You are on page 1of 8

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, pembangunan

teknologi yang semakin canggih telah memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk
melakukan urusan kerja seharian. Hal ini termasuklah menjadikan kandungan yang tidak
bermoral seperti kandungan seksual lebih mudah diakses di mana penggunaan pornografi
internet telah menjadi lebih meluas. Menurut Galih et al. (2015), pornografi boleh
didefinisikan sebagai perbuatan yang bersifat seksual khususnya dianggap perbuatan tidak
bermoral dengan melihat bahan bacaan atau video yang mampu menaikkan nafsu syahwat.
Laman sosial merupakan ‘’syurga’’ bagi pengintip siber kerana tiada had perkongsian
maklumat dalam kalangan pengguna termasuklah maklumat peribadi (Asiah Bidin et
al.,2015). Berdasarkan statistik daripada salah satu laman web lucah terkenal di dunia iaitu
Pornhub menunjukkan trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada
hanya 6.5 peratus dari 16 hingga 17 Mac 2020 iaitu tarikh dimana kebanyakan negara di
seluruh dunia melaksanakan perintah berkurung. Tidak ketinggalan juga negara Malaysia
dengan populariti carian sebanyak 84% dan sekaligus menduduki tangga teratas di Asia dan
nombor empat di dunia paling tinggi melayari laman lucah yang jelas menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia gemar mengisi masa mereka dengan mencari istilah ‘’COVID19’’ di laman
Pornhub semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ketagihan pornografi dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia merupakan
salah satu masalah yang tidak boleh dipandang enteng kerana boleh menyebabkan
pelbagai implikasi misalnya menyebabkan jenayah seperti rogol, seks luar nikah, sumbang
mahram, pedofilia dan kes liwat. Lantaran itu, isu ini boleh diselesaikan dengan melalui
pihak kerajaan seperti membuat pemantauan dan mengenakan tindakan di bawah undang-
undang yang berkaitan dengan seks siber dan pornografi iaitu Seksyen 211 dan 233 di
bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ke atas laman-laman yang memberikan atau
memuat naik kandungan lucah dan tidak senonoh. Sistem seperti Dasar Keselamatan Siber
Malaysia (DKSM) juga boleh diperketatkan supaya isu ini dapat dikurangkan. Seterusnya,
ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam menjadi suri teladan kepada anak anak
seperti memberikan didikan agama yang secukupnya, memantau kegiatan mereka di alam
siber serta menghadkan penggunaan telefon pintar dan komputer terutama mereka yang
berumur 17 tahun dan ke bawah. Akhir sekali, peratusan rakyat yang mempunyai ketagihan
pornografi ini dapat dikurangkan jika lebih banyak pendedahan tentang keburukan tentang
isu ini melalui ceramah, program-program serta pendidikan seks yang boleh diterapkan
kepada golongan remaja dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam hal ini.
Menurut Chooi et al. (2019), pengambilan kalori makanan yang berlebihan secara
berterusan dari keperluan harian (DCR) yang menyebabkan lebihan kalori yang tidak
digunakan ini bertukar menjadi trigliserida iaitu asid lemak dan disimpan di tisu adipos iaitu
lemak di mana jumlahnya akan meningkat dan menyebabkan peningkatan berat badan
sekaligus menyebabkan obesiti. Obesitiy Atlas 2023 memberi amaran kepada Malaysia
untuk bersedia mengalami peningkatan yang ‘’sangat tinggi’’ dalam kadar obesiti dewasa
dan kanak-kanak. Obesiti secara umumnya membwa maksud seorang individu memiliki
berat badan berlebihan di mana indeks jisim tubuh (BMI) di atas 30 dan perlu diingati
bahawa obesiti bukan sahaja tentang penampilan seseorang malah ia boleh menjurus
kepada penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung.
Laporan CodeBlue itu menjangkakan kesan ekonomi kepada KDNK sebanyak 2.8% atau
USD20 bilion menjelang 2035. Berdasarkan jumlah semasa yang dinyatakan, jumlah potensi
lanjakan kadar obesiti adalah amat merisaukan dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini
terjadi dek kerana amalan pemakanan dan gaya hidup sesorang individu tersebut. Sebagai
contoh, kekerapan memakan makanan bergoreng boleh menggalakkan pembentukan plak
dalam arteri sekaligus meningkatkan risiko penyakit arteri koronari, kegagalan jantung,
serangan jantung dan strok oleh kerana ianya tinggi dengan lemak tepu dan lemak trans.
Namun begitu, selari dengan perkembangan dunia yang canggih dengan teknologi,
kadar obesiti di negara Malaysia mampu dikurangkan menggunakan bantuan aplikasi-
aplikasi digital. Sebagai contoh, aplikasi MyFitnessPal. Antara salah satu cara untuk
menurunkan berat badan ialah dengan mengurangkan kalori makanan yang diperlukan oleh
badan dimana menggunakan aplikasi ini, mereka hanya perlu mengisi makanan yang
dimakan untuk mengetahui anggaran kalori supaya tidak melebihi kalori yang diperlukan.
Aplikasi ini juga dapat memberikan cadangan menu diet yang seimbang yang boleh dicuba
serta memberikan notifikasi secara berkala di telefon mengikut tempoh masa makan supaya
tidak ketinggalan untuk mengesan kalori. Selain itu, beratus-ratus senaman untuk semua
tahap kecergasan dengan pelbagai gaya dan tahap yang berbeza boleh dilihat
menggunakan aplikasi Nike Training Club. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna
boleh mendapatkan akses lebih dari 190 senaman percuma yang direka oleh pakar
daripada Jurulatih Induk Nike yang bertaraf dunia dimana pengguna boleh melakukan
senaman ini di mana sahaja tanpa memerlukan sebarang alat. Pengguna juga boleh
memilih senaman mengikut kesesuaian dan kemahuan mereka. Selain dapat menurunkan
berat badan, mereka juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan dapat mengawal
tekanan darah serta menguatkan jantung.
Institut akademik di seluruh dunia telah dibelenggu dengan isu plagiarisme
termasuklah negara Malaysia. Hannabuss (2001) mendefinisikan plagiarisme sebagai
penggunaan tanpa kebenaran atau peniruan rapat idea, bahasa atau ungkapan orang lain.
Pada era teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet, masalah ini bertambah
serius apabila kemudahan untuk mencari maklumat lebih senang dan mudah diakses
seterusnya mejerumus individu itu memplagiat sesuatu hasil kerja orang lain. Tindakan
mempersembah sebarang idea, tulisan atau hasil karya individu lain sebagai hasil kerja
sendiri ialah bahasa mudah untuk memahami plagiarisme sama ada mengambil tulisan
individu tersebut secara menyeluruh atau sebahagian sahaja. Canselor Universiti Sultan
Azlan Shah, Sultan Nazrin Shah menyifatkan bahawa plagiarisme sebagai jenayah
akademik dan bertitah perbuatan tidak bermaruah terhadap ilmu dan intelektual perlu
ditangani dengan tegas (Plagiarism, 2017). Jenayah plagiarisme yang berlaku di institusi
pengajian tinggi boleh menjejaskan intergriti akademik. Pembangunan dari aspek intelektual
dan etika yang bermatlamat untuk mewujudkan komuniti akademik akan terbantut dek
kerana wujudnya gejala plagiarisme ini. Isu plagiarisme boleh menjatuhkan reputasi serta
menjejaskan kredibiliti dan intergriti institusi dan mereka yang terlibat dalam tingkah laku
sedemikian.

