramai orang berkumpul di
sesuatu tempat untuk tujuan keseronokan
 Memastikan diri dan keluarga sentiasa menjaga kebersihan diri
seperti kerap mencuci tangan dengan sabun.

15
*sebarang jawapan yang munasabah akan diterima
4  Makanan (disertakan dengan huraian)
 Pakaian (disertakan dengan huraian)
 bahasa (disertakan dengan huraian)
 perayaan (disertakan dengan huraian)
*sebarang jawapan yang munasabah akan diterima
5  melawat Pusat Jagaan OKU
 acara sukaneka bersama warga emas
*sebarang jawapan yang munasabah akan diterima

16

You might also like