You are on page 1of 21

Bincangkan Gejala Negatif Yang Terbentuk Daripada Penggunaan Internet Kepada Golongan Remaja Masakini.

KEBAIKAN INTERNET
Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahanbahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: E mail (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP)

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa5/AtTaqwa5(5).pdf

Internet: Kebaikan dan Keburukannya

ENDEDAHAN kepada komputer dan teknologi

maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer

di kalangan masyarakat terutama belia. Sektor awam dan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputer dan IT dalam memantapkan operasi mereka. Penggunaan komputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkan perdagangan bebas merentasi sempadan negara. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian chat, pornografi , dan permainan video. Technology changes every second. Berdasarkan pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh, tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Bahkan, anak-anak kecil juga sudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahan awal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi muda tidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia saja yang menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Adalah lebih baik jika kita kupaskan serba sedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini. Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam pelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negara di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan wujudnya e-mel dan chat, di mana kos perhubungan begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan penghantaran surat biasa melalui pos. Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan pengenalan e-banking. Kini, pelanggan bank tidak perlu bersusah payah beratur di kaunter-kaunter bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi Internet. Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusi Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata menjimatkan masa pengguna. Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di chat room untuk berbual sesama rakan. Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, seperti laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah

Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan? Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur? Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu, serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat, telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita?

http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1999/bh99309.htm

BH Edisi Internet - Selasa, 9hb March 1999


Antara kebaikan dan keburukan Internet
ORANG ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undangundang mengawal salah guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Mereka yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak terdedah

kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut. Sementara mereka yang menentang mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang. "Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar. Menurutnya, siapa saja boleh mendapatkan maklumat di Internet. Tetapi masalah perundangan akan timbul bila maklumat itu dipindah turun, dicetak dan disebarkan kepada ramai, walaupun hakcipta kebanyakan bahan dalam Internet adalah terpelihara. Safar berkata, undang-undang di negara ini adalah cukup untuk mengatasi pelbagai perbuatan jenayah dan hasutan menerusi penyebaran berita negatif. Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom), Shaifubahrim Saleh, pula mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu kumpulan pengawas dikenali sebagai 'Cybercop' untuk membendung kegiatan negatif melalui Internet termasuk penyebaran khabar angin. Beliau berkata, kumpulan itu boleh dianggotai oleh beberapa pakar teknologi komputer. Dengan adanya badan seumpama itu, katanya, pendaftaran pengguna yang mahu menggunakan Internet di siber kafe dapat dijalankan lebih berkesan. Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati menggunakan Internet. Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan lebih berkesan. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah bertentangan dengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis.

Beliau berkata, langkah sedemikian secara langsung membantut perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda jika digunakan sebaik-baiknya. "Pemimpin masyarakat dan ibu bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata Norizan. Berhubung langkah mengelak kanak-kanak daripada mendekati halaman yang dianggap tidak sihat seperti pornografi, beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan NetNanny pada komputer. Dalam pada itu, kafe siber yang menjadi tempat tumpuan belia atau kanak-kanak tanpa mengira had umur berupa fenomena baru dalam masyarakat hari ini. Kebanyakan kafe siber yang mengenakan bayaran antara RM4 hingga RM10 sejam biasanya dibuka sepanjang 24 jam. Sebaik saja berdepan dengan komputer, pengunjung siber kafe bebas menonton apa saja termasuk video lucah atau "melayari" pelbagai bahan yang mereka gemari melalui Internet tanpa sekatan. Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan ibu bapa mengenai apa yang berlaku di dalamnya. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin, baru-baru ini berkata kementerian sedang merangka satu undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat-pusat Internet kafe siber. Katanya, undang-undang yang sedang digubal itu akan diguna pakai oleh semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Prof Hamdan Adnan, berkata, kafe siber biasanya tertakluk kepada Undang-undang Kecil Pelesenan, Perdagangan dan Perindustrian, Undang kecil Pengendalian Makanan, dan Enakmen Hiburan dan Premis Hiburan oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di negeri-negeri dan ia tidak menyentuh secara langsung mengenai penyalahgunaan Internet. Beliau berkata, kebanyakan undang-undang itu terhad kepada soal-soal mengawal premis terbabit daripada kegiatan perjudian dan kebersihan di persekitarannya. Bagi mengelak pembabitan kanak-kanak terlalu muda, beliau mencadangkan larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber. Kini tiada had umur dikenakan kepada pelanggan kafe siber. Katanya, langkah memendekkan waktu operasi kafe siber juga perlu dipertimbangkan memandangkan tempoh operasinya adalah 24 jam kerana masih

didaftar sebagai restoran. Safar pula berkata, bagi mengatasi gejala kurang sihat yang mungkin berlaku di kafe siber yang banyak muncul sekarang, kafe ini harus diletakkan di tempat terbuka. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar baru-baru ini berkata, kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh masalah yang timbul berikutan kewujudan siber kafe yang beroperasi 24 jam. Beliau berkata, ia boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan pengguna terutamanya golongan remaja. Bagaimanapun, sesetengah pekerja sebelah malam seperti wartawan, pekerja hospital, serta petugas radio dan tv berpendapat kafe siber wajar beroperasi 24 jam bagi membolehkan mereka mendapatkan kemudahan itu selepas habis bertugas pada awal pagi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh baru-baru ini berkata kawal selia terhadap kafe siber akan diperketatkan untuk mengelak penyalahgunaan premis terbabit. Seorang pengusaha kafe siber di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur berkata, pelanggan kafe siber kebanyakannya belia yang menyukai suasana luar rumah. Beliau berkata, bagi sesetengah remaja, setakat untuk bermain komputer dan memasuki Internet boleh dilakukan di rumah, tetapi mereka lebih suka melakukannya di luar untuk bertemu dan berinterksi dengan kawan-kawan. Sehingga kini tidak ada undang-undang khusus mengenai kafe siber dan sesiapa saja boleh memohon membukanya semudah membuka restoran. Semoga penggubalan undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat Internet kafe siber dapat mengawal salah guna Internet seperti menyebarkan khabar angin, maklumat palsu atau mengembar-gemburkan keadaan. - Bernama

