You are on page 1of 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan

tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah


mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya


telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi
tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah-olah tiada sempadan. Salah satu
daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan
telekomunikasi secara maya.

Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama
ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli- belah dan
sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan
daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan
internet untuk kepentingan peribadi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
sendiri pernah meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana- mana pihak yang cuba
menyalahgunakan kemudahan internet.

Sebenarnya, internet boleh mendatangkan pelbagai keburukan jika disalahgunakan. Pada


kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar
angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman
dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar-khabar angin, gosip, isu-
isu sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan
antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan
kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk-burukkan serta menabur


fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu
tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar-gambar
lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini akan menjatuhkan maruah
individu tersebut dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah
meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil-bil internet,
telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke kafe siber, mereka terpaksa
membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi
demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus meluncuri internet
sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama meluncuri internet, tahap
kesihatan mereka akan terjejas. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan
tidak mengikut waktu.

Walau bagaimanapun, kemunculan internet juga banyak mendatangkan kebaikan kepada


manusia. Melalui internet kita dapat memperoleh banyak maklumat dan mengetahui
perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna
internet yang bijak.

You might also like