You are on page 1of 7

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


Nama Pelajar MUHAMMAD HELMI BIN SHARUDIN

Angka Giliran 2020162340010

No Kad Pengenalan 010507-10-1249

Kumpulan/Unit 2PISMP BM1

Kod & Nama Kursus ELMK3043 ISU MORAL DAN PERANAN AGEN-
AGEN MORAL
Nama Pensyarah DR. SHASITHARAN A/L RAMAN KUTTY

Tarikh Hantar 26 FEBRUARI 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISU MORAL GLOBAL 1

3.0 KESAN ISU MORAL KEPADA SEKOLAH 2

4.0 KESAN ISU MORAL KEPADA MASYARAKAT 3

5.0 PERANAN AGEN SOSIALISASI 3

6.0 KESIMPULAN 4

RUJUKAN 5
1.0 PENGENALAN

Global bermaksud meliputi, mempengaruhi atau berkaitan seluruh dunia dan sejagat.
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, globalisasi ialah proses yang membolehkan
sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan disebarkan atau diperluas ke peringkat
antarabangsa dan seluruh dunia dengan adanya sistem komunikasi. Malaysia merupakan
sebuah negara yang turut terlibat dalam perkembangan globalisasi selari dengan kemajuan
teknologi yang pesat yang telah mewujudkan Data Raya. Data Raya (Big Data) merupakan
satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan internet.
Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti
Instagram, Facebook dan Twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar,
pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada
terabytes dan petabyte data.

Kecerdasan buatan merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu


melakukan fungsi dan ciri-ciri pemkiran manusia. Kecerdasan Buatan ini juga digelar Al
(artificial intelligence) yang merupakan satu program yang digunakan bagi mengukur
kemampuan mesin untuk mempelajari gerak geri manusia serta memberikan reaksi seperti
manusia sebenar. Big data dan AI saling berkait kerana Big Data digunakan bagi
memastikan AI berfungsi dengan efisien. Big Data perlu diberi perhatian kerana data-data itu
begitu cepat untuk didapati dan diambil, kemudian dianalisis, sehingga boleh diekploitasi
yang dimana ada maklumat rahsia dan privasi disalahgunakan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab sama ada untuk kepentingan individu itu sendiri atau sebagainya.

2.0 ISU MORAL GLOBAL

Dalam era globalisasi ini, manusia harus menyedari bahawa ruang lingkup dunia semakin
mengecil berbanding keadaan yang sebenar. Dahulu, dunia ini dibatasi dengan pelbagai
bentuk muka bumi dan sempadan fizikal yang memisahkan negara-negara sehingga
menyukarkan penyampaian maklumat dengan lancar. Perkembangan globalisasi yang pesat
melanda negara dengan wujudnya Big Data dan AI seiring dengan ledakan teknologi
maklumat yang semakin canggih. Kini kesemuanya boleh diakses dan dapat diketahui
melalui aplikasi Google, Mozzila Firefox dan sebagainya yang memudahkan manusia zaman
kini mencari maklumat melalui enjin carian tersebut. Jadi tak mustahil maklumat sesebuah

1
negara yang ada pada Big Data boleh diambil dan diakses. Sebenarnya, perkara ini boleh
mencetuskan keganasan dan peperangan. Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas
dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan
politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan
ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah yang mahu melebarkan kuasa
dengan menjajah negara lain seperti negara-negara yang bermusuhan. Keganasan dan
peperangan ini tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke
pinggir kehancuran. Hal ini seperti konflik di Iraq dan konflik Israel-Palestin. Pihak-pihak
tertentu mudah menyebarkan propaganda keganasan menggunakan kemudahan teknologi
maklumat. Keganasan antarabangsa akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap negara.

Pada sekitar hujung tahun 2020, Masyarakat di serata dunia gempar dengan aplikasi
terkenal Muslim Pro yang dikatakan pemiliknya menjual data peribadi pengguna aplikasi
tersebut kepada tentera Amerika Syarikat. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi untuk
mengetahui arah kiblat, waktu solat dan sebagainya. Sebelum mendaftar aplikasi ini,
mereka yang memuat turun perlu memasukkan maklumat peribadi seperti tempat tinggal
dan sebagainya. Rata-rata umat Islam diserata dunia menjadi risau dan memadam aplikasi
tersebut akibat pihak Muslim Pro menjual data lokasi pengguna. Perkara ini ibarat
melanggar hak asasi manusia kerana mengambil maklumat yang dianggap privasi dan sulit
tanpa kebenaran pengguna. Walau bagaimanapun, pihak Muslim Pro menafikan penjualan
data tersebut. Sekiranya, perkara ini benar-benar terjadi. Sudah pasti pengguna aplikasi
tersebut dalam keadaan gundah gulana dan mungkin juga akan berlaku peperangan antara
negara-negara kerana pihak tertentu telah mengetahui kelemahan sesebuah negara itu
melalui data-data yang diperoleh serta memberi impak terhadap sekolah dan masyarakat.