PENGENALAN Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak

anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena tersebut?

http://www.ppst.kelantan.gov.my/ketigaesei.htm TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INTERNET : PENGARUHNYA TERHADAP MANUSIA

Sejak terbinanya tamadun manusia berkurun-kurun lamanya dahulu, komunikasi dan interaksi sosial sesama mereka adalah agak terbatas. Seiring dengan peredaran masa, manusia dengan bantuan akal fikiran yang dianugerahkan tuhan mula mengorak langkah dalam semua lapangan kehidupan sekaligus mencetuskan pembaharuan demi pembaharuan. Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun ke-17, tamadun manusia terus berkembang sehinggalah menempuhi zaman revolusi perindustrian pada kurun ke 18 dan 19. Pada abad ke - 20 ini pula, kita menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu revolusi era digital atau teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun manusia.

Golongan remaja Melayu yang menjadi pengguna terbesar internet (cyber cafe) telah dijangkiti ketagihan internet yang agak teruk (cyber mania). Kalangan ini didapati menggunakan saluran internet bukannya untuk tujuan

pendidikan, tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga, yang berupa permainan video, pornografi, berkenalan (cit-cat)dan mengisi masa lapang dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
Banyak puncanya yang boleh dijadikan hipotesis. Namun saya suka mengangkat teori Cass Sunstein* (2001) tentang gejala obsesi yang boleh dirangsangkan oleh Internet kerana sifatnya yang merdeka, tiada tapisan, amat peribadi dan selalunya khalayak berseorangan dengannya. Kita sedar bahawa Internet bukan sahaja menjadi sumber maklumat, tetapi ia juga dilihat sebagai tempat lambakan maklumat; daripada maklumat yang bersifat keilmuan sehinggalah kepada unsur-unsur yang condong kepada kebinatangan. Bayangkan seorang remaja yang membuka emelnya didatangi oleh spam atau iklan yang berunsurkan seks, sama ada secara imbasan atau pop ups, atau sememangnya dikirimkan kepada alamat emelnya tanpa dipinta. Hal ini bukan perkara luar biasa kerana alamat emel bukan menjadi rahsia awam. Soalnya sekarang sama ada remaja berkenaan mahu cuba meneroka laman web iklan tersebut atau terus membuangnya dan mengisytiharkannya sebagai spam atau bahan buangan. Namun menurut Mohamad, antara punca yang mengheret seseorang itu kepada gejala seksual pedofilia ialah naluri ingin tahu serta ekspektasi yang menghantui dan berlegar pada mindanya. Maka kebangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amalah tinggi kerana situasi bebas, peribadi, dan berseorangan; kecualilah jika khalayak sedar dan insaf tentang gejala negatif berkenaan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai budaya. Namun bagi manusia remaja yang disifatkan oleh sarjana psikologi sebagai berada dalam zaman tegang dan revolusioner pastinya naluri ingin tahu itulah yang lebih dominan. Sunstein mengkaji sifat-sifat Internet sebagai suatu kuasa yang boleh mengheret khalayak meneroka jauh ke suatu dimensi yang memisahkan mereka dengan khalayak awam kerana khalayak boleh membuat tempahan kandungan atau apa yang Sunstein istilahkan sebagai customisation of content. Apatah lagi khalayak dipermudahkan pula dengan teknologi hiperlink Internet yang membolehkan mereka mencapai laman web lain yang menawarkan bahan-bahan yang serupa tetapi berlainan intipatinya. Khalayak disajikan dengan pilihan-pilihan lain tetapi atas falsafah yang sama. Pada mulanya remaja berkenaan hanya dimaklumkan tentang alamat laman web dan apa yang terkandung dalamnya. Kemudian setelah lawatan dibuat, ia disajikan dengan audio, visual dan video tertentu yang menjurus kepada tarikan-tarikan yang lebih terperinci lagi. Bagi Sunstein, dalam konteks laman web yang berunsurkan seks maka remaja berkenaan akan diberikan ribuan pilihan; wanita/lelaki Asia, Eropah, Timur Tengah dan sebagainya; kemudian pelawat boleh membuat pesanan yang lebih terperinci lagi seperti memilih wanita/lelaki Asia, China, Jepun, Indonesia, Thailand, Filipina dan lain-lain lagi. Proses ini berlarutan sehingga pelawat juga boleh memilih perempuan/lelaki dewasa, remaja atau kanak-kanak. Kemudian pelawat akan disajikan dengan kandungan, audio, visual dan video yang lebih eksklusif. Gejala customisation sedemikian itulah yang menurut Sunstein akan mengheret pelawat atau khalayak laman web berkenaan perlahan-lahan, saban hari dan lama-kelamaan, menjadi obsesif. Tidak cukup dengan elemen-elemen audio, visual dan video, remaja berkenaan mungkin mahu merasainya melalui pengalaman langsung. Namun menurut Sunstein lagi, proses obsesi itu tidak akan tamat begitu sahaja, ia akan berterusan sampai bila-bila sehingga seperti kata Mohamad, akan menjadikannya manusia split personality atau manusia dua personaliti; di hadapan para sahabatnya ia manusia normal yang sempurna akalnya, tetapi ia menjadi haiwan ketika bersendirian atau ketika gejala obsesi itu berlangusng secara bawah sedar.