Kesenangan internet yang sedia ada ini menyebabkan pelajar menyalahgunakannya


sebagai contoh plagiarisme dan telah membawa kesan yang buruk. Oleh hal yang demikian,
terdapat pelbagai cara untuk menangani isu plagiarisme yang boleh dilakukan oleh pelbagai
pihak. Contohnya, sebagai mahasiswa IPTA yang mempunyai intergriti yang tinggi
penggunaan teknologi software cegah plagiat seperti ‘’Turnitin’’ dan ‘’Copycatch’’ adalah
relevan dan perlu diperluaskan lagi kepada semua bentuk penilaian seperti tugasan dan
sebagainya. Selain itu, sebagai seorang pendidik, mereka boleh mendedahkan kepada
pelajar tentang ap aitu plagiarisme dan kesan jika melakukan plagiarisme. Mereka juga
boleh berbincang dengan pelajar tentang idea-idea kertas penulisan mereka untuk
menggalakkan perancangan serta mengelakkan mereka untuk melakukan aktiviti
memplagiat. Seterusnya, pelajar akan lebih terdedah, mengetahui tentang plagiarisme
beserta akibatnya dengan memasukkan dasar plagiarisme ke dalam sukatan pembelajaran
kursus. Akhir sekali, pihak kerajaan juga haruslah memperkuatkan undang-undang tentang
jenayah plagiarisme ini agar pelaku yang memplagiat hasil kerja orang lain dan mengaku
bahawa hasil itu kepunyaannya sedar dan insaf akan kelakuannya.
Rujukan

Amirul, A. (2020). Ketagihan Pornografi Dalam Kalangan Remaja: Pornography Addiction


Among Adolesc.ents: Factors and Implications on Adolescent Personality. Jurnal
Melayu, 19(2), 205–215.

Dzure, A. N. S., Jie, F. Y., Anuar, N. M. A. M., & Nurul Aliyah Mohd Nadzri, S. K. a/p M. S. F.
(2021). Penglibatan Belia Dalam Isu Ketagihan Bahan. 18(8), 166–178.

Ghee, L. K. (2016). A review of adult obesity research in Malaysia. Medical Journal of


Malaysia, 71(June), 1–19.

Mohamed, K., Hayati, N., Samat, A., Shamsul, A., Aziz, A., Azlina, N., Noor, M., & Ismail, N.
(2018). Academic Plagiarism in Malaysia: Legal Perspective. International Journal of
Law, Government and Communication, 3(13), 245–253. www.ijgc.com

Tan, S. A., Goh, Y. S., Zaharim, N. M., Gan, S. W., Yap, C. C., Nainee, S., & Lee, L. K.
(2022). Problematic Internet Pornography Use and Psychological Distress among
Emerging Adults in Malaysia: Gender as a Moderator. International Journal of
Environmental Research and Public Health, 19(6).
https://doi.org/10.3390/ijerph19063682

Vimalanandan, L., Husairi Khairuddin, A., Ismail, J., Firdaus Mohamad, M., Ahmad Shah, K.,
Chee Han, Y., & Mohamed Ramli, H. (2022). Tahap Kefahaman Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh Tentang Isu Plagiarisme (Level of Understanding of
Plagiarism Among Students in Teacher Education Institute, Ipoh Campus). Jilid, 20(1),
2022.

Yusof, D. S., & Masrom, U. K. B. (2011). Malaysian Students’ Understanding of Plagiarism.


Language Society and Culture, 33, 1–7. www.educ.utas.edu.au/users/tle/JOURNAL

You might also like