3.0 KESAN ISU MORAL KEPADA SEKOLAH

Sekiranya peperangan atau keganasan antarabangsa ini berlaku di Malaysia, hal ini akan
mendatangkan keburukan dan impak yang negatif kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Pertama sekali, sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah akan termansuh
secara automatik. Hal ini demikian kerana, kegiatan keganasan atau peperangan ini akan
menyebabkan segala prasarana sekolah musnah. Insfrastruktur bangunan akedemik juga
akan menjadi tidak selamat kerana keadaan sekeliling yang sentiasa berada dalam keadaan
genting seperti telur dihujung tanduk. Sebagai contoh, bangunan-bangunan sekolah akan
menjadi sebuah tempat sasaran bagi para penjajah oleh tentera luar sama ada untuk
dijadikan markas mereka ataupun untuk mencapai matlamat mereka supaya mereka dapat

2
menyekat dari aspek pendidikan dengan mengebom sekolah tersebut. Lalu, sekolah
tersebut tidak dapat digunakan untuk tempat menyampaikan ilmu dan terpaksa lari
menyelamatkan diri kesan daripada keganasan yang berlaku itu. Oleh yang demikian, sesi
pembelajaran dan pengajaran serta interaksi antara murid dengan guru tidak dapat berlaku.

4.0 KESAN ISU MORAL KEPADA MASYARAKAT

Kesannya ialah masyarakat akan berasa takut untuk keluar kemana-mana kerana mereka
terasa seperti sedang diawasi akibat daripada data-data yang diambil oleh pihak tertentu
seperti aplikasi Muslim Pro yang mengambil hampir semua data peribadi yang kesemua
penggunanya beragama Islam dan telah dijualkan kepada tentera negara Uncle Sam itu.
Perkara ini nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi, sebenarnya pihak tentera itu
telah merancang strategi peperangan dengan melihat lokasi-lokasi pengguna dan
menyasarkan serangan dikawasan yang tidak ada ciri keselamatan seperti di sempadan-
sempadan negara. Jika benar mereka mendapat data tersebut, masyarakat menjadi rasa
tidak selamat dan jika peperangan berlaku, sudah pasti akan ramai nyawa manusia yang
terancam tidak kira yang muda, tua semua tidak terkecuali. Emosi masyarakat juga akan
terganggu kerana asyik memikirkan tentang keselamatan dirinya sehingga boleh
menyebabkan depresi dan seterusnya mengambil jalan mati dengan membunuh diri. Sudah
terang lagi bersuluh peperangan dan keganasan mendatangkan kesan yang negatif kepada
masyarakat walaupun hanya mendapat data lokasi melalui Big Data yang disalahgunakan
dan seterusnya menggugat keselamatan negara.

5.0 PERANAN AGEN SOSIALISASI

Agen sosialisasi berperanan penting dalam membendung isu moral keganasan dan
peperangan ini agar tidak terus berleluasa sehingga mendatangkan pelbagai kesan buruk
kepada masyarakat. Antara peranan yang boleh dilakukan agen sosialisasi ialah pihak
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana, hukuman
yang akan dikenakan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang menjual data peribadi
pengguna untuk kebaikan diri sendiri ini akan membuatkan para pesalah sedar akan
kesalahan mereka dan tidak berani untuk mengulanginya lagi iaitu seperti dipenjara seumur
hidup. Terdapat beberapa akta yang diwartakan di Malaysia diperkenalkan bagi kesalahan
dalam talian. Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Fitnah 1976 dan
sebagainya. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mesti memastikan pengguna

3
data agar mematuhi Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang digariskan mengikut Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).Di samping itu, pihak kerajaan dan badan
bukan kerajaan boleh bekerjasama membina perisian keselamatan bagi menjamin data-data
pengguna tidak diceroboh, dipakai dan diguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, masyarakat perlu saling mengingati dan bekerjasama dengan mengambil serius
penggunaan media elektronik pada masa ini agar mereka tidak terjerat dengan sindiket yang
ingin mengeksploitasi data mereka seterusnya menjamin kesejahteraan hidup.

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, ketahanan jati diri berteraskan kekuatan mental dan spiritual akan menjadi
benteng yang paling berkesan dalam menangani serangan globalisasi. Kekuatan jati diri
merangkumi aspek pertimbangan moral iaitu daya pertimbangan untuk membezakan antara
yang benar atau palsu. Fenomena globalisasi kini sedang menggugat jati diri golongan
muda. Oleh itu, setiap individu perlu menggunakan medium teknologi maklumat dengan
berkhemah dan berhati-hati kerana setiap data merupakan maklumat peribadi dan tidak
boleh disalahgunakan. Pihak kerajaan yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan
dengan menguatkuasakan undang-undang dan sebagainya bagi menjamin kesejahteraan
rakyat dan terjamin maklumat peribadi.

4
RUJUKAN

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Cabaran dan Isu
semasa Dunia. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hilal Azmi (Julai 20, 2019). Memahami teknologi kecerdasan buatan (AI). Diperoleh
daripada: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/memahami-teknologi-
kecerdasan-buatan-ai-213109

My Metro. (November 17, 2020). Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim
Pro. Diperoleh daripada:
https://www.hmetro.com.my/topic/global/2020/11/642929/amerika-syarikat-
dilaporkan-beli-data-aplikasi-muslim-pro

My Metro. (November 23, 2020). Muslim Pro nafi jual data peribadi pengguna – JPDP.
Diperoleh daripada:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/645189/muslim-pro-nafi-jual-
data-peribadi-pengguna-jpdp

You might also like