Teknologi maklumat sedang berkembang pesat sekarang ini. Berbagai-bagai kemajuan dan penciptaan baru telah diterokai . Tidak dinafikan ia telah memberi sumbangan yang besar ke arah perkembangan tamadun manusia. Dengan penciptaanpenciptaan ini manusia dapat menikmati berbagai-bagai kemudahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Penciptaan komputer contohnya, banyak membantu manusia

menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, ledakan teknologi maklumat ini juga telah mengundang berbagai-bagai masalah dan kesan negatif kepada manusia kerana ia telah disalahgunakan. Hakikatnya, teknologi maklumat memberikan dan menyumbang kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.

Kesan-kesan Positif :
Menjimatkan masa dan kos Khazanah maklumat di hujung jari Sumber maklumat yang terkini Perhubungan tanpa sempadan E.mail sebagai media hubungan berkesan dan pantas.

Kesan-kesan Negatif :
Unsur pornografi dan bahan lucah secara terbuka ( tiada tapisan ) Dakyah dakyah palsu mudah disebarkan Menceroboh dan mencari maklumat sulit untuk tujuan jahat Media untuk menjalankan kegiatan haram Memudahkan virus menyusup ke dalam komputer.

Kesan Internet Menurut Perspektif Moral


Budaya budaya kuning ( barat ) akan merosakkan nilai-nilai murni masyarakat Krisis identiti akan melanda jiwa golongan remaja khususnya Antara penyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak remaja
i Sebahagian masyarakat Melayu moden telah dikesan menghidap penyakit psikologi yang agak kronik, penyakit gelisah dan hilang pertimbangan akal yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, bohsia dan mengamalkan "free-sex". Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah ini berlaku adalah akibat daripada kurang iman dan tidak menuruti kehendak agama. ii Golongan remaja Melayu yang menjadi pengguna terbesar internet (cyber cafe) didapati menggunakan saluran internet bukannya untuk tujuan pendidikan, tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga, yang berupa permainan video games, pornografi, berkenalan (chit-chat) dan mengisi masa lapang dengan kegiatan yang tidak berfaedah.

iii Kajian yang mendapati bahawa ikatan dan fungsi keluarga Melayu moden sebagai penjaga dan pendidik emosi anak-anak telah mula terhakis yang kemudiannya menyebabkan pelbagai masalah sosial remaja yang cukup kronik. Berikutan dengan faktor asas ini, golongan remaja Melayu lebih terpengaruh dengan budaya di luar keluarga seperti media massa dan rakan sebaya. Akibatnya mereka lebih mudah terjerumus dengan hiburan yang mementingkan keseronokan yang melampaui batas, sensasi, glamour dan sindrom kurang daya tahan iman. Manakala pengaruh rakan sebaya pula menyebabkan mereka terlibat dengan budaya melepak dan pelbagai masalah sosial lain seperti ketagihan dadah, arak, berjudi, menonton video lucah, "free-sex", dijangkiti penyakit AIDS dan banyak lagi masalah lain. iv Kajian yang mendapati bagaimana tabiat pembacaan remaja Melayu yang lemah, di mana mereka lebih mengutamakan bahan bacaan yang tidak membina minda dan daya intelektual, merangkumi hiburan, jenaka, sukan dan bahan lucah. Pendek kata, mereka telah terjerumus ke dalam budaya yang cukup meruncing akibat dari ketiadaan budaya ilmu yang sihat.

Lirik setan: Nada dering terkini telefon bimbit remaja Oleh Syed Muaz Syed Putra dan Noor Nastassia Mohamad Redza Cipta lirik mencarut, maki-hamun dalam Internet KUALA LUMPUR: Kecenderungan mencipta lagu berlirik lucah melalui Internet makin menjadijadi hingga mendapat sambutan hangat segelintir remaja yang menganggapnya trend masa kini untuk berhibur tanpa menghiraukan kesan negatif terhadap budaya ketimuran dan bahasa kebangsaan.

Lirik lagu itu yang banyak membicarakan keseronokan seks bebas selain berunsur humor dan memaki-hamun sebilangan orang boleh mengundang budaya tidak sihat di kalangan peminat. Malah, lagu itu boleh dimuat turun secara percuma dari laman web sewenang-wenangnya sebelum menjadi bahan nyanyian dan nada dering telefon bimbit. Ada lagu disertakan klip video yang dirakam pemilik laman web berkenaan dengan sebahagiannya memaparkan aksi bodoh remaja tertentu. Siasatan Harian Metro mendapati pencipta lirik terbabit turut mengubah lirik lagu popular dengan mengeksploitasi dan menjatuhkan martabat wanita. Difahamkan, kebanyakan pencipta lirik terbabit adalah remaja Melayu yang sengaja memilih seni kata merapu dan mengghairahkan sambil mempersendakan dan merosakkan bahasa kebangsaan. Sebagai contoh, lirik lagu My Humps nyanyian kumpulan Black Eyed Peas dialih bahasa

kepada bahasa Melayu dengan lirik merapu dan mencarut sebelum disebarkan melalui Internet. Antara sedutan liriknya, they said im really teruk the boys want to g****, selalu nak k***k selalu nak ****k. Nak pegang p***k nak ****t ****k, kite pun nak tarik dia orang punya ****k. Selain itu, satu lagi lagu berunsur lucah berjudul K**e Mat Gatal yang liriknya berbunyi: semasaku berjalan, k*** ku berasa gatal, aku check seluar dalam, rupanya ber***** tebal kerana k*** ber****, di dalam banyak kutu. Apa yang pasti unsur negatif disampaikan melalui lirik lagu itu boleh memberi kesan buruk kepada remaja. Remaja yang menjadi sasaran utama kerana golongan terbabit mudah dipengaruhi, cetek pengetahuan agama dan tidak sedar kesan negatif yang dibawa boleh merosakkan diri sendiri.

Bagaimanapun, dua peminat lagu berkenaan, Mohd Syafiq Yusoff, 24, cuba mempertahankan kehadiran lagu sedemikian. Dia berkata, liriknya lebih menceritakan gambaran sebenar yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Walaupun lagu ini berunsur lucah, ia tetap mempunyai maksud tersendiri kepada mereka yang pernah mengalami situasi sama dengan penyanyi. Lagu yang dinyanyikan adalah ciptaan sendiri dan dengan cara ini, mereka boleh meluahkan perasaan kepada umum. Malah, lagu ini mempunyai peminatnya tersendiri di samping menggunakan melodi yang bagus untuk menarik minat pendengar, katanya ketika dihubungi, semalam. Pendapatnya dipersetujui Mohd Iqbal Qarie Salleh, 22, yang mengatakan dia menggemari lagu berkenaan kerana melodinya menarik dan menghiburkan. Selain itu, saya anggap lirik yang ditulis adalah medan untuk meluahkan perasaan serta apa yang terbuku di hati, termasuk menggunakan unsur lucah di dalamnya, katanya. Katanya, usaha mencipta lagu berkenaan dapat menyedarkan orang ramai mengenai kesan negatif hubungan seks atau perbuatan sumbang yang semakin berleluasa di kalangan remaja dan ia mempunyai niat yang baik.

Lirik cemar bahasa, rosak tamadun Melayu KUALA LUMPUR: Pencinta bahasa dan kebudayaan Melayu menganggap lirik lagu berunsur

lucah yang mencemarkan bahasa kian menjadi budaya di kalangan segelintir remaja, membawa kepada keruntuhan akhlak berbanding kebaikan yang diperoleh. Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Noresah Baharom, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu harus dibendung segera. Apa objektifnya mereka membuat lagu seperti itu? Seharusnya lagu dicipta untuk mendidik masyarakat di samping berhibur. Sekiranya sesebuah lagu dimasukkan lirik berunsur lucah, ia sekali gus menggalakkan perbuatan yang tidak baik di kalangan remaja mahupun kanak-kanak, katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas isu penciptaan lagu berlirik lucah dan mengghairahkan yang kini menjadi trend di kalangan remaja sehingga mencemarkan budaya ketimuran dan bahasa Melayu. Noresah berkata, lagu seperti itu hanya mencemarkan imej dan bahasa kebangsaan serta merosakkan tamadun Melayu. Orang Melayu tidak gunakan bahasa seperti itu sekalipun niat mereka untuk memberi nasihat, mereka boleh gunakan bahasa yang elok seperti peribahasa atau kiasan bagi menggambarkan situasi dan ini dapat memberi pengajaran sekali gus mendidik masyarakat. Kita ketandusan lagu yang baik dan ini secara tidak langsung menggalakkan remaja menjadi semakin teruk serta sukar dikawal, katanya. Selain menimbulkan kecelaruan bahasa dan mengajak pendengar mencarut, pencipta lagu berkenaan agak licik menyembunyikan identiti bagi mengelakkan diri dikesan pihak berkuasa dengan menggunakan sejenis perisian untuk memuat naik lagu berunsur lucah itu melalui internet. Mengulas perkara itu, Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar, berkata pihaknya sukar mengesan siapa yang mendalangi penciptaan lagu berunsur lucah itu yang kemudian dimuat naik di internet. Pihak kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan selagi tidak mendapat maklumat lengkap mengenai laman web seperti itu. Komposer, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai, berkata lirik adalah sinopsis daripada satu cerita yang ingin disampaikan kepada pendengar. Lirik memainkan peranan penting dalam sesebuah lagu dan bahasa yang digunakan perlu sesuai di samping menghormati bangsa dan bahasa sendiri. Selain itu, pencipta lirik perlu menghormati budaya kita dan jangan terikut dengan budaya liar yang boleh merosakkan bangsa kita.

Mereka yang tidak bertanggungjawab dalam pembikinan lagu sedemikian perlu dikenakan tindakan kerana selain lirik berunsur lucah, mereka merosakkan bahasa dengan menggunakan ayat yang tidak sesuai dengan budaya kita, katanya.

Berhibur tanpa fikir kesan negatif KUALA LUMPUR: Penulisan lirik lagu berunsur lucah yang mencemarkan bahasa dan bangsa jelas membawa banyak perubahan kepada kelakuan serta mempengaruhi remaja. Malah, lagu lucah dan ghairah boleh menggalakkan pelakuan seks bebas sekali gus memesongkan akidah umat Islam. Kebanyakan remaja menganggap lirik lagu lucah adalah untuk tujuan berseronok tanpa memikirkan kesan negatif dalam jangka panjang. Selain itu, penggunaan bahasa yang digunakan jelas merosakkan bangsa dan bahasa kebangsaan di samping mencemarkan budaya sebagai orang timur yang penuh dengan adat kesopanan. Pelajar, Mohd Haire Ibrahim, 18, berkata lagu yang berunsur lucah mempengaruhi minda remaja kerana muzik sering menjadi ikutan mereka. Lirik yang digunakan tidak sesuai dengan budaya dan amalan yang kita amalkan selain mencemarkan bahasa. Selain itu, lagu terbabit seperti mengeksploitasikan tubuh badan wanita dan dinyanyikan secara ghairah. Malah, ada remaja menjadikan lagu ini sebagai nada dering telefon bimbit dan perkara ini sudah menjadi biasa kepada mereka, katanya. Pelajar, Nurul Farhana Daud, 19, berkata remaja meminati lagu itu kerana muzik yang digunakan menarik dan menghiburkan. Muzik yang dimainkan menarik tetapi lirik yang digunakan tidak sesuai didengar terutama kanak-kanak. Malah, lagu ini mempersendakan bahasa kebangsaan kita selain dinyanyikan dengan penuh ghairah, katanya. Pelajar, Fadzliana Abd Kassim, 16, berkata bahasa yang digunakan tidak sesuai didengar remaja kerana menggunakan bahasa rojak.

Mereka menyalahgunakan bahasa dengan menggunakan bahasa rojak dan lucah. Lagu seperti ini boleh merosakkan moral dan akidah pendengar, katanya.

Antara tabiat pengguna Internet di negara ini ialah membuang masa dengan permainan komputer dan bersembang (chit chat), perhubungan menggunakan identiti palsu, mewujud dan menyebarkan berita yang tidak benar atau khabar angm, menyebar mesej yang bersifat menghasut atau 'batu api', menceroboh, serta melawat laman porno atau lucah. Pengalaman yang tidak menyenangkan ialah apabila Internet digunakan sebagai media menyebarkan berita palsu. Misalnya penyebaran khabar angin menggunakan mel elektronik kononnya berlaku rusuhan di Chow Kit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Berita palsu itu menyebabkan ramai warga kota menjadi gempar dan panik. Ada yang bertindak membeli bahan keperluan harian untuk tujuan menyimpan manakala sebahagi annya melarang anak ke sekolah kerana bimbangkan keselamatan me reka. Berita yang disebarkan itu juga amat berkesan menimbulkan suasana kelam kabut dan mengelirukan masyarakat hingga memaksa pihak polis bertindak pantas dan menangkap dua disyaki terbabit memulakan penyebaran berita berkenaan. Apa yang dikesali ialah kejadian itu bukan hanya menjadi bahan berita di negara asing malah sebagai bahan sindiran serta jenaka maya. Begitu juga dengan beberapa kes di luar negara yang telah mendapat perhahan media, di mana rakyat kita ditangkap kerana kesalahan yang membabitkan penyalahgunaan komputer dalam rangkaian, Dalam pada itu, mutu dan kesahihan maklumat laman tempatan boleh dipertikai kerana semakin ramai mdividu atau kumpulan membantu meningkatkan jumlah kandungan tempatan dengan sampah untuk tujuan atau kepentingan tertentu. Kajian oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) turut mendapati terlalu banyak pengguna Internet, terutamanya kalangan remaja, membuang masa berjamjam sehari di kafe siber untuk bersembang menerusi laman perbualan berunsur lucah dan memberahikan, atau emosi. Mereka perlu dinasihat, dibimbing, dipimpin dan diasuh untuk mengenal mana perkara baik dan mana pula perkara buruk, kesan kandungan serta perlakuan negatif ke atas diri mereka dan negara. Mereka juga perlu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar MBM, Norizan Sharif, berkata MBM mengesan terlalu banyak saluran dan laman berbau lucah dilawati rakyat Malaysia untuk berbual perkara berkaitan seks dan anggota sulit tubuh badan.

"Tindakan sebilangan pengguna Internet Malaysia memang keterlaluan. Pengusaha kafe siber dan ibu bapa perlu mengawasi dan menyekat perbuatan mereka," katanya. Persoalan menarik ialah, mengapa mereka tertarik untuk mencapai laman web dengan kandungan yang boleh disifatkan sebagai sampah berbanding pelbagai maklumat lain yang lebih bermanfaat atau menunjukkan perlakuan negatif sama ada daripada segi percakapan atau perbuatan? Jika diperhalusi isu ini, nyata sekali sasaran utama kandungan atau perlakuan negatif dalam Internet ialah remaja dan belia yang masih lagi tercari-cari jati diri masing-masing. Golongan ini boleh dikatakan penduduk majoriti bagi sesebuah negara dan juga tenaga utama yang dapat membangunkan negara. Kita tidak boleh salahkan remaja seratus peratus jika mereka terangsang untuk melihat apa yang dihidangkan. Mengikut kajian ahli psikologi, peringkat umur berkenaan berlaku perubahan biologi menyebabkan timbulnya pelbagai perubahan, sama ada dalam bentuk fizikal dengan sejarah Internet, kebaikan dan keburukan yang boleh dilakukannya serta bagaimana menggunakan lebuh raya maklumat itu untuk membantu diri menjadi insan yang berguna dan bukan sebaliknya. Pengarah Eksekutif Global Learning Corporation dan kolumnis, Dr Zoraini Wati Abas, berkata sebenarnya bukan Internet dan kemajuan teknologi yang mewujudkan tabiat tidak baik, sebaliknya perlakuan individu itu sendiri yang tidak menghormati etika yang patut ada dalam penggunaan Internet. "Jika semua pengguna menghormati etika dan disemai sikap yang baik sejak kecil, pasti tidak terjadi salah laku Internet," katanya. Bagaimanapun, beliau menafikan penggunaan Internet secara meluas mendorong kepada sikap suka menonton bahan lucah. Intemet hanyalah saluran tambahan kerana pelajar hari ini begitu mudah mendapatkan bahan lucah dalam bentuk buku, pita video dan video cakera padat (VCD). "Tidak semua pelajar ada komputer di rumah. Lagipun pita video dan VCD banyak di pasaran dan mudah didapati, sama ada dibeli atau dipinjam daripada rakan. "Membuka laman dalam Internet memakan masa lama dan mereka mungkin terputus talian, sedangkan video dan VCD mudah dibuka serta lebih menarik. Bagaimanapun kegemaran menonton laman lucah tetap mendatangkan kesan negatif, dan ibu bapa perlu mengawal tabiat itu," katanya. Menurut Dr Zoraini, menonton laman lucah adalah tabiat yang sering berlaku di kalangan remaja yang sedang mengalami proses pendewasaan dan masalah itu memang sukar dikawal.

Berikutan salah laku Internet, banyak kesan negatif yang timbul sama ada kepada individu itu sendiri ataupun orang yang berkaitan dengan individu terbabit. Antara kesan tidak baik ialah mereka, terutama pelajar, akan menjadi tidak mahir bergaul secara bersemuka kerana sudah terbiasa berhubungan melalui Internet. "Sebab itulah ramai yang pemalu dan kurang bergaul. Bagi mereka Internet adalah satu cara berkomunikasi dengan teman dan mendapatkan kenalan. "Golongan seperti ini biasanya suka menyendiri dan kemudahan Internet menjadikan mereka semakin bersendirian kerana boleh memperolehi pelbagai bahan daripadanya. "Pengguna yang berhubungan menggunakan Internet juga tidak dinafikan memberi maklumat palsu tentang diri mereka. Ada juga yang memberi pendapat yang bukan pendapat sendiri, tetapi sekadar menguji kenalan mereka," katanya. Ada juga pengguna suka menghabiskan masa berjamjam sehari bersembang dengan kenalan melalui Internet. Masa yang panjang dihabiskan dengan bersembang turut menimbulkan masalah dengan teman dan keluarga kerana masa yang sepatutnya diluangkan untuk bermasyarakat dan bersama ahli keluarga semakin terhad. Apa yang mengecewakan ialah ada golongan pelajar yang berminat membaca dan menyebarkan berita palsu dan khabar angin melalui Internet yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah serta membangkitkan semangat. Sebenarnya, bukan kerana Internet berlakunya kejadian penyebaran berita palsu itu, tetapi ia dijadikan satu saluran penyebarannya," katanya. Penyebaran melalui Internet yang mudah dan cepat berbanding cara konvensional menjadi salah satu punca ia aktif dilaksanakan. Dr Zoraini berkata, ada sesetengah pelajar menjadi leka apabila menggunakan Internet, sekali gus mengakibatkan pelajaran terabai dan bakal menimbulkan masalah besar kerana ia menjejaskan masa depan pelajar itu sendiri. Langkah memperkenalkan kod Etika Penggunaan Internet (AUP) bagi menangani gejala penyalahgunaan perkhidmatan itu, terutama di kalangan pengusaha kafe siber amat kena pada masanya. Kod etika itu menyenaraikan 14 jenis salah laku yang dikenal pasti iaitu:

menyalurkan bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat;

menggalakkan perilaku yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undangundang Malaysia dan antarabangsa; menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat keseluruhannya; menghantar iklan tidak dikehendaki dan amalan perdagangan mengelirukan; menggalak, membangun dan menjalankan kegiatan haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai; melakukan pengeboman mel kepada emel; menghantar mesej yang sama kepada banyak kumpulan berita; memalsukan kepala e-mel; melakukan kegiatan haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, rahsia dan perdagangan barangan yang dilindungi hak cipta; mencerobohi peralatan yang dimiliki individu, kampulan atau organisasi; menyebabkan gangguan perkhidmatan; memberi maklumat salah kepada sebarang borang atau kontrak; melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri data; membatalkanpenghantaranyang dibuat kepada orang lain kecuali pengendali.

Presidennya, Saifuddin Abdullah, berkata kod etika yang menggariskan 14 jenis salah laku penggunaan Internet, akan menjadi garis panduan bagi memastikan Internet digunakan secara lebih bertanggungjawab. Kod etika itu diperkenalkan berikutan peningkatan pengguna Internet yang dianggarkan sejuta orang yang menggunakan 500 kafe siber di seluruh negara, termasuk 250 di Lembah Klang. "Perkembangan ini baik tetapi tanpa sebarang garis panduan, ia akan menyebabkan gejala salah laku di Internet seperti penyebaran khabar angin, fitnah, gambar lucah dan memalsukan kepala e-mel. "Menerusi kod etika ini, pengguna akan lebih terdedah kepada penggunaan dan sumber Internet yang bermaklumat serta berfaedah," katanya. Dr Zoraini berkata, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini, termasuk Internet, dan mengambil pendekatan bersesuaian bagi mengelak tabiat buruk di kalangan anak mereka. Perbuatan salah guna Internet di kalangan remaja yang berleluasa kebelakangan ini hanya dapat dibendung jika ibu bapa sendiri mempunyai kemahiran menggunakannya seperti anak mereka. Katanya, dengan pengetahuan sedemikian, ibu bapa mampu mengetahui perisian bersesuaian untuk anak mereka, di samping boleh mengesan setiap laman yang dibuka. Ibu bapa juga digalak menempatkan komputer di tempat terbuka dan mudah dilihat supaya mereka dapat mengawasi kegiatan mereka.

Penggunaan Internet, katanya, boleh dilakukan sebagai kegiatan sekeluarga. Sebolehbolehnya gunakan kata laluan yang hanya diketahui mereka bagi mengelak anak-anak mereka menyalahgunakan kemudahan itu. Ada juga ibu bapa yang menjadikan komputer sebagai satu cara memastikan anak-anak mereka sentiasa berada di rumah. Katanya, cara demikian memang dilihat sebagai berjaya tetapi kesannya anak-anak menjadi leka dan mungkin tiada masa untuk bergaul dengan rakan sebaya masingmasing. Meskipun perhubungan melalui Internet dilihat mudah dan berkesan tetapi jangka waktu yang panjang boleh mengakibatkan peningkatan bil talian. Walaupun kos penggunaan hanya 2.5 sen seminit, ia boleh menjangkau RM90 sebulan (30 hari) jika seseorang itu mengambil masa hingga dua jam sehari dalam talian. Tegasnya, kesalahan penggunaan Internet di negara ini tidak sepenuhnya dibebankan ke atas remaja kerana kesalahan turut dilakukan oleh golongan dewasa. Kesilapan utama ialah kita tidak membimbing mereka ke jalan yang betul. Lebih malang lagi jika golongan dewasa yang seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada peringkat muda melakukan kesalahan yang sama. Ketika itu benarlah pepatah, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Jika keadaan ini timbul, siapa yang harus dipersalahkan?
Identiti dan kecelaruan Isu identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti. Imej remaja tidak saja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dihubungkan dengan cara berfikir, aliran kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan. Lebih dalam lagi, identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepimpinan dan kepengikutan yang bakal mewarisi kepimpinan dan kepengikutan negara, sama ada remaja menjadi pendukung idealisme bina-negara atau menjadi liabiliti kepada masyarakat. Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan. Lebih menyedihkan lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola yang bukan fitrah sifatnya dan mengagungkan proses pembaratan secara melulu. Sehingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa. Remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Adalah tidak adil jika menganggap semua remaja terjebak dengan masalah kecelaruan ini. Namun, asas kebimbangan dan keresahan ini dibina atas petanda yang ada di sekeliling kita memadai untuk membina rasa bimbang dan resah, iaitu: 1) Gelagat remaja yang amat terpengaruh dengan proses pembaratan yang sedang berjalan; yang mencorakkan gaya hidup dan pemikiran baru menjauhkan daripada akar jati diri dan

kabur hala tuju hidup, menjadikan imej kehilangan arah. 2) Makna maju dan moden tidak berjalan dalam acuan nilai yang baik, sebaliknya memajukan gaya hidup dengan pemikiran kebendaan dan semangat berpoya-poya (hedonistik) . 3) Hilangnya rasa hormat dan adab terhadap tradisi, hilang malu terhadap orang tua, ibu bapa, guru-guru malah masyarakat

Begitu juga dengan penggunaan Internet yang kini kian menjadi 'kegilaan' masyarakat hari ini terutama remaja baik dalam negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia terutama mereka yang terpengaruh dengan kecanggihannya. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia seperti tiada batasan sempadan. Internet sukar disekat apabila pintunya dibuka seolaholah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak Sejak kebelakangan ini, kita kerap mendengar pelbagai gejala sosial yang melanda anggota masyarakat hari ini seperti bohsia, bohjan, lepak, sumbang mahram, homoseksual dan beberapa penyakit sosial yang lain. Sering pula kita dengar media dipersalahkan. Apakah media saja dipersalahkan? Bagaikan satu alasan yang mudah untuk dijadikan alat untuk menangkis sebarang persoalan. Bila dikenangkan kembali perkembangan pada tahap awalnya, kemunculan media dihubungkaitkan dengan usaha membangunkan masyarakat ialah Unesco sendiri memberikan perhatian berat kepada media massa kerana berkeyakinan bahawa media boleh menyumbang kepada pembinaan masyarakat, mengurangkan buta huruf, meningkatkan hasil pertanian, nilai makanan dan kesihatan serta memperbaiki taraf hidup penduduk sesebuah negara yang sedang membangun ekonominya. Internet dan Kasih Sayangnya Terhadap Remaja
05 August 2004

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN Sememangnya dunia kini semakin canggih dan melintasi sempadan yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Masakan tidak, dengan teknologi komunikasi dan maklumat yang dihasilkan, dunia dilihat seakan tidak mempunyai sebarang penghadang bagi membatasi pergerakan dan perlakuannya. Namun, semakin canggih dunia ini diperlakukan, semakin ramai yang seolah-olah kembali kepada zaman sebelum wujudnya tamadun peradaban. Tidak ramai dikalangan manusia yang berjaya mencapai tamadun kemanusiaan yang boleh dibanggakan dari segi kerohanian dan kejiwaannya. Kendatipun hidupnya semakin canggih dan kelihatan hebat, namun hakikatnya, jiwanya masih lagi kosong dengan sifat-sifat dan adab kesantunan yang sepatutnya sejajar dengan kecanggihan dan kehebatan tersebut. Malang kerana golongan yang menjadi mangsa kecanggihan ini adalah golongan

pelapis yang diharapkan pada satu hari nanti menjadi peneraju negara tercinta ini. Remaja digambarkan sebagai golongan yang amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, begitu mudah di tarik dengan hidangan berbentuk siber ini sehinggakan wujud di dalam hati dan minda mereka bahawa kecanggihan ini adalah suatu hidangan utama yang menjadi kemestian di dalam kehidupan seharian mereka. Kegilaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa seakan lupa mengenai satu peraturan penting berkenaan hubungan akrab komputer dan remaja; mereka (komputer dan remaja tadi) tidak sepatutnya dibiarkan bersendirian. Komputer seharusnnya diletakkan ditempat-tempat yang mudah diselia kerana ibu bapa pasti akan kehilangan kuasa seliaan mereka ke atas remaja (anak-anak mereka) dan seterusnya hanya mampu menjadi saksi keasyikan remaja terhadap kecanggihan dan kasih sayang yang diberikan oleh internet. Keakraban ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Joshua Benjamin dan Ferraro mengenai internet dan kesannya terhadap remaja, mereka menyatakan bahawa selain daripada fungsinya sebagai bank ilmu internet juga berupaya menarik pengunjungnya ke dalam situasi dimana mereka tidak lagi mengendahkan keadaan dunia sekeliling. Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ditarik menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi temu janji di alam maya mereka dengan komputer di rumah. Proses pembelajaran di sekolah akan menjadi tidak berkesan dan bersifat sehala kerana remaja tadi tidak dapat menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Kerja rumah yang diberikan oleh guru juga tidak dapat dibereskan kerana keasyikan remaja tadi terhadap dunia maya yang dilayari. Kebiasaannya pula, akibat daripada keasyikan melayari dunia maya, pengisian masa dengan berkualiti diabaikan oleh remaja. Remaja akan melayari internet tanpa menyedari masa mereka terbuang ke arah suatu perkara yang tidak berfaedah kerana lazimnya remaja melayari internet bukannya atas tujuan ilmiah! Jolokan bank of knowledge sememangnya bertepatan dengan kecanggihan internet. Segala macam ilmu pengetahuan tidak kira baik mahupun sebaliknya mampu diajar dengan hanya memerlukan satu sentuhan jari. Klik sahaja mouse anda akan terus dibawa ke dalam dunia tanpa had sempadan. Menurut satu kajian, remaja lelaki lebih cenderung melawati laman web yang berunsur pornografi berbanding remaja perempuan. Remaja-remaja ini juga selalunya akan memuat turun gambar-gambar porno yang mereka peroleh untuk ditunjukkan kepada rakanrakan di sekolah. Selain melayari laman-laman web pornografi dan sebagainya, remaja juga sering menggunakan internet sebagai suatu medium jaringan berkomunikasi dengan dunia luar. Aktiviti chatting ini dilihat sebagai aktiviti internet yang di monopoli oleh remaja perempuan. Menerusi chatting ini, remaja akan berinteraksi secara maya dengan chatter lain diseluruh pelosok dunia. Mereka melihat corak perbualan seperti ini amat menarik walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Komunikasi bercorak sebegini mampu mengundang pelbagai risiko daripada sekecilkecil kes seperti samun, penipuan, dan peras ugut sehinggalah kepada risiko yang lebih besar seperti kes rogol dan bunuh. Kecanggihan dan kehebatan teknologi komunikasi dan maklumat ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana melaluinya jugalah suatu ikatan silaturrahim antara dua hemosfera dunia dapat disatu dan dihubungkan. Kebaikan ini sewajarnya tidak harus disalahgunakan hanya kerana kepentingan dan sifat haloba sesetengah manusia. Remaja sebagai kumpulan sasaran mestilah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menilai baik buruk suatu perkara itu terlebih dahulu sebelum mengadaptasikannya di dalam kehidupan mereka. Remaja boleh menerima kasih sayang ini tetapi haruslah senantiasa berhati-hati kerana kasih sayang itu adalah persis kasih seekor black widow; kasih sayang yang diberi adalah juga satu hukuman bunuh!

Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001, Perubahan Paradigma Nilai, Cheras Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, ms Christian Crumlish ,1996, The Internet For Busy People, USA, Osborne/ McGraw-Hill, ms Hamedi Mohd. Adnan, Rahman Shaari, 2006, Media Di Malaysia, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, ms

You might